Assalamu'alaikum, hai... Sepertimana yang kita sedia maklum... Sekarang ni musim hujan. Nak dijadikan cerita, semalam... Kami ber...



Assalamu'alaikum, hai...
Sepertimana yang kita sedia maklum... Sekarang ni musim hujan. Nak dijadikan cerita, semalam... Kami bertiga balik Bintulu dah... Jam 9 pagi bertolak dari rumah. Mak bekalkan nasi, ayam masak kurma dan ayam goreng untuk kami bertiga. Mak memang terbaik. Dah tu... Sepanjang perjalanan hujan lebat. Aku dan Alia pulak duduk belakang. Ada sesetengah jalan rosak. Apalagi... Aku mula pening dan mabuk. Fuh! Termuntah dalam kereta. Alia pulak still ok lagi. Entah! Masuk simpang Bintulu... Alia pulak muntah. Terlalu lama sangat tersangkut kot. Jemmmm yang amat sesak. Tragedi semalam yang amat memenatkan...

Masuk simpang Bintulu dah start tengok banjir. Jalan putus... First boleh lepas... Yang second tak boleh... Air paras pinggang. Terpaksala tunggu air surut kata pemandu-pemandu kat depan. Nak patah balik... Kereta kat belakang dah penuh memanjang... Memang panjangla. Stuck kat situ jam 7:15 malam gitulah... Sampai jam 9 malam... Tunggulah kat situ.

Nasib baik... Ramai yang turun tengok keadaan termasukla hubby. Sampai 1 masa sorang cina bagitau guna jalan alternatif pesisir pantai guna gps. Allah... Aku lupa nak cari jalan alternatif. Dah kalutkan... Yelah dah sesak. Polis dan bomba tengah selamatkan mangsa banjir. Kebetulan lori kontena accident di tempat tu jugak melintang jalan. 

Akhirnya... Ramai yang ikut mengiringi kereta cina tu ikut jalan pesisir pantai. Dekat jam 10 malam baru sampai hotel. Hubby pulak turun balik cari makanan. Nasib baik Alia tak meragam...

Penatnya... Sampai takde masa nak snap gambar.




Assalamu'alaikum, hai... Kalau semalam Alia kacau hubby. Nak tahu ceritanya... Jemputlah baca entri SINI . Harini pulak... Adik b...



Assalamu'alaikum, hai...
Kalau semalam Alia kacau hubby. Nak tahu ceritanya... Jemputlah baca entri SINI. Harini pulak... Adik bongsuku pulak jadi sasaran.

Sedang adik bongsuku sibuk berkemas. Isnin ni dah balik sambung kursus MA... Alia pulak dok sibuk selongkar barang usunya. 


Sekali jumpa streptoskop. Entah! Siapa ajar... Terus letak kat telinga. Dah tu... Bila adik mintak. Dah tak nak bagi... Dia buat main doktorla kononnya. Terpaksa pujuk bagi mainan lain. Sabar jelah... Yer :)


Assalamu'alaikum, hai... Alia... Bila hubby dah bukak laptop. Confirm! Dia pun nak tumpang sekaki... Lucunya semalam dia siap sen...



Assalamu'alaikum, hai...
Alia... Bila hubby dah bukak laptop. Confirm! Dia pun nak tumpang sekaki... Lucunya semalam dia siap sentuh dan slide lagi laptop hubby. Ingat laptop Lenovo Ideapad Z400 touch ke boleh swipe kiri dan kanan. Haha...




Apalagi... Hubby gelak tak ingat dunia. Sian Alia... Dah biasa sentuh note aku. Jadi semua benda pun dia ingat boleh touch screen. Sabar jelah...


Assalamu'alaikum, hai... Untuk melakukan sesuatu yang baru. Kebiasaannya, aku lebih suka cari di google dan membuat penilaian. Al...



Assalamu'alaikum, hai...
Untuk melakukan sesuatu yang baru. Kebiasaannya, aku lebih suka cari di google dan membuat penilaian. Alhamdulillah... Setelah membuat survey dua tiga hari. Aku cuba untuk cashout nuffnang aku pada 29hb Oktober 2013 dan dapat email dari HSBC mengenai pembayaran pada 29 November 2013. Manakala cheque sampai ke rumah pada 12 Disember 2013.


