Back to Top

21 July 2014

Gelagat Anak Di Bulan Puasa

11:49:00 AM 5 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Alhamdulillah… Bersua kembali pagi ni dengan cerita dan mood yang baru. Pada yang dah start bercuti tu… Selamat bercuti aku ucapkan. Huhu… Aku still kerja lagi this week. Cuti pun entah diluluskan ke tidak. Whuahaaa… Beberapa hari lepas dapat duit bonus kan bagi penjawat awam right… Mesti ada yang dah shopping raya. Betul tak?

Stop dulu bab cuti dan shopping ok... Malas nak pikir. Hehe… Tetiba nak update pulak pasal si Alia. Alia bila start je time memasak untuk berbuka. Mulalah dia rajin nak menolong… Tolong kacau je tu. Tension nenek dia kena kacau. O… Tedah!


Paling tak best bila nak tumbuk bawang guna lesung batu. Siap! Dia pun nak jugak… Nasib baik ada lesung kayu yang mak aku buat perhiasan. Sabar jelah… Nak tak nak yang tuk jugak jadi mangsa. Lepas tu… Bukan dia mau ketuk lesung tu kosong. Nak jugak mintak bawang… nak tumbuk macam kita buat. Bila dah dapat… Senyum lebar sampai ke pipi… 


18 July 2014

Berita Terkini MH17 Mengemparkan Dunia!

8:04:00 AM 3 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Takziah buat keluarga penumpang MH17… Aku cukup terkejut dengan berita tersebut sebenarnya. Pagi tadi bangun seawal 1.20 pagi untuk bagi Alia susu. Entah! Disebabkan mata dah tak boleh nak pejam balik. Aku check Facebook. Subhanallah… Bagaikan tak percaya berita pasal MH17 yang dikatakan ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara oleh pengganas. Sejauh mana kebenarannya… Sama-samalah kita ikuti perkembangan beritanya di TV.

Sumber gambar daripada Google Images
Allahu’akhbar… Menurut Astro Awani, 280 penumpang dan 15 kru… di mana 143 orang penumpang daripada Netherlands, 27 orang dari Australia, 23 orang dari USA, 20 orang dari Malaysia, 11 orang dari Indonesia, 6 orang dari UK, 3 orang dari Belgium, 3 orang dari Filipina, seorang dari Kanada dan selebihnya belum dikenalpasti… Kesemuanya terkorban. Siannya… Macam tak percaya. Yelah! Berita MH370 tak habis lagi… Ditambah pulak dengan cerita MH17. Ya Allah!... Dah tu MH17 kebetulan pulak dengan tarikh semalam 17 Julai 2014. Macam-macam hal belaku di Negara kita tahun ni kan… dahla kes penculikan di Sabah masih panas…

Ya Allah! Jauhilah Negara kami daripada segala malapetaka Ya Allah.


15 July 2014

Ending Tergantung!

2:41:00 PM 3 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Tengok tak episod akhir kerana terpaksa aku relakan semalam? Pada aku jalan ceritanya terlalu cepat dan ending pun tergantung. Yelah! Sampai Mak Zin kata kenapa dia suka Indah Halina bila first time tengok… Sebab muka Indah saling tak tumpah macam ibunya… Dan dia tahu di mana ibunya berada.

Wah! Excited aku dengar… Tapi… Ia membuatkan kita tertanya-tanya wei di mana ibu dia. Adakah nanti… Akan ada sambungan kerana terpaksa aku relakan 2. Kalau ada… Best jugak. Hehe…

Tapi… Yang bestnya… Wati dan ibu tiri Indah Halina mendapat pembalasan di atas kejahatan mereka. Wati cacat kena simpah bahagian muka dengan asid oleh si Yazid. Ibu dia pulak lumpuh disebabkan accident dilanggar kereta.

Indah Halina pulak balik semula kepangkuan suaminya yang tercinta. Kisahnya tergantung… Namun, berakhir dengan happy ending di mana Indah dah pun hamil. 

