Assalamu'alaikum, hai ♥ Lately Alia suka benar main doktor... Terutamanya selepas menemani aku ke klinik semasa bersalin haritu.....



Assalamu'alaikum, hai
Lately Alia suka benar main doktor... Terutamanya selepas menemani aku ke klinik semasa bersalin haritu... Tak lekang di mulutnya... Kata "Yaya jadi doktor mak" sambil menggayakan stretoskop kepunyaan adik bongsuku.


Ni kejadian semalam... Entah! Adik kata dia dah sembunyikan stretoskop tu. Tapi entah Alia dapat macam mana. Then... Terus masuk bilik aku... Seraya berkata "Mak... Yaya jadi doktor. Tangan mak mana". Aku hulurkanlah... Sudahnya dia buat gitu kat aku. Haha...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Menerima orang baru dalam sebuah keluarga pasti membuatkan keterujaan kita terlebih. Semua barang mesti l...



Assalamu'alaikum, hai
Menerima orang baru dalam sebuah keluarga pasti membuatkan keterujaan kita terlebih. Semua barang mesti lengkap. Lansung tak nak ada yang tertinggal even dah duatigaempat orang anak. Betul tak?


Pampers, lampin, baby wipes... Semua nak kena ada. Kalau aku dari lahirnya Alia until Nur Ain. Aku lebih suka guna Drypers Baby Wipes. Pada aku... Ia adalah satu produk yang bagus untuk digunakan. Baby takde alahan... Kurang wanginya, lembut... Dan paling penting... Ia adalah produk yang halal dan selamat untuk digunakan.

Dah 11 hari berpantang... 2 packs dah habis. Mana taknya... Nur Ain asyik kencing dan berak je. Tapi takpe... Yang penting... Jaundis Nur Ain semakin kurang.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Semalam dah hari ke-10 aku dalam pantang dan masih lagi  mengikut tarikh untuk tujuan la...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Semalam dah hari ke-10 aku dalam pantang dan masih lagi  mengikut tarikh untuk tujuan lawatan posnatal.

Semalam... Berat Nur Ain naik lagi... Iaitu 3.1kg. Jaundis dia pun dah turun banyak... Iaitu dari 8.0 turun kepada 6.1. Alhamdulillah...

Cara mudah untuk mengatasi jaundis yang aku amalkan hanyalah memberi Nur Ain susu badan selang 1 atau 2 jam. Semakin kerap bayi menyusu, Semakin kerap bayi berak atau kencing... Insya Allah kuning akan turun. Then, ikut pesanan nurse... Jangan makan halia, kunyit atau ubat berempah selagi anak ada jaundis.

Teringat pulak time Alia dulu... Macam-macam petua yang aku guna termasuklah makan anggur hitamlah, anggur hijaulah... Minum air laicilah, mandikan dengan agar-agarlah... Minum air susu kambing yang fresh diperahlah... Tapi jaundis Alia makin naik adalah.

Hakikatnya... Dengarlah nasihat doktor dan banyakkan berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada anak kita. Tak semestinya petua yang orang syorkan kepada kita serasi. Baik dengar kata hati sendiri. Lagi elok...

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah berikan. Pada yang terlibat dengan banjir... Bertabah dan bersaba...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah berikan. Pada yang terlibat dengan banjir... Bertabah dan bersabarlah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya dari Allah S W.T.

Alhamdulillah... Harini dah masuk hari kelapan, Nur Ain melihat Alam dunia... Dan sedikit cerita mengenainya ingin aku coretkan di sini. Ayat! Berbunga-bunga. Haha...

Bila bercakap pasal baby... Salah satu perkara yang akan kita kaitkan dengan baby adalah mengenai tali pusat. Betul tak?

Kebiasaannya... Hari pertama hingga hari yang ke-10. Part mandikan bayi... Mak yang akan take over. So, sekali harung... Mak yang akan cuci tali pusat anak I. Nak dijadikan cerita jugak. Aku takut sebenarnya nak mandikan baby selagi tali pusat tak tanggal. Ngeri tengok tau.

Sumber gambar daripada google image

Kalau Alia dulu... Hari kelima tali pusat dia tertanggal. Nur Ain pulak... Tertanggal pada hari ke-6 kami berpantang... Iaitu hari Khamis bersamaan 25 Disember 2014... Jatuh pada hari Krismas. Haha... Begitu detail sekali kau... Infonya. 

Ada orang kata... Simpan tali pusat anak dalam minyak. Then bagus digunakan untuk mengurut si empunya tali pusat tadi if dia demam atau batuk. Sejauh mana kebenarannya. Wallahu'alam.

Kalau korang... Korang buat apa dengan tali pusat anak yang tertanggal? Adakah dikuburkan, disimpan atau dibuang.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-7 aku dan Nur Ain Haziqah dalam berpantang. Walaupun dalam ber...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-7 aku dan Nur Ain Haziqah dalam berpantang. Walaupun dalam berpantang... Aku still ulang-alik ke klinik kerajaan, Spaoh untuk checkup posnatal dan check jaundis di Debak.

Kali ni aku pergi ditemankan hubby dan mak mertua aku. Dah 5 hari dah dia 'berambih' di rumah kami. Insya Allah, esok kalau takde aral melintang... Hubby akan hantar dia balik ke Kuching.

Alhamdulillah... Checkup kali ni semuanya ok. Berat badan Nur Ain pun bertambah... Dah naik 3kg dah. Cuma... Jaundis dia naik sikit. First checkup... 7.2. Tadi punya 8.0. Harap-harap checkup 29 Disember ni turun.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-4 berpantang aku dengan Nur Ain Haziqah . Dari first day lahir u...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-4 berpantang aku dengan Nur Ain Haziqah. Dari first day lahir until hari keempat. Nur Ain dah pandai buat perangai yer sayang. Siang tidur, malam berjaga. Seperti pengalaman lahirkan Alia dulu... Dah tahu akan berlaku situasi begitu... Bak kata mak aku. Ikutlah jadual dia... Dia tidur siang. Kita pun kena ambik kesempatan tidur siang. Kalau tak nanti mesti tak boleh nak berjaga sangat sebelah malam... 


Kaki kau tayang yer. Hehe...