Alhamdulillah... Proses cashout Nuffnang aku berjalan dengan lancar dan cepat. Ini semua berkat ilmu yang blogger-blogger senior kongsikan berkaitan bagaimana untuk cashout nuffnang tanpa sebarang masalah, tips untuk cashout nuffnang dengan cepat dan sebagainya.

So, alang-alang dah bercakap pasal bagaimana cara dapatkan cek nuffnang dengan cepat. Di sini nak share lah jugak apa yang dah aku buat. Pertama... Untuk dapatkan cek nuffnang dengan cepat selepas sebulan. Kenalah berstatus gliterati. Yang non-gliterati tu... Tak silap aku kena tunggu 2 bulan. Baru dapat.

Kemudian... Nak buat cashout kenalah hari bekerja antara 28 atau 29hb. Last... Nama atau biodata kena sama dengan kad pengenalan untuk elak kena reject. Rasanya 3 perkara ni je paling penting untuk cashout earning nuffnang. Diharap ilmu yang sikit ini membantu rakan yang lain yer :)




Assalamu'alaikum, hai... Kalau sebelum ni aku pernah share tentang aplikasi email untuk android . Kali ni pulak, aku teringin nak...



Assalamu'alaikum, hai...
Kalau sebelum ni aku pernah share tentang aplikasi email untuk android. Kali ni pulak, aku teringin nak share tentang aplikasi web mudah.my. Dewasa ini, sepertimana yang kita sedia maklum rata-rata info boleh kita cari di hujung jari. Namun, tak semudah yang kita sangkakan seandainya tersalah saluran. Betul tak?


Sebagai contoh, baru-baru ni hubby mencari info berkaitan rumah sewa sekitar Kuching. Kononnya nak buat persiapan seandainya jadi berpindah. Dia tak tanya pun Fiza. Cuma... Balik rumah merunggut terpaksa klik satu-satu hasil carian di google. Nak gelak pun ada. Tapi kesian pulak kat dia. Terpaksa bersusah payah. So, aku bagitau la kat hubby... Kalau nak cari maklumat dengan cepat mengenai kedai ke, rumah sewa ke, produk ke, kereta ke... Just guna laman mudah.my. Memang mudah dan pantas. Semua info terperinci ada kat situ. Just isi je ruangan yang dikehendaki. Tak sampai 5 minit dah dapat jawapan.




Pada pengguna android lagilah best. Boleh install terus dari play store. One klik je. Dah settle. Betapa mudah dan pantasnya menggunakan laman web mudah.my. 

Walaupun dah tahu akan kemudahan web mudah.my... Tapi  hubby takde rezeki lagi untuk berpindah. Nak tak nak 29hb ni nak kena balik semula ke SK Long Gang demi untuk meneruskan tugas. Kalau rayuan berpindah berjaya bolehla tersenyum. Tapi kalau sebaliknya... Kenalah redha dan terima dengan seadanya.

Wallahu'alam...

Assalamu'alaikum, hai... Allah Maha Berkuasa... Antara kata yang mampu aku ucapkan bila melihat video kejadian pelik ikan tamban...



Assalamu'alaikum, hai...
Allah Maha Berkuasa... Antara kata yang mampu aku ucapkan bila melihat video kejadian pelik ikan tamban naik ke darat yang disiarkan di buletin tv3.

Harap-harap ia bukanlah petanda buruk sepertimana orang ramai ramalkan. Di mana ada yang kata... Tsunami bakal berlaku. Tapi... Menurut pihak meteorologi... Tiada sebarang amaran pun mrngenai Tsunami di keluarkan. Sama-samalah kita berdoa ye agar dijauhkan daripada mara merbahaya. 

Then... Tengok di penghujung berita. Harini dah takde dah ikan tamban naik ke darat. Dan... Dikatakan... Pulau Tambisan dah kembali tenang. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.


Assalamu'alaikum, hai... Semenjak guna android... Aku lebih suka download aplikasi di play store. Right now, antara aplikasi yang...



Assalamu'alaikum, hai...
Semenjak guna android... Aku lebih suka download aplikasi di play store. Right now, antara aplikasi yang best aku muat turun adalah yahoo mail. Tak payah nak taip yahoo.com dah... Then... Bukak page yahoo... Klik macam-macam direction dah.


Guna aplikasi yahoo mail teramatlah mudah. Just log in... Semua dah terpapar. Siap ada notification lagi bila ada new email. Mudah dan pantas. Siapa yang buat bisnes online tu... Yahoo mail tersangatlah sesuai untuk memudahkan proses jual beli.

