Assala'mualaikum, hai...
Harini seawal 7:00 pagi aku dah sampai office. Actually, aku naik kereta dengan adik. Dia cikgu... So, terpaksalah aku ikut time dia. Al-maklumlah... Aku belum ada lesen kereta lagipun. Sampai je office, benda pertama yang akan aku check bila online ialah blog. Haha... Kot-kot ada komen yang pending right! Perasan tak sudah. Updatenya tidak... Kan!

Walaupun jarang update, alhamdulillah... Ada jugak yang sudi menyinggah. Terima kasih yer kerana sudi singgah. Insya Allah... Nanti bila ada ruang dan peluang akan aku balas kunjungan korang.

KFC Zinger Reloaded, Darlie Expert Fresh, Campaign terkini nuffnang, BE, CPUV,

Tetiba pepagi ni rasa nak update lah pulak bila tengok ada 2 Campaign berstatus on going tengah menyinggah di blog aku. Apa-apa pun... First things first, terima kasih Nuffnang kerana berterusan memberi Buffered Earning kepada blog suam-suam kuku seperti aku ni. Hehe...

Hurmm... Sebenarnya aku gelisah tu yang cuba mencari sesuatu untuk menghilangkannya. Sudahnya... Blog jugak jadi mangsa tempat aku bermadah kata. Haha... Dilema nak tinggalkan Alia seminggu sebenarnya. Aku mana pernah berjauhan dengan dia lama-lama. Paling tidak pun... 9 jam je pun sehari. 

Ni... Next week punya cerita. Aku telah diarahkan oleh pengarah untuk menghadiri kursus di Allson Kelana Resort, Seremban selama seminggu. Dahla first time nak pergi semenanjung. Huhu... Jakun kan? Mestilah perasaan tu bercampur baur... Ye tak? Nampaknya... Hari-harilah nanti aku buat video call... 

Huwaaaa....