10 July 2014

Bicara Hati Seawal Pagi



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Masih terlalu awal sebenarnya untuk pasang lagu raya atau main mercun. Namun, sekarang ni aku tengok. Start first day puasa lagi... Kedai dah bukak lagu raya. Budak pulak kat kampung aku dah berdentam-dentum main mercun. Tak kira... Orang tengah tarawih pun dorang sibuk main mercun.

Makayah dorang tak melarang ke... Ke tak dengar kata. Nak kita tegur... Karang ada yang bermasam muka. Parents sekarang ni mudah sangat makan hati bila kita tegur anak dorang. Kekadang tu berminggu-minggu bermasam muka... That why, sekarang ni mak aku malas nak tegur anak jiran yang buat hal. Baik Jaga anak sendiri. Ye tak?

Macam kat sekolah jugak. Bak kata hubby... Pantang kita menegur pelajar sekarang ni. Silap-silap, makayah dorang datang membelasah cikgu. Hairan aku... Sebab tu perangai anak menjadi-jadi... Dah makayah tolong backup... Macam tulah jadinya.

Sian tau... Tengok remaja-remaja sekarang rosak dek kerana hidu gam, minum arak... Malah ada yang advanced... Berani pulak merogol di usia muda. Seram aku dengar. Siapakah yang patut dipersalahkan?

 



3 comments:

  1. suaha bila berbicara bab ni .. nank tegur salah, tak tegur sala.. serba salah kita jadinya..

    ReplyDelete
  2. bila bckp soal nih memg susah sbb rmi ibu bapa yg backup ank aak bile buat slh...

    ReplyDelete
  3. mak bapa sekarang ini manjakan anak sangat. Ikut saja apa anak nak

    ReplyDelete