10 January 2014

Rahsia Kematian Kita?



Assalamu'alaikum, hai...
Kalau semalam... Aku menangis mendengar tazkirah seorang hamba. Harini aku ingin berkongsi mengenai sebuah buku pula...


Aku amat menyukai buku berjudul "Indahnya Cinta" hasil pengarang best seller la tahzan, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Sebuah buku yang menyingkap seribu makna mengenai apa itu cinta?... Terutamanya cinta pada Allah S.W.T, mahupun sesama manusia. Insya ALLAH...

Aku ingin memetik serangkai kata yang mengingatkan kita tentang mati. Di mana...

"Kita bercita-cita sekian banyak cita-cita dan ingin memetik buahnya. Padahal barangkali kematian lebih dekat daripada apa yang kita harapkan. Kita bina istana menjulang ke angkasa, padahal kita sedar bahawa kita akan segera mati dan binasa"...
[ Petikan daripada halaman : 30 ]

Bait kata begitu indah menusuk rasa. Namun... Sebagai mengingati diri sendiri sebenarnya... Sesibuk mana pun mengejar duniawi dan cita-cita. Andai kita tidak mendekatkan diri pada Ilahi... Nescaya. Mati kita yang entah bila... Pasti mendapat dosa. Sesungguhnya rahsia kematian kita... Hanya Allah yang berhak untuk menentukannya. Wallahu'alam. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Salam Jumaat semua :)

Note : Harga buku ni di Sarawak RM39.60 yer.




9 comments:

  1. pernah nampak tp tak beli lagi buku ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Fiza...
    InsyaAllah nak cari jg buku ni..pasti sgt bermanfaat...:)

    ReplyDelete
  3. menarik buku ini.. boleh beli juga nanti.. terima kasih share..

    ReplyDelete
  4. Fiza..
    terima kasih atas n3 renungan bersama nih.

    kadang2 zura rasa penat sgt dengan urusan duniawi nih. letih~
    azam zura tahun nih nak banyakkan membuat amalan utk saham di akhirat. InsyaAllah~

    ReplyDelete
  5. salam jumaat fiza. bagusnya. nt hana try2 usha :)

    ReplyDelete
  6. Mcm best jer kak fiza...boleh la cari pasni ni

    ReplyDelete
  7. Mcm best jer kak fiza...boleh la cari pasni ni

    ReplyDelete
  8. penuh manfaat buku ni..bercakap pasal kematian yg pasti

    ReplyDelete