Assalamu’alaikum, hai…
Takziah buat keluarga penumpang MH17… Aku cukup terkejut dengan berita tersebut sebenarnya. Pagi tadi bangun seawal 1.20 pagi untuk bagi Alia susu. Entah! Disebabkan mata dah tak boleh nak pejam balik. Aku check Facebook. Subhanallah… Bagaikan tak percaya berita pasal MH17 yang dikatakan ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara oleh pengganas. Sejauh mana kebenarannya… Sama-samalah kita ikuti perkembangan beritanya di TV.

Sumber gambar daripada Google Images
Allahu’akhbar… Menurut Astro Awani, 280 penumpang dan 15 kru… di mana 143 orang penumpang daripada Netherlands, 27 orang dari Australia, 23 orang dari USA, 20 orang dari Malaysia, 11 orang dari Indonesia, 6 orang dari UK, 3 orang dari Belgium, 3 orang dari Filipina, seorang dari Kanada dan selebihnya belum dikenalpasti… Kesemuanya terkorban. Siannya… Macam tak percaya. Yelah! Berita MH370 tak habis lagi… Ditambah pulak dengan cerita MH17. Ya Allah!... Dah tu MH17 kebetulan pulak dengan tarikh semalam 17 Julai 2014. Macam-macam hal belaku di Negara kita tahun ni kan… dahla kes penculikan di Sabah masih panas…

Ya Allah! Jauhilah Negara kami daripada segala malapetaka Ya Allah.