Assala'mualaikum, hai... Harini seawal 7:00 pagi aku dah sampai office. Actually , aku naik kereta dengan adik. Dia cikgu... So ,...



Assala'mualaikum, hai...
Harini seawal 7:00 pagi aku dah sampai office. Actually, aku naik kereta dengan adik. Dia cikgu... So, terpaksalah aku ikut time dia. Al-maklumlah... Aku belum ada lesen kereta lagipun. Sampai je office, benda pertama yang akan aku check bila online ialah blog. Haha... Kot-kot ada komen yang pending right! Perasan tak sudah. Updatenya tidak... Kan!

Walaupun jarang update, alhamdulillah... Ada jugak yang sudi menyinggah. Terima kasih yer kerana sudi singgah. Insya Allah... Nanti bila ada ruang dan peluang akan aku balas kunjungan korang.

KFC Zinger Reloaded, Darlie Expert Fresh, Campaign terkini nuffnang, BE, CPUV,

Tetiba pepagi ni rasa nak update lah pulak bila tengok ada 2 Campaign berstatus on going tengah menyinggah di blog aku. Apa-apa pun... First things first, terima kasih Nuffnang kerana berterusan memberi Buffered Earning kepada blog suam-suam kuku seperti aku ni. Hehe...

Hurmm... Sebenarnya aku gelisah tu yang cuba mencari sesuatu untuk menghilangkannya. Sudahnya... Blog jugak jadi mangsa tempat aku bermadah kata. Haha... Dilema nak tinggalkan Alia seminggu sebenarnya. Aku mana pernah berjauhan dengan dia lama-lama. Paling tidak pun... 9 jam je pun sehari. 

Ni... Next week punya cerita. Aku telah diarahkan oleh pengarah untuk menghadiri kursus di Allson Kelana Resort, Seremban selama seminggu. Dahla first time nak pergi semenanjung. Huhu... Jakun kan? Mestilah perasaan tu bercampur baur... Ye tak? Nampaknya... Hari-harilah nanti aku buat video call... 

Huwaaaa....


Assalamu'alaikum, hai... Harini ni Khamis, 24 April 2014... Seawal Jam 2:30 pagi aku bangun. Bukan bangun disebabkan Alia nak men...



Assalamu'alaikum, hai...
Harini ni Khamis, 24 April 2014... Seawal Jam 2:30 pagi aku bangun. Bukan bangun disebabkan Alia nak menyusu, tapi dek kerana tuntutan perut mahu diisi. Entahla... Sekarang ni aku cepat benar rasa lapar. Asyik nak makan je kerjanya. Akhirnya... Aku makan nasi berlaukkan ikan masak kari seawal 3 pagi. Nak buat macam mana, kalau dah lapar kan. Bedal je. Betul tak... Janji... Kenyang. Haha...

Lepas makan. Aku terus stay up. Bukak laptop... Laju-laju hadap blog. Alia pulak lena dibuai mimpi. Sempat jugak menjenguk blog rakan-rakan walaupun tak semua. Alhamdulillah! Nanti ada masa, aku terjah lagi ok. 

Sambil blogwalking, tak cukup kenyang diperut, nak jugak google imej makanan. Tabiat apakah itu?... Kali ni aku view menu di Sugarbun. Kot-kot ada menu yang teringin nak makan. Haha... Padahal... Semalam... Aku dengan 3 rakan sekerja makan kat Sugarbun pun. Aku order nasi lemak klasik dengan air bandung. Total up, semuanya berjumlah RM7.50. Not bad! Serius... Sedap walaupun tak pedas. 


Biasanya... Kalau dah tak tahu dan malas nak fikir nak makan apa. Kitorang akan serbu KFC atau Sugarbun jelah. Tu pun kalau rajin. Kalau tak... Jalan-jalan cuci mata. Haha. Tapi jarangla... Biasanya kitorang akan makan dulu. Kalau ada masa lebih je singgah kat mana-mana kedai. 

Haha... Asyik cerita bab makan je kan. Bila nak cerita pasal pengalaman bekerja di tempat baru. Hurmmm... Ada benda nak share sebenarnya. Cuma... Idea nak karang ayat je... takde. Nanti... Lain masa aku up entri pasal itu ok. Insya Allah... At least ada jugak catatan memori bekerja di tempat sendiri kan. Apa-apa pun, have a nice day ^_^..



Assalamu'alaikum, hai... Start keja haritu until now, aku asyik kepenatan. Padahal kerja kat office takdelah banyak sangat. Fir...



Assalamu'alaikum, hai...


Start keja haritu until now, aku asyik kepenatan. Padahal kerja kat office takdelah banyak sangat. First month aku di office still didatangi "bulan wanita". Haha... But... For this month macam pelik pulak... Hanya berlaku dalam satu hari dan sikit. Namun, aku tak naklah berharap sangat. Nanti kecewa bila dapat result negatif. Ye tak? Nak tak nak aku kena tunggulah until hujung bulan ni untuk buat Urine Test Pregnancy. Doakan ia positif ek. Hehe...

