Back to Top

28 January 2014

First Time Melenggang

8:34:00 AM 12 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Rindunya... Dua hari tak update... Dua hari jugak aku tak blogwalking. Mood spoil bila air takde. Tiga hari air takde tau... Nasib baik ada stok air... Semalam baru ada air. Sabo jelah ^_<.

Hari ni... Aku kembali ke gelanggang. Semalam lepas tengok masterchef... Aku terus buat inti untuk kuih lenggang. Oh! Ya... Kuih ketayap atau gulung sebenarnya. Tapi di Sarawak, ia dikenali sebagai kuih lenggang. Teringin punya pasal... Tak kira, first time buat pun... Nak jugak buat. Jadi atau tak... Belakang kira. Dah siap inti... Masuk dalam peti sejuk selepas intinya sejuk. Pagi tadi lepas subuh, terus melenggang... 3 bijik baru siap... Terus ambik gambo... Haha. 


Menjadi! Alhamdulillah... Rezeki breakfast kami bertiga pagi tadi beserta telur rebus dan nasi goreng cina. Lumayan jugak sih... Hehe.

Itu cerita aku buat kuih gulung yang paling senang aku rasa. Tapi cerita masterchef semalam... Peringkat separuh akhir... Brian, Selina dan Zamir bertarung dengan resepi berasaskan seafood. Tapi... Rezeki tak menyebelahi Brian... Dia tersingkir semalam. Untuk final, Selina akan bertarung dengan Zamir malam ni. Rasa-rasa siapa juara masterchef all star kali ni ek?

Kalau tanya aku... Berdasarkan pengamatan dan ketelitian dalam menyediakan hidangan... Zamir layak untuk dinobatkan sebagai juara masterchef all star 2014. Tapi... Apa-apa pun boleh berlaku. Selina pun apa kurang hebatnya... Kalau musim lalu, dia kalah di tangan Zura. Kali ni... Selina pun mesti nak bergelar juara masterchef all star jugaklah kan... 

Apa-apa pun berlaku... Mereka dah sampai tahap yang membanggakan apa... 2 yang terbaik kan... Korang rasa siapa johan masterchef all star kali ni?


25 January 2014

Layan Maharajalawak Mega 2013 Suku Akhir

9:19:00 AM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam lepas tengok slot Zehra, Menjinak ombak... Kami bertiga layan maharajalawak mega minggu ke-11. Hurmmm... Kalau tanya aku pasal menjinak ombak... Siapa bunuh Hanani iaitu bekas girlfriend penculik Sakinah... Aku rasa, ustaz Fattah yang melakukannya. Tu pun jangkaan aku je... 

Pasal maharajalawak mega pulak... Untuk tugasan silent comedy... Aku pilih Sepahtu... Untuk tugasan karoot komedia... Aku suka group Jambu... Lawak bersahaja Yus menjadi sangat... Nak-nak dia kenakan parajuri... Lawak giler... 

Cuma tu lah... Yang tak bestnya. Aku bersependapat dengan hubby... Part men of the match... Macam dimintak-mintaklah pulak daripada peserta. Contoh ek semalam... Shuib sebut-sebut je pasal dia belum dapat anugerah men of the match dalam persembahan mereka. Sekali... Memang dia yang dapat. Kenapa ah?  adakah men of the match saja-saja je nak bagi atau berdasarkan apa. Pelik betul. Tak faham aku... Macam tak best je... 

Then... Group tersingkir pulak... Group SYJ. Untuk minggu ke-12 maharajalawak mega... Jangan-jangan group Bocey pulak tersingkir... Tu kalau berdasarkan senarai undian... Hurmmm....


Mini Block Book

6:40:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Dapat gaji bulan lepas, hubby dan aku belikan Alia sedikit buku dan alat permainan. Murah je pun... Tak sampai pun lima puluh ringgit. Antara buku yang aku beli... Buku berbentuk mini blok. Bersaiz 4cm x 4cm. Sangat cute. Aku rasa buku ni sesuai untuk budak umur setahun ke atas. Harga pun murah. RM6.90 je. Senang nak baca dan pegang. Sebesar tapak tangan Alia je pun... Hehe. Comel sangat...


Kali ni kategori transport aku belikan. Alhamdulillah... 60% jenis transport dah Alia kenal dan reti sebut apabila ditanya... Tu pun setelah sebulan membeleknya. Tak nak paksa Alia. Biarlah dia belajar ikut mood dia. Biasanya aku akan cari peluang... Bila dia sendiri ambik buku di rak dan belek sendiri-sendiri. Masa tulah peluang aku untuk mendekati dan ajari dia.

Buku ni entah ke berapa untuk koleksi Alia. Tak ingat dah. Insya Allah... Nanti tak lama lagi... Bolehla buatkan mini perpustakaan untuk Alia. 




24 January 2014

Sedihnya Kematian Dia...

