Back to Top

27 February 2014

Membasahi Anak Tekak!

5:48:00 PM 10 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Panas terik semestinya membuatkan kita dahagakan air. Malah... Boleh jugak membuatkan kita berimaginasi... Alangkah sedapnya  bila dapat makan aiskrim. Haha.

Pucuk dicita, ulam mendatang... Tetiba adik perempuan bongsukan menawarkan diri untuk membeli aikrim. Dapatlah... Aiskrim Neapolitan three layer... Vanila, Coklat dan Strawberi... Pekena pulak dengan roti kosong. Marvelous!!! 


Mula-mula hadap aiskrim... Rasa semua nak dihabiskan. Sekali... 1 bekas yang harga RM7.50 tu pun tak habis makan 5 orang. Padahal... Beria-ria nak habiskan... Biasalah... Bila kehendak dan nafsu bergabung... Mahunya ketamakan tu teserlah. Haha...


Karipap Buatan Banduan!

2:54:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam adik perempuan bongsu aku balik dari interview. Adik perempuan aku nombor dua yang kerja di Penjara Kuching kirimkan karipap yang banduan buat. Actually, banduan pun ada diajar kemahiran tau... Bukannya duduk penjara menjalani hukuman, makan dan tidur je. Hasil tangan dorang akan dijual... Duitnya pulak... Staff akan simpankan. 

Bila banduan keluar nanti... At least dorang ada duit untuk survive setelah keluar dari penjara.


Back to the point, karipap yang dorang buat tu ternyata sedap. Susah jugak nak cari karipap sesedap tu even sendiri buat. Serius! Memang sedap. Adik aku beli... Ada dua jenis... Inti daging dan jugak ayam. Duadua aku suka. Hehe... Sampai 4 biji aku habiskan. Alia pun suka.

Pada aku... Bagus jugak kan banduan diajar kemahiran. Sekurang-kurangnya bila keluar penjara... Dorang boleh survive dengan kemahiran yang dorang miliki. Taklah nanti... Kembali kepada perkara yang pernah dorang buat sebelum ni.


Bila Anak Majikan Dibunuh oleh Si Pembantu Rumah!

12:12:00 AM 5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak berita tadi. Apakah motif amah tu kelar dua orang anak majikannya ek... Lepas tu bunuh diri. Padahal dah 2 tahun bekerja dengan majikannya. Hurmmm... Sedih dengar cerita gini tau. Asyik-asyik cerita pasal anak dan pembantu rumah. Takut pulak rasa hati...

Tu la... Isnin ni aku dah start lapor diri. Alhamdulillah... Aku berjaya temuduga di Politeknik Metro, Betong haritu. Bergaji hari... Start 3 March dan habis pada 31 Mei... Lepas tu. Sambung atau tidak... Semuanya bergantung kepada rezeki. Memandangkan hubby membenarkan... Dan tambahan dekat dengan rumah makayah... So, aku terima offer dorang.

Even dekat... Tapi risau jugak nak tinggalkan Alia. 2 tahun tau aku jaga sendiri Alia. Tetiba Isnin ni... Tugas tu adik, makayah aku ambik. Huhu... Aku pulak rasa tak boleh nak berjauhan dengan Alia sekarang weh!... Start dapat call Isnin haritu... Malam-malam aku tak boleh nak lelapkan mata... Asyik... fikirkan Alia. Sedangkan family sendiri yang jaga.


26 February 2014

Kad ATM BSN Kena Sekat!

7:26:00 AM 11 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam hari gaji... Memandangkan adik pergi bank... Aku pun nak jugak ikut... Tapi, Kena tunggu adik balik mengajar baru nak gerak. Aku pergi bank BSN nak settle kad bank aku kena block bulan lepas... Gara-gara lupa nombor pin. Biasalah... Dah lama tak guna. Hehe... Tapi mesti settle'kan jugak. Duit hasil berblog dalam tu weii...

kad atm bsn baru, lupa nombor pin kad bsn, kad bank kena block,

Cantik weiii kad baru bank BSN. Color biru tua gitu. Nampak canggih... Untuk minta nombor pin kad bank BSN yang baru. Aku kena isi borang untuk mohon kad baru. Dorang tak bagi pun nombor pin... Tapi tukar kad baru. So, isi jelah... Tak sampai 15 minit dah settle. Perkhidmatan yang mudah dan pantas. 5 bintang aku bagi... Okeh!

Tapi sayang... Aku tak dapat nak tukar nombor pin di mesin ATM. Sapa sanggup nak tunggu. Panjang benau queue weh!... Dahla hari gaji. BR1M 3.0 jugak masuk. Apalagi... Kena serbulah jawabnya. Nak tak nak... Nampak gayanya Ahad ni... Pergi ATM lagila jawabnya. Huhu...

Oh! Ya... Pasal kad ATM BSN yang baru. Ia dilengkapi lima aplikasi yang dihubungkan kepada akaun simpanan BSN, iaitu Visa payWave, MEPS, Touch ‘n Go, PLUSMiles dan program kesetiaan BCARD tau... 

keistimewaan yang sama dengan kad kredit, tetapi tanpa berhutang dengan bank. Best kan? Tak payah bawak cash dah bila shopping. Tapi... Kena tahula amount dalam akaun. Nanti takde duit dalam tu... Kita pulak yang malu. Haha...

Selain tu... Kad Debit Visa BSN juga dilengkapi teknologi tanpa sentuh Visa payWave, yang mana pemegang kad hanya perlu melayangkan kad untuk melunaskan pembayaran tanpa perlu menggunakan nombor pengenalan peribadi atau menurunkan tandatangan... Seperti hubby selalu buat. Nak kena tandatangan bagai...

Bukan tu je... Pengeluaran wang dan pindahan antara bank pun boleh dilaksanakan di mana-mana mesin ATM dalam rangkaian ATM MEPS di seluruh negara.

Kad itu juga dilengkapi ciri keselamatan seperti dasar liabiliti sifat Visa yang melindungi pemegang kad daripada pembelian palsu, selain had pembelian yang boleh ditentukan dan pemberitahuan urus niaga menerusi SMS...

