Assalamu'alaikum, hai... Ni sambungan kisah semalam... Kalau pagi semalam aku dok sibuk buat kuih apam balik. Petangnya pulak... ...

Bila Rajin Menguasai Diri

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Ni sambungan kisah semalam... Kalau pagi semalam aku dok sibuk buat kuih apam balik. Petangnya pulak... Tetiba rasa nak buat apam gula hangus untuk minum petang.

Sementara hubby ke sekolah dan si Alia lena diulit mimpi. Apalagi... Bermulalah episod aku sediakan juadah minum petang. Dan hasilnya...

Taraa... Tapi maaflah yer... Dekorasinya tak cantik. Hehe...


Nak buat... Sangatlah mudah. Bagi aku... Inilah resepi apam gula hangus paling mudah dan tak perlukan bahan yang banyak. Resepinya aku dapat daripada aplikasi resepi apam di play store. 

So, nak dijadikan cerita... Bahan untuk membuatnya... Tersangatlah sikit. Cuma 1 gelas gula tambah 1/2 gelas air dicairkan dengan api perlahan sehingga kekuningan. 1 gelas santan, 2 1/2 tepung gandum, 2 sudu teh bikarbonat, 1/2 gelas gula dan 3 biji telur.

Kemudian... Untuk membuatnya pulak. First things first... Pukul telur dan 1/2 gelas gula sehingga kembang. Then ayakkan tepung bersama bikarbonat. Masukkan ke dalam telur dan gula yang telah kembang. Masukkan juga gula yang telah dicairkan dan jugak santan. Dah sebati... Bolehla kukus 20 minit atau sehingga masak.

Hehe... Ni time rajin je pun boleh buat. Kalau penyakit 'M' dah menyerang. Alamat makan biskut kering cicah dengan milo jelah jawabnya.




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. wahhhh best2.. lagi-lagi di petang hari makan bersantai

    ReplyDelete
  2. Telan air liur lagi.. :)
    Fiza nih memang rajin buat kuin muih dan kek kan~ kagum betol zura. nape lah zura nih x de masa nk masak2 mm fiza ek.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. mak kaksura rajin jugak buat ni..kaksura jer x pernah buat..hihihi..makan jer suka..:)

    ReplyDelete