7:41:00 AM 7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Al-fatihah... Buat Adik Nursafiqah Adawiyah. Siannya dengar cerita kematian Adik Nurshafiqah di tv3 semalam. Dahla baru 2 tahun umur. Mati pulak dalam keadaan yang separa bogel dan menyayat hati. Dengar cerita kena liwat pulak tu. Ya Allah... Kenapa ek ada manusia yang fikirannya mengalahkan binatang... Sanggup melakukan perkara terkutuk seperti tu terhadap kanak-kanak yang tak berdosa. Kenapa!

Lepas tu pulak... Ada lagi kes sebarkan gambar mayat adik Nurshafiqah yang dalam keadaan separa bogel. Janganlah... Tolongla... Janganlah mengaibkan arwah dan keluarganya.  Emo pulak aku tengok berita semalam tu haishs.

Belum pun reda cerita kematian adik Nurshafiqah... Timbul pulak kes pembuangan bayi di tandas. Ya Allah... Apalah nak jadi manusia sekarang. Masa berasmara dana tak fikir ke baik buruk. Ya Allah... Seperti dah hilang pedoman. 

Ya Allah... Jauhkanlah kami daripada perkara-perkara sebegini  Ya Allah...


23 January 2014

Siapa Tak Sayang Isteri Kan...

8:18:00 AM 5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam tak update pun blog. Pada yang singgah sini... Terima kasih ye. Insya Allah, ada masa terluang aku blogwalking blog korang ok.

Dah 3 hari dah termasuk hari ni. Hujan memanjang... Dari pagi ke petang... Malam ke pagi sampailah hari ni. Pakaian kemain banyak lagi kat ampaian. Dah macam orang lelong pakaian pulak aku tengok. Sabar jelah...

First day hujan memanjang hari tu... Hubby selsema. Semalam, alhamdulillah... Ok sikit la. Tapi... Aku dan Alia pulak terkena. Virus hubbyla tu. Tapi... Alia dah ok dah... Cepat-cepat aku bubuh kunyit di hidung dia... Tak sampai malam, dah kering hingus dia. Alhamdulillah...


Aku pulak still selsema sampai la ni... Tapi aku gagahkan juga nak update blog. Rindu nak share cerita dan baca entri kengkawan. 

Time tak sihat la, kita nak tengok suami sayang kita ke tidak. Haha... Semalam... Time cerita Ariana Rose. Aku lansung tak boleh nak layan sangat.  Seingat aku episod semalam, Ariana rose bertunang kan. Tapi Kepala pening tak boleh nak bangun. Sudahnya... Aku berbaring di depan tv.

Melihatkan keadaan aku begitu. Selepas solat maghrib, hubby menawarkan diri untuk masak lauk buat Alia. Aku dengan hubby biasa makan buah atau oat je malam-malam. Aku pulak dibaginya makan ubat dan rehat. Sayang jugak En. Hussien kat aku ek. Hehe...

Bilalah mentari nak menampakkan dirinya yer?


21 January 2014

Ikut Siapala Ni?

8:11:00 AM 10 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam dari subuh ke subuh lagi pagi ni. Hujan memanjang. Sejuk sampai ke tulang. Biasalah... Kalau dah hujan, penyakit malas pun menyerang. Nak update blog pun ke laut. 

Tapi... Pagi semalam sempat jugak aku post gambar ni di Facebook.


Haha... Ramai yang menyapa. Tapi... Paling banyak tegur rambut Alia. Ada yang kata rambut Alia macam Alycat lah... Ada yang tanya, rambut Alia ikal ikut siapa lah?

Actually, Alia anak bapak. Haha...Rambut Ayah dia kalau panjang... Memang bergulung di bawah. Pernah sekali... Bapak mertua aku cerita. Masa kat universiti dulu... Hubby pernah simpan rambut paras bahu. Memang ikal. Bagaimana rupanya... Jangan tanya aku ok. Maybe macam Alia tu kot. Haha... Al-maklumlah... Sejak kenal dengan dia sampai dah kawin ni, tak pernah lagi tengok dia simpan rambut panjang. Tak nak lagi dah katanya. Lagipun... Tak senonohla kalau simpan rambut panjang bila dah berkejaya kan... Itu pendapat aku pada hubbyla... Untuk orang lain aku tak taula nak kata apa.

Have a nice day ^___<.


20 January 2014

Menulis Blog Untuk Apa Sebenarnya?

7:57:00 AM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai... 
Tetiba persoalan itu bermain ligat difikiranku... Ia muncul apabila aku terbaca entri Abg Ben pagi ni yang berkisar tentang pentingkah popular dalam menulis blog... Korang rasa... Penting tak?


Hurmmm... Subjektif untuk diperkatakan... Pada akulah. Lain orang lain pandangan. Tapi... Setiap pandangan harus kita hormati... Kerana setiap individu itu berhak untuk menyatakan pandangannya yang tersendiri. Right?