Macam bagus je service kad ATM BSN yang baru kan. Nanti... Insya Allah. Fiza nak try shopping guna kad tu... Kalau menjadi... Akan fiza share okeh...

Have a nice day :)

Note : Info berkaitan KAD ATM BSN yang baru diperolehi daripada sumber BERITA HARIAN.


24 February 2014

Tidur Siang Jam 10 Pagi!

3:07:00 PM 5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Ni kisah semalam... Lepas bagi Alia mandi jam 9. Aku terus bukak tv channel ceria. Bagi peluang Alia tengok tv sementara aku masak kat dapur sebenarnya... Sambil ditemankan atuknya. 

waktu tidur siang kanak-kanak berumur 2 tahun, tidur siang,

Biasa... Mesti riuh di ruang tamu nun kalau Alia tengok tv. Aku pelikla. Lepas siap masak ikan... Aku jenguk Alia dengan atuknya. La... Tv pulak tengok dorang. Duadua tidur. Patutla sunyi sepi. Jam baru pukul 10 pagi... Alia dah tidur. Cuaca pepagi dah panas kot... Tu yang cepat mengantuk tu. 

So... Senangla cerita aku nak masak. Dah nak masuk waktu Zuhur... Baru Alia bangun. Si budak kecik ni sekarang dah tak nak tidur dalam buai. Jadinya... Waktu tidur siang dia pun dah tak menentu. Dulu... Time tidur dalam buai... Tepat... Jam 2 petang dia akan tidur. Budak makin membesarkan. Banyak bermainnya dari tidur.

Tu antara aktiviti semalam... Nak keluar rumah jalan-jalan... Malas pulak rasanya... Lebih-lebih lagi panas terik kat luar rumah... Lansung membantutkan plan nak berjalan. Sangat-sangat panas cuaca sekarang kan?


Jenama Rice Cooker Paling Tahan Kami Miliki

11:24:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...

rice cooker paling tahan dan murah, rice cooker paling bagus,

Dah lebih 10 tahun, rumah kami di kampung guna rice cooker jenama national. Alhamdulillah... Masih berfungsi dengan baik sehingga saat gambar ini diambil, walaupun keadaannya nampak sudah mulai lusuh dimamah usia. Tapi... Sungguh banyak jasanya pada kami sekeluarga.

Aku suka dengan prinsip mak aku. Biar menang membeli, jangan pulak kalah memakai. Biarpun harganya mahal sikit... Yang penting kualitinya bagus. Time mak beli rice cooker ni dulu harganya still murah lagi... Tak silap around RM50++. Sekarang ni... Aku rasa... Mesti harganya dah mahal. 10 tahun dah berlalu beb... Mesti harganya pun dah naik 2 kali ganda kan...

Sekarang ni... Banyak sangat dah jenis barang elektrik yang ada di pasaran. Nak yang mahal atau paling murah pun ada. Cuma tu la... Nak kena hati-hati memilih. 

Tengah memasak... Tetiba terpandang rice cooker. Dek kerana banyak berjasa kepada kami. Teringin pulak nak buat catatan. Hehe... 
Sabo jelah yer...



Petua Agar Pokok Berbuah

9:26:00 AM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Biasanya kalau dah namanya pokok tak berbuah. Mesti jalan mudah kita akan ambik... Tebang je. Buat apa... Tak mendatang hasil pun... Ye tak?


Tapi... Sebenarnya ada petua nak bagi pokok yang tak pernah mengeluarkan buah berbuah tau. Fiza pun baru tahu. Ceritanya begini... Depan rumah kami ada pokok mangga... Bertahun-tahun lansung tak berbuah. Satu hari adalah saudara jauh belah mak aku datang kat umah. Tegurlah... Kata... Seronokla ada pokok mangga depan rumah. Petik je. Mak jawabla... Tak pernah berbuah pun. Apalagi... Dia mintak parang terus larik-larik batang pokok tu supaya keluarkan getah. Katanya... Nanti berbuahlah pokok mangga tu.

Memang... Betul. Tak sampai setahun pokok mangga tu pun berbuah. Bukan je berbuah... Sampai sekarang, kalau berbuah... Kemain lebat lagi. Alhamdulillah. Adakah itu kebetulan? Tapi tak salahkan kita mencubakan selagi tak mendatangkan keburukan. Ye tak?


23 February 2014

Checkup 2 Tahun

10:45:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...


Dah 5 hari berlalu... Baru teringat pasal nak update checkup Alia umur 2 tahun haritu. Tula muka Alia tengah mengantuk tunggu turn masuk. Boringla tu. Di Klinik Spaoh, time aku pregnant dulu... Queue guna sistem nombor. Sekarang... Entah! Guna stail lama balik. Ikut nasibla jawabnya.

Hampir setengah jam jugak kami bertiga tunggu... Baru kena panggil. Nasib baik tak berejam-rejam. Hehe. Masa kena panggil tu... Kemain teruja Alia nak kena timbang dan ukur ketinggian. Alhamdulillah... Berat Alia naik... 11.6kg. Ketinggian pulak 86cm.

Then... Alia jugak diuji untuk menyusun 6 bongkah dan bukak buku page by page. Mula-mula tindakbalas Alia agak slow. Nurse kata malu kot. Malulah sangat. Tak sampai 5 minit... Bila nurse simpan bongkak dalam bekas balik. Alia pulak keluarkan dan susun. Pandai pulak dia. Sabar jelah...

Selain tu, Alia jugak diuji dengan beberapa arahan. Nurse tanya pasal gambar dalam buku berjudul buah-buahan, Alia pulak akan tunjuk. Alhamdulillah... Alia bagi kerjasama dengan baik. Before balik. Nurse bagi dua biji ubat cacing. Kena makan kedua-dua bijik belah malam. Nurse kata manis. Belah malam aku bagilah kat Alia kata kat dia... Gula-gula manis. Alia part makan ubat memang senang cita. Habis satu dia kunyah... Aku bagi lagi satu. Kemain dia. Sebab manis kot... Kalau pahit... Memang aksi muntah pasti ada jugak aku rasa. Haha...



