29 June 2014

Instinct Seorang Isteri Memang Kuat!



Assalamu’alaikum, hai…
Tanggal 26hb, birthday aku… Nak dijadikan cerita... Pada hari yang sama jugak aku check-up untuk 3 bulan 2 minggu usia kandunganku. Mean, dah masuk minggu ke-14 usia baby kita. Hehe… So, jam 3.00 petang aku dah mintak pelepasan dengan bos. Alhamdulillah… Diluluskan.

Sampai di klinik ibu dan anak jam 4. Aku sorang je patient masa tu… Wah! Tak lamalah menunggu Nampak gayanya. Check-up before ni HB aku 14.5. Tapi, check kali ni turun 11.8. Huhu… Akibat minum tehla kot. Yelah! Lepas check-up sebelumnya… Hampir tiap-tiap hari aku minum teh. Bukan takde pun susu Anmum hubby belikan. Tapi… Degil!. Nak buat lagu mana… Dah kuasa teringin menguasai diri kan…


Nurse ada jugak tanya... Samada dah ada rasa ke tak pergerakan baby. Buat masa ni pergerakan baby taklah ketara sangat. Cuma... Kekadang ada jugak merasa macam kena jentik dan mengeras. Hurmmm... Semoga baby sihat hendaknya yer. 

Balik dari klinik, hubby kata nak ke Bandar Betong… Katanya nak mencari barang sekolah sikit. Tapi… Instinct aku kuat mengatakan yang dia pergi untuk tempah kek harijadi aku. Perasan kan. Tapi… Dalam hati mengharapkan sebenarnya apa yang aku fikirkan memang betul.

Hehe… Kan betul. Balik-balik je bukak pintu dia hulurkan kotak kek perisa blueberry. Sedap kemain lagi. Alia siap duatiga kali mintak. Sabor jelah. Malas aku nak snap gambar comot Alia makan kek. Kang ada yang geli. Haha… Hari ni kan first day puasa right. Hehe…

Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa semua.


3 comments:

  1. Selamat Berpuasa, semoga Ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan buat Fiza sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Asslmkm kak.. Selamat berpuasa.. Lama x singgah sini.. Knal sy lg?? Waaaa, akk pun skrng ngah prgnt ya . tahniah kak.. :)

    ReplyDelete
  3. waa.. alia bkal dpt adik.. thniah kak.. :)

    ReplyDelete