Assalamu’alaikum, hai… Bila dah start bulan puasa. Mesti ada yang google pasal kadar zakat fitrah tahun ni kan. Kebetulan tadi...



Assalamu’alaikum, hai…
Bila dah start bulan puasa. Mesti ada yang google pasal kadar zakat fitrah tahun ni kan. Kebetulan tadi blogwalking, singgah kejap di blog Mama Ash. Terbaca tentang zakat fitrah. Terpanggil pulak rasanya nak berkongsi di sini.

Alhamdulillah, kadar zakat fitrah di Sarawak bagi 2014 ialah RM7.00 sorang. Mean, tahun ni hubby kena bayar RM21.00 untuk kami bertiga. Hehe… Untuk kadar zakat fitrah 2014 bagi negeri-negeri lain di Malaysia, berikut adalah cartanya. Bolehlah share.

Selamat berpuasa :)


Assalamu’alaikum, hai… Tanggal 26hb , birthday aku… Nak dijadikan cerita... Pada hari yang sama jugak aku check-up untuk 3 bula...



Assalamu’alaikum, hai…
Tanggal 26hb, birthday aku… Nak dijadikan cerita... Pada hari yang sama jugak aku check-up untuk 3 bulan 2 minggu usia kandunganku. Mean, dah masuk minggu ke-14 usia baby kita. Hehe… So, jam 3.00 petang aku dah mintak pelepasan dengan bos. Alhamdulillah… Diluluskan.

Sampai di klinik ibu dan anak jam 4. Aku sorang je patient masa tu… Wah! Tak lamalah menunggu Nampak gayanya. Check-up before ni HB aku 14.5. Tapi, check kali ni turun 11.8. Huhu… Akibat minum tehla kot. Yelah! Lepas check-up sebelumnya… Hampir tiap-tiap hari aku minum teh. Bukan takde pun susu Anmum hubby belikan. Tapi… Degil!. Nak buat lagu mana… Dah kuasa teringin menguasai diri kan…


Nurse ada jugak tanya... Samada dah ada rasa ke tak pergerakan baby. Buat masa ni pergerakan baby taklah ketara sangat. Cuma... Kekadang ada jugak merasa macam kena jentik dan mengeras. Hurmmm... Semoga baby sihat hendaknya yer. 

Balik dari klinik, hubby kata nak ke Bandar Betong… Katanya nak mencari barang sekolah sikit. Tapi… Instinct aku kuat mengatakan yang dia pergi untuk tempah kek harijadi aku. Perasan kan. Tapi… Dalam hati mengharapkan sebenarnya apa yang aku fikirkan memang betul.

Hehe… Kan betul. Balik-balik je bukak pintu dia hulurkan kotak kek perisa blueberry. Sedap kemain lagi. Alia siap duatiga kali mintak. Sabor jelah. Malas aku nak snap gambar comot Alia makan kek. Kang ada yang geli. Haha… Hari ni kan first day puasa right. Hehe…

Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa semua.


Assalamu'alaikum, hai... Lagi beberapa hari... Umat Islam di serata dunia akan menyambut bulan ramadhan. So, dikesempatan ini... Semen...



Assalamu'alaikum, hai...
Lagi beberapa hari... Umat Islam di serata dunia akan menyambut bulan ramadhan. So, dikesempatan ini... Sementara aku tengah rajin nak update blog... Selamat berpuasa aku ucapkan. 


Sumber daripada google


Alhamdulillah... Ada 2 Buffered Earning tengah on going, so... Kenalah merajinkan diri update blog walaupun pada dasarnya aku sekarang ni malas sangat. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak nuffnang... Kerana berterusan memberi iklan buat blog jarang ber'update seperti aku. Hehe...

Entahlah... Semua benda aku malas nak buat sekarang ni. Dulu... Masa mengandungkan Alia... Kemain lagi... Dalam rumah pun bersolek... Betapa rajinnya aku masa tu. Sekarang ni... Secalit gincu pun takde. Sabar jelah...

