Back to Top

16 March 2014

Minum Soya, Anak Putih!



Assalamu'alaikum, hai...
Actually... Soya adalah antara minuman kegemaran aku... Dan paling penting... Bila beli, pasti jenama yeo's menjadi pilihan. Masa mengandungkan Alia dulu... Aku suka minum soya selain daripada susu Anmum. Lagi-lagi soyrich... Rasanya kurang manis dan lemak. Memang sedap terutama apabila disejukkan... Paling suka minum time kandungan dah masuk 7 bulan... Kan masa tu... Rasa panas memanjang. Apalagi... Aku. Memang suka minum soya letak ais. Kalau takde... Mahu merajuk dibuatnya. Entah... Masa mengandungkan Alia... Aku suka sangat nak merajuk. Pembawakan budak agaknya. Hehe... 


Kata orang... Kalau kita suka minum soya masa pregnant. Nanti bayi keluar... Putih. Wallahu'alam. Aku bantai je minum. Tak terfikir pulak pasal warna kulit baby. Haha... Pada aku... Putih atau tak... Itu tak penting. Yang penting... Baby lahir sihat dan sempurna sifatnya. Dah cukup bersyukur dah...

Lagi satu... Ada orang kata. Kalau amalkan minum air kelapa muda time pregnant. Kulit baby lahir... Gebu. Betul ke?



2 comments:

  1. muni pun suka soya..paling best yg fresh..pilihan kedua baru yg dlm kotak..org kata mungkin ada betulnya.kulit putih tp sensitif org kata..masa pregnant afia boleh kata hari2 minum yg fresh tanpa ais..afialahir mmg putih gebu macam anak cina..pastu skang kulit makin kurang cerah dah.hehe

    ada juga yg kata tak bagus makan soya.propaganda yahudi.entah antara percaya n tidak pada muni soya pun byk kebaikan..klu suka n minum pada kadar berpatutan ok je..

    pasal kelapa muda tu petua org tua2..supaya kulit anak bersih..

    ReplyDelete
  2. Suka gak minum soya masa pregnant. Tapi org kata tak boleh minum byk sgt sbb nnt kulit anak jadi sensitive. Tak tau sejauh mana kesahihannya.

    ReplyDelete