Kalau korang selongkar entri lama aku, aku pernah menyatakan... kenapa aku menulis blog. Pada mulanya... Sejujurnya ia kerana suka-suka... Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Itulah pemikiran aku pada mulanya. Kemudian... Lama-lama, bila baca blog ramai blogger popular yang tersenarai dalam blogger paling terkenal... Dapat income melalui penulisan blog... Betul ke?... Tetiba aku ingin mencuba. Manusia mana tak nak duit. Tipulah... Kalau kata tak nak duitla kan...

So... Aku cuba berusaha ke arah itu. Alhamdulillah... Ternyata ia membuahkan income blog pertama kali buat aku even sikit je pun... Hehe.

Namun... Ia adalah advantage buat aku. Tak mengharap sangat, tapi andai ada rezeki. Aku bersyukur...

Apa yang penting sekarang... MINAT untuk menulis. Membaiki penulisan... Agar ia menjadi lebih baik. Itu yang penting. Popular atau tidak. Itu perkara nombor 2. Namun... Aku bersyukur... Sekurang-kurangnya beratus jugak yang bertandang setiap hari untuk membaca blog aku. Alhamdulillah...

Sekurang-kurangnya... Kalau popular berkat dari menulis blog pun... Kita boleh bangga apa. Ada jugak orang nak baca blog kita kan...

Korang rasa... Korang menulis blog untuk apa?


19 January 2014

Hati-Hati Bila Menulis

3:32:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada... Untuk aku terus berkongsi cerita. Semenjak aku berjinak dalam dunia blogging starting on 2011 until now... Speaking London lah pulak... Haha. Ok! En. Suami tak pernah melarang, malah menyokong lagi ada. Alhamdulillah... Aku cukup bertuah memiliki seorang suami yang baik lagi sporting... Tiada siapa dapat menggantikan tempatnya di hati aku. Even dirinya selalu merendah diri di depan aku mengatakan dirinya tak handsome.

Nasihatnya dari mula aku berblogging sampailah sekarang tetap sama, tak berubah... "Hati-hati bila menulis". Kata-kata nasihatnya... Tetap aku ingat. Yelah! Macam-macam boleh berlaku sekarang ni kan. Lagi dunia blog juga mampu menjanakan pendapatan. Halal atau haram wang yang kita dapat dari menulis juga harus diambik kira.

Apa yang kita tulis juga harus ditapis. Info biarlah tepat katanya. Jangan pulak main tangkap dan muat. Sudahnya... Tersalah tulis. Menimbulkan fitnah atau pembohongan pulak jadinya. Na'uzubillah. Semoga aku terus ditetapkan iman untuk terus berkongsikan cerita yang baik untuk semua. Insya Allah...

Happy Weekend semua ^____<.


17 January 2014

Menariknya, Cermin Diri Itu Perlu

8:08:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Salam Jumaat buat semua. Permulaan hari yang baik. Kali ni aku nak berkongsi satu kisah benar yang berlaku suatu ketika dulu. Kisahnya... Sebagai pengajaran dan peringatan buat diriku jugak sebenarnya... Khususnya dalam mendidik anak-anak. Insya Allah...

Ceritanya begini... Di sebuah sekolah ada sorang cikgu mengajar pendidikan jasmani... Cikgu Minot (bukan nama sebenar) satu-satunya cikgu Islam tak bertudung di sekolah tersebut. Even... Rumah kata pergi, kubur kata mari. Still hatinya belum terbuka untuk bertudung. Namun, siapalah kita untuk menghukumnya kan...

Nak dijadikan cerita, suatu hari... Buku bertemu dengan ruas. Mulut cikgu Minot pun boleh tahan jugak pedasnya. Jumpa pulak, kelas budak-budak pompuan yang gangster tak takut cikgu. Time pendidikan jasmani, tengah dorang nak buat aktiviti di luar. Biasanya kan tukar baju. Adalah sorang budak ni. Bukak tudung...

Apalagi... Cikgu Minot, marah tak ingat dunia. Cakap kenapa bukak tudung sampai ungkit kurang ajar, mak bapak tak ajar ke... Budak tu pulak. Panas telinga mendengarnya... Terus cakap. Siapa cikgu nak tegur saya? Cikgu lagilah... Dahla tua. Tak bertudung pulak tu? Ada hati nak tegur orang. Suasana sunyi dan tergamam seketika mendengar kata-kata budak tu.

Cikgu Minot pulak... Dek kerana malu. Terus pergi meninggalkan kelasnya. Start haritu... Cikgu Minot ambik cuti. Sampai seminggu tau. Wallahu'alam... Apa yang dah berlaku kita pun tak tahu. Budak tu pulak kena hukum dengan pengetua... Kerana berlaku tidak sopan dengan guru.

Selang seminggu. Cikgu Minot kembali ke sekolah. Tapi dengan berwajah baru. Bukan pembedahan plastik tau. Tapi... Terus bertudung. Alhamdulillah... Tuhan telah membuka pintu hatinya. 