Jangan gelak kat aku. Even benda ni dah basi. Kalau jenis seperti aku yang tak berapa suka nak explore. Lambatla jawabnya nak download daripada mereka yang advanced kan... Kan. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Sejak tengok sorang mom di WHI haritu buat homemade aiskrim batang . Aku terus jadi berkenan tengok. The...



Assalamu'alaikum, hai...
Sejak tengok sorang mom di WHI haritu buat homemade aiskrim batang. Aku terus jadi berkenan tengok. Then... Rasa nak buat jugak untuk Alia. Almaklumla... Sejak first time makan aiskrim haritu. Alia dah reti mintak aiskrim. Bukan tak nak bagi... Tapi tula. Yang beli di luar bukannya berkhasiat sangatkan.

Before google kat mana nak beli mini ice-bar makers tu. Aku ada jugak carik di shopping kompleks di Sarawak yang aku pernah pegi jelah... Tapi tak jumpa. Jumpa pun yang batang je. Bekas dia ikut suka kita nak guna. Macam tak best.

Dah puas cari... Aku google pulak mana nak beli tupperware untuk buat aiskrim batang tu. Oh! Rupanya boleh beli di Daiso. Kedai semua barangnya berharga RM5. If beli online RM13 tak silap. Carik pulak kot-kot kat Sarawak ada tak kedai Daiso. Huhu... Sian. 25 Disember ni baru bukak di Bluevard, Kuching sempena krismas. Tapi tak pasti bukak kedai ke atau just pameran.

tupperware aiskrim batang, ice-bar makers daiso, beli online bekas aiskrim batang,

Nasib baik adik aku bercuti ke rumah isterinya di Perlis. Turun Kuala Lumpur bolehla beli. Alhamdulillah... Semalam adik balik dah setelah 3 minggu di sana. Hehe... Lepas ni bolehla Alia makan homemade aiskrim yang emaknya sendiri buat kan... Sebab adik ada belikan ice-bar makers dah...




Assalamu'alaikum, hai... Pagi tadi tengok selamat pagi malaysia tv1. Ada hebahan mengenai BR1M 3.0 di mana orang ramai dah boleh...



Assalamu'alaikum, hai...
Pagi tadi tengok selamat pagi malaysia tv1. Ada hebahan mengenai BR1M 3.0 di mana orang ramai dah boleh isi borang BR1M 2014 secara online bermula pada harini 23 Disember 2013.

br1m 3.0, br1m 2014, borang br1m 2014,
Sumber syarat permohonan br1m 2014 adalah daripada Metro Ahad

Permohonan secara online BR1M 3.0 akan tamat pada 31 Januari 2014. Menurut info lagi... Pembayaran akan dibuat pada bulan Februari. InsyaALLAH... Nanti nak try isi jugak :)

Nak isi, just klik link seperti di bawah :-



Assalamu'alaikum, hai... Sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar cinta... Seharusnya memiliki kejujuran, kesetiaan dan keikhlas...



Assalamu'alaikum, hai...
Sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar cinta... Seharusnya memiliki kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan dan bukannya cemburu membuta tuli... Yang akhirnya mengundang seribu permasalahan. 

Aku tertarik dengan artikel di kosmo semalam yang berkaitan dengan kisah seorang isteri membomohkan suaminya. Ia terjadi kesan daripada cemburu tak bertempat... Sehinggakan sanggup mengunci nafsu suami dengan mengikat dan menanam seluar dalam suami ke dalam kubur. Yes! Ternyata berjaya...

Namun, apa yang terjadi... Sang suami lansung tidak bernafsu termasuklah untuk 'bersama' dengan isterinya sendiri. See... Konon nak tundukkan suami untuk kesan yang lebih bagus... Tapi... Sebaliknya. Akhirnya terpaksa membuka pekung di dada apabila tidak tahan dengan keadaan suaminya... Lalu membawa suaminya berubat secara Islam.

Hakikatnya... Berapa banyak wang, masa dan tenaga terbuang begitu saja untuk perkara yang sia-sia. Dahla sia-sia... Dapat pulak dosa percuma. Hurmmm... Na'uzubillah.

Minta dijauhkan perkara sebegini. Jangan mudah kena hasut dan berfikirlah secara rasional sebelum bertindak. Kita sentiasa ada pilihan... Dan setiap pilihan yang kita buat. Pasti ada baik dan buruknya.