Pasal makanan dalam berpantang pulak... Dah masuk hari ke-4 harini still makan sayur lobak rebus dan ikan bilis. Nurse dah pesan dah jangan makan halia dan ubat berempah dulu kalau belum check jaundis. Takut nanti tinggi. Alhamdulillah... 22hb check jaundis di hospital Debak. Resultnya 7.2. Harap-harap 26 Disember 2014 ni checkup balik turun terus dan tak payah ulang-alik. Amin....

Nur Ain Haziqah kuat menyusu. Alhamdulillah... Timbang semalam, berat dia naik 600gram. Hehe... Berkat susu ibunya lah tu.

Cukup kot cerita untuk hari ke-4 berpantang aku. Insya Allah, if rajin then kalau ada cerita baru... Nanti ada masa aku kongsikan lagi di sini yer. Pada blog yang aku selalu singgah... Insya Allah nanti fizah try jejak yer...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Balik dari checkup minggu ke-38 , malam tu aku semalaman sakit perut. Kontraksi hilang dan datang selang ...



Assalamu'alaikum, hai
Balik dari checkup minggu ke-38, malam tu aku semalaman sakit perut. Kontraksi hilang dan datang selang setengah jam... Tapi takde sebarang tanda nak bersalin pun. So, aku ignore kan jelah sampaila ke pagi... Tapi, serius... Malam tu aku tak boleh nak tidur. Namun... Aku tak bagitau hubby dan mak pun.

Sehinggalah pagi jumaat menjelang tiba... Around 11 pagi... Aku dah tak tahan dah. Terus bagitau emak but still belum ke klinik. Sebab takde tanda pun nak bersalin. Tapi... Kontraksi semakin kuat selang 20 minit... Jam 3 petang gitu. Cuma lendir je keluar. Aku terus ajak hubby dan mak ke klinik berdekatan. Sampai di klinik. Check bukaan... Alhamdulillah... Dah 4cm. Around 7 malam... Bukaan semakin bertambah ke 6cm... Sakitnya Allah sahaja yang tahu... Sampai 1 tahap aku terasa seperti nak meneran.

Alhamdulillah... Jumaat, 8:55 malam lahirlah puteri kedua kami secara normal dengan berat 2.85kg. Muka seperti Alia... Haha, cuma membezakannya ada lesung pipit di sebelah pipi kanannya.

Dengan kata sepakat... Nama pun hubby dah sediakan. So, nama puteri kedua kami ialah Nur Ain Haziqah yang bermaksud cahaya bijak pandai yang tinggi.

Alhamdulillah... Syukur ke atas anugerah yang Allah berikan. Insya Allah... Habis pantang nanti aku kongsikan gambar dia yer. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ 18 Disember 2014 , sekali lagi aku buat pemeriksaan antenatal untuk minggu yang ke-38 . Alhamdulillah... ...



Assalamu'alaikum, hai
18 Disember 2014, sekali lagi aku buat pemeriksaan antenatal untuk minggu yang ke-38. Alhamdulillah... Kadar gula dalam darah takde masalah. Berat badan turun... 60.1kg. Ikut pengalaman mak... Kalau berat badan dah menurun, bermakna tak lama dah nak bersalin. Nurse yang check aku pun kata gitu jugak. Huhu...


Sumber daripada google image

Part baby... Alhamdulillah, kepala bayi dah turun. Walaubagaimana pun, if tak beranak jugak next week. 26 Disember 2014, aku sekali lagi kena jumpa doktor... Untuk scanning. Nak tengok air ketuban cukup ke tidak.


Ya Allah... Permudahkanlah proses bersalin hambaMU ini. Amin...



Assalamu'alaikum, hai ♥ Harini 18 Disember 2014... Umur Alia pun dah menjangkau 2 tahun 10 bulan . Sikit hari nanti... Akan jadi ...



Assalamu'alaikum, hai
Harini 18 Disember 2014... Umur Alia pun dah menjangkau 2 tahun 10 bulan. Sikit hari nanti... Akan jadi kakak. Insya Allah dengan izin Allah S.W.T.


Dalam meniti usia yang lagi tinggal sebulan untuk genap 3 tahun usianya. Banyak benda yang berlaku dan berkembang dalam dirinya. Nampak dah ciri-ciri sorang kakak. Makan pun... Boleh berdikari. Selesai je makan... Dia sendiri akan hantar pinggan ke sinki. Cumanya... Aku atau hubby akan ekori dari belakang. Yelah... Budak-budak kan. Kang... Tak ikut. Mahunya segala benda tajam dia nak main.

Semakin aktif sehinggakan aku pulak penat melihat karenahnya. Tapi penakut orangnya. Hehe... Kalau dia tidur dengan aku. Bila aku kata... "malam ni Alia tido sorang-sorang ye".... Cepat-cepat dia menjawab dengan nada nak menangis "ishhh! Janganlah mak". Haha... Aku suka sakat dia, lagi bila dia petah bercakap. Ada saja jawapannya.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Kalau entri sebelumnya berkisar tentang situasi di hospital ... Cerita kali ni pulak yang aku nak kongsik...



Assalamu'alaikum, hai
Kalau entri sebelumnya berkisar tentang situasi di hospital... Cerita kali ni pulak yang aku nak kongsikan pun berkaitan dengan kesihatan. Mungkin... Info yang sikit ini memberi manfaat kepada yang menghadapinya. Mana tahu kan... Lagipun tak salah kita mencuba selagi tak memudaratkan... Right!

Semalam aku ada terbaca satu info berkaitan dengan cara mudah untuk kurangkan asma kanak-kanak di dalam majalah iSIHAT. Pada ibubapa yang mempunyai anak yang menghidapi asma bolehlah mencuba. 


Sumber daripada google image

Caranya mudah sahaja... Iaitu dengan mengamalkan pengambilan pisang di dalam diet harian. Kanak-kanak yang makan sebiji pisang dikatakan berisiko kurang 34% diserang simptom asma. Ini berdasarkan keputusan penyelidikan dari Kolej Imperial London yang telah mengumpul data daripada 2640 kanak-kanak berusia 5 hingga 10 tahun. 1 per 3 daripada mereka yang ambik pisang dikatakan kurang berdepan dengan masalah pernafasan.

