18 February 2014

Panasnya!



Assalamu'alaikum, hai...
Rumah kampung, bila panas terik. Memang terasa betul bahangnya. Sampaikan Alia tak boleh nak tidur siang. Ke hulu ke hilir usung yaya jelah kejanya. 


Kat kampung... Bila dah panas. Lepas asar. Semua akan duduk di luar rumah... Ambik angin sambil layan aiskrim kon. Sedap! Weii... Bila petang gini. Memang ramai yang akan ronda kampung naik motor. Apalagi... Alia yang menengok. Seperti orang kejakunan. Sabo jelah... Lepas tu... Sibukla dia ajak anjangnya (adik aku) naik motor. Kalau tak dilayan... Siapla... Menangisla dia. Tapi adik aku suka melayan... Sebab tu la Alia 'langgok gilak' (manja sangat dalam Bahasa Sarawak). Tapi... Kalau anak buah aku yang lain balik bercuti. Confirm! Motosikal akan disorok. Apa taknya... Bila petang je. Mesti dorang sibuk ajak naik motor. Untuk adil... Semua tak naik. Haha...


7 comments:

  1. seronok santai di rumah kampung waktu petang dapat angin petang kalau panas di dalam rumah...rindunya semua tu...

    ReplyDelete
  2. kena beli motor yg ada muatan kt tepi tu fiza,sn nak bawak ronda alia n kazen2 dia..hehe

    comel alia pegang yaya..:)

    ReplyDelete
  3. actually mmg seronok dok kampung kan Fiza.. tp yang tak tahan tu kalau panas.. tapi seronok angin & panas kampung tak sama dgn angin & panas bandar ;)

    ReplyDelete
  4. Cuaca memang tak menentu sekarang ni... kena banyak minum air masak

    ReplyDelete
  5. comelnya alia.. :)
    mmng pun kak.. umah kampung ni, panas mengelegak siangnya..mlam sejuk sesangat..

    ReplyDelete
  6. balik kampung...mmg wajib naik motor...bukan budak2 jer..mak2 budak pun sama...keliling kg naik motor...bessss

    ReplyDelete