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum, hai... Setelah Buffered Earning dari Pusat Pungutan zakat semalam credited. Pihak Nuffnang sekali lagi ...



Assalamu'alaikum, hai...


Setelah Buffered Earning dari Pusat Pungutan zakat semalam credited. Pihak Nuffnang sekali lagi memberi 3 BE/CPUV sekaligus kepada blog aku. Dan... Ia merupakan campaign yang ke-31, 32 dan 33 untuk tahun ni. Alhamdulillah... Pagi tadi check akaun, earning dah start naik. Hehe... Sukanya dalam hati... Rezeki Alia bertambah lagi. 

Tapi... Entri ni BUKAN BERNIAT UNTUK MENUNJUK ATAU RIAK ok... Just sebagai catatan untuk prestasi blog sendiri... Sekaligus sebagai pembakar semangat untuk terus berblog. InsyaALLAH :)... 

Alhamdulillah... Terima kasih pihak Nuffnang dan jugak rakan-rakan yang tak jemu singgah di sini. Tanpa anda, sunyilah blog ni... Ye tak?


Assalamu'alaikum, hai... Kampung nan indah diliputi daun nan hijau pasti mengundang nyamuk. Tapi itu bukan penghalang untuk balik...



Assalamu'alaikum, hai...
Kampung nan indah diliputi daun nan hijau pasti mengundang nyamuk. Tapi itu bukan penghalang untuk balik kampung kan...


Bila balik kampung... Samada di rumah mak aku atau rumah mak mertua. Alia pasti hadapi masalah badan merah-merah digigit nyamuk. Sian dia... 


Namun... Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Untuk elak anak digigit nyamuk. Hubby belikan sticker pelekat anti nyamuk. Alhamdulillah... Serius! Memang kurang nyamuk gigit. Beli kat guardian je pun... Murah je. 2 kotak, RM10.50. Pelekat dia color kuning. Bersaiz kecil dan boleh dilekat di baju atau seluar. Nak beli yang losyen... Takut pulak Alia nanti tergigit lengan ke apa. Kan... Racun.

Sekarang ni... Macam-macam produk ada kan. Tapi... Kena hati-hati jugak memilih... Terutamanya produk kecantikan. Tak berani aku woo... Mengikut je apa orang kata bagus, terus beli. Nanti tak sesuai... Bukan je duit ringgit melayang. Muka pun binasa. Na'uzubillah... Haha... Sampai ke kosmetik pulak cerita aku yer...



Assalamu'alaikum, hai... Lately... Alia sudah pandai memilih bila makan. Nak tak nak... Aku kena up to date menu makanan untuk di...



Assalamu'alaikum, hai...
Lately... Alia sudah pandai memilih bila makan. Nak tak nak... Aku kena up to date menu makanan untuk dia setiap hari. Kalau tak... Siap! Mulut dia membebel kata takmo. Actually... Alia ada satu kelebihan tau... Lansung tak pelat bila sebut sesuatu perkataan. Cuma tula... Still satu... Satu dia sebut. Haha... 

Sepinggan kecik ni... Habis Alia makan sorang!

Today. Umur Alia... Setahun 10 bulan. Dan... Untuk minum petang tadi. Aku buatkan cekodok brokoli untuk dia. Hehe... First time buat. Dah Alia kata sedap. Aku bubuh udang kering, brokoli dan bawang merah je pun. Tapi serius memang sedap. Lagi sedap kalau bubuh cili.


Assalamu'alaikum, hai... Dua harini malas betul rasa nak update blog. Sedangkan ada BE/CPUV yang tengah on going. Nak buat macam ...



Assalamu'alaikum, hai...
Dua harini malas betul rasa nak update blog. Sedangkan ada BE/CPUV yang tengah on going. Nak buat macam mana kan... Kalau mood dah kelaut. Lagi... Idea tengah kurang. Tak boleh nak kata apala kan...


Isnin...konon nak update blog. Sekali... Alia panas badan tiba-tiba. Dia tak merengek... Cuma tak boleh nak tidur. Lepas aku bukak semua baju dan seluar. Tidur pakai pampers je. Baru nampak selesa dia tidur. Pastu aku pakaikan cool fever kat dahi dia. Nasib baik ada stok. Even dah lama dah Alia tak demam. Still aku simpan cool fever untuk emergency case.

