Assalamu'alaikum, hai... Harini ni Khamis, 24 April 2014... Seawal Jam 2:30 pagi aku bangun. Bukan bangun disebabkan Alia nak men...

Oh! Makanan

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Harini ni Khamis, 24 April 2014... Seawal Jam 2:30 pagi aku bangun. Bukan bangun disebabkan Alia nak menyusu, tapi dek kerana tuntutan perut mahu diisi. Entahla... Sekarang ni aku cepat benar rasa lapar. Asyik nak makan je kerjanya. Akhirnya... Aku makan nasi berlaukkan ikan masak kari seawal 3 pagi. Nak buat macam mana, kalau dah lapar kan. Bedal je. Betul tak... Janji... Kenyang. Haha...

Lepas makan. Aku terus stay up. Bukak laptop... Laju-laju hadap blog. Alia pulak lena dibuai mimpi. Sempat jugak menjenguk blog rakan-rakan walaupun tak semua. Alhamdulillah! Nanti ada masa, aku terjah lagi ok. 

Sambil blogwalking, tak cukup kenyang diperut, nak jugak google imej makanan. Tabiat apakah itu?... Kali ni aku view menu di Sugarbun. Kot-kot ada menu yang teringin nak makan. Haha... Padahal... Semalam... Aku dengan 3 rakan sekerja makan kat Sugarbun pun. Aku order nasi lemak klasik dengan air bandung. Total up, semuanya berjumlah RM7.50. Not bad! Serius... Sedap walaupun tak pedas. 


Biasanya... Kalau dah tak tahu dan malas nak fikir nak makan apa. Kitorang akan serbu KFC atau Sugarbun jelah. Tu pun kalau rajin. Kalau tak... Jalan-jalan cuci mata. Haha. Tapi jarangla... Biasanya kitorang akan makan dulu. Kalau ada masa lebih je singgah kat mana-mana kedai. 

Haha... Asyik cerita bab makan je kan. Bila nak cerita pasal pengalaman bekerja di tempat baru. Hurmmm... Ada benda nak share sebenarnya. Cuma... Idea nak karang ayat je... takde. Nanti... Lain masa aku up entri pasal itu ok. Insya Allah... At least ada jugak catatan memori bekerja di tempat sendiri kan. Apa-apa pun, have a nice day ^_^..





ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. pukul 3 pagi makan nasi?? hebat!
    gaya macam makan sahur.. kalo zura tido ngan makan..lebih pada tido lagi. hahaha

    ReplyDelete
  2. hv a nice day Fiza...noe pun kdg2 camtu gak...kul 1/2 pagi..rasa lapar...makan je...lepas makan tidur...hehehe...mmg elok tuk diet

    ReplyDelete
  3. fiza slim je.makan je la pukul berapa pun yg penting tak lapar.muni pukul berapa pun ak kira,asal perut berbunyi, makan.hehe

    dh test pregnant belum?hehe..muni tggu pengalaman bekerja tu ekk

    ReplyDelete