So, apa salahnya kan kita mencuba. Mana tahu dapat mengurangkan asma anak-anak right.

Selain tu, untuk pengetahuan kita bersama... Anak-anak yang sejak kecik diperkenalkan pisang juga dikatakan berisiko rendah diserang leukemia. Malah sangat bagus untuk mengekalkan memori dan meningkatkan mood anak-anak.

See... Betapa berkhasiatnya buah pisang kepada anak-anak tau :)


Assalamu'alaikum, hai ♥ Sumber daripada Facebook Actually... Gambar ni aku printscreen dari Facebook. Ada member yang kon...



Assalamu'alaikum, hai

kisah lucu di hospital, lucu, lawak,
Sumber daripada Facebook

Actually... Gambar ni aku printscreen dari Facebook. Ada member yang kongsikan. Aku tak tahulah motif dia... Sebagai bahan untuk diketawakan?... Atau mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak.

Kalau diperhatikan. Memang lucu right. Tapi... Ada tapinya. If parents kita buat gitu. Apa yang kita rasa?

Mula-mula... Aku tengok gambar tu. Nak tergelak pun ada. Namun... Jauh di sudut hati. Aku mula terfikir tentang mak ayah aku. Tak tahulah... If orang tua dalam gambar tu ada anak atau tidaklah kan.

Benda ni selalu terjadi di hospital. Ramai warga emas yang datang rata-rata tak berteman. Kalau jenis yang reti baca. Tak kisahlah... Boleh settle sendiri. Tapi... Bagaimana pulak... Yang buta huruf dan punyai masalah pendengaran.

Pernah terjadi tau kena batang hidung aku... Duatiga kali jugak jumpa warga emas mintak tolong tunjukkan mana bilik yang kena di masuk... Then... Tanya itu ini... Sian pulak aku tengok. Itu kalau jumpa orang yang nak tolong. Kalau jumpa orang yang slumber badak buat-buat tak tahu... Macam mana?

Memang kesian. 

Bersamalah kita beringat. Masa kecil kita... Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Bila dah dewasa... Apa salahnya, kita pulak menatang dorang. Mak ayah tak kan pernah mintak anaknya membalas jasa dan pengorbanan mereka. Tapi... Sebagai anak. Kita wajib membahagiakan dorang. Sesibuk mana pun kita, luangkanlah masa untuk dorang. Atleast, temankanlah dorang ke klinik. Itu sudah cukup menggembirakan mereka.


Assalamu'alaikum, hai ♥ " Mak... Ambik gambar mak "... Itulah kata-kata Alia bila tengok aku pegang smartphone. Haha......



Assalamu'alaikum, hai
"Mak... Ambik gambar mak"... Itulah kata-kata Alia bila tengok aku pegang smartphone. Haha... Siapa ajar kalau tak maknya kan. Dari kecik sampailah umur esok dah nak masuk 2 tahun 10 bulan... Maknya asyik ambik gambar dia untuk jadi bahan cerita di blog. Mana taknya dia dah terbiasa...


Bila baca balik kisah dia di blog sambil tunjuk gambar dia... Confirm! Mulut dia tak habis-habis dok mengata "gambar yaya mak... Gambar yaya". 

Semenjak dah reti bercakap ni. Adoi! Becok sungguh... Macam murai. Nasiblah... Kena sabar untuk menjawab setiap pertanyaan dia.

Bila dia dah besar... Rindu pulak time dia masih baby. Ola kasih... 


Assalamu'alaikum, hai ♥ Hubby memang sorang yang ringan tulang. Suka bantu aku buat kerja rumah tanpa disuruh. Namun... Aku tak p...



Assalamu'alaikum, hai
Hubby memang sorang yang ringan tulang. Suka bantu aku buat kerja rumah tanpa disuruh. Namun... Aku tak pernahlah nak ambik kesempatan di atas kebaikan dia. Lagi bila aku pregnant. Dia jaga aku... Seperti ditatang minyak yang penuh.



Pagi tadi... Time breakfast, disebabkan Alia suka makan keropok... Hubby siap goreng keropok satu balang buat anak daranya. Actually... Keropok ikan tersebut biasanya adik ipar aku dari Perlis bawak. Alia cukup suka makan keropok goreng. Tu yang kekadang kalau dah habis stok... Pesan adik ipar je suruh beli. Kat Sarawak susah jugak nak dapat keropok ikan ori seperti di semenanjung. Lagipun... Alia dah reti memilih... Kalau keropok goreng tak sedap. Berbulan-bulan pun keropok dalam balang... Jangan harap dia nak hadap makan.


Tapi... Kalau keropok yang adik ipar aku bawak dari semenanjung. Fuh! Nampak je, mesti mintak. Bak kata Alia... "sedap mak". Haha...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Haha... Panjang giler tajuk entri aku kali ni yer. Actually... Ni semua dek kerana otak aku yang tertanya...



Assalamu'alaikum, hai
Haha... Panjang giler tajuk entri aku kali ni yer. Actually... Ni semua dek kerana otak aku yang tertanya-tanya tentang jantina bayi dalam kandungan aku ni ha. Lepas scan haritu di hospital kerajaan aku dan hubby lansung tak nak scan di private.

Kalau time mengandungkan Alia dulu... 7 bulan dah scan dah di private. Kali ni... Hubby kata, biarlah ia menjadi satu kejutan.

Sumber dari google image
Nak dijadikan cerita... Takde kerja carik kerja. Mulalah meng'google... Tu pun sebab mata tak nak tido. Gila punya kerja... Carilah info pasal ciri-ciri yang membezakan bayi lelaki dan perempuan dalam kandungan.

Ramai yang bagi pendapat... Perbezaan yang ketara adalah berkaitan dengan pergerakan bayi dalam kandungan. Ada yang kata... Kalau baby girl. Pergerakannya agak slow. Kalau baby boy... Siang malam aktif. Betul ke?

Kalau aku... Dulu masa Alia. Memang betul... Pergerakan dia dalam kandungan aktif tapi slow. Kuat tido kot. Kali ni, aktif sungguh... Siang dan malam... Tapi... Scan haritu, doktor kata baby girl. Haha... Gi mana dong?