14 July 2014

BE/CPUV KE-3 JULAI : WAKU DOKI CAMPAIGN

11:07:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum, hai...


Bila ada masa... Every Monday... First things first, pasti akan check akaun Nuffnang. Alhamdulillah... Rezeki bulan puasa. Credited yang satu... Masuk pulak CPUV yang baru. Harap-harap yang ni lamalah bertapak yer. Terima kasih pihak Nuffnang kerana berterusan memberi Buffered Earning kepada blog picisan seperti aku... Walaupun tak tengok lagi iklannya tayang diri. Hehe...

Alhamdulillah :)

Episod Akhir Kerana Terpaksa Aku Relakan

8:36:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Hari ni dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Tak terasa kan. Bagi ibu buyung macam aku ni. Kekadang rasa letih teramat sangat. Perut mengeras. Kekadang ketidakselesaan itu membuatkan aku tak mampu untuk berpuasa. Lagi-lagi aku still ada rasa mual dan loya walaupun tak selalu. Biasanya, bila kandungan mencecah 5 bulan... Baru aku kembali ke normal. Hilang rasa mual dan loya tu 100%. Huhu... Dugaan! Bak kata hubby... Banyak-banyaklah bersabar demi bayi yang dikandung.

Kebiasaannya lepas berbuka, bila ada masa aku akan ambik masa sikit tengok slot akasia. Kalau tak sempat pun... Akan tengok online. Tak jadi masalah pun sebenarnya kan... Yang penting, yang dahulu dan wajib... Tetap didahulukan... Right?

Bercakap pasal slot akasia... Malam ni last episod untuk slot akasia kerana terpaksa aku relakan. Tak silap... Episod ke-28 ek? Lupa pulak. Mesti happy ending kan...


Iklan akasia terbaru menggantikan kerana terpaksa aku relakan pun dah ada kat tv. Tak silap... Tajuknya Rindu Awak 200%. Pun adaptasi sebuah novel dengan tajuk yang sama karya Liyana Zahim. Insya Allah... Nanti ada masa, nak jugak tonton episod 1 Rindu Awak 200%... Kalau best, confirm! layan... Sebab dengar cerita Novel Rindu Awak 200% adalah novel terlaris pada tahun 2013. Kalau dah laris tu... Confirm! Jalan ceritanya best kan. Ye tak?

Kalau menurut sinopsis Rindu Awak 200% yang aku baca... Ia menceritakan tentang Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?... Haha... Sama-samalah kita tengok nanti yer... Best atau tidak ceritanya kan...

Sumber sinopsis dan maklumat cerita Rindu Awak 200% : Di Sini


Apakah Maknanya Mimpi Dibelit Ular?

8:04:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Bila dah rajin... Sampai duatiga entri sehari. Bila malas... Berminggu-minggu takde entri. Apa kes? Hehe... Biasalah... Sejak akhir-akhir ni... Asyik pening dan loya, tu yang malas nak hadap laptop. Blogwalking pun... Sekadar terjah dan baca. Nak komen. Minta maaflah yer. Insya Allah, lepas ni boleh dah kot blogwalking sambil komen. 

Extracted from Google image

Berbalik pada tajuk. Sebenarnya nak share sedikit info tentang mimpi. Tapi sejauh mana kebenarannya. Wallahu'alam. Cumanya... Ia menjadi sebutan di mulut orang tua-tua bila kita mengatakan yang kita bermimpi kena belit dengan ular.

Orang kata... Kalau mimpi dibelit ular, itu maknanya tak lama lagi nak kawin. Ye ke?Aku before kawin dulu pernah jugak mimpi dibelit ular... Kebetulan pada masa tu aku dengan hubby dah bertunang. Kebetulan atau kebenaran... Wallahu'alam... Macam simbolik rama-rama masuk rumah jugak. Hehe...

Pernah tak dengar atau tahu maksud mimpi dibelit ular? Tapi... Kalau orang dah kawin mimpi dibelit ular... Tak kan nak kawin satu lagi. Hahaha...