Moral of the story... Nak tegur orang lain. Kita perlu cerminkan diri dulu. Bagaimana nak jadi pendidik... Kalau sendiri tak terdidik. Begitu jugak... Andai ingin menjadi role model buat anak-anak. Kita dulu yang kena buat. Barulah anak akan ikut. Aku percaya akan konsep itu. Wallahu'alam...

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Have a nice day ^_<.

Salam Jumaat buat semua...


16 January 2014

Apabila Dimarahi...

10:08:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...


Bila kita larang dan bagi benda lain time dok kita sibuk membaca. Mulalah nak protes... Tunjuk muka masam macam cuka. Sian pulak aku tengok. Bila kena marah... Gitulah jadinya... Tekun tengok bbtv sampai tak perasan aku snap gambar... Siannya dia.

Aku tak marah dengan pukul. Tapi hanya membesarkan mata. Alia dah takut dah... Lepas tu reti pulak pujuk aku. Panggil "mak... O... Mak", sampailah aku menyahut. Bila dengar dia gitu. Mulalah hati tersentuh. Tak jadi nak panas hati woo... Begitulah kuasa si anak berdiplomasi dengan aku.

Macam mana nak marah? Kalau begitu gayanya...





15 January 2014

Cerita Kangkung Tak Habis Lagi...

4:00:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Semalam dan hari ni... Wall fb aku tak putus-putus dengan cerita kangkung. Ramai members update status pasal kangkung. Siap buat pantun bagai pasal kangkung. First tu... Blur jugak aku. Apalagi... Nak tahu... Aku search lah kat google. But... Aku tak nak ulas pasal itu.

Kangkung turun harga ke, naik harga ke... Aku tetap tak berapa suka makan kangkung. Kalau brokoli atau tauge... Favourate nombor satu aku. Kenapa tak brokoli atau tauge je yang turun harga ek. Hehe...

Kenapa aku tak berapa suka kangkung?

First, kangkung senang nak dapat. Tepi sawah pun boleh dapat. Sebab tu... Aku selalu was-was nak beli kangkung. Lagi satu... Leceh nak masak kangkung. Kena belah batang satu-satu. Mana tahu... Dalamnya ada ulat atau lintah. Nanti tak pasal-pasal beranak pinak dalam perut. Na'uzubillah...


Seronoklah Dapat Buku Sebegitu!

8:42:00 AM 11 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Hari Isnin balik kerja, hubby bawak sikit buku baru untuk Pusat Sumber Sekolah untuk dilabelkan. Aku tertarik dengan satu buku ni yang berjudul "Soal & Jawab Sejarah Dunia" untuk budak sekolah rendah. Kan... Tahun ni, budak tahun 4 dah start belajar sejarah. So, semestinya... Akan ada buku sebegitu.


Bila tengok luaran dan tajuk. Mesti gerun dan perasaan malas nak baca tu akan ada kan... Tapi tidak pada buku ni. Pada aku... Buku ni sangat menarik untuk dibaca. Point utamanya diringkaskan dan menjadikan ia mudah untuk difahami. Siap ada gambar lagi. Serius! Memang tak bosan nak membacanya. Lagi satu... Buku ni tersangatlah nipis... Dengan 70 persoalan penting je dihuraikan. Mean... Persoalan utama dalam sejarah jelah yang akan dihuraikan seringkas-ringkasnya. Macam comel je kan. Hehe...

Kalau zaman aku dulu dapat buku sebegitu... Memang seronok giler dapat. Nak baca pun suka.

Teringat aku masa sekolah menengah dulu, memang tak minat dengan sejarah. Mungkin disebabkan bukunya tebal dan kurang menarik kot... Tu yang malas nak baca. Haha... Boleh pulak gitu yer. 

Setiap kali exam, mesti dapat agregat 9. Sampai kena marah dengan cikgu. Yelah... Konon antara top ten student harapan cikgu untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. So, tinggilah target mereka. Namun... Aku tak pernah kecewakan mereka. SPM aku dapat 3 sejarah. Seingat aku BI dan sejarah jelah yang rendah... Kalau tak. Memang gempak result aku. Tu lah... Sapa suruh main-main belajar. Ambik mu! Padan muka...

Oh! Ya... Korang minat sejarah ke?

Kalau dulu... Dulu ada buku sebegitu. Mesti ramai yang minat sejarah kan. Even harga yang tertera di buku RM25 untuk semenanjung dan RM30 untuk Sabah dan Sarawak. Aku rasa memang berbaloi beli untuk anak sebagai koleksi bahan bacaan anak-anak...


13 January 2014

Bila Pena Ketandusan Idea

10:24:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Bila dah tak tahu nak update cerita apa... Mulalah aku pergi marathon kejap di dashboard aku. Tengok secara general apa entri yang kawan-kawan update. Biasanya... Tajuk entri yang menarik akan curi perhatian aku untuk singgah membaca... Biasalah manusia. Bila pelik dan menarik sikit, mesti perasaan nak tahu lebih tu wujud. Betul tak?