Aku takdelah mengharap sangat nak dapat baby boy. Janji sihat walafiat... Itu yang lebih penting right. Betul tak?


Assalamu'alaikum, hai ♥ Kat luar hujan... Memang syokla untuk tidur tengahari. Alia... Kalau dah bangun pagi... Lepas mandi. Jang...



Assalamu'alaikum, hai
Kat luar hujan... Memang syokla untuk tidur tengahari. Alia... Kalau dah bangun pagi... Lepas mandi. Jangan harapla nak duduk diam. Ada saja aktiviti yang dia buat. Paling suka dia buat sepahkan barang. Hadoi... Sabar jelah! Kalau orang dewasa buat gitu. Mahunya aku jadi tarzan. Satu yang best kat dia. Kalau kita mintak tolong simpankan balik barang yang dia sepahkan. Insya Allah dia akan tolong even 234 kali kita bagi arahan.


Dah puas main. Bila dah penat... After lunch. Wajib mintak susu. Nak tidurlah tu. Bila dia tidur. Sunyi pulak rumah dibuatnya... Bila tengok muka Alia... Tak padan dengan kecik. Aktif sungguh!


Assalamu'alaikum, hai ♥ Hari Isnin menjelma lagi. Harini dah 15 Disember 2014. Tak lama lagi Alia akan dapat adik. Sementara menu...



Assalamu'alaikum, hai
Hari Isnin menjelma lagi. Harini dah 15 Disember 2014. Tak lama lagi Alia akan dapat adik. Sementara menunggu hari kelahiran orang baru... Seperti biasa... Rutin aku sekarang ni melayan karenah Alia sambil membaca buku hasil tulisan Doktor Carol Cooper berjudul soal jawab bayi dan kanak-kanak.

Sumber daripada google image
Berdasarkan pengalaman aku melahirkan Alia dulu. Sehari selepas bersalin. Barulah Alia mendapat khasiat susu ibu. Tu pun setelah mak menyatakan petua untuk cepatkan susu keluar. Kaedahnya mudah je. Potong limau nipis then sapu dengan sedikit kapur. Setelah tu sapu di bahagian buah dada dengan membaca selawat sebanyak 3 kali. Insya Allah, selang sejam... Baby dah boleh hisap susu directly.

Bercakap tentang kekerapan bayi menyusu dalam sehari pulak... Pada aku ia bergantung kepada permintaan. Nampak je Alia main bibir... Atau kelihatan gelisah... Before dia nangis. Aku dah siap bagi dia menyusu. Tapi... Biasanya selang 2 jamlah... Sebab menurut doktor Carol Cooper... Bayi akan kenyang hanya dalam 2 jam. Then... Mula menunjukkan reaksi untuk menyusu semula selepas dua atau tiga jam.

Begitulah sedikit info tentang penyusuan bayi hasil daripada pengalaman dan jugak bacaan.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Actually... Mengikut perkiraan aku dan jugak scanning yang doktor buat. Aku dijangka bersalin around 23 h...



Assalamu'alaikum, hai
Actually... Mengikut perkiraan aku dan jugak scanning yang doktor buat. Aku dijangka bersalin around 23 hingga 27 Disember ni. If around tu tak jugak bersalin. 26 Disember sekali lagi aku akan jumpa doktor untuk scan. Then... Mereka akan bagi seminggu lagi sebelum serah diri.

Sumber daripada google image
Ya Allah... Permudahkan segala urusanku Ya Allah...

Dalam dok menunggu hari ni, baby dah start mengeras even kepala baby tak turun lagi. Harap-harap checkup 18hb ni... Kepala baby dah engaged... Sebab kerap sangat dah ulang-alik keluar masuk tandas untuk kencing. Berdasarkan pengalaman mak... Mak kata, kalau dah seminggu dok ulang-alik kencing. Seminggu lepas tu mesti bersalin. Ada tak yang berpengalaman gitu? Sebab... Dulu time mengandungkan Alia... Kesnya lain. Tak merasa pun baby mengeras. Top-top leaking.

Harap-harap baby keluar on time hendaknya...


Assala'mualaikum, hai ♥ Just nak berkongsi pendapat... Menurut pakar perubatan... Stress adalah suatu tekanan perasaan yang mana...



Assala'mualaikum, hai
Just nak berkongsi pendapat... Menurut pakar perubatan... Stress adalah suatu tekanan perasaan yang mana jika tidak dikendalikan dengan betul... Ia membawa padah yang buruk... Di mana seseorang itu akan bertindak agresif atau di luar kawalan. 


Sumber daripada google image

Kalau nak tahu kita stress atau tidak... Ada beberapa tanda-tanda stress turut disenaraikan oleh pakar perubatan... Dan di antaranya adalah seperti tak boleh tidur, perasaan tak stabil, tak tentu arah dan sebagainya. Maksudnya di sini... Bila kita merasakan wujudnya perasaan yang abnormal... Mean, itu adalah antara petunjuk... Yang menunjukkan kita berkemungkinan menghadapi stress. Huhu... Kena alert tu.

Tengok jelah berita baru-baru ni, di mana seorang lelaki berusia lingkungan 42 tahun terjun dari flat gara-gara stress.

Adakah itu penyelesaian terbaik kepada masalah yang kita hadapi? Alah... Cakap senanglah. Bukan kita yang stress. Tapi... Kalau nak difikirkan. Kita sentiasa ada pilihan sebenarnya. Dan... Setiap pilihan semuanya terletak di tangan kita. Baik buruk pilihan itu semuanya terpulang kepada kita.

Contohla ek... Sorang gadis membunuh diri gara-gara mengandung sebelum kawin akibat stress kekasih tak nak bertanggungjawab. Pernah tak terfikir... Sebelum terlanjur. Pernah tak terfikir! Akan akibatnya. Mana pernah fikirkan... Kalau hati dah suka. Tapi... Impaknya teramatlah besar.

Pada pandangan akulah ek... Bila kita hadapi sebarang masalah. Janganlah dipendam dan janganlah sesekali ambik jalan singkat. Ceritakanlah pada orang yang kita boleh percayai... Takde masalah dalam dunia ni yang tak boleh diselesaikan. Cuma... Kita haruslah berfikir secara rasional... Dan yang paling penting... Perbanyakkan doa dan bermohon kepada Allah agar dipermudahkan segala kesulitan yang kita hadapi.