Dah lap-lap semua badan. Aku pulak yang tak boleh nak tidur. Aku... Kalau part anak demam memang takut. Sanggup tak tidur. Then... Pagi semalam still panas. So, seawal jam 7 aku bagi Alia mandi. Lepas semua dah siap aku ajak hubby pergi family clinic di Samarahan. Sekali... Masuk je bilik. Doktor tanya sakit apa. Aku katalah yang Alia demam. Boleh pulak dia kata nampak macam tak demam. Haha... 

Mungkin dia tengok Alia aktif kot. Tu yang dia beranggapan sebegitu... Sehinggalah dia check suhu badan Alia. Sah panas badan... 37.8°c. 


Balik tu... Singgah makan di Singapore Chicken Rice. Sekali makan... RM45. Hehe... Sekali-sekala. Apala salahnya kan. Lepas bagi Alia makan ubat dalam kereta. Singgah pulak di Summer Mall. Beli termometer. First termometer dah rosak. Biasalah... Kalau hari-hari Alia main buat menulis. Mana tak rosak. 

Balik rumah... Alia terus tidur. Sekali lagi Alia tidur hanya pakai pampers. Panas badan pun dah kurang. Nilah first time Alia demam tiba-tiba dan sekejap. Sian dia... Lama dah tak demam. Alhamdulillah... Harini dah back to normal. Hehe...

Note : pada yang sudi singgah... Thanks yer. InsyaALLAH... Akan fiza balas kunjungannya kejap nanti :)


Assalamu'alaikum, hai... Bila weekend menjelma... Confirm ramai yang tak update blog... Termasuklah aku. Biasalah... Hujung minggu ...



Assalamu'alaikum, hai...
Bila weekend menjelma... Confirm ramai yang tak update blog... Termasuklah aku. Biasalah... Hujung minggu mesti nak spend time dengan family kan... Nak-nak bila bercuti di rumah mak mertua. Kenalah... Minimumkan masa mengadap gajet. Karang... Mahunya macam-macam andaian orang buat. Sapa tahu....

Semalam kami ke rumah moyang Alia belah hubby. Kalau belah aku mana ada lagi dah... Moga roh mereka dicucuri rahmat. Nak dijadikan cerita... Kat rumah moyang... Alia lansung jadi pendiam. Tak bergerak dari pangkuan aku. Kalau kat umah... Jangan harapla. Memang tak duduk diam. Macam-macam dia buat. 

Sumber gambar daripada google images

Lepas tu... Kitorang dihidang makan buah cenpedaknangka. First time makan buah cempedaknangka tau. Buah cempedak dikawinkan dengan buah nangka. Manis sangat buahnya. Isi seperti cempedak. Saiz pulak sebesar nangka. Tak larat makan. Seulas je mampu aku makan. Manis sangat. Aku... Kalau manis sangat... Memang tolak tepi. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Lagi kisah pasal makanan. Kalau tadi aku share tentang sambal belacan buah bambangan . Kali ni pulak ten...



Assalamu'alaikum, hai...
Lagi kisah pasal makanan. Kalau tadi aku share tentang sambal belacan buah bambangan. Kali ni pulak tentang beras.


Semalam sampai Kuching terus ke Giants beli barang sikit. Nak beli beras lembut sebenarnya. Sekarang ni Alia dah reti memilih bila makan. Kalau nasi keras sikit. Mesti mulut dia membebel kata 'takmo...takmo...'. Geram aku nak gigit mulut dia. Alia sekarang dah pandai bercakap. Aku rasa... Sikit masa lagi mesti petah bercakap.

Puas cari... Aku terus rembat beras special Moghul Basmathi. 1kg/RM9.90. Memang sedap rasanya. Lembut je. Tengahari tadi... Aku masakkan nasi moghul basmathi. Selera betul Alia makan. Tapi tu la... Kalau beli 10kg terus... Confirm! RM100 harganya. Tapi... Bertiga lagi bolehla makan nasi Moghul Basmathi ni sebab 10kg tu sebulan makan. Kalau dah bertambah ahli family... Nak kena fikir dulu kalau nak beli. Haha...

Dasar kedekut sungguh!


Assalamu'alaikum, hai... Selain sambal ikan bilis   atau sambal belacan buah petai . Aku juga amat menggemari sambal belacan buah...