10 July 2014

Bukan Mimpi, Tapi Rialiti

2:49:00 PM 5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Bila tengok ruangan senyum kambing di utusan harian online. Aku teringat akan kata-kata seorang cikgu. Gagal atau berjaya... Kita sebetulnya terima dengan hati yang terbuka.


Itulah yang harus kita akui. Perlukah kita senyum atau kutuk di atas kekalahan mereka?. Menang atau kalah... Itulah adat permainan. Kekadang... Ada masa kita di atas. Kekadang... Ada masa kita di bawah. 

Namun... Aku percaya. Kalah bukan bererti gagal buat selamanya. Tapi kekalahan pasti mengajar kita sesuatu agar lebih berwaspada dan berusaha untuk mengapai kejayaan yang akan mendatang.

Yang lepas biarlah berlalu... Yang pasti... Argentina akan ke final. Haha... Kekadang ada masa lepas sahur... If ada game... Aku layan jugak bola ni. Hehe...

Tahniah! Buat pasukan Argentina.


Minggu Ke-16 Atau 4 Bulan Kehamilan

10:28:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Dah masuk 4 bulan usia kandungan ni, kesihatan aku semakin baik. Cumanya... Pada kehamilan kali ke dua ni, aku suka sangat meludah. Lidah terasa pahit. Kalau tak buang air liur... Mesti nak termuntah. Itulah kelainan yang paling ketara pada kehamilan kali ni... Jika nak dibandingkan dengan kehamilan yang pertama. Walaupun dah sampai ke minggu ke-16 kehamilan... Tapi tabiat itu still tak hilang. Kalau kat office... Naik bosan aku dek kerana terpaksa ulang-alik ke tandas.

Sumber gambar daripada Babycenter

Pada Minggu ke-16 kehamilan, berdasarkan apa yang aku baca... Baby sekarang lebih kurang sebesar sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 11.6sm dan berat sekitar 100g. Dalam tiga minggu ke hadapan ini dia akan membesar dengan sangat cepat, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan makhluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusatnya sendiri yang dia suka tarik dan cekau. Kadang-kala dia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama sehingga memudaratkan. Sistem peredaran dan salur kencingnya sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 



Kadang-kala, apabila bergerak secara serta-merta, akan terasa sakit sedikit pada bahagian sisi. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi membesar... Dan itulah yang aku mulai rasa sekarang. Huhu...

Begitu cepat masa berlalu kan... pejam celik, pejam celik... Nampaknya dah sampai ke minggu ke-16 usia kandunganku. Dah tak boleh pakai seluar ketat... Haha. Right now, dah mula pakai skirt atau baju labuh dah... Sebab baby bump dah nampak. Huhu...

Sekali lagi aku bergelar mak buyung. O tedah!

 

Bicara Hati Seawal Pagi

8:59:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Masih terlalu awal sebenarnya untuk pasang lagu raya atau main mercun. Namun, sekarang ni aku tengok. Start first day puasa lagi... Kedai dah bukak lagu raya. Budak pulak kat kampung aku dah berdentam-dentum main mercun. Tak kira... Orang tengah tarawih pun dorang sibuk main mercun.

Makayah dorang tak melarang ke... Ke tak dengar kata. Nak kita tegur... Karang ada yang bermasam muka. Parents sekarang ni mudah sangat makan hati bila kita tegur anak dorang. Kekadang tu berminggu-minggu bermasam muka... That why, sekarang ni mak aku malas nak tegur anak jiran yang buat hal. Baik Jaga anak sendiri. Ye tak?

Macam kat sekolah jugak. Bak kata hubby... Pantang kita menegur pelajar sekarang ni. Silap-silap, makayah dorang datang membelasah cikgu. Hairan aku... Sebab tu perangai anak menjadi-jadi... Dah makayah tolong backup... Macam tulah jadinya.

Sian tau... Tengok remaja-remaja sekarang rosak dek kerana hidu gam, minum arak... Malah ada yang advanced... Berani pulak merogol di usia muda. Seram aku dengar. Siapakah yang patut dipersalahkan?