Alangkah Indahnya Zaman Kanak-Kanak

7:45:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...


Bila tengok muka Alia comot makan biskut coklat Julie's perisa vanilla. Tetiba otak aku memikirkan sesuatu... Bestnya jadi kanak-kanak. Lansung tak fikir erti susah. Yang dorang fikir cuma makan, main, gelak... Tak puas hati. Nangis... 

Apa saja dorang nak, semua akan dapat. Tapi Alia takdelah gitu. Aku cuba terapkan nilai berjimat dari kecik pada dia. Tiap kali shopping if dia pegang anak patung besar atau sesuatu yang mahal atau apa saja. Aku akan bagitau elok-elok nanti kita beli nak yer. Bila duit tabung Alia dah penuh. Namun ada jugak yang kami tunaikan tapi tak semua. Biarlah dia berusaha untuk dapatkan sesuatu

Setakat ni Alia still ok lagi... Tak merengek pun kalau kita tak beli. Tapi tak tau lah bila dia dah umur tigaempatlima tahun la kan... Harap-harap takdelah masalah. Ye tak? Nak melatih budak kecik untuk berdisiplin bukannya senang. Kena banyak bersabar... Walaupun kekadang ada jugak karenah dorang mengundang amarah kita.

Apa-apa pun... Zaman kanak-kanak juga pernah kita lalui. Setiap fasa kehidupan... Pasti ada suka duka, rintangan atau kepayahan. Namun, aku percaya setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan sudah pastinya mematangkan kita untuk membuat setiap pilihan dalam hidup. Cuma... Mampu atau tidak kita membuat pilihan yang terbaik... Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri... Bukannya orang lain.


22 February 2014

Pembunuh Dalam Diam!

1:55:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak drama Menjinak Ombak semalam?. Geram betul aku tengok watak ustaz Fatah tau. Emosi pulak aku dibuatnya... Yelah! Tu namanya... Manusia bertopengkan syaitan ke... Syaitan bertopengkan manusia. Whatever lah... Cuma. Tak mustahil zaman sekarang ni... Ada manusia sebegitu. Terlalu fanatik belajar ilmu agama sehingga terpesong ajarannya. Aku rasa next week adalah episod terakhir untuk Menjinak ombak kot. 

Hishh... Diluar nampak seperti alim, tapi sebaliknya lebih hina kelakuannya. Parents dia pun teruk... Tuduh orang lain bunuh Hanani... Padahal Ustaz Fatah sendiri yang bunuh adiknya sendiri. Kekadang takut pulak aku tengok cerita macamtu... Yelah... Boleh mengajar para penonton  dapat idea untuk buat benda tak baik tau. 

Teringat pulak aku kata bapak mertua aku. Dia kurang gemar tengok drama tv3. Katanya... Banyak benda tak baik daripada elok. That true... Tapi... Tu kalau si penonton berfikir secara negatif dan ambik sesuatu keadaan tu sebagai idea untuk buat benda tak elok. Kalau penonton bijak... Sudah pastinya memahami isi tersirat disebalik sesuatu cerita tu... Dan ambiknya sebagai pengajaran dalam kehidupan... Baru betul. Ye tak?.


Cerita Panas Tak Habis Lagi Ke?

12:39:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Sana-sini cerita pasal Erra Fazira dan Engku Emran Sah bercerai, Kenapa Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai? Apakah sebab Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai?... Kenapa hak penjagaan anak Erra Fazira diberi kepada Engku Emran?... Semua itu tajuk utama cerita-cerita panas mengenai penceraian Erra Fazira yang tersebar luas di internet duatigaempat hari yang lepas... Malah, masih ada yang update status facebook mengenai isu penceraian mereka.

Sumber gambar adalah daripada laman murai.com.my

Tapi... Siapalah aku untuk mengulas isu penceraian mereka. Aku turut bersimpati ke atas apa yang berlaku kepada pasangan ini. Apa yang mampu aku lakukan... Aku doakan agar mereka bertemu jodoh dan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Semoga apa yang berlaku akan menjadi ikhtibar buat kehidupan di hari yang mendatang. Hidup ini ibarat roda... Sentiasa berputar tanpa henti. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah... Siapalah kita untuk menghukum dan mengutuk mereka. Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. 

Sebagai masyarakat kita tak seharusnya membuat spekulasi sendiri tentang rumahtangga orang lain. Cuba kita fikirkan... Andai kita ditempat mereka... Sudah pasti kita akan melakukan perkara yang sama... Atau mungkin lebih teruk lagi daripada itu. Wallahu'alam...



21 February 2014

Osborne Punya Angkara

5:07:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Petang semalam aku mintak tolong adik aku belikan biskut kering munchy's untuk Alia. Sekali... Adik aku kata... Osborne lagi sedap. Gabungan Os dan Abon. Biar betul bentak hatiku. Lawak adik aku ke hapa? Atau saja nak main-mainkan aku. Tak kisahla...


Adik cakap bukan je tak berminyak, tang rangup dia tu... Tak tau nak kata apa. Memang sedap katanya. Disebabkan terpengaruh dengan kata-katanya. Apalagi... Terus suruh pergi beli. First time tengok jenama biskut kering Julie's Osborne ni. Harga pun murah. RM2.80 je sebungkus. Kat kampung akulah... Kat tempat lain maybe lagi murah kan.

Apalagi... Balik je dorang, terus buat air teh untuk kami dan susu buat Alia. Caya atau tidak. Alia boleh habiskan 6 keping. Kasi rendam dalam susu. Pesen atuk-atuk makan biskut kering gitu. Tengok Alia berabis makan. Aku pun try cicah dengan air teh. Ha'ah... Serius sedap weii... Tak tipu. Dah tu... Belah malam lepas makan. Boleh pulak Alia mintak biskut tu. Teperanjat aku. Breakfast pagi tadi pun sama. Apalagi... Tadi masa adik pergi kedai sekali lagi pesan suruh beli 3 bungkus. Haha... Sampai macamtu sekali kau...


Orang Iban Memang Baik

3:48:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Actually... Adik ke-5 aku lelaki. Guru tadika di salah sebuah rumah panjang tak jauh dari kampung kami. Dah kawin. Isteri dia orang utara... Orang Perlis. 