Insya Allah... Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. Nescaya... Setiap permasalahan pasti ada penyelesaian.

Wallahu'alam...

Sembang pagi sambil minum milo panas. Haha...
Mata tak boleh nak lelap gara-gara acapkali ke tandas. Biasalah... Mak buyung yang sedang menunggu hari. Confirm! Kekerapan ke tandas berganda. Sabo jelah...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Cinta amat susah untuk ditakrifkan. Ia amat subjektif untuk digambarkan. Namun, apa yang dapat aku kataka...



Assalamu'alaikum, hai
Cinta amat susah untuk ditakrifkan. Ia amat subjektif untuk digambarkan. Namun, apa yang dapat aku katakan cinta adalah satu perasaan yang unik yang Allah S.W.T kurniakan untuk manusia mengasihi antara satu sama lain terutamanya antara lelaki dan perempuan.

Sumber daripada google imej
Bila hati sudah jatuh cinta... Dunia ini ibarat kita yang punya. Setiap sudut pemikiran kita... Yang hanya ada fikiran terhadap orang yang dicintai. Bak kata pepatah melayu 'makan tak kenyang, mandi tak basah'. Malah... Kalau boleh 24 hours nak hadap muka si dia. 24 hours nak dengar suara dia. Setiap bait kata yang lahir dari mulut pasti akan menyebut nama si dia. 

Pendek kata... Setiap hembusan nafas... Semuanya kerana dia. Segala-galanya untuk si dia. Kalau tak... Mana mungkin madah 'lautan api sanggup ku renangi' yang menggambarkan betapa hebatnya pengaruh perasan cinta apabila ia mulai berputik tercipta. Malah, jika iman tak sekuat mana... Dek kerana cinta, seseorang itu sanggup gadaikan maruah. Na'uzubillah!

Begitulah lumrah alam bapila hati mulai jatuh cinta pada seseorang.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Actually, setiap kali check keywords di Nuffnang... Setiap kali tu jugak keywords mengenai tauge menjadi ...



Assalamu'alaikum, hai
Actually, setiap kali check keywords di Nuffnang... Setiap kali tu jugak keywords mengenai tauge menjadi tumpuan. Alhamdulillah... Entri mengenai cara mudah tanam tauge sendiri mendapat view yang memberansangkan. Mungkin disebabkan ramai yang gemar makan sayur tauge... Sebab sayur tauge banyak kegunaannya... Ia boleh dijadikan antara bahan inti samosa, bahan dalam pelbagai jenis mee mahupun jenis masakan. So, tak mustahil ada yang nak try tanam tauge sendiri right.



Lagipun... Dari segi kesihatan, menurut beberapa laman... Sayur tauge atau taugeh mempunyai kebaikannya yang tersendiri dan di antaranya ialah :-

1. Cegah Kanser

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Sumber maklumat : Blog Nizarazu

See... Betapa banyaknya khasiat yang dimiliki oleh sayur tauge. That why ramai yang sukakan tauge termasuklah hubby, aku dan Alia. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Lately... Disebabkan Alia selalu bertanyakan buku dan pensil, bila turun ke bandar Betong... Hubby ak...



Assalamu'alaikum, hai


Lately... Disebabkan Alia selalu bertanyakan buku dan pensil, bila turun ke bandar Betong... Hubby akan belikan buku dan sticker buat Alia. Buat masa ni lebih kepada drawing book untuk kartun, bentuk dan abjad. Harga pun murah... Sekitar RM1 hingga RM3 je pun.


Pada aku, untuk menarik minat anak sukakan buku. Tak semestinya menggunakan bahan-bahan yang mahal... Alat tulis yang murah pun tak mengapa... Yang penting kita senantiasa terlibat sama dalam aktiviti yang mereka lakukan. Apa yang aku perasan... Alia excited bila aku dan hubby sama-sama melayan dia mewarna. Itulah cara aku dan hubby menarik minat Alia untuk sukakan buku.

Semoga Alia berterusan mencintai buku sampai bila-bila. Amin...




Assalamu'alaikum, hai ♥ Empat hari lepas hubby balik umah mak mertua aku di Kuching untuk jenguk dorang. Yelah! Biasanya, kalau a...



Assalamu'alaikum, hai
Empat hari lepas hubby balik umah mak mertua aku di Kuching untuk jenguk dorang. Yelah! Biasanya, kalau aku tak sarat mengandung... Time cuti sekolah, pastinya kami akan ke Kuching... Tapi, tidak untuk kali ni. Namun... Dorang pun faham jugak dengan situasi aku sekarang ni yang tengah sarat. So, hubby balik sorang jelah untuk cuti sekolah tahun ni. Huhu...

Nak dijadikan cerita... Malam Rabu dia balik ke umah mak aku dan sampai pun lewat... Jam 8 malam gitu. Tak sangka ada jugak ole-ole buat aku. 



Dah lama tak beli purse. Biasalah aku... Setia pada yang satu. Selagi tak rosak... Selagi tu tak beli. Walaupun simple, tapi boleh tahan jugak harganya... Alhamdulillah... Rezeki orang nak bagi. Hehe...

Walaupun style'nya simple... Aku tetap suka. Sekali-sekala dapat benda mahal daripada suami siapa tak suka kan... Namun, harganya taklah semahal mana setelah ditolak harga promosi dapatlah harga RM69.90. Tapi bolehlah dimiliki golongan sederhana seperti kami. Ekekeke...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Pada yang pergi kerja pagi ni... Selamat bertugas aku ucapkan. Semoga perjalanan kehidupan hari ini lebih...



Assalamu'alaikum, hai
Pada yang pergi kerja pagi ni... Selamat bertugas aku ucapkan. Semoga perjalanan kehidupan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang Allah berikan untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta di sini.



Alhamdulillah... Rezeki Alia. Baru-baru ni hubby belikan dia tablet yang hanya berharga RM100++... Dah lama sebenarnya kami berdua berhajat nak beli... Cuma ditangguhkan buat sementara... Semuanya dek kerana melihat perkembangan Alia bagaimana.