Kekadang tu... Nak mandi pun malas. Makan lagilah... Nasib baik teringat yang dalam perut ada baby... Nak tak nak, malas atau tidak... Makan tetap kena makan. Anak tu... Siapa tak sayang anak. Pada aku anak adalah segala-galanya... Anugerah terindah dalam hidup yang membawa rezeki buat kita. Woseh!... Kata-kata... Seperti ayat dalam buku... Puitis dan dramatis!... Haha...

Bercakap pasal anak... Teringat pulak aku kisah budak oku baru-baru ni yang kena kurung dalam bilik. Serius! tak sanggup aku nak tengok. First aku tengok video dia di facebook yang mana kawan aku share... Tak sedar menitis air mata tau... Sian sungguh. 

Dalam dok malas nak update blog... Sekarang ni, rajin pulak hadap facebook. Haha... Apa citaq!


Assalamu'alaikum, hai... Minggu ni dah masuk minggu ke-12 kandungan ku. Mean dah 3 bulan usia baby di dalam perutku. Perut pun ...



Assalamu'alaikum, hai...

Minggu ni dah masuk minggu ke-12 kandunganku. Mean dah 3 bulan usia baby di dalam perutku. Perut pun dah mulai nampak. Nampak gayanya... kena pakai baju longgarlah lepas ni. Hehe...

Alhamdulillah... Kesihatan pun dah semakin baik. Cuma, aku still tak boleh nak makan ayam. Semalam... Try beli ayam goreng di Sugarbun. Lansung tak boleh nak hadap. Kenapa yer?

Sekarang ni... Aku hanya lebih banyak makan buah dari nasi. Sama seperti mengandungkan Alia dulu. Alhamdulillah... Morning sickness takdelah sangat. Kalau nak diingatkan masa mengandungkan Alia dulu. Subhanallah... Lansung tak boleh nak bangun dari baring. Bangun je... Confirm akan muntah. 

Dah masuk bulan ke-3 ni... Mengidam tu takdelah sangat. Boleh layan lagi. Cuma... Sekarang ni, teringin nak makan buah dabai. Nasib baik sekarang ni musim pokok dabai berbuah. Maknanya sempatlah aku makan nantinya. Insya Allah :)

Pasal kandungan pulak, ada jugak rasa macam kena dicucuk. Tapi, tak pastilah... Samaada itu pergerakan bayi atau angin. Hehe... Tapi menurut apa yang aku baca di babycenter Jika abdomen terasa kena cucuk... Itu bermakna fetus sedang mengeliat-ngeliat. Oh ya... 

Biasanya... Masa mengandungkan Alia dulu... Dah cecah 5 bulan, baru aku merasa pergerakan Alia. Gembiranya pada waktu itu... Hanya Allah sahaja yang tahu.

Dah lama tak update. Nak blogwalking lagilah... sangat-sangat malas. Kalau ada pun... Aku singgah untuk baca entri je. Komennya tidak. Hehe. Pada yang sudi singgah terima kasih yer. Insya Allah, ada masa... Akan dibalas kunjungannya yer.

Di saat entri ini dipaparkan... Aku baru je lepas makan dengan rakan sekerja. Kebetulan rajin. Tu yang update.

Ok... Bye!

Wassalam...

Assalamu’alaikum, hai… Lama tak update pasal si dara manja ni. 18 Mei 2014 yang lalu, Genaplah usianya 2 tahun 3 bulan. Disebabka...



Assalamu’alaikum, hai…



Lama tak update pasal si dara manja ni. 18 Mei 2014 yang lalu, Genaplah usianya 2 tahun 3 bulan. Disebabkan badan tak berapa sihat… Jadinya, lansung aku tak update pasal dia dah. Sorry yer sayang…

Alia sekarang dah banyak cakap… Sampaikan jenuh aku nak menjawab. Ada saja dia nak Tanya. Sabo jelah… Namun, aku tetap happy bila melihat keletah Alia membesar di depan mata. Cepat kan… Budak membesar… Padahal, seperti semalam baru melahirkan dia.