Kebetulan rumah panjang tempat dia mengajar tu... Ramai yang kenal nenek dan mak aku. So, nak dijadikan cerita... Bila dorang ambik buah confirm akan bagi kat adik aku jugak. Dua hari lepas dorang bagi buah nenas. Balik tadi pulak... Dorang bagi buah asam... Kat tempat aku... Asam ni digunakan untuk buat asam gelugur. Sedap! Kalau bubuh dalam masakan terutamanya ikan masak asam pedas. Mahu meleleh air liur dibuatnya. Haha...

Bukan nak bodek atau apa... Serius. Iban Sarawak memang baik. Kalau kita baik dengan dorang. Dorang lagi lagi... Dan lagi baik dengan kita. Even berlainan agama. 

Bila dah balik kampung... Teringat pulak aku dengan jiran kami di SK Long Gang... Siti. Pun Iban jugak. Iban belah Kapit, Sibu. Mak dia rajin tanam sayur. Bila dah petik sayur... Mesti ada jugak untuk kami 3 beranak. Orang berbudi, kita berbahasa. Tu... Kalau aku buat kuih insya Allah akan ada jugak buat dorang.


Kenapa Note I GT-N7000 Aku Panas?

2:35:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Sekarang aku perasan note I aku mudah nak panas. Tak tahu kenapa. Jadinya aku try la google. Rata-rata yang ada android kata... Banyak faktor yang menyebabkan handphone boleh jadi panas. Bukan note je... Handphone lain pun sama.


Aku tanyalah kat adik aku. Dia pun ada note. Katanya... Takde pun note dia panas. Dia kata aku bukak banyak sangat aplikasi... Tu yang panas tu. Dia jugak cadangkan kat aku suruh download aplikasi DU battery Savers & Widgets untuk save battery.

Dah download aku try guna handphone lama sikit. Aplikasi yang aku bukak banyak-banyak tu pun... Aku close. Ternyata kepanasan handphone aku berkurang. Aku part handphone ni lambat sikit nak ambik tahu. Bukan tak nak... Kekangan masa tu yang membuatkan aku jadi malas nak ambik tahu.

Dulu time study... Pantang tengok widgets terbaru untuk laptop... Confirm! Aku akan download punya. Begitu jugak aplikasi baru. Mesti nak jugak mencuba. Bila dah kawin ni... Jarangla nak ambik tahu sangat pasal gadget. Masa lebih banyak dihabiskan untuk melayan karenah Alia dan ayahnya. Blog pun kekadang terabai jugak dibuatnya.


20 February 2014

Awas! Jangan Mudah Terpedaya

3:39:00 PM 9 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Biasanya... Kalau ada jualan dari rumah ke rumah tu... Korang layan tak? Bukan apa... Kena hati-hati dengan jurujual sebegini.

Mak aku cakap... Dalam bulan ni ada kes kat kampung aku. Suami isteri ni tinggal berdua je di rumah. Anak semua dah bekerja. Nak dijadikan cerita... Suatu hari... Datang seorang lelaki dan sorang pompuan. Kononnya daripada pihak Astro kata makcik tu menang duit RM50,000. Untuk dapatkan duit tu... Syaratnya kena bagi semua barang kemas yang dia pakai. Yang kesiannya... Makcik tu memang pakai barang kemas besar-besar.

Seperti dipukau... Semua barang kemas dia habis dibagi tanpa pengetahuan orang lain. Bila lelaki dan perempuan tu balik. Barulah makcik tu sedar. Menangis pun dah tak guna dah... Nasi dah jadi bubur.

Moral of the story... Jangan bagi orang yang tak dikenali naik ke rumah. Nak beli barang... Beli je terus dari kedai. Sekarang ni... Macam-macam tektik penjenayah guna untuk memperdayakan mangsa. Sebab tu... Mak aku sekarang ni... Kunci je pintu. Malas nak layan katanya...


Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29?

5:56:00 AM 18 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Rezeki Allah nak bagi. Semalam... dapat pulak surat panggilan exam PPTM gred F29 untuk 8 Mac 2014 nanti. 

contoh soalan exam PPTM 2014, Exam PPTM 2014,

Untuk PPTM ni... Nilah first time aku dapat. Entah! Macam mana bentuk soalan peperiksaan PPTM pun aku tak tahu. Daripada apa yang aku google, rata-rata mereka yang pernah menduduki exam tersebut kata... Seksyen A ada 40 soalan berkaitan pengetahuan am tentang isu semasa yang terkini. Contoh la ek... Tan Sri Adenan Haji Satem merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke berapa? Lebih kurang gitulah gaya soalannya kot.

Kemudian... Untuk seksyen B pulak mengenai daya menyelesaikan masalah. Kalau dulu aku mtest... Dan exam PTM, bahagian ni kebiasaannya soalan matematik dan juga soalan berunsurkan situasi dan permasalahan. Bersedialah untuk mengira... Huhu.

Part last sekali mengenai penaksiran personaliti. Kalau ikut mtest dulu... Bahagian ni ada dua jawapan je. BETUL atau SALAH. Tips kawan aku bagi... Nak jawap part ni. Jawapan kenalah positif. Mesti banyak soalannya nanti kan.

Ada banyak masa lagi untuk belajar. Pada yang dapat exam ni jugak good luck yer. 

Have a nice day :)


19 February 2014

Wordless Wednesday | Disebabkan Selalu Hilang...

12:25:00 PM 12 Comments


Assalamu'alaikum, hai...


Setiap minggu beli benda yang sama. Pasti menyakitkan hati kan... Haha. Kawan aku post kat facebook. Rasa lucu pun ada. Tapi elok jugak buat macam ni. Cuma... Berkesan ke?
Ada tak hadapi masalah anak selalu hilang peralatan menulis?



Sunyi Tanpa Si Dia!

