Assalamu'alaikum, hai... Selamat pagi... Hari Ahad confirm ramai yang ambik peluang pergi jalan-jalan kan... Tapi, berlainan deng...

Gigit Kuku, IQ Rendah?

/
7 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Selamat pagi... Hari Ahad confirm ramai yang ambik peluang pergi jalan-jalan kan... Tapi, berlainan dengan aku dan Alia. Terpaksa duduk rumah. Hubby ke Kuching ada urusan. Nak tak nak... Sabo jelah. Berikutan kes pagi tadi kisah Alia yang tak pernah-pernah tu... Aku terus tak boleh nak lelapkan mata. 

Jadinya... Capailah majalah iSIHAT untuk dibaca. Kata orang membaca boleh membantu untuk memudahkan kita tidur. Tak kisahlah... Lagipun dah nak subuh.

Bacalah majalah. Tertarik pulak dengan satu info ni... Pada halaman 12 yang mengatakan mengenai keburukan tabiat mengigit kuku. Di mana penelitian di Rusia mendapati kanak-kanak yang gemar mengigit kuku boleh menyebabkan IQ turun secara drastik. Kononnya berpunca daripada kotoran yang melekat pada kuku mereka ketika bermain. Hurmm... Ada logiknya jugak tu.

Sumber info daripada Majalah iSIHAT Keluaran November 2013

Teringat pulak aku someone ni... Sama belajar dengan aku dulu. Dari sekolah rendah sampailah menengah. Suka sangat gigit kuku. 

Hari-hari tengok dia gigit kuku. Tapi sekarang dah bergelar seorang pendidik. See... 

Wallahu'alam. Lama jugak tak tengok dia ek! Even sama kampung. Tapi... Tak kisahla... Sekarang zaman canggih. Boleh je berbual melalui facebook. Ye tak?




ARTIKEL LAIN DI SINI

7 comments:

  1. Dulu masa Ida bekerja di CIMB, Ida ada seorang officer bahagian perundangan punya tabiat gigit kuku...takde pula bertahap IQ rendah belajar kat obersi lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Hubby sy jenis suka gigit kuku..nasib baik tak menurun kat Anak...apa pun benda yg boleh mendatangkan kemudaratan, baik kita kita tinggalkan..kan? :)

    ReplyDelete
  3. aiman smp skang suka gigit kuku.dh bertahun tak pernah servis kuku semua dia gigit.jangan rendah I dah le.hehe

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...fiza,

    dahulu mselim3 pun suka gigit kuku.. tp sekarang x lagi.. tak lah IQ rendah kan... cuma daripada segi kesihatan... kurang baik.

    mselim3

    ReplyDelete
  5. Ish mustahil la...maybe nampak mcm iq rendah sbb kotor kan.....

    ReplyDelete
  6. tak jugak kan~
    sebab ade jer yg keje best2 suka gigit kuku. :)

    ReplyDelete
  7. gitu eh kak? dik saya yang tntera tu suka tau gigit kuku.. alhamdulillah..dia berjaya jgk jadi sorang tntera.. mngkin secara kebetulan..

    ReplyDelete