Back to Top

28 May 2014

Agoda.com memang cepat dan pantas



Assalamu'alaikum, hai...
Ni sambungan kisah pertama kali aku ke semenanjung tiga minggu yang lepas. Nak dijadikan cerita... Tiga minggu balik dari Seremban, baru sekarang try nak update blog. Tak tahu nak kata apa. Semenjak dua menjak ni... Aku jadi pemalas. Semua benda... Aku malas nak buat. Adakah itu pembawakan budak. Actually aku dah buat 2 kali Urine test. Result still sama. Double line. Dan... Dua hari lepas, aku pergi klinik dan resultnya... Jeng...Jeng... Jeng... Nantilah aku cerita.




Nak cerita pasal agoda.com sebenarnya. Almaklumlah... First time ke semenanjung. Jadinya... Hubby cadangkan kat aku pergi awal sehari before kursus start. So, hubby terus book bilik di Allson kelana resort seremban jugak dengan menggunakan Agoda.com. Nasib baik ada promosi. Kalau tak... Pokailah jawabnya. Dapatlah satu bilik, semalam RM217. Alhamdulillah... Lepas bayar guna kad kredit. Dorang pun bagi slip check-in by email. Sangat mudah. Untuk buat confirmation... Hubby pun call Allson kelana resort... Dan dorang dengan pantasnya mengatakan dorang sudah terima pembayaran.

Pada 3hb Mei 2014, aku memulakan perjalanan dari kampung ke rumah mak mertua aku di Kota Samarahan. Terasa berat hati sebenarnya nak tinggalkan Alia. Lagipun... Hubby pun ada kat rumah, cuti hari pekerja. Namun... Apa boleh buat. Kerja kerajaan, Kita yang menurut perintah... Nak atau tidak. Kena jugak pergi kan. Masa aku nak naik van... Hujan renyai-renyai, Alia pulak still tidur. Hanya ciuman singgah di pipinya pagi itu membuatkan aku mengalirkan air mata.

Sampai di rumah mak mertua around jam 2 petang. Sampai-sampai je, terus call Alia. Alhamdulillah... Alia lansung tak meragam. Mak kata Alia ok je. Mungkin disebabkan ayahnya ada kat rumah... Jadi taklah terasa sangat semasa ketiadaan aku. 

Pada 4hb Mei 2014, Aku dihantar oleh adik iparku dan ibu mertuaku. Taklah awal sangat ke airport. Lagipun, aku takde luggaged pun untuk dimasukkan ke kargo. Then, Check-in pun aku dah siap awal-awal guna online. Senang sikit kerja aku. Tak payah nak queue bagai. Settle semua, Jam 9:20 pagi... Terbanglah aku ke tanah semenanjung. First time naik belon kata orang Sarawak. Takdelah takut sangat. Cuma... Telinga rasa macam berdengung jelah.

Sampai KL, kawan sama study dulu ambik. Sangat baik orangnya. Hantar aku sampai hotel lagi. Huhu... Macam panjang je cerita aku. Nantilah sambung balik. Rasa loyalah pulak.


3 comments:

  1. jarang gunakan agoda.. tapi bagus juga service mereka..

    ReplyDelete
  2. Lama juga Fiza sepi..ehehe..ohh dah balik ye dr Semenanjung..
    sy biasa jg tempah dr Agoda..mmg cepat & mudah..:)

    ReplyDelete
  3. tahniah fiza,alia bakal dpt adiklah ye..happy for u..

    crita pasal agoda,lain pulak yg dikomen.hehe

    ReplyDelete