8:47:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam hubby balik ke sekolah semula. Aku dan Alia pulak tinggal kat kampung buat sementara untuk tunggu keputusan temuduga haritu. Sebab penemuduga tu kata... Dalam masa dua minggu, keputusan temuduga boleh diketahui. Kalau dapat... Bulan depan terus masuk kerja. Kalau tak... Insya Allah ikut hubby balik. Aku tetap bersabar tunggu rezeki bekerja aku. Aku percaya... Mungkin ada hikmahnya sampai sekarang aku belum bekerja. Sekurang-kurangnya, dalam masa dua tahun... Alia sepenuhnya aku jaga dan didik right.

Tapi tu la... Bila berjauhan dengan suami macam ni... Terasa sunyi pulak. Jiwa macam kosong even pagi, petang dan malam dia call... Still sunyi. Haha... Padahal baru semalam balik tu. Apalah kan... Macam angau bercinta pulak dah.

Betul... Dah kawin perasaan rindu tu terasa makin menebal bila berjauhan. Tak macam zaman bercinta dulu... Tu pada akulah... Orang lain... Aku tak tau lakan... Apa perasaan korang bila berjauhan dengan suami?


18 February 2014

Panasnya!

5:21:00 PM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Rumah kampung, bila panas terik. Memang terasa betul bahangnya. Sampaikan Alia tak boleh nak tidur siang. Ke hulu ke hilir usung yaya jelah kejanya. 


Kat kampung... Bila dah panas. Lepas asar. Semua akan duduk di luar rumah... Ambik angin sambil layan aiskrim kon. Sedap! Weii... Bila petang gini. Memang ramai yang akan ronda kampung naik motor. Apalagi... Alia yang menengok. Seperti orang kejakunan. Sabo jelah... Lepas tu... Sibukla dia ajak anjangnya (adik aku) naik motor. Kalau tak dilayan... Siapla... Menangisla dia. Tapi adik aku suka melayan... Sebab tu la Alia 'langgok gilak' (manja sangat dalam Bahasa Sarawak). Tapi... Kalau anak buah aku yang lain balik bercuti. Confirm! Motosikal akan disorok. Apa taknya... Bila petang je. Mesti dorang sibuk ajak naik motor. Untuk adil... Semua tak naik. Haha...


Umurnya Dua Tahun Sudah!

7:40:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah telah berikan. Harini... Usia Alia dah genap 2 tahun. Happy birthday sayang. Semoga sentiasa sihat dan membesar sebagai seorang anak yang solehah dunia akhirat.


Nilah muka dari tepi budak umur 2 tahun. Gambar semalam... Masa bawak di pergi jalan-jalan di taman permainan kanak-kanak, Debak. Alia tak boleh tengok cermin mata. Wajiblah nak pakai. Macam comel je... Haha.

Nanti... Jam 8 konon nak bawak Alia pergi klinik kesihatan, Spaoh. Harini... Alia timbang lagi. Entah naik ke tidak berat dia. Huhu...

Masa timbang berat umur setahun 10 bulan berat Alia turun. Tapi still ok. Cuma tu la... Selera makan Alia sekarang ada turun naiknya. Yelah... Budak makin lasak kan... 


17 February 2014

Rezeki Bulan Februari

12:17:00 PM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Empat hari tak update blog. Terpaksa melupakannya seketika. Hari Khamis... Aku terima pangilan dari Politeknik Metro, Betong untuk menghadiri temuduga pegawai n41. Hari Jumaat, terus kami bertiga bertolak balik sebaik saja sesi persekolahan tamat. Nak study... Memang terhad.

Tapi syukur... Soalan yang diajukan pun hanya berpandukan resume. Hanya 1 soalan saja yang tak berkaitan... Iaitu Bilakah politeknik, Metro Betong beroperasi?. Alhamdulillah... Aku baru balik dari interview. Dua minggu lagi... Baru keputusan temuduga diketahui. Berusaha pun sudah... Selebihnya aku berserah pada Allah.

Alia pulak aku tinggalkan dengan adik. Adik kata lansung tak nangis. Alhamdulillah... Cuma. Adik cakap... Alia asyik bertanya "Mak... Mak" je.

iklan, iklan visa travel happy,

Check akaun Nuffnang. Alhamdulillah... 1 CPUV tengah on going setelah sebulan menyepi. Kali ni iklannya berkaitan Visa Travel happy. Tak menyempat lagi nak capture iklannya. Huhu...

Alhamdulillah... Ada jugak rezeki untuk bulan Februari.


13 February 2014

Sedap Tak Susu Nestle Omega Plus?

9:18:00 AM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Rasanya dah lama tak minum susu. Masa mengandungkan Alia je haritu minum susu Anmum Materna. Masa tu... Kemain rajin minum susu. Tak pernah tinggal setiap hari. Kalau lupa. Confirm! Ada yang ingat... Biasalah hubby... Mana boleh nampak aku tak minum susu time pregnant. 

Sekarang ni pun... Dia asyik nasihatkan aku suruh minum susu nestle omega plus. Yelah... Usia kita semakin tua. Bukannya semakin muda. Tang tua berjiwa muda tu... Lain la. Hehe...

harga Nestle Omega Plus, kebaikan nestle omega plus, kelebihan nestle omega plus,

Dah setahun dah hubby mengamalkan minum susu nestle omega plus. Baru semalam hati aku terbuka untuk merasa. Serius! Sedap. Takut membazir. Aku buat sikit je... Guna gelas kecik. Sekali... 'berlalak'. Sabo jelah... Nampak gayanya... Lepas ni kena berkongsi susu lah kami berdua. Hehe...

Actually, aku bukanlah kategori manusia yang suka sangat minum susu. Tapi... Tengoklah. Kalau susu tu boleh masuk anak tekak aku. Insya Allah. Boleh je layan!

Oh ya... Nak tahu berapa harga sebungkus Nestle Omega Plus... Pada aku harganya sangat berpatutan. 1kg, harganya baru RM37.80... Lebih murah jika nak dibandingkan dengan Oat BG22. Tapi... Bagi yang intoleransi laktosa atau dalam bahasa mudahnya tak boleh minum susu. Bolehla minum Oat BG22 kalau nak.