 



09 July 2014

Episod 25 Kerana Terpaksa Aku Relakan

10:31:00 AM 3 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Bila dah minat tengok. Confirm akan layan. Begitulah aku. Tak dapat tengok on time. Tengok kat dailymotion pun ok jugak. Hehe. Semalam punya plot… Sekali lagi Indah pindah rumah. Kali ni ibu 3 orang Tajul tu bagi kunci rumah lain buat Indah. Alasannya… Dia tak mahu Indah susah-susah mencari rumah sewa.


Si Wati pulak… Kena cerai talak 3 dengan si Shaiful… Ambik dia. Padan muka. Dah dapat suami baik, kerja bagus. Handsome pulak tu… Tapi tak reti nak hargai. Itulah balasannya. Tapi kan… Takde effect pun kat dia. Malah, dah merancang nak kerja kat night club jadi penari dangdut di KL. Huhu… Orang mata duitan memang gitulah kan. Halal… Haram. Semua belasah je. Janji. Poket penuh. Ye tak? Buruk sungguh perangai. Aduh! Aku kalau part Wati… Memang sakit hati. Bak kata hubby “Tu maknanya… Lakonan Wati menjadi”. Hehe…

Si Tajul Razin pulak… Entah! Apakah yang berlaku ke atasnya. Sikit sangat cerita part dia. Tu pun di penghujung cerita jer… Muncul. Si Tajul Fahin pulak… Seperti biasa… Cuba mengambil hati Indah. Adakah Indah akan berkahwin dengan Tajul Fahin?

Kisah semalam diakhiri dengan Indah kena penampar ayahnya di pekan. Insya Allah... Malam ni Episod 26 Kerana terpaksa aku relakan... Pasti akan ada kesinambungannya. Tapi... harap-harap Indah berkesempatan bercerita dengan ayahnya tentang apa yang sebenarnya berlaku. Yelah... Before ni... Asyik mak dan kakak tirinya je yang jadi penghalang. Huhu...


Kerisauan Seorang Ibu!

8:08:00 AM 3 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Semalam… Cleaner Office time kemaskan meja aku. Woseh! Siap ada orang kemas. Takdelah mengemas sangat. Atas meja aku bukannya ada benda or paper yang banyak mana pun... Just sebagai syarat. Lap-lap sikit kasi blink… blink. Mhuaha…

Al-kisahnya… Sempatlah berbual. Biasalah aku. Terasa pelik pulak kalau kita tak tegur orang yang lebih tua right… Even takde modal untuk dibualkan sebenarnya. Namun, orang tua… Pasti ada sahaja isu yang dibawanya. Hehe… Bukan mengumpat tau… Tapi pasal isu semasa.

Ceritanya kat kampung dorang… Budak 8 tahun kena rogol dengan budak lelaki 16 tahun… Yang sedihnya… Dahla kena cucuk dengan objek keras, lepas tu pulak dirogol. Subhanallah… Kejam sungguh. Tapi syukur… Budak lelaki tu dah kena tangkap dengan polis. Padan muka. Tu baru hukuman dunia… Belum lagi hukuman akhirat.

Tu lah… Masa on the way balik kerja… Dalam kereta, aku ceritalah kat hubby pasal hal tu. Hubby pun turut risau sampai dia dok kata. If Alia dah sekolah nanti… Sanggup pergi hantar dan ambik sendiri katanya. Haha… Bersemangat sungguh. Tapi… Itulah hakikat zaman sekarang ni, macam dah tak selamat. Nak tak nak kita seharusnya sentiasa peka dan berwaspada.


Bila dengar cerita sebegitu… Aku pulak jadi risau. Yelah… Alia semakin membesar. Pasti saban hari akan memikirkan tentang keselamatannya. Hanya doa sahaja yang mampu aku lakukan selain memberi kasih sayang dan menjaganya.

Ya Allah… Lindungi ahli keluargaku daripada segala mara merbahaya Ya Allah. Hanya Engkau sahaja tempat aku bermohon dan berdoa. Amin…