Assalamu'alaikum, hai...
Semalam hari gaji... Memandangkan adik pergi bank... Aku pun nak jugak ikut... Tapi, Kena tunggu adik balik mengajar baru nak gerak. Aku pergi bank BSN nak settle kad bank aku kena block bulan lepas... Gara-gara lupa nombor pin. Biasalah... Dah lama tak guna. Hehe... Tapi mesti settle'kan jugak. Duit hasil berblog dalam tu weii...

kad atm bsn baru, lupa nombor pin kad bsn, kad bank kena block,

Cantik weiii kad baru bank BSN. Color biru tua gitu. Nampak canggih... Untuk minta nombor pin kad bank BSN yang baru. Aku kena isi borang untuk mohon kad baru. Dorang tak bagi pun nombor pin... Tapi tukar kad baru. So, isi jelah... Tak sampai 15 minit dah settle. Perkhidmatan yang mudah dan pantas. 5 bintang aku bagi... Okeh!

Tapi sayang... Aku tak dapat nak tukar nombor pin di mesin ATM. Sapa sanggup nak tunggu. Panjang benau queue weh!... Dahla hari gaji. BR1M 3.0 jugak masuk. Apalagi... Kena serbulah jawabnya. Nak tak nak... Nampak gayanya Ahad ni... Pergi ATM lagila jawabnya. Huhu...

Oh! Ya... Pasal kad ATM BSN yang baru. Ia dilengkapi lima aplikasi yang dihubungkan kepada akaun simpanan BSN, iaitu Visa payWave, MEPS, Touch ‘n Go, PLUSMiles dan program kesetiaan BCARD tau... 

keistimewaan yang sama dengan kad kredit, tetapi tanpa berhutang dengan bank. Best kan? Tak payah bawak cash dah bila shopping. Tapi... Kena tahula amount dalam akaun. Nanti takde duit dalam tu... Kita pulak yang malu. Haha...

Selain tu... Kad Debit Visa BSN juga dilengkapi teknologi tanpa sentuh Visa payWave, yang mana pemegang kad hanya perlu melayangkan kad untuk melunaskan pembayaran tanpa perlu menggunakan nombor pengenalan peribadi atau menurunkan tandatangan... Seperti hubby selalu buat. Nak kena tandatangan bagai...

Bukan tu je... Pengeluaran wang dan pindahan antara bank pun boleh dilaksanakan di mana-mana mesin ATM dalam rangkaian ATM MEPS di seluruh negara.

Kad itu juga dilengkapi ciri keselamatan seperti dasar liabiliti sifat Visa yang melindungi pemegang kad daripada pembelian palsu, selain had pembelian yang boleh ditentukan dan pemberitahuan urus niaga menerusi SMS...

Macam bagus je service kad ATM BSN yang baru kan. Nanti... Insya Allah. Fiza nak try shopping guna kad tu... Kalau menjadi... Akan fiza share okeh...

Have a nice day :)

Note : Info berkaitan KAD ATM BSN yang baru diperolehi daripada sumber BERITA HARIAN.