Yang harus kita tahu... Nestle omega Plus mempunyai beberapa kebaikan iaitu first... Ia mengandungi Acticol yang boleh membantu mengurangkan tahap kolestrol kita dengan sterol tumbuhan. Selain itu... Ia merupakan salah satu susu tepung isian kurang lemak, tinggi Kalsium dan mengandungi Omega 3:6. Kan baik tu... Hehe.


12 February 2014

Bila Rajin Menguasai Diri

3:54:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Ni sambungan kisah semalam... Kalau pagi semalam aku dok sibuk buat kuih apam balik. Petangnya pulak... Tetiba rasa nak buat apam gula hangus untuk minum petang.

Sementara hubby ke sekolah dan si Alia lena diulit mimpi. Apalagi... Bermulalah episod aku sediakan juadah minum petang. Dan hasilnya...

Taraa... Tapi maaflah yer... Dekorasinya tak cantik. Hehe...


Nak buat... Sangatlah mudah. Bagi aku... Inilah resepi apam gula hangus paling mudah dan tak perlukan bahan yang banyak. Resepinya aku dapat daripada aplikasi resepi apam di play store. 

So, nak dijadikan cerita... Bahan untuk membuatnya... Tersangatlah sikit. Cuma 1 gelas gula tambah 1/2 gelas air dicairkan dengan api perlahan sehingga kekuningan. 1 gelas santan, 2 1/2 tepung gandum, 2 sudu teh bikarbonat, 1/2 gelas gula dan 3 biji telur.

Kemudian... Untuk membuatnya pulak. First things first... Pukul telur dan 1/2 gelas gula sehingga kembang. Then ayakkan tepung bersama bikarbonat. Masukkan ke dalam telur dan gula yang telah kembang. Masukkan juga gula yang telah dicairkan dan jugak santan. Dah sebati... Bolehla kukus 20 minit atau sehingga masak.

Hehe... Ni time rajin je pun boleh buat. Kalau penyakit 'M' dah menyerang. Alamat makan biskut kering cicah dengan milo jelah jawabnya.


Dia Belajar Dari Kesilapannya

7:32:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Kebiasaannya bila budak sedang membesar. Kekadang secara tidak segaja pasti mengalami kecederaan. Jatuh kerusi la... Malah jatuh lantai dek kerana belajar berjalan pun ada .... Sudahnya. Top-top benjol muncul di kepala. 


Bulan lepas ... Alia jatuh pagar. Rendah je pun pagarnya. Nasib baik tak nangis. Tak sakit pun. Jatuh sikit je. Aku perasan... Sejak haritu sampai sekarang. Dia dah tak panjat dah pagar tu. Nampak macam fobia dan serik untuk melakukannya... Aku pernah terbaca tau dalam buku hasil tulisan Dr. Carol Cooper berjudul "Soal Jawab Bayi & Kanak-Kanak" di mana perkembangan kanak-kanak berumur setahun ke dua tahun... Salah satunya, mereka berupaya mengaitkan situasi dan kesakitan. So... Tak hairanlah mereka boleh serik untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan sakit. Right! Just... Nak mengiakan fakta Dr. Carol Cooper sebenarnya... 

Hehe... Tak habis lagi pun... Buku tu aku baca. Biasalah... Nak habiskan 5 halaman pun payah... Almaklumlah... Banyak sangat tuntutan yang kena dilangsaikan. Hutang blogwalking pun tak bayar lagi ni. Huhu...



11 February 2014

Kesan Makan Kacang?

10:35:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Bila hubby sibuk layan perlawanan bola sepak antara Pahang dan PDRM. Aku mula bosan. Separuh masa pertama yang agak slow... Di mana, PDRM mendahului 1 - 0...

Jadinya... Aku layan majalah iSIHAT. Kebiasaan aku before tidur. Baca satu halaman pun jadilah kan... Nak dijadikan cerita... Aku nak take note sikit pasal kesan makan kacang. Di mana kacang jugak boleh membantu untuk membakar kalori waima semasa berehat atau tidak bergerak. Bukan tu je... Ia juga dikatakan mampu mengurangkan rasa lapar.

Pada yang berdiet, aku rasa kacang sesuai untuk dijadikan snek harian... Boleh bakar kalori. Ye tak? 

Kalau aku... Tak gemar sangat makan kacang. Tapi... Kalau kacang gajus letak dalam biskut almond london. No hal... Suka bangat. Lama haish tak makan almond london. Kenapa ek... Mesti tunggu raya baru nak buat segala mak nenek kuih. Tak raya... Takde pulak nak buat... 


Menariknya Rumah Rakit

3:10:00 PM 4 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam before tengok drama projek memikat suami. Hubby ajak tengok rancangan majalah 3 di tv3. Review pasal rumah rakit di Rompin, Pahang. Tempat yang sangat sesuai untuk mereka yang kaki pancing.

Sungguh kreatif. Terasa teringin pulak nak ke sana andai diizinkan Tuhan. Bukan saja boleh memancing kat situ. Tidur situ pun boleh... Huhu. Dahla lubuk udang besar-besar pulak tu. Pasti sedap bila mana terus dibakar di situ. Memang sodap... Mahu meleleh air liur dibuatnya tau.

Tapi tu la... Hubby bukan kaki pancing. Katanya... Tak minat ke arah tu buat masa ni. Tapi... Nanti. Kalau dah pencen tak tahulah pulak. Kalau hobi tu bertambah katanya.

Bila bercakap pasal memancing ni. Teringat aku dengan sorang kawan aku ni. Non-muslim... Masa tu dorang tengah hangat bercinta. Dorang ada group memancing tau... Weekend je. Confirm! Dorang 'berambeh' memancing dari pagi sampai pagi balik. Kekadang... Dapat banyak ikan. Kadang tu pulak... Seekor pun tak dapat. Itulah untung nasib hobi memancing. Nak tak nak kita kena hadapi. Dah minat katakan.

Andai diizinkan Tuhan... Satu hari nanti nak jugak pergi ke tempat macam tu. Insya Allah...


Apam Balik Versi Sendiri

9:26:00 AM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Lepas subuh terus ke dapur. Dek kerana keinginan yang teramat sangat. Aku terus bancuh tepung nak buat apam balik paling mudah aku kira. Resepi mak aku. Cuma aku lupa-lupa ingat bahannya. Tapi yang pasti tak silap punyalah. Haha...

