Assalamu'alaikum, hai... Selain sambal ikan bilis   atau sambal belacan buah petai . Aku juga amat menggemari sambal belacan buah...

Sambal Belacan Buah Embawang

/
10 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Selain sambal ikan bilis atau sambal belacan buah petai. Aku juga amat menggemari sambal belacan buah embawang.

Sumber gambar adalah daripada google image 

Right now, Sarawak sedang musim buah. Selain durian, dabai... Buah embawang pasti ada. Saban tahun... Mak aku tak pernah terlepas daripada membelinya... Sebab... Kami adik-beradik cukup gemar sambal belacan buah embawang buatan emak. Kalau kat Sabah... Buah embawang ni... Dikenali sebagai buah bambangan. Cukup sedap bila dibuat jeruk. Masak ikan asam pedas. Memang tip top rasanya. If buahnya masak ranum... Lagilah... Sedap dimakan begitu saja. Hehe...

Sumber gambar adalah daripada google image

Dua hari lepas mak buat sampai 1 tupperware penuh... Konon menanti kepulangan anak bongsunya yang 2 minggu dah di Bau... Praktikal MA kat situ. Balik tanggal 11.12.13 di mana Zain Saidin dan Rozita Che Wan diijabkabulkan ( nak jugak selit tarikh cantik yer )... Kononnya nak sambut birthday dia yang ke-19. Alih-alih... Sambal belacan buah embawang emak buatkan. Haha...


Kemain selera lagi dia makan tau. Nak buat sambal belacan bambangan ni tersangatlah mudah. 

Bahan :-
1 biji buah bambangan yang masak ranum
Segenggam ikan bilis
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cili ikut selera sendiri. Nak pedas atau tidak... Terpulang ok!
Belacan sebesar ibu jari 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :-
Potong buah bambangan then biarkan.
Tumbuk ikan bilis sekali bawang, cili dan belacan.
Kemudian, panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi. Akhir sekali masukkan buah bambangan dan gorenglah sampai masak.

Huhu... Sedap! Senang kan nak buat sambal belacan buah embawang. Mak aku kata buah embawang adalah buah hutan. Dulu... Bila tahu ia boleh dimakan. Ramai pulak yang tanam untuk dijual. Kat Semenanjung ada tak ek buah embawang ni? Tetiba tanya... Ye tak?




ARTIKEL LAIN DI SINI

10 comments:

  1. Apa rasa buah embangan tuh Fiza??
    cam buah mangga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafira usof : Tak tau nak describe mcm mana rasanya zura. Rasa masam dan manis yang cukup unik :)

      Delete
    2. Ada rasa mcm kuini atau macang kat semenanjung.. Sabut buahnya kasar2.. Sedap, beli kat pasar miri mgu lps bwk balik KL bungkus tebal2 naik flight sorok bau.

      Delete
  2. errkk.. buah embawang leh!! hehehe

    ReplyDelete
  3. Oh buah bambangan..klu kat Sabah mmg famous ni..suka juga makan sambal bambangan..mmg bertambah2 nasi..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aTieYusof Family : Setuju 100%. Kalau dah mkn sambal bambangan dengan nasi panas2. Mahunya berpinggan-pingan nasi dibuatnya. Haha...

      Delete
  4. Alahaiii...terliur plak tgk sambal tu. 1st time dgr buah embawang.

    ReplyDelete
  5. ibu hana kata rasa dia masam. hik2 tp hana tak pernah makan lg. :)

    ReplyDelete
  6. takde kot..tak pernah nampak..namany embangan pun baru sekali pernah dengar..haha

    ReplyDelete
  7. kita tak reti nak mkan sambal2 camni..haha.. first time dgr nama buah ni kak.. unik je..

    ReplyDelete