Assalamu'alaikum, hai...  Tetiba persoalan itu bermain ligat difikiranku... Ia muncul apabila aku terbaca entri Abg Ben pagi ni y...

Menulis Blog Untuk Apa Sebenarnya?

/
6 Comments


Assalamu'alaikum, hai... 
Tetiba persoalan itu bermain ligat difikiranku... Ia muncul apabila aku terbaca entri Abg Ben pagi ni yang berkisar tentang pentingkah popular dalam menulis blog... Korang rasa... Penting tak?


Hurmmm... Subjektif untuk diperkatakan... Pada akulah. Lain orang lain pandangan. Tapi... Setiap pandangan harus kita hormati... Kerana setiap individu itu berhak untuk menyatakan pandangannya yang tersendiri. Right?

Kalau korang selongkar entri lama aku, aku pernah menyatakan... kenapa aku menulis blog. Pada mulanya... Sejujurnya ia kerana suka-suka... Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Itulah pemikiran aku pada mulanya. Kemudian... Lama-lama, bila baca blog ramai blogger popular yang tersenarai dalam blogger paling terkenal... Dapat income melalui penulisan blog... Betul ke?... Tetiba aku ingin mencuba. Manusia mana tak nak duit. Tipulah... Kalau kata tak nak duitla kan...

So... Aku cuba berusaha ke arah itu. Alhamdulillah... Ternyata ia membuahkan income blog pertama kali buat aku even sikit je pun... Hehe.

Namun... Ia adalah advantage buat aku. Tak mengharap sangat, tapi andai ada rezeki. Aku bersyukur...

Apa yang penting sekarang... MINAT untuk menulis. Membaiki penulisan... Agar ia menjadi lebih baik. Itu yang penting. Popular atau tidak. Itu perkara nombor 2. Namun... Aku bersyukur... Sekurang-kurangnya beratus jugak yang bertandang setiap hari untuk membaca blog aku. Alhamdulillah...

Sekurang-kurangnya... Kalau popular berkat dari menulis blog pun... Kita boleh bangga apa. Ada jugak orang nak baca blog kita kan...

Korang rasa... Korang menulis blog untuk apa?




ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. sy mula2 menulis sekadar suka2..pas tulis, baca sndiri..tapi jadi seronok bila ada yg baca..hehe..lagi tambah semangat nak menulis sbb ada org yg berjaya buat income dgn blog.. apa salahnya terus mencuba & memperbaiki penulisan..kan? :)

    ReplyDelete
  2. saya start blogging sebab bisnes Mary Kay..pastu jatuh cinta dgn dunia blogging sbb frens kat sini very supportive n inspiring..n then decide untuk melakukan yg sma untuk orang lain for the rest of my life..smoga kita sma2 berjaya..:)

    ReplyDelete
  3. Bagi Zaza, tujuan Zaza berblog ni 1stly untuk abadikan kenangan apa yg Zaza dah buat.. so that kita boleh baca balik apa yg kita buat & tulis.. kadang bila baca balik boleh tergelak sendiri.

    Bab org kenal/ terkenal/ traffic naik tinggi tu adalah satu advantage. Kalau beratus/ beribu traffic naik setiap hari, means dat kita dah berjaya tarik readers utk suka dgn perkongsian kita. :)

    ReplyDelete
  4. Bagi Zaza, tujuan Zaza berblog ni 1stly untuk abadikan kenangan apa yg Zaza dah buat.. so that kita boleh baca balik apa yg kita buat & tulis.. kadang bila baca balik boleh tergelak sendiri.

    Bab org kenal/ terkenal/ traffic naik tinggi tu adalah satu advantage. Kalau beratus/ beribu traffic naik setiap hari, means dat kita dah berjaya tarik readers utk suka dgn perkongsian kita. :)

    ReplyDelete
  5. Akk memang suka menulis, suka share cerita anak2.... Income tu kalau ada, ada lah... Kalau tak pun ok...

    ReplyDelete
  6. Ros secara peribadi, masa mula-mula menulis blog sebab nak coretkan sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup Ros dan family.. Agar boleh dilihat kembali bila waktu menginjak.. kadang-kadang kita terlupa yang sesuatu perkara tu pernah kita alami. jadi, bila ada blog ni, kita boleh simpan suka dan duka dalam kehidupan untuk diri kita dan ahli keluarga yang lain.. tapi, bila dah mula menulis, ada juga Ros tuliskan isu semasa.. Juga mempunyai tujuan yang sama.. Agar kenangan itu kekal untuk diri Ros...

    ReplyDelete