Dah siap! Taraa...


Nak buat apam balik mudah gaya aku ni. Bahan-bahan confirm semua rumah pasti ada. Cuma kacang jelah... Jarang nak ada... Betul tak? Bahannya hanyalah 2 gelas tepung, 1 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh soda bikarbonat, 1/2 gelas gula, pewarna kuning, 1 1/2 gelas air dan 1 biji telur. Yang tu untuk kulit apam. Untuk inti pulak hanyalah gula, marjerin dan kacang yang dikisar kasar.

Cara membuatnya... Teramatlah mudah. Takde acuan apam balik. Aku guna kuali leper (pan) je. First thing first... Kisar gula dan tepung sehingga kembang. Kemudian, masukkan ke semua bahan yang lain. Dah siap... Panaskan kuali leper dengan api yang paling kecil. Then, dah panas oleskan kuali leper dengan marjerin dan masukkan sesenduk bancuhan tadi. Bila dah separa masak... Taburkan gula dan kacang di atasnya. Bila dah nampak kekuningan. Terus lipat. Mudah kan. Tapi... Aku buat nipis je. Tak suka tebal sangat. Cepat muak bila makan.

Sekian. Resepi sarapan mudah dari aku untuk pagi ni. Haha... Sabo jelah!


08 February 2014

Buku Teks Digital?

3:08:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum,hai...
Dunia semakin maju. Seiring dengan kemajuan... Pendidikan pun semakin canggih. Tengok tak berita semalam di tv3. Menurut berita tv3... Tahun 2025 nanti... Akan wujud buku teks digital untuk para pelajar.

Masa tu nanti... Budak dah tak bawak beg berat dengan buku teks dah. Tapi berlenggang bawak ipad je ke sekolah. Boleh imagine tak... Betapa mudahnya proses pembelajaran budak-budak masa tu. Untungla... Mereka-mereka yang bersekolah time tu kan... Semua boleh akses di internet. Dah macam budak 'U' je aku tengok. Tapi still guru yang akan menjadi guideline untuk akses buku teks digital tersebut.

Bunyi macam menarik kan... Belajar secara interaktif tu. Dengan ilustrasi menarik... Confirm! Menyeronokkan kan... Aku pulak yang teruja mendengar haish... Apa taknya, canggih tu ^_<.

Diharap dengan kemajuan tersebut ia akan menyenangkan... Bukan sebaliknya. Ye tak?


Keputusan Penuh Maharajalawak Mega 2013 Minggu Akhir

12:39:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
First thing first... Tahniah! Buat group Sepahtu kerana telah menjadi juara maharajalawak mega 2013. Semestinya... Mereka layak untuk dapatkan wang tunai RM500,000 tu dengan kreativiti mereka dalam membuat lawak. Jangan marah... Aku peminat nombor satu group Bocey yer... Ingatkan Bocey yang juara. Rupanya tidak...

Tapi... Men of the match minggu akhir maharajalawak mega 2013 milik group Bocey. Apa-apa pun... Berikut adalah keputusan penuh minggu akhir maharajalawak mega 2013 :-

1. RM500,000 - Sepahtu
2. RM250,000 - Shiro
3. RM150,000 - Bocey
4. RM50,000 - Jambu
5. RM15,000 - Nabil

Tahniah! Buat semua. Akhirnya terjawab sudah persoalan siapakah juara minggu akhir maharajalawak mega 2013. Puas hati tak?


07 February 2014

Percubaan Kali Pertama

8:45:00 AM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam tetiba teringin nak makan keropok lekor versi Terengganu. Apalagi... Orang tak reti memasak seperti aku, pasti akan mencari resepi paling mudah untuk keropok lekor di internet. Jumpalah satu resepi ni. Tapi... Malangnya, aku lupa nak save urlnya. Resepinya sangat mudah...

Hanya menggunakan 12 ekor ikan kembung, air, garam dan 1 gelas tepung sagu. Disebabkan takut tak menjadi... Almaklumlah... First time buat. Jadinya aku potong semua bahan jadi setengah.

Cara membuatnya pun simple je. Selepas ikan dikisar. Bancuh dengan tepung sagu, garam dan air. Lepas tu gulung dan celur dalam air yang mendidih. 

Dah siap!


Siap je... Dah sejuk. Terus potong dan goreng. Alhamdulillah... Dah selamat masuk dalam perut dah. Haha... Hubby pun kata boleh tahan. Cuma... Rasanya kurang ummphhh la. Biasalah first time buat. Nanti boleh try buat lagi. Ye tak?


06 February 2014

Tentang Rambut Wanita Bertudung

8:56:00 AM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Rasa lega kerana dapat kembali meneruskan hobi dunia blogging. Alhamdulillah... Kita terus kepada tajuk ek!

Actually... Bila bertudung. Perkara utama yang perlu dijaga adalah rambut. Andai diabaikan... Pasti mengundang pelbagai masalah. Aku setuju dengan statement tersebut. Mungkin disebabkan leceh nak kena jaga rambut... Jadinya, maybe ada yang berfikir banyak kali untuk berniat hendak bertudung. Mungkinla kan. Namun... Itu hanyalah andaian aku semata-mata. Apa-apa pun sebabnya, pilihan di tangan kita. Siapalah kita untuk tentukan pahala dan dosa mereka yang tak bertudung... Sedangkan, yang bertudung pun ada yang melakukan perkara dilarang agama. Ye tak? Na'uzubillah... Kita sudah cukup besar untuk menilai yang mana baik, yang mana buruk... 

Gambar daripada Majalah Wanita

Bukan pahala atau dosa yang nak aku kongsikan sebenarnya... Tapi, tentang penjagaan rambut untuk wanita yang bertudung. Dulu... Aku tak kisah sebenarnya pasal rambut.Lepas mandi. Lap kejap rambut terus pakai tudung... Tanpa menunggu rambut kering. Jadinya... Timbullah masalah keguguran rambut even aku tak pernah tukar syampu. Biasalah... Pengguna tegar jenama pantene tau. Hehe...

