Assalamu'alaikum, hai... Hari Isnin balik kerja, hubby bawak sikit buku baru untuk Pusat Sumber Sekolah untuk dilabelkan. Aku ter...

Seronoklah Dapat Buku Sebegitu!

/
11 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Hari Isnin balik kerja, hubby bawak sikit buku baru untuk Pusat Sumber Sekolah untuk dilabelkan. Aku tertarik dengan satu buku ni yang berjudul "Soal & Jawab Sejarah Dunia" untuk budak sekolah rendah. Kan... Tahun ni, budak tahun 4 dah start belajar sejarah. So, semestinya... Akan ada buku sebegitu.


Bila tengok luaran dan tajuk. Mesti gerun dan perasaan malas nak baca tu akan ada kan... Tapi tidak pada buku ni. Pada aku... Buku ni sangat menarik untuk dibaca. Point utamanya diringkaskan dan menjadikan ia mudah untuk difahami. Siap ada gambar lagi. Serius! Memang tak bosan nak membacanya. Lagi satu... Buku ni tersangatlah nipis... Dengan 70 persoalan penting je dihuraikan. Mean... Persoalan utama dalam sejarah jelah yang akan dihuraikan seringkas-ringkasnya. Macam comel je kan. Hehe...

Kalau zaman aku dulu dapat buku sebegitu... Memang seronok giler dapat. Nak baca pun suka.

Teringat aku masa sekolah menengah dulu, memang tak minat dengan sejarah. Mungkin disebabkan bukunya tebal dan kurang menarik kot... Tu yang malas nak baca. Haha... Boleh pulak gitu yer. 

Setiap kali exam, mesti dapat agregat 9. Sampai kena marah dengan cikgu. Yelah... Konon antara top ten student harapan cikgu untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. So, tinggilah target mereka. Namun... Aku tak pernah kecewakan mereka. SPM aku dapat 3 sejarah. Seingat aku BI dan sejarah jelah yang rendah... Kalau tak. Memang gempak result aku. Tu lah... Sapa suruh main-main belajar. Ambik mu! Padan muka...

Oh! Ya... Korang minat sejarah ke?

Kalau dulu... Dulu ada buku sebegitu. Mesti ramai yang minat sejarah kan. Even harga yang tertera di buku RM25 untuk semenanjung dan RM30 untuk Sabah dan Sarawak. Aku rasa memang berbaloi beli untuk anak sebagai koleksi bahan bacaan anak-anak...




ARTIKEL LAIN DI SINI

11 comments:

  1. a'ah budak2 skrg darjah 4 dah belajar sejarah.. Khairine pun dah start belajar sejarah..

    ReplyDelete
  2. bestni kan.... dapat juga baca sejarah-sejarah dulu.

    ReplyDelete
  3. Dulu2 sekolah rendah, kmi blm beljar sejarah fiza.. sy penggemar subjek sejarah..suka membaca..hehe. skrg ni dah ramai yg tak suka subjek sejarah kan? :)

    ReplyDelete
  4. sama la, saya pon tak minat sejarah dulu, siap boley tertidue lagi dalam kelas. hihi

    ReplyDelete
  5. Wah...darjah 4 dah belajar sejarah. Minat juga sejarah masa skolah dulu.

    ReplyDelete
  6. zura pon x minat sejarah.. kalo kelas sejarah jer mesti ngantuk. tambah plak kalo kena baca buku sejarah.. bosan betol. x menarik langsung buku zaman kita dulu kan!

    ReplyDelete
  7. hana minat sejarah tp form 1 sampai form 3 je. haha

    ReplyDelete
  8. ikot cikgu kot.haha..sebab dlu dpt score sejarah masa form1-form3..sbb cikgu garang nak ma*i. setiap kali sblm mula kelas mesti ada buat soalan ulangkaji.kalau xdpt jawab siap la kena cubit..sakitt oo..
    lps pindah sekolah...dapat cikgu yg suka cerita sorang2 depan kelas..anak murid semua diam----tido!,,..haha.. sori ..panjang plak cerita.

    ReplyDelete
  9. darjah 4 dh belajar sejarah ekk fiza..rupa2nya..muni suka sejarah masa skool dulu.sbb suka baca.spm dpt A1.hehe..masuk u terus malas subjek baca2,suka kira2 je..:)

    ReplyDelete
  10. Kadang2 Ida lebih suka baca buku sejarah kanak2 macam ni sebab lebih mudah difahami hehe

    ReplyDelete