Macam-macam cerita ada... Ada yang kalut dengan anak sampai lupa nak buat susu bekal. Biasalah tugas sebagai seorang isteri... Tak menang tangan dibuatnya. Tapi... Pahala bertengkek-tengkek kalau kita ikhlas melakukannya. Perkara biasa yang tak perlu kita nak hairankan. Bukan mudah nak jadi sorang isteri dan ibu kepada anak-anak. Semuanya perlukan kesabaran yang tinggi. 

Tak cukup itu... Ada yang rajin sampai buat macam-macam resepi kek. Kek cheese meleleh la... Tapi serius. Kalau cheese cake... Aku kurang gemar sikit. Cepat muak bila makan cheese. Tak tahu kenapa. Sebab tu... Aku tak pernah lagi buat cheese cake. Percaya atau tak, kena jugak percaya. Hehe... 

Apa-apa pun yang berlaku. Malas atau tidak pada hari Isnin. Rutin harian kena jugak hadap. Semoga hari Isnin membawa banyak pahala buat kita semua ok!.

Have a nice day ^_<...


12 January 2014

Apam Pisang Senang nak buat!

9:45:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Kalau before ni, aku berkongsi tentang sebuah buku "indahnya cinta". Kali ni pulak lain ceritanya.

Tajuk macam nak menunjuk. Padahal... Buatnya tengok resepi jugak. Sebabnya ada resepilah... Aku berani kata senang. Ye tak? Hehe... Bukan nak menunjuk tau. Jauh sekali... Sekadar nak berceloteh je...

Memandangkan pisang embun masih berbaki di ceruk dapur. Ia mengundang sikap rajinku untuk menyediakan juadah minum petang sekali makan malam semalam. Hubby... Kalau malam jarang ambik makanan berat sekarang ni. Katanya... Cuba untuk turunkan berat badan. Insya ALLAH... Pasti boleh, yang penting ada kemahuan kan... So, masak lauk buat Alia jelah.

Bermulalah slot memasak aku. Hubby pulak bersama Alia tengok tv sambil main susun bongkah lego. Jadi amanlah kerja aku di dapur tanpa gangguan si kecik. Hehe...

Dah siap... Tak sampai ke malam dah habis. Mana taknya loyang kecik je pun. Sabar jelah... First time buat. Takut pulak tak menjadi, tu buat sikit je dulu. Tapi serius bukan nak puji sendiri. 


Memang menjadi apam pisang aku. Hubby kata... Bukan je lembut, manis pun sedang. Sedap katanya. Alia pun suka makan. Alhamdulillah... InsyaALLAH... Nanti second time buat... Bolehlah sedekah kat jiran. Hehe...


10 January 2014

Rahsia Kematian Kita?

8:23:00 AM 9 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Kalau semalam... Aku menangis mendengar tazkirah seorang hamba. Harini aku ingin berkongsi mengenai sebuah buku pula...


Aku amat menyukai buku berjudul "Indahnya Cinta" hasil pengarang best seller la tahzan, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Sebuah buku yang menyingkap seribu makna mengenai apa itu cinta?... Terutamanya cinta pada Allah S.W.T, mahupun sesama manusia. Insya ALLAH...

Aku ingin memetik serangkai kata yang mengingatkan kita tentang mati. Di mana...

"Kita bercita-cita sekian banyak cita-cita dan ingin memetik buahnya. Padahal barangkali kematian lebih dekat daripada apa yang kita harapkan. Kita bina istana menjulang ke angkasa, padahal kita sedar bahawa kita akan segera mati dan binasa"...
[ Petikan daripada halaman : 30 ]

Bait kata begitu indah menusuk rasa. Namun... Sebagai mengingati diri sendiri sebenarnya... Sesibuk mana pun mengejar duniawi dan cita-cita. Andai kita tidak mendekatkan diri pada Ilahi... Nescaya. Mati kita yang entah bila... Pasti mendapat dosa. Sesungguhnya rahsia kematian kita... Hanya Allah yang berhak untuk menentukannya. Wallahu'alam. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Salam Jumaat semua :)

Note : Harga buku ni di Sarawak RM39.60 yer.




09 January 2014

Menangis Mendengar Tazkirahnya...

11:52:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Berakhir sudah rancangan mimbar pencetus ummah di astro oasis. Jangkaan ku tepat sekali. Pencetus ummah Hafiz akhirnya dinobatkan sebagai juara pencetus ummah. Alhamdulillah...

Paling menyentuh hati pabila Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyampaikan tazkirah pengorbanan seorang ibu. Tak terasa pipi dibasahi tangisan. Hubby pun menangis. Entah! Bait kata-katanya sangat menyentuh hati. 