Tapi, selepas membaca beberapa tips di majalah wanita, bagaimana untuk menjaga rambut bagi yang bertudung. Aku pun mencubanya... Even, dah tahu sebenarnya tips tersebut. Cuma tak prihatin. Biasalah... Aku ni wanita sempoi, bukan skema. So, banyak benda aku skip. Haha...

Mudah je caranya... First, kenalah guna syampu yang sesuai dengan rambut kita. Kemudian, lepas mandi... Keringkan dulu rambut. Bila dah kering. Barulah... Boleh pakai tudung.

Part bersyampu pulak. Janganlah terlalu kerap... Seperti pernah aku share DI SINI, hanya 3 kali dalam seminggu je... Kalau nak rambut sihat dan lebat. 

Lastly, buat urutan kepala sekurang-kurangnya seminggu sekali. 5 minit pun takpe. Janji buat. Biasanya kan... Aku urut time mandi. Lepas letak syampu tu aku terus urut sampai lebih kurang 5 minit. Lega rasanya. Hehe...

Mudah kan... Tapi, yang mudah tula... Kita jarang nak buat. Semua nak cepat. Betul tak?

Oh! Ya... Pada yang sudi singgah, terima kasih yer. Banyak betul hutang melawat blog aku belum buat. Tunggu tau. Hehe...


05 February 2014

Bersabar Mengajarnya Erti Berdikari

1:06:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Aku percaya... Ibu-ibu di dunia ini, pasti mempunyai pendapat yang sama dengan aku... Mendidik anak bukanlah perkara yang mudah. Right? Ia memerlukan banyak pengorbanan. Namun, tanpa kasih sayang... Didikan juga umpama mencurahkan air di daun keladi. 


Walaupun lagi 13 hari nak menjangkau 2 tahun dan Alia still kecik lagi untuk buat kerja rumah. Namun... Alhamdulillah... Si budak mendengar kata ni rajin tolong aku. Terutama mengemas balik mainannya yang disepahkannya. Even... Kekadang dah simpan, sepah balik... Sekurang-kurangnya... Step by step dia diajar untuk bersikap bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya.

Time tidur malam pulak... Dah reti ambik bantal sendiri. Kekadang sian pulak aku tengok. Kecik-kecik dah cuba nak berdikari. Tapi aku biarkan saja dia melakukannya sendiri. Kalau tak nanti manja sangat... Semua benda nak bergantung kat kita.

Alhamdulillah... Paling best, part makan. Alia dah suap sendiri sekarang. Walaupun bersepah dan ambik masa. Aku tetap bersabar. Even... Kadang-kadang tu nak jugak jadi tarzan kejap tengok nasi bersepah bagai... Tapi tak jadi. Bila difikirkan... Dia bukan tahu apa pun. Budak tengah berkembang. Yang penting bagi aku... Aku harus jadi guideline buat dia. Terangkan itu dan ini dengan sabar. 

Yelah... Kalau nak diikutkan... Banyak karenah anak yang boleh mengundang amarah sebenarnya. Betul tak? Tapi... Kita harus bersabar menghadapinya... Andai kita mahukan anak kita jadi manusia yang berguna dan berjaya buat kita. Itulah antara nasihat mak aku before kami berpindah ke Bintulu. Rindu haish kat mak... Tetiba pulak... Perasaan itu menyelubungi aku. Huhu...


Ketakutan Seorang Ibu?

7:59:00 AM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Bersyukur kepada Allah kerana terus memberi peluang bernafas di bumi Allah. 

Semalam... Tengok tak berita pasal budak perempuan 10 tahun... Di rogol di kawasan pembuangan sampah. Ya Allah... Saban hari kita mendengar kes melibatkan kanak-kanak. Kalau tak kena bunuh... Kena dera dengan pengasuh... Lagi dasyat ada ibubapa tu sanggup bunuh anak sendiri. Adakah itu petanda akhir zaman? Wallahu'alam...

Bila dengar cerita sebegini... Aku pasti sebak. Kenapa ek kejam sangat. Bila dah bergelar ibu ni... Baru aku tahu bagaimana perasaan seorang ibu menjaga anak-anak mereka... Nak-nak anak perempuan. 

Bila dengar cerita pelik-pelik pasal budak. Aku jadi takut... Bagaimanalah Alia dah start sekolah nanti... Dari awal dah plan. Nak hantar Alia ke sekolah cina. Tapi... Ada pulak terfikir dan rancang... Baik Alia bersekolah di tempat ayahnya mengajar. Senang... Boleh balik sama-sama.

Risaunya bila dengar cerita sebegini. Namun... Aku ingat lagi pesan mak. Banyak-banyaklah berdoa untuk keselamatan keluarga. Insya Allah... Allah sentiasa bersama kita.


03 February 2014

Over Limits!

9:38:00 PM 5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Lima hari tak update... Rasa macam dah sebulan. Haha. Entah! ada ke tidak yang rindu kat aku yer. Tapi... Serius! Aku rindu nak bermadah kata di sini... Rindu nak membaca entri kengkawan. Insya Allah... Kejap lagi aku nak marathon untuk blogwalking. Tunggu aku datang! ok... Hehe...

Sumber gambar adalah daripada google image

Actually... Bill telefon aku over limits... Jadinya... Internet pun kena sekat. So, nak tak nak tunggu harini baru keluar bandar Bintulu untuk settle bill. Sabar jelah... Nak buat macam mana kan. Dah hampir dua tahun guna bill. Baru bulan ni first time over limits. Apa jugak aku buat ek! nak kata aku bergayut. Dengan siapalah jugak. Dah hubby depan mata. Kalau telefon orang tua aku baru 2 kali dalam seminggu. Share credit dengan mak ayah, aku rasa tak lah over sangat sampai beratus ringgit. Guna internet takdelah 24 hours. Hurmmm... Mengeluh pun tak guna. Bayar jelah...

Rasa nak guna reload balik pun ada. Tapi leceh jugak. Nak kena topup selalu. Hurmmm... Ada jugak terfikir nak guna broadband balik. Macam mana ek?