Assalamu'alaikum, hai... Semalam kami 1 family menonton slot zehra terbaru di tv3 yang berjudul "Menjinak Ombak"...

Episod 1 Menjinak Ombak

/
2 Comments


Assalamu'alaikum, hai...


Semalam kami 1 family menonton slot zehra terbaru di tv3 yang berjudul "Menjinak Ombak". Biasalah weekends plus cuti sekolah. Mesti best duduk ramai-ramai depan tv. Bila dah ramai-ramai depan tv. Confirm! Ada yang emosional tengok tv. Pasti ada yang jadi sang pengulas cerita. Haha...

Untuk episod 1 Menjinak ombak semalam. Pada aku... Oklah. Kisah episod 1 bermula dengan seorang ustaz iaitu ustaz Fattah kononnya. Lakonan Fezrul Khan tinggal di rumah Sakinah sebagai anak angkat kepada ibubapa Sakinah ( Nur Risteena ). Ayah Sakinah cukup dikenali di kampungnya sebagai imam. Imam Ismail nama diberi.

Sakinah jugak digambarkan sebagai seorang gadis yang begitu rapat dengan Asyraf ( Talha Harith ). Yelah... Sejak ayah Asyraf meninggal. Keluarga Sakinah banyak membantu Asyraf dan ibunya. Oleh yang demikian, sejak dari kecik mereka dah seperti adik-beradik.

Namun, dalam diam ustaz Fattah menyukai Sakinah. Sampai satu tahap, dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan Sakinah kepada Imam Ismail. Akhirnya mereka bertunang dengan persetujuan Sakinah sendiri. Tapi... Lain pulak ceritanya si Asyraf. Rupanya... Dalam diam, Asyraf juga menyukai Sakinah.

Walaupun Sakinah sudah bergelar tunangan orang. Tapi dia still rapat dengan Asyraf. Situasi tersebut telah mengundang rasa cemburu di hati ustaz Fattah. Oleh itu, ustaz Fattah pun memberitahu Imam Ismail agar menasihati Sakinah. Sampaila satu tahap, Asyraf cuba menjauhkan diri agar tidak di salahertikan. 

Namun, apa yang berlaku mengundang rasa tidak puas hati kepada Sakinah. Akhirnya untuk sinopsis episod 1 menjinak ombak... Sakinah minta putus pertunangan daripada ustaz Fattah. Nak tahu apakah yang berlaku seterusnya... Kenalah tonton episod 2 menjinak ombak next week.

Untuk kali ni... Menjinak ombak hanyalah 13 episod. If menarik... InsyaAllah, nak jugak terus tengok. Hehe... Tak dapat tengok live, boleh je tonton online. Ye tak?






ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Wah mcm best jer cite tu kak fiza.. boleh la menonton minggu depan..

    ReplyDelete
  2. baca tajuk ingatkan fiza nak p main ombak bercuti kemana-mana..sy ni tak ikut sgt siaran tv,baru juga tahu pasal cerita ni..nak mengikutnya mmg tak la..klu kebetulan bukak tv boleh la tgok.hehe

    ReplyDelete