Alhamdulillah... Berkat dididik dari kecil, Alia cukup berdisiplin untuk menggunakan gadget. Dia akan guna bila kita bagi. Kalau tak, lansung tak tanya... Kalau tanya pun, aku akan terangkan bahawa dalam satu hari hanya ada masa tertentu saja boleh guna. Niat aku bukan untuk mengongkong atau mendera. Jauh di sudut hati... Perasaan itu lansung tak wujud... Yang ada cuma ingin mendidik dia supaya menjadi seorang yang berdisiplin.

Dalam tablet tu pun, hanya video pembelajaran sahaja yang ada. Alhamdulillah... Sejak dari menggunakan mini samsung galaxy yang kecik sampailah sekarang memiliki tablet sendiri... Alia dah hafal 1 hingga 10 dan mampu nyanyikan huruf A sampai Z... Walaupun sedikit pelat. Begitu juga dengan Alif Ba Ta... Walaupun kejayaan itu cuma sedikit, namun bermakna buat aku dan hubby.

Bukan mudah nak mendidik anak sebenarnya. Masih banyak benda yang perlu aku dan hubby pelajari. Moga-moga ia memberi kebahagiaan yang hakiki buat kami. Amin...

Semoga Alia menjadi anak yang bijak lagi solehah...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Selamat pagi semua... Sambil menonton slot akasia Bila Hati Berbicara semalam, sambil tu jugak aku draf e...



Assalamu'alaikum, hai
Selamat pagi semua... Sambil menonton slot akasia Bila Hati Berbicara semalam, sambil tu jugak aku draf entri. Hehe... Sementara idea di kepala masih segarlah kan. Nanti, kalau dah takde idea... Satu entri pun tak terhasil.

Sumber gambar daripada google image

Seperti yang pernah aku war-warkan before ni... Semalam 11 Disember 2014, aku ada temujanji untuk pemeriksaan antenatal seminggu sekali untuk kali yang ketiga. Secara amnya... Minggu ni, usia kandunganku dah pun mencecah minggu yang ke-37. Mean, bila-bila masa saja boleh bersalin dengan izin Allah S.W.T.

Alhamdulillah... Keputusan pemeriksaan antenatal semalam... Berat aku naik 1300gram. Hb pun still ok iaitu 11.1. Paras gula dalam darah pun ok. Then sempat jugak berbual dengan nurse yang checkup aku tanya pasal pilihan tempat aku bersalin. Dia kata boleh bersalin di mana-mana waima klinik kesihatan kampung. Lagipun sticker di kad lawatan aku color putih... So boleh pilih nak bersalin di mana. Setakat ni... Insya Allah, sekali lagi aku memilih hospital goverment yang berdekatan... Iaitu hospital Betong sebagai tempat untuk bersalin... Sama macam aku melahirkan Alia dulu.

Kemudian... If belum bersalin dalam masa yang terdekat, 18 Disember 2014... Sekali lagi aku akan melakukan pemeriksaan antenatal seminggu sekali seperti biasa untuk minggu yang ke-38.


Ya Allah... Ya Tuhanku... Engkau permudahkan proses bersalinku nanti. Sesungguhnya Engkau sahajalah tempat aku bermohon. 
Amin Yarabal Alamin...



Assalamu'alaikum, hai ♥ Duatigaempat hari yang lepas, ada jugak aku tengok kawan share link video 'Gadis mabuk setelah pesta&...



Assalamu'alaikum, hai
Duatigaempat hari yang lepas, ada jugak aku tengok kawan share link video 'Gadis mabuk setelah pesta' di facebook. Tapi seperti biasa... Aku memang tak klik... 



Nak dijadikan cerita... Tengah baca online news, aku bukak page Berita Harian online. Top-top ada berita terkini di mana pihak SKMM menasihati orang ramai supaya jangan klik pada link tersebut kerana ia adalah virus


Sumber maklumat : Berita Harian

Dikhuatiri, jika terklik pada link tersebut pengguna akan diminta memasang satu perisian berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware. Kalau dah terklik tu... Dan dah terkena virus, solution'nya pihak SKMM menasihati agar pemilik akaun tersebut tukar kata laluan secepat yang mungkin.

Sama-samalah kita beringat...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Harini 11 Disember, before buat checkup antenatal seminggu sekali yang ke-3 aku nak share'lah jugak p...



Assalamu'alaikum, hai
Harini 11 Disember, before buat checkup antenatal seminggu sekali yang ke-3 aku nak share'lah jugak pasal ubat pilihan untuk aku berpantang nanti.


Alhamdulillah, setakat ni aku masih memilih set berpantang sendayu tinggi sebagai pilihan utama... Cuma, bezanya... Kali ni aku tak beli full set... Sebab kalau full set... Siap dengan bengkung.

Masa berpantang Alia dulu... Aku beli full set sendayu tinggi. So, bengkungnya aku still simpan. Jadinya... Aku beli dengan harga satu-satu ubat tersebut. Alhamdulillah... Dapatlah harga RM310. Tu pun... Hubby beli dengan sepupunya sendiri masa balik ke Kuching 3 hari yang lepas. 

Masa berpantang first baby dulu... Bukan sahaja ubat sendayu tinggi aku makan... Tapi, mak jugak turut bagi aku minum air rebusan daun sirih yang fresh dipetik dari pokok. Mak kata, supaya nanti lepas bersalin... Kitaran haid tetap normal. Serius... Aku suka. Sedap! Insya Allah, berpantang kali ni pun... Aku akan amalkan benda yang sama.

Ada jugak terfikir nak try shaklee atau set bersalin yang lain untuk bersalin kali kedua ni. Tapi... Entah! Hati still pilih ST. Dah selesa sebenarnya guna ST... Tu yang malas nak fikir pasal bertukar produk. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Sejak masuk trimester ketiga ni... Aku jadi malas nak update blog guna laptop. Aku lebih banyak update bl...



Assalamu'alaikum, hai
Sejak masuk trimester ketiga ni... Aku jadi malas nak update blog guna laptop. Aku lebih banyak update blog guna handphone. Yelah... Kalau guna laptop, kena duduk di kerusi... Lagipun, bukan kejap. Nak blogwalking lah... Nak cari idealah. Confirm! Sakit pinggang. 