Tapi serius... Sejak akhir-akhir ni aku cepat lapar. Lepas tu cepat pulak kepenatan. Bayangkan... Naik tingkat 3 je pun jaga budak exam. Dah termengah-mengah. Adakah itu tanda-tanda awal mengandung.

Masa mengandungkan Alia dulu... Takdelah menghadapi situasi sebegini. Simptom-simptom mengandung tu memang jelas diketahui. Adakah benar kata orang tua-tua... Mengandung anak lelaki, tandanya takdelah payah sangat sampai termuntah-muntah. Tau... tau mengandung. Hai... Entahlah.

Lama tak update... Tetiba update. Merapu tak sudah. Haha... Actually, sekarang ni aku tengah setup email staff mengikut hosting berbayar. Boring! terus bukak blog. Rindu katanya nak menulis. Padahal... Bukan ada idea sangat pun. Sekarang ni... Blog aku memang terabai terus. Nak blogwalking lagilah... Memang tak! Minta maaflah yer pada yang bertandang. Insya Allah. Nanti ada masa... Aku terjah ok!


Assalamu'alaikum, hai... Tugas pertama yang diberikan kepada aku bila mula masuk kerja... Aku diamanahkan untuk membangunkan lama...



Assalamu'alaikum, hai...
Tugas pertama yang diberikan kepada aku bila mula masuk kerja... Aku diamanahkan untuk membangunkan laman website menggunakan joomla. Fuh! Aku lansung tak tahu mengenai apa itu joomla? Aku sekadar tahu bermain dengan coding html. Seminggu jugak aku study mengenainya dengan bantuan google dan jugak youtube. Akhirnya... Aku memahami bagaimana untuk membangunkan website menggunakan joomla.

First thing first... Mesti ada software joomla dan xampp. Ini bagi mereka yang ingin membangunkan website secara offline before di muatnaik. Perkara pertama adalah bermula dengan install xampp dan joomla. Caranya adalah seperti berikut :-

Cara Install xampp langkah demi langkah 
Langkah Pertama, bukak file xampp 1.7.7-installer.exe sebagai contoh. Kemudian akan dipaparkan pilihan untuk memilih bahasa ketika proses install berlaku. Pada contoh ini aku memilih bahasa English sebagai bahasa pilihan. Kemudian. Proses install akan bermula seperti berikut.


Kedua, akan muncul popup seperti berikut, Dan tekan next.




Seterusnya, pilih tempat fail untuk disimpan. Seelok-eloknya fail xampp di masukkan di C:/ seperti berikut.


Setelah proses install selesai, ia akan berakhir seperti berikut dan tekan butang Finish.



Dah siap. Mudahkan. Untuk meng'install joomla. Next entri akan aku share ok. Nak sedia juadah minum petang kejap. Hehe...

Assalamu'alaikum, hai... Adik-adik aku... Perempuan ke. Lelaki ke... Sama saja. Kurang gemar nak keluar rumah melainkan hari beke...



Assalamu'alaikum, hai...
Adik-adik aku... Perempuan ke. Lelaki ke... Sama saja. Kurang gemar nak keluar rumah melainkan hari bekerja. Bila dah hujung minggu. Confirm! Tv akan bersiaran dari pagi hingga ke petang. Paling dorang tunggu ialah running man, tv2... Hari sabtu starting jam 4. Entah episod terbaru running man atau yang lama ke... Aku pun tak tahu. Aku bukan layan pun running man.


Adik-adik aku semua kata best. Tapi... Walaupun dorang kata best. Aku tetap tak tertarik untuk menonton running man. Entah! Memang tak berminat. Nak buat macam manala kan. Baik aku update blog. Lagi best. Haha...

Yang paling tak tahan tu... Adik aku siap kata. Watak-watak dalam running man kacak-kacak belaka. Ada aku kisah. Haha... Namun, itulah manusia. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. So, tak dapat nak kata apalah kan. Masing-masing ada minat yang tersendiri right...


Assalamu'alaikum, hai... Sejak dah bekerja ni... Masa untuk aku menonton tv pun kurang. Yelah! Balik kerja pun sampai rumah dah pu...



Assalamu'alaikum, hai...
Sejak dah bekerja ni... Masa untuk aku menonton tv pun kurang. Yelah! Balik kerja pun sampai rumah dah pukul 6 petang. Sampai je... Terus ambik Alia. Lepas puas peluk cium... Penat pun dah kurang. Terus mandikan Alia pulak. Bab memasak... Mak ngan adik selalu buat. Kalau dorang lambat. Baru aku take over. Dulu masa belum kerja... Kemain mengeluh... Kata bosanlah. Bila dah kerja... Mengeluh pulak... Kata penat. Memang tak reti nak bersyukur lansung kan.