Assalamu'alaikum, hai...
Selain sambal ikan bilis atau sambal belacan buah petai. Aku juga amat menggemari sambal belacan buah embawang.

Sumber gambar adalah daripada google image 

Right now, Sarawak sedang musim buah. Selain durian, dabai... Buah embawang pasti ada. Saban tahun... Mak aku tak pernah terlepas daripada membelinya... Sebab... Kami adik-beradik cukup gemar sambal belacan buah embawang buatan emak. Kalau kat Sabah... Buah embawang ni... Dikenali sebagai buah bambangan. Cukup sedap bila dibuat jeruk. Masak ikan asam pedas. Memang tip top rasanya. If buahnya masak ranum... Lagilah... Sedap dimakan begitu saja. Hehe...

Sumber gambar adalah daripada google image

Dua hari lepas mak buat sampai 1 tupperware penuh... Konon menanti kepulangan anak bongsunya yang 2 minggu dah di Bau... Praktikal MA kat situ. Balik tanggal 11.12.13 di mana Zain Saidin dan Rozita Che Wan diijabkabulkan ( nak jugak selit tarikh cantik yer )... Kononnya nak sambut birthday dia yang ke-19. Alih-alih... Sambal belacan buah embawang emak buatkan. Haha...


Kemain selera lagi dia makan tau. Nak buat sambal belacan bambangan ni tersangatlah mudah. 

Bahan :-
1 biji buah bambangan yang masak ranum
Segenggam ikan bilis
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cili ikut selera sendiri. Nak pedas atau tidak... Terpulang ok!
Belacan sebesar ibu jari 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :-
Potong buah bambangan then biarkan.
Tumbuk ikan bilis sekali bawang, cili dan belacan.
Kemudian, panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi. Akhir sekali masukkan buah bambangan dan gorenglah sampai masak.

Huhu... Sedap! Senang kan nak buat sambal belacan buah embawang. Mak aku kata buah embawang adalah buah hutan. Dulu... Bila tahu ia boleh dimakan. Ramai pulak yang tanam untuk dijual. Kat Semenanjung ada tak ek buah embawang ni? Tetiba tanya... Ye tak?


Assalamu'alaikum, hai... Nampak gayanya bila tarikh keputusan PMR 2013 keluar dah diumumkan dalam berita tadi. Sempat jugak aku d...



Assalamu'alaikum, hai...
Nampak gayanya bila tarikh keputusan PMR 2013 keluar dah diumumkan dalam berita tadi. Sempat jugak aku dengar even tak tengok berita. Alia ha... Dok merengek nak tidur. Yelah! Sepanjang hari atas jalan harini. Tu yang penat tu kot. Sebenarnya kami bertiga ke Kuching. Bercuti rumah mak mertua pulak before balik sekolah... Hehe. Blog pun tak ber'update kejap kan... 

Pada yang ambik result PMR 2013 pada 19 Disember ni. Mesti berdebar dan tak tenang duduk kan. Tinggal berapa hari je lagi kan... Aku pun pernah lalui... Sampai tak lalu makan selagi result tak keluar. Teruk betul. Apa-apa pun, kepada yang bakal ambik result. Apa-apa pun keputusan yang dapat. Terima dengan hati yang terbuka. Perjuang belum selesai. Teruskan usaha. If gagal... Ingatlah... Gagal sekali bukan bererti gagal buat selama-lamanya. Malah... Rata-rata insan yang berjaya... Aku percaya... Mereka juga pernah melalui kegagalan. Woooseh! Ayat tak boleh blah... 

Sabo jelah yer :)


Assalamu'alaikum, hai... Sumber gambar daripada Metro 11 Disember 2013.



Assalamu'alaikum, hai...


Sumber gambar daripada Metro 11 Disember 2013.


Assalamu'alaikum, hai... Amboi! Khusyuk gila makan aiskrim perisa keladi. Alia jumpa aiskrim... Apalagi dok membebel kata s...



Assalamu'alaikum, hai...


Amboi! Khusyuk gila makan aiskrim perisa keladi. Alia jumpa aiskrim... Apalagi dok membebel kata sedap. Habis kotor baju... Kata nak suap sendirikan... Haha...