Begitu jugak PU Hafiz. Ceritanya tentang keagungan Nabi Muhammad S.A.W membuatkan aku terfikir sejenak. Apakah sumbanganku terhadap agamaku. Subhanallah! Betul la kata mak aku... Mimbar pencetus ummah adalah rancangan hebat untuk didengar dan dilihat. Tahniah! Astro oasis... Semoga akan datang... Akan ada lagi rancangan-rancang berunsur dakwah. Subhanallah Ya Allah...


Kuih Kosui/Kaswi Mudah Mengikut Sukatan Gelas

8:26:00 AM 11 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Seperti pernah aku kata... Di sini susah nak dapat kuih. Kenapa? Tak perlulah aku nak jelaskan kenapa yer... Nak tak nak. Malas atau tidak... Bila teringin punya hal... Jadi kenalah merajinkan diri. Ye tak?

Dah lama sebenarnya tak merasa kuih kosui. Oh! Ya... Tempat korang kuih kosui macammana korang panggil? Kosui? Kaswi?  atau... Kuih tepung kapur?... Apa-apa pun nama yang kita bubuh... Yang penting... Ia adalah kuih yang sama. Hehe... Cuma version je lain-lain. Betul tak? Ada aku tengok tu... Siap bubuh kicap lagi untuk bagi kelainan... Tapi... Yang aku buat ni... Resepi kuih kosui ori dari mak 'kamek'... 


Semalam agenda membuatnya. Nak buat kosui, mudah je. Sediakan bahan seperti berikut :-

3 cawan 3 gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
6 cawan air ( 3 cawan daripada digunakan untuk masak gula merah )
2 sudu kecil air kapur
Kelapa parut.

Nak membuatnya pulak... Kaedahnya, ialah... Nak mudah selepas gu3la merah sejuk... Kacau semua bahan. Kalau aku... Blander terus. Senang cerita. Then, tapis ke dalam loyang. Akhir sekali... Kukus selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak. Dah masak... Boleh makan dengan kelapa parut.

Berbaloi buat. Hubby pun kata sedap. Hehe...


Benarkah Petua Ini?

12:26:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum, hai...

"Bagi ibu yang baru melahirkan anak dan menginginkan anak memiliki bulu mata yang lebat, sapukan susu badan di bulu mata anak setiap hari. Insya Allah, bulu mata anak akan kelihatan melentik cantik".

Antara bait ayat petua yang duatigaempat kali jugak pernah aku baca di majalah mahupun internet. Macam bagus je... Hehe.

Adik aku pun pernah jugak bagitau pasal petua untuk melentikkan bulu mata anak ni... Kaedah pun sama. Cuma time nak sapu tu... Disertakan selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali. Kalau betulla mujarab. Insya Allah, nanti kalau ada rezeki dapat baby lagi. Nak jugak try petua ni. Haha... Sabo jelah...

Note : Mood tengah rajin kumpul segala mak nenek petua untuk bayi.


07 January 2014

Berlatih Untuk Tidak Lagi Memakai Pampers

8:34:00 AM 9 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Sejak umur dah setahun 10 bulan ni. Banyak perkembangan Alia yang membuatkan aku tak sabar untuk mencatatnya. Biasalah first son... Keterujaan tu lebih. Ye tak?. Nanti kalau dah ada anak dua tiga empat orang. Mampukah aku untuk up entri pasal mereka satu... Satu. Haha...

Kemain serius muka si dara melayan bbtv. Hehe   

Sekarang Alia dah mula pandai bercakap walaupun masih dua patah perkataan dia ucapkan. Aku bersyukur... Maybe. Benarlah kata orang tua-tua. Budak perempuan cepat pandai bercakap dari lelaki. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam. Mungkin ada mama di luar sana berpengalaman tentang perbezaan antara anak lelaki dan perempuan... Pada pandangan korang, Siapa lagi cepat pandai bercakap?

Paling seronok... Bila aku takde di depan mata dia... Confirm! Dia akan cari dan panggil aku " o... Mak. Mak! "... Disebabkan teruja mendengarnya. Aku selalu sembunyi... Dan biarkan dia mencari dan menjerit. Haha... Pembuli betul!

Selain tu jugak... Alia dah reti "madah" ( maksud beritahu dalam bahasa Sarawak ) yang dia "Boo... Boo " dengan bahasa dia sendiri " ek... Ek ". Sebab... Aku yang ajarinya sebegitu. Cuma still berlatih lagi...

Yang tak tahannya tu... Dah berak... Barulah dia bagitau aku " ek... Ek... Cuci ". Haha... Tapi, takpe... Bagus tu... Pada akulah... Walaupun dah berak baru bagitau. Sekurang-kurangnya... Alia dah mula dalam proses berlatih untuk free drypers. Good job sayang...



06 January 2014

Siapa Suka Minum Yogurt?