Tapi, kalau guna smartphone... Pendek kata, time berak pun boleh update blog. Hehe... Itu perumpamaan saja ok... Di mana menunjukkan betapa senangnya nak update blog menggunakan smartphone. Baring sambil update blog pun boleh...


Sumber gambar daripada google image

Namun, satu persoalan akan timbul... Iaitu sejauh mana ketahanan bateri handphone apabila digunakan untuk meng'update blog. Berapa kali handphone nak kena caj yer?

Kalau aku... Belah malam sekali charge, belah siang pun sekali. Benda lain macam facebook aku tak login... Dan purata entri aku dapat update dalam satu hari adalah dua atau tiga entri... If tak update blog... Bateri handphone aku boleh bertahan sampai 2 hari. Alhamdulillah :)


Assalamu'alaikum, hai ♥ Sekarang ni aku dah mula bercuti, so banyak masa yang terluang sementara menunggu masa untuk bersalin. Al...



Assalamu'alaikum, hai
Sekarang ni aku dah mula bercuti, so banyak masa yang terluang sementara menunggu masa untuk bersalin. Alhamdulillah... Bolehla baca buku hasil tulisan doktor Carol Cooper... Yang berjudul soal jawab bayi dan kanak-kanak. Haha... Dah lama dalam simpanan, tapi still tak khatam-khatam lagi.

Insya Allah, kalau ada isu yang menarik, aku akan kongsikan di sini. Satu tajuk yang menarik aku nak share harini adalah berkenaan dengan masa tidur bayi. Kekadang as a mom, kita main ikut suka hati je bagi anak tidur siang... Kononnya, boleh siapkan kerja rumah. Betul tak?... Tapi, kalau tak kena waktu tidurnya... Kekadang boleh membuatkan bayi meragam. Masa nilah... Kesabaran kita teruji. Betul tak? Kekadang tu... Kita boleh marah jugak sebab baby tidur tak sampai sejam.


Sumber gambar daripada google image

Menurut Doktor Carol Cooper, secara purata :-

  • Bayi berusia 6 bulan akan tidur 3 jam pada waktu siang.
  • Manakala bayi 12 bulan atau setahun akan tidur selama 2 jam atau 20 minit.

So, kalau benar bagai dikata... Jangan marah kalau anak tidur sekejap pada waktu siang... Hehe, sebab doktor pun dah kata gitu kan...

Kalau ikut pengalaman jaga Alia dulu pun... Paling lama Alia tidur siang pun 3 jam. Tu pun tengok cuaca. Kalau cuaca panas... Sejam pun tak sampai. Cuma... Dari dulu sampai sekarang, Alia still boleh tidur siang walaupun sekejap.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Korang suka tak dengan ulam-ulaman? Bagi family aku terutamanya mak... Ulam-ulaman wajib ada tiap kali m...



Assalamu'alaikum, hai
Korang suka tak dengan ulam-ulaman? Bagi family aku terutamanya mak... Ulam-ulaman wajib ada tiap kali makan tengahari. So, seawal pagi bapak akan ke pasar untuk mencari lauk-pauk apa yang patut.

kebiasaannya, antara ulaman yang bapak beli termasuklah ulam raja, pucuk paku, bendi, kacang panjang, kangkung, timun dan daun pucuk ubi. nak dijadikan cerita... Makan tengahari semalam bapak belikan daun ulam seperti  gambar di bawah.



Aku tanyalah apa nama ulaman tersebut, sebab tak pernah pun beli ulaman sedemikian sebelum ni. Actually, bapak saudara aku pernah 'berambih' (bermalam dalam bahasa Sarawak) di rumah kami dan selalu beli ulaman tersebut... Masa tu aku takde kat rumah. Mak dan bapak pulak lupa akan namanya. La... Sudah! Tapi... Dorang dah selalu makan masa bapak saudara aku ada... So, takde maknanya aku nak takut untuk mencuba. Hehe... Sebab aku pun penggemar ulam-ulaman.

Then, Kebetulan adik ipar aku dari Perlis bercuti di kampung sekarang. Dia yang bagitau nama ulaman tersebut adalah daun selom. Menurutnya, kalau belah utara... Daun selom bukan sahaja dijadikan ulaman... Malah dijadikan sebagai bahan dalam masakan laksa. Wah! Apalagi... Aku pun try'lah makan. Boleh tahan jugaklah rasanya...

Time duduk di laman rumah petang semalam, terfikir pulak aku akan apakah kebaikan atau khasiat daun selom apabila dijadikan sebagai ulam-ulaman. Apalagi, seperti biasa... Maklumat di hujung jari... Sementara Alia main, aku pun carilah info mengenai daun selom menggunakan handphone. Tak sampai 5 minit... Aku dah dapat jawapan mengenai khasiat daun selom. Ternyata ia amat bagus untuk dimakan... Di mana berikut adalah antara khasiat yang rata-rata dinyatakan oleh kebanyakan laman web yang aku singgah, iaitu:-
  • Untuk mengubati demam panas.
  • Dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
  • Agen Antireumatik dan
  • Membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.
Sumber maklumat : myMetro

See... Betapa bagusnya daun selom untuk kesihatan kita. Lepas ni... Bolehlah selalu beli untuk dibuat ulaman. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Seperti biasa di penghujung trimester ketiga, di saat menunggu hari kelahiran bayi... Para ibu akan membu...



Assalamu'alaikum, hai
Seperti biasa di penghujung trimester ketiga, di saat menunggu hari kelahiran bayi... Para ibu akan membuat checkup antenatal seminggu sekali untuk mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan.

Last week... 4 Disember merupakan second checkup seminggu sekali untuk aku. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik. 


Seperti biasa jugak, setiap kali checkup... Aku akan ditemankan oleh hubby. Sementara menunggu aku buat pemeriksaan tu, dia suka baca brochure kesihatan yang disediakan di kaunter pendaftaran. Then, nak dijadikan cerita... Masa dalam kereta on the way balik rumah... Dia hulurkan brochure lengkap mengenai penyusuan bayi dengan aku. Wah! Sangat lengkap infonya... Daripada cara yang betul menyusukan bayi hinggalah HIV dan Penyusuan susu ibu. Serius memang lengkap. Insya Allah, ada masa... Nanti akan aku kongsikan satu per satu info mengenainya di sini yer...

