Assalamu'alaikum, hai... Semalam... Seawal jam 5:40 pagi... Aku, adik dan ayah bertolak dari rumah ke Sarikei. Kali ni... Pusat e...

Pengalaman Menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 2014

/
10 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam... Seawal jam 5:40 pagi... Aku, adik dan ayah bertolak dari rumah ke Sarikei. Kali ni... Pusat exam aku lebih dekat jika nak dibandingkan dengan pusat peperiksaan pegawai teknologi maklumat aku sebelum ni.

Alhamdulillah... Dengan bantuan GPS... Kami sampai sejam lebih awal... Mean ada masa untuk breakfast. Hehe... Jadi breakfast dululah jawabnya. Mulanya... Hampir sesat jugak sebab papan tanda pusat exam tu agak tersembunyi sikit. Kalau orang tak perasan... Confirm! Tak tahu. Nasib baik ada GPS. 


Masa exam tu pulak... Ramai yang kecoh kata dorang sesat... Rata-rata sampai 15 minit sebelum exam bermula. Then... Lepas kami masuk bilik exam... Terkejut tengok... Lebih daripada separuh tak sampai lagi. Namun... Exam tetap dimulakan. Sedihnya... Sampai ke tamat peperiksaan pun still lebih daripada separuh calon tak masuk exam. Adakah mereka memang tak datang atau mereka sesat? Wallahu'alam... Kalau soalan exam pulak... Banyak soalan basic je dikemukan... Contohnya :-

Bahagian A : Pengetahuan AM (40 soalan)
1. Singkatan untuk VGA
2. Jenis-jenis topologi ( dibagi gambar... Then kita jawab adakah ia bus, cincin atau bintang )
3. Cakera keras
4. IP address
5. LAN, WLAN dan MAN
6. Green ICT
7. Pilihan fail grafik
8. Pembangunan sistem ( tak silap 3 soalan )
9. Ketesauran
10. Sambungan komputer
11. Rangkaian komputer
12. Entiti
13. Database
14. Kardinaliti
15. Isu semasa berkaitan dengan dunia ICT.

Tu antara jenis soalan bahagian A yang aku ingat... Untuk bahagian B 40 soalan... More to calculation... Macam peratusan... Pecahan... Pendek kata... Soalannya seperti math form 5. Part C pulak 94 soalan pasal sahsiah calon... Yang ni terpulang pada kita... Jawapan macam mana... Benar, tak pasti atau tidak benar. Keseluruhannya... Semua soalan objektif. Alhamdulillah... Boleh jawab. Cuma tu lah... Ada jugak beberapa soalan yang aku rasa jawapan aku bagi limapuluhlimapuluh betulnya. Haha...

Takpelah... Yang penting dah berusaha sebaik yang mungkin. Selebihnya aku berserah pada Allah. Habis je exam... Kami terus balik. On the way balik... Dapat sms dari hubby pasal berita semasa pasal kehilangan kapal terbang MAS MH370... Ya Allah... Bagaimanalah penumpang dan anak kapalnya yer. Sampai je rumah... Terus bukak tv tengok berita astro awani... Sian sungguh... Apalah nasib dorang. Dahlah tu sampai sekarang takde berita. Bersama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat.




ARTIKEL LAIN DI SINI

10 comments:

  1. good luck Fiza...dah lama sangat x pergi exam :)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya...kesian kpd mereka yang kalau benar2 sesat dijalanan tu...tak dapat teruskan exam..

    ReplyDelete
  3. gud luck fiza..klu yakin dh boleh jawab tu kira boleh la..

    pray for MH 370

    ReplyDelete
  4. Banyak juga soalan nya yer. Smoga berjaya ☺

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya..saya dulu pun pernah ambik exam PTD..tp sampai skrg tak dek jawapan..hihi..

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah ..moga2 berjaya dapat jawatan tu..saya xpernah dapat interview SPA

    ReplyDelete
  7. Salam Fiza..
    budak2 opis atie ni ramai juga yg pegi exam..moga lulus dgn cemerlang ya... sedih & sayu bila mengenang MH370 ni..ya ALLAH KAU permudahkan lah usaha mencari...amin!

    ReplyDelete
  8. Gud luck awak..saya pon menghadiri exam yang sama..sedih jugak lepas aje settle seksyen A..adik bgtau pasal MH370 tu..arini genap dah seminggu..moga adalah keajaiban yang berlaku..inshaallah..amin

    ReplyDelete