9:17:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Kalau aku... Aku tak berapa suka minum yogurt. Korang suka? Tak suka rasanya yang masam even banyak orang kata... Yogurt membawa banyak kebaikan dalam kesihatan seperti membantu proses penghadaman, baik untuk orang lepas bersalin dan sebagainya. Tetap jugak aku tak berapa suka nak minum yogurt. Masam!...

Tapi... Kalau hubby dengan Alia... Pantang tengok yogurt. Mesti nak. Sebab tu... Kalau bawak Alia pergi shopping... Mesti tahu dah... Kalau pergi bahagian minuman yang sejuk tu. Mesti dia ambik yogurt. 

kebaikan yogurt, aiskrim yogurt, aiskrim buatan sendiri, homemade aiskrim,

Semalam... Disebabkan takde keja. Nak try guna ice-bar makers yang adik beli di Daiso, Kuala Lumpur haritu. (***siap bagitau lagi... Mana beli ice-bar makers eh!. Haha...). Apalagi... Buatlah aiskrim buatan sendiri untuk Alia. Yogurt plus tembikai susu dipotong cube. Kemain suka lagi Alia makan. Seronok tengok.

Esok nak buat aiskrim lain pulak. Kalau rajinnya adalah. Haha... Kan banyak resepi homemade aiskrim di internet. Boleh cuba... Ye tak?


05 January 2014

Suka Menyibuk!

5:40:00 AM 10 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Selagi Alia tak tidur, jangan harapla nak membaca buku, majalah atau news. Pantang sungguh tengok kita pegang segala benda. Mesti dia nak jugak. Suka sangat nak menyibuk. Kalau tak bagi... Siaplah dia buat aksi muka kesian. Kalau tak pun menangis... Sudahnya terbantut pulak nafsu aku nak membaca. Sabar jelah... Dengan karenah budak kecik sorang ni. 


Bila kita tanya ' Alia nak adik tak?'... Laju-laju mulut dia menyahut kata takmo... Takmo. Haha... Macam manalah nanti... Kalau ada rezeki dapat adik. Adakah dia cemburu dengan adiknya? atau seorang kakak yang penyayang.

Macam adik aku dulu... Masa nak dapat second baby... First boy. Second pun boy... Abangnya sangat cemburu pada mulanya. Dalam seminggu jugaklah dia buat perangai. Sampai nak pukul adiknya lah. Nak cium... Takde makna... Lansung tak nak. Tapi sekarang... Kemain sayang lagi. Sabar jelah... Cerita menyibuk... Berakhir dengan cerita cemburu pulak yer. Hehe...

Oh ya... Ada tak pengalaman adik cemburu dengan kakak atau abang ke? Ke kakak atau abang cemburukan adik? Ada tak?


04 January 2014

Bagaimana Cara Nak Print Screen Menggunakan Samsung Galaxy Note N7000?

2:37:00 PM 5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Dah ada note... Baru sekarang berkesempatan untuk berkongsi mengenainya. Tapi... Nak berkongsi cara bagaimana nak buat screen capture menggunakan note I. Pada yang tahu... Abaikan yer.


Ni kisah ajar kawan buat hari tu. Tu yang teringat nak share. Kot-kot nanti cucu cicit tak tau... Haha... Ada lagi ke jenama note masa tu. Entah! Dah ada lagi canggih kot. Mana tahu keluar pulak handphone just guna suara je... Tak perlu touch. Sapa tahu kan...

Nak print screen guna note senang je. Tajuk je panjang berjela... Tapi, kaedahnya tak sampai seminit pun dah boleh buat. Just ambik S pen note. Then... Tekan button di S pen note dan touch je screen. Senang je... Pastu automatik apa yang kita print screen keluar. Boleh view dan edit terus lagi.

Selamat mencuba! Have a nice day :)


Tonton Maharajalawak Mega Minggu Ke-8

12:19:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Free full astro channel... So layanlah maharajalawak mega secara live di tv. Sebab tak langgan. Biasa tengok online je maharajalawak mega... Hehe. 

Hurmmm... Minggu ni lawak dorang buat bertajuk rancangan tv. Rata-rata 8 group biasa-biasa je. Ada part lawak tak menjadi jugak. Mungkin disebabkan tema rancangan tv kot. Susah nak create ceritanya... Tapi... Aku suka tengok bocey. Simple tapi lawak.

Ingatkan minggu ke-8 maharajalawak mega ada yang tersingkir. Yelah... Wala, SYJ dan Shiro dah naik 3 terbawah dah untuk penyingkiran. Rupanya... Minggu ni tiada penyingkiran. Syokla mereka...

Tak lawak sangatla malam ni... Tapi itu pendapat aku je... Hehe.


03 January 2014

Bila Anak Suka Sayur Dan Buah

7:07:00 AM 8 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Untuk makan sayur, Alia lansung takde masalah. Tapi ada sayur tertentu je dia suka. Bayam, brokoli, Sawi, terung, kacang dan kubis jela dia suka. Paling Alia suka... Sayur brokoli. Buat sup ke, cekodok brokoli ke... Confirm habis. Memang khusyuk 'nganyang' ( maksud meratah dalam bahasa Sarawak ) brokoli tau... Maybe masa umur 6 bulan dulu, selalu buat puri brokoli... Tu yang dia suka makan until now.


