Assalamu’alaikum, hai… Lama tak update pasal si dara manja ni. 18 Mei 2014 yang lalu, Genaplah usianya 2 tahun 3 bulan. Disebabka...

Nur Qalesya Alia 2 Tahun 3 Bulan

/
5 Comments


Assalamu’alaikum, hai…



Lama tak update pasal si dara manja ni. 18 Mei 2014 yang lalu, Genaplah usianya 2 tahun 3 bulan. Disebabkan badan tak berapa sihat… Jadinya, lansung aku tak update pasal dia dah. Sorry yer sayang…

Alia sekarang dah banyak cakap… Sampaikan jenuh aku nak menjawab. Ada saja dia nak Tanya. Sabo jelah… Namun, aku tetap happy bila melihat keletah Alia membesar di depan mata. Cepat kan… Budak membesar… Padahal, seperti semalam baru melahirkan dia.

Bila dapat tahu mengandung. Aku mula memberitahu Alia… Bahawa dalam perutku ada adik. Sekali Alia tarik baju aku… Seraya berkata “ Sikda Pun” (takde pun)… Terus… Mak ayah aku gelak sakan melihat keletah dia. Cerdik betul dia. 

Tapi… Serius… Masa adik aku dalam pantang haritu… Kemain Alia... Suka sangat nak mencium anak buah aku. Hari-hari nak cium. Harap-harap dapat adik nanti... Alia baik dengan adik. Hehe... Sebab ada jugak aku tengok budak-budak... Terutamanya anak sulung... Ada yang macam tak suka bila dapat adik. Tapi... Rasanya semua tu berlaku atas sebab didikan kita jugak sebenarnya kan...

Wallahu'alam... 




ARTIKEL LAIN DI SINI

5 comments:

  1. anak dara ni nak dapat adik...nanti adik keluar baru dia paham..mesti sayang kat adik kan Alia..:)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah fiza, didik bonding dengan adik sejak dlm perut,nti baby keluar mesti alia syg sgt dengan adik

    ReplyDelete
  3. wahhh..fiza pregnant ke?? tahniah fiza...insyaAllah...mesti Alia sayang adik dia..

    ReplyDelete
  4. makin comel alia bila dah besar ni.. :)

    ReplyDelete