Gambar daripada Sumber

Berbalik pasal tv. Sekarang ni... Slot akasia berjudul "Aku isterinya" tengah ditayangkan di tv3. Tak silap... Anzalna Nasir dan Izzue Islam berlakon kan. Langsung tak menyempat nak melayan. Dah berapa episod pun aku tak tahu. Top-top dah episod akhir dah cerita Aku isterinya. Langsung tak tengok. Entahla... Macam takde nafsu nak tengok tv dah sekarang ni. Adakah itu perasaan para wanita bergelar ibu bekerjaya? Ke aku sorang gitu. Haha...

Lama haish tak update blog gara-gara kerja. Alhamdulillah... Right now, website yang aku buat dah nak hampir siap. 25hb nanti... Pengarah suruh bentang. Huhu... Sabo jelah...


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Akhirnya ada jugak masa untuk aku update blog. Budak-budak time umur duatigaempat tahun...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Akhirnya ada jugak masa untuk aku update blog. Budak-budak time umur duatigaempat tahun memang ada sedikit kenakalan. Namun... Andai betul didikannya. Insya Allah. Besar nanti takdelah nakal sangat kan. Hehe...




Macam si Syahmie anak buah aku ni. Dulu... Time umur setahun lebih. Pantang tengok Alia. Mesti nak buli dan marah Alia. Tapi... Sekarang bila dah umur 2 tahun 6 bulan. Dia dah boleh jadi kawan Alia dah. Kekadang je dia akan marah Alia. Alia pulak jenis selamba badak... Kena marah ke... Kena apa ke. Dia tetap cool tak nangis. Serius. Alia memang jenis yang sangat-sangat jarang menangis dan merengek. Sangat mudah kerja aku untuk menjaganya. Alhamdulillah... Dia ikut sikap ayahnya kot. Kalau aku... Masa kecik-kecik dulu. Mak kata... Jenis kuat merajuk dan manja. Jenuh nak jaga. Sian mak.

Bila takde budak. Sunyi pulak... Rumah kan. Di saat entri ni di publish... Aku dah sampai office. Tetiba rindu kat Alia. Minggu ni tak sibuk sangat kat office. Jaga budak exam untuk 3 weeks. Tu yang ada masa untuk update blog. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Sesibuk mana pun kerja. Masa untuk Alia tetap ada. Right now, masa hubby balik cuti one week before... H...



Assalamu'alaikum, hai...
Sesibuk mana pun kerja. Masa untuk Alia tetap ada. Right now, masa hubby balik cuti one week before... Hubby belikan Alia alatan menulis. Lengkap satu set. Apalagi... Alia. Dapat one set alatan menulis. Sukalah dia.




Masa beli haritu... Kemain Alia. Dah reti ambik sendiri dan bagi kat ayah suruh bayar. Haha... Ni mesti kes tiru gaya aku ni. Bila shopping je. Ambik barang. Pastu bagi kat hubby... Suruh bayar kat kaunter. Teringat pulak aku dengan satu iklan di tv... Yang mana si anak melihat je tingkahlaku si ibu membuang tisu selamba badak... Si ayah memaki hamun pemandu lain ketika driving. Tak mustahil... One day... Anak jugak akan berperangai sedemikian kan...


Assalamu'alaikum, hai... Seminggu yang lepas. Adik perempuan kedua aku dah start cuti bersalin. Due date pun semalam. Semalam mak...



Assalamu'alaikum, hai...
Seminggu yang lepas. Adik perempuan kedua aku dah start cuti bersalin. Due date pun semalam. Semalam mak ikut dorang pegi Betong... Beli tv. Tv kat rumah... Minggu ni buat hal. Nak tak nak... Kena tukar yang baru. Tapi kali ni... Beli yang 49 inci... Bayar kongsi. Haha. 

Sampai di rumah kira-kira jam 6:30 petang. Dia bagitau kat emak. Dah keluar tanda nak bersalin dah... Actually... Tanda nak bersalin mudah je. Keluar darah, sakit yang konsisten. Macam adik aku. First sejam sekali. Then... Setengah jam sekali... Tanda nak beranaklah tu. Kalau aku dulu... Masa lahirkan Alia. Lain sikit... Banyak air yang keluar... Kata orang air ketuban. Pun... Tanda awal nak beranak jugak tu. 

Alhamdulillah... Pagi ni. Masa nak turun kerja. Adik call bagitau yang dia dah selamat melahirkan anak perempuan di klinik Spaoh... Seberat 3kg 400g. Dia takde sebarang masalah... That why, boleh beranak di mana-mana klinik berdekatan tanpa perlu ke hospital. 

Tak sabar nak balik kerja nak tengok muka dia. Lagi tak sabar nak jumpa Alia. Kalau aku kaya... Memang aku tak kerja. Huhu...