Kalau buah pulak... Alia paling suka makan tembikai susu, epal, limau manis, rambutan dan pisang. Paling pantang tak boleh tengok... Ialah pisang. Selagi masih di depan mata. Selagi tu la dia nak mintak. Sebab tu... Kalau beli pisang. Wajib disembunyikan... Kalau tak. Merengek nak mintak pisang je keja dia. 


02 January 2014

Bagaimana Nak Menjawab Persoalan Sebegini?

11:13:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Masih dara... Orang akan tanya, bila nak kawin? Bila nak kerja. Bila dah kawin, soalan lain pulak akan diajukan... Bila nak ada anak? Berapa orang anak?... Dah ada anak... Bila nak tambah anak?. 

Adoi! Sampai ke tua soalan sebegitu akan hinggap di telinga. Yelah! Bila dah tua... Orang akan tanya pulak, dah ada cucu belum? Kalau yang ada anak tu takpelah jugak... Boleh cover baik punya nak jawab soalan sebegitu. 

Bagaimana pulak dengan insan yang belum dikurniakan anak selepas bertahun-tahun dah kawin. Malah... Sampai ke tua takde anak. Apa perasaan mereka bila diajukan persoalan sebegitu. Kita kena jaga air muka orang jugak. Nak tanya tu biarlah berpada-pada. Kalau tetamu datang umah takde bawak anak. Janganlah tanya pasal anak. Tanyalah soalan lain. Banyak lagi soalan lain yang boleh kita tanya.

Dulu... Pernah terjadi tau... Kawan aku ni. Aku panggil dia kakak. Umur dia sekarang 35 tahun tak kawin lagi. Kadang-kadang tu dia lansung tak nak keluar rumah. Yelah... Orang asyik tanya bila nak kawin... Sampai dia naik malu katanya. Nak buat macam mana kalau seru tak datang lagilah kan... 

Pada aku... Nak tanya tu biarlah berpada-pada. Manusia bukannya sama. Ye tak?


01 January 2014

Best Ke Ariana Rose?

3:51:00 PM 4 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Kalau tanya aku pasal best ke tak akasia terbaru, Ariana Rose... Berdasarkan 2 episod dah aku tengok. Lebih bagus jalan ceritanya jika nak dibandingkan dengan slot akasia sebelum ni... Playboy itu suami aku. Bolehla layan. Pelakon-pelakonnya pun ok... Ceritanya pun pasal playboy jugak. Cuma garaban ceritanya saja berlainan. Ye ke... Ke sama je? Hehe...

Berdasarkan sinopsis Ariana Rose yang aku baca before ni... Lepas Ariana bersubahat dengan Tengku Juwita. Berlakon sebagai perempuan mengandung dan hadir ke perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita semata-mata untuk rosakan majlis tu. Akhirnya berjaya... 

Tapi sian la parents Tengku Juwita. Tak tahu perkara sebenar dan mati-mati salahkan famili Tengku Adam. Malah, siap tuntut 100 juta tu sebagai saman malu.

Yang Tengku Adam pulak... Disebabkan tak kenal siapa perempuan yang mengandung tu... Terus menyiasat.

Semalam punya cerita. Tengku Adam menerpa Ariana dari belakang. Aku rasa episod 3 Ariana Rose malam ni... Mesti Ariana kena rogol dengan Tengku Adam... Tu pun kalau ikut sinopsis. Ye ke tidak... Kalau berkesempatan malam ni... Nak jugak tonton. Hehe...

Korang layan tak Ariana Rose?


Sampai Juga Akhirnya...

7:01:00 AM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Selepas penat mengharungi perjalanan balik sekolah. Akhirnya kami bertiga sampai ke rumah pada 30hb... Semalam lansung tak update. Why?

Biasalah... Kalau rumah dah hampir 2 bulan ditinggalkan... Mesti cicak bermaharajalela menjadi tuan rumah. Habis lantai dipenuhi najis cicak tau. Huhu... Lagi semua pinggan mangkuk... Segala tok nenek barang dapur pun nak kena cuci balik. Mana tau tikus gila kencing. Takut aku haihhh part kencing tikus haa... Lagi... Pakaian dalam almari pun nak kena cuci sekali. Nasib baik... Semalam panas separuh hari... Seawal 6 pagi aku dah sidai pakaian... Haha... 

Hurmmm... Dah selesai semua, bolehla aku kembali aktif berblogging even di sini coverage seperti siput sedut. Sabar jelah... Apa-apa pun, selamat tahun baru buat semua. Semoga 2014 memberi sinar baru buat kita semua. Thanks ye pada yang sudi singgah...

Have a nice day ♥...