Sebenarnya, kalau kita rajin nak baca brochure yang disediakan di sesebuah organisasi. Semuanya tercatat di situ. Kalau macam aku, serius jarang nak ambik bahan tersebut kecuali hubby. Pegi mana-mana waima supermarket... Sampaikan flyers diskaun barangan pun dia ambik. Tapi... Memang baguslah. Nanti nak beli barang senang dah tahu harga dan bila ada promosi. Sekarang lagilah... Barang mahal! Nak tak nak, kena jugak belajar berbelanja secara berhemah. Betul tak?


Assalamu'alaikum, hai ♥ Semalam, seawal jam 4 pagi aku dah bangun. Biasalah di penghujung trimester ketiga kehamilan, pastinya keke...



Assalamu'alaikum, hai
Semalam, seawal jam 4 pagi aku dah bangun. Biasalah di penghujung trimester ketiga kehamilan, pastinya kekerapan membuang air kecil itu berganda. Disebabkan mata merajuk tak nak tidur dah. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk on laptop... Then, seperti kebiasaan akan mula blogwalking dan mencari idea untuk buat draf cerita baru. Macam-macam entri dari blog kenalan yang aku baca...Baik kisah personal, mengenai SEO, blog hiburan mahupun berita... Cumanya, aku selalu singgah tapi jarang komen. Hehe...

Sumber gambar daripada google image

Tertarik pulak dengan Maharaja Lawak Mega 2014. Tak tengok pun... Sebab tak melanggan channel warna. Cerita kat hubby pasal Maharaja Lawak Mega 2014... Terus dia call khidmat pelanggan Astro untuk melanggan. Hubby kata takpe... Langgan tak lama. Nanti dah habis Maharaja Lawak Mega 2014. Buang balik. 

Hehe... Sayang bini katakan. Kalau hubby tak melanggan pun takpe sebenarnya. Boleh je aku download atau tonton online Maharaja Lawak Mega 2014.

Dah melanggan, tapi aku tak berkesempatan pun lagi nak tengok siaran ulangan. Haha... Hubby adalah jugak tengok. Dia kata... Bocey the best setakat ni. Hwaaa... kumpulan favourite I. Pada aku kumpulan Bocey dari dulu memang bagus... Lawak mereka mempunyai mesej dan bukannya lawak bodoh.

Assalamu'alaikum, hai ♥ Lupa-lupa ingat membuatkan aku tiba-tiba mencari info mengenai teknik membedung bayi. Jangan gelak ok! Ev...



Assalamu'alaikum, hai
Lupa-lupa ingat membuatkan aku tiba-tiba mencari info mengenai teknik membedung bayi. Jangan gelak ok! Even dah ada anak sorang tak semestinya kita expert. Haha... So, nak dijadikan cerita... Sebagai pemudah cara. Search engine google'lah tempat aku membuat rujukan.

Alhamdulillah, akhirnya terjumpa satu ilustrasi yang menunjukkan langkah demi langkah cara untuk membedung bayi baru lahir dengan mudah. Walaupun mudah... Kalau tak ingat... Pun tak menjadi kan.

Sumber gambar daripada google image

Bukan apa... Kekadang kalau di hospital benda simple kalau kita tak tahu... Mahunya kena sound dengan nurse... Nak-nak jumpa nurse yang garang. Aku tak suka gitu. Baik buat persiapan awal daripada kena marah percuma. Betul tak?

Tapi... Setakat ni tak pernah lagi kena marah dengan nurse. Alhamdulillah, mendapat layanan yang baik.

Pasal membedung... Teringat aku time melahirkan Alia dulu. First time katakan... Jadinya, nurselah tolong tukang bedung. Masa tu memang tak prepare pun. Tapi... Untuk first baby, pastinya dorang faham. Kalau dah ada anak duatiga orang... Tak kan still mengharapkan bantuan mereka kan... 


Assalamu'alaikum, hai ♥ Dah menjadi lumrah kehidupan zaman sekarang, kartun dan kanak-kanak ibarat lagu dan irama ... memang tak ...



Assalamu'alaikum, hai
Dah menjadi lumrah kehidupan zaman sekarang, kartun dan kanak-kanak ibarat lagu dan irama... memang tak dapat nak dipisahkan. Namun, pengisian sesuatu cerita itu juga harus kita ambik kira sebelum membenarkan anak-anak untuk menonton. Maybe, ada yang berpendapat....Aku terlalu rigit sehingga semua itu perlu dititikberatkan. Perlu ke?

Pada aku, ia memang perlu...

Takpelah... Biar dari awal, asal jangan nanti dah terbiasa menonton benda tak elok. Ia menjadi ikutan. Al-maklumlah... Budak umur Alia memang mudah sangat nak mengikut. Sel otak tengah berkembang pesat kan... Bak kata Wardina dalam iklan Susu Anmum... Haha. Tak percaya... Alia pun dah terpengaruh sekarang ni... Nak tahu ceritanya, aku kongsikan DI SINI.

Berbalik kepada cerita aku... Terdapat sebuah kartun di tv saluran ceria yang cukup aku tak suka nak bagi Alia tengok... Iaitu kartun Hagemaru. Kenapa?... Sebab aku tak suka akan perwatakan Hagemaru yang banyak nilai negatif berbanding positifnya. Kedekut taik hidung masin.


Sumber gambar daripada google image

Memanglah berjimat cermat itu amalan mulia. Kalau dah terlebih berjimat... Menyusahkan kehidupan orang lain... Pun, tak elok jugak. Betul tak? 

Selain itu, terdapat jugak unsur-unsur lucah diselitkan dalam plot ceritanya... Sampai ada adegan Hagemaru telanjang menampakkan tut... tut. That why aku tak nak bagi Alia tengok kartun Hagemaru. Ala... Maybe ada yang kata... Sikit je pun. Takpelah. No... No... And no. Lagipun, banyak lagi rancangan baik untuk ditonton... Contohnya di saluran BabyTv dan ZooMoo. Tinggal nak atau tidak untuk kita pilih. Pilihan ada di tangan kita right.