Bila dapat tahu mengandung. Aku mula memberitahu Alia… Bahawa dalam perutku ada adik. Sekali Alia tarik baju aku… Seraya berkata “ Sikda Pun” (takde pun)… Terus… Mak ayah aku gelak sakan melihat keletah dia. Cerdik betul dia. 

Tapi… Serius… Masa adik aku dalam pantang haritu… Kemain Alia... Suka sangat nak mencium anak buah aku. Hari-hari nak cium. Harap-harap dapat adik nanti... Alia baik dengan adik. Hehe... Sebab ada jugak aku tengok budak-budak... Terutamanya anak sulung... Ada yang macam tak suka bila dapat adik. Tapi... Rasanya semua tu berlaku atas sebab didikan kita jugak sebenarnya kan...

Wallahu'alam... 


Assalamu'alaikum, hai... Rindu nak update blog. Tetiba teringin... Hehe. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke-10 kandunga...



Assalamu'alaikum, hai...
Rindu nak update blog. Tetiba teringin... Hehe. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke-10 kandunganku. Rasa loya pun dah kurang. Cuma... Bau masakan aku still tak boleh nak hidu. If terhidu... Confirm pening dan nak termuntah. Tapi... Takdelah seteruk aku mengandungkan Alia dulu. Lansung tak boleh nak bangun. Bangun je... Mesti muntah.

Sumber daripada Babycenter

Pada minggu ke-10 ni, apa yang aku tahu berdasarkan apa yang aku baca di laman Babycenter , baby dalam perut hanya bersaiz 3sm. Maknanya sebesar biji kacanglah tu kan... Dari hujung kepala ke punggung dan beratnya kurang daripada 4g. Untuk minggu ke-10 ni, aku still tak merasa lagi pergerakan baby di dalam perut. Kalau... Masa mengandungkan Alia dulu, bulan ke 4 barulah aku mulai merasa bagaimana Alia aktif bergerak. Tak sabarnya... Rasa nak melalui saat-saat itu. Haha...

Menurut apa yang aku baca lagi... Baby usia 10 minggu juga tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku dan rambut yang kelabu seperti bulu. Organ penting seperti hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru juga telah terbentuk lengkap dan berfungsi. Indahnya ciptaan Tuhan kan... Tak tercapai oleh akal manusia yang kerdil.

Semoga baby sihat sentiasa hendaknya. 12 Jun ni, sekali lagi aku ada temujanji dengan doktor. Nak scanning... Rasanya masa tu dah minggu ke-11 usia kandunganku. Insya Allah, nanti ada cerita best... Aku share ok.  

 

Assalamu'alaikum, hai... Tak tahu nak mula dari mana. Namun, aku bersyukur... Setelah Alia berusia 2 tahun 3 bulan... Akhirnya aku ...



Assalamu'alaikum, hai...
Tak tahu nak mula dari mana. Namun, aku bersyukur... Setelah Alia berusia 2 tahun 3 bulan... Akhirnya aku disahkan sekali lagi hamil untuk kali kedua.

Untuk kali ni... Takde masalah sangat. Before checkup, seharusnya bertanya kepada yang arif tentang apa keperluan untuk daftar mengandung seterusnya. Rupanya... Buku merah masa first baby pun nak kena bawak. Nasib baik aku masih simpan lagi. 

Sumber daripada google image

Akhirnya 26 Mei 2014, sahlah aku hamil untuk kali kedua. Usia kandungan pun dah berusia 9 minggu. Huhu... Cepatnya masa berlalu. Untuk kali ni takde alahan sangat. Kekadang je rasa mual. Paling tak best... Dah tiga minggu dah... Aku tak suka makan ayam. Tengok ayam... Mesti nak termuntah. Dulu... Masa mengandungkan Alia, aku tak makan benda-benda masam. Tapi kali ni... Hari-hari cari asam. Haha... Adakah itu petanda dapat baby boy. Kongsilah dengan fizah pada yang dah berpengalaman mengandungkan baby boy. Hehe...