Yang ni si Ahmad Faeq Syahmie... Anak ke-2 adik aku. InsyaALLAH, takde aral melintang... Bulan 3 dapat adik baru. 5 bulan... Tua dari Alia ni... Tapi badan mengalahkan orang umur 3 tahun. Kuat makan dan kuat menyusu... Itulah dia. Kemain dapat aiskrim... Bertambah-tambah. Hehe... Lagi satu. Dia sangat sukakan gitar. InsyaALLAH, ada masa nanti... Aku upload video dia bermain gitar ek!



Yang ni pulak... Putera sulung adik aku. 4 tahun dah... Ahmad Aqilfitri nama diberi. Lahir first day raya. Tu yang hujung nama diberi fitri. Haha... 

Budak 3 orang ni tak sebulu... 2 lelaki lawan sorang pompuan. Confirm! Alia kalah. Dah tu... Alia selalu kena tangan diorang. Tapi Alia sentiasa cool. Tak nangis pun. As a mom... Tak payahla nak ambik kisah sangat pasal budak. Karang... Ada pulak bermasam muka adik-beradik kan... 

Tak sanggup aku... Haha.


Assalamu'alaikum, hai... Semalam before dapat cek nuffnang , pagi tu hubby dah ke pejabat pos. Seawal pagi lagi dah bersiap. Tuju...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam before dapat cek nuffnang, pagi tu hubby dah ke pejabat pos. Seawal pagi lagi dah bersiap. Tujuannya hanyalah satu... Iaitu untuk mengirim surat rayuan permohonan pindahnya. Memang tak putus asa...

Balik dari pejabat pos, hubby belikan permainan baru yang murah buat Alia. Seekor ketam... Color pink gitu. Sesuai untuk anak dara. Haha...

permainan baru tapi murah, toys murah,

Semurah mana harganya. Jangan dipersoalkan ok!. Biarlah rahsia. Dah hubby tak nak bagitau. Senyap jelah... 

Dah lama jugak rasanya tak belikan Alia permainan baru. Tu yang hubby belikan tu kot.


Tapi kan... Murah atau mahal sesuatu permainan tu. Reaksi anak tatkala menerima permainan baru pasti sama... Senyum, gembira dan teruja nak main... Even tengah menyusu... Sanggup bangun. Haha... Tak macam orang dewasa. Dapat barang yang mahal kemain happy lagi. Bila dapat yang murah... Mulalah... Muka masam mencuka. Haha... 


Assalamu'alaikum, hai... Petang tadi... Kemain beria aku ajak hubby ke pejabat pos. Kot-kot cek Nuffnang dah sampai. Tak sangka p...



Assalamu'alaikum, hai...
Petang tadi... Kemain beria aku ajak hubby ke pejabat pos. Kot-kot cek Nuffnang dah sampai. Tak sangka pulak memang ada. Kebetulan!


Alhamdulillah... Rasanya 11 hari kot after dapat email dari bank HSBC. Top-top check dah sampai. Betul la kata blogger-blogger hebat... Kalau nak proses cashout earning nuffnang cepat. Kena cashout hujung bulan. Hari bekerja. 28hb atau 29hb... Then, kalau takde problem lepas sebulan terus dapat cek... Tu bagi yang berstatus glitteriti tau.

Alhamdulillah! Akhirnya merasa jugak duit hasil daripada berblog. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Bila malas nak blogwalking, aku akan bukak facebook. Lagipun... Dah lama tak bukak. Then... Terbac...



Assalamu'alaikum, hai...


Bila malas nak blogwalking, aku akan bukak facebook. Lagipun... Dah lama tak bukak. Then... Terbaca status pasal hospital bersalin di mana sorang ibu mengandung mengajukan soalan... Dan soalannya adalah seperti berikut :-

Saya sudah 7 bulan, tapi scan kepala bayi masih di atas. Saya risau kalau bayi tidak pusing ke bawah. Perlukah saya berurut?

Bila melihat soalan tersebut. Tetiba rasa nak share pengalaman sendiri ketika pertama kali mengandungkan Alia, di mana aku juga menghadapi masalah yang sama... Iaitu kepala Alia still di atas even usia kandungan dah pun mencecah 7 bulan setelah dibuat imbasan.

Apa yang aku buat... Aku hanyalah mengikut pesanan doktor iaitu banyakkan komunikasi dengan bayi sekaligus pesan pada bayi agar berpusing, banyakkan rehat dan berdoa. Tu je yang aku amalkan. Alhamdulillah! Pada usia kandungan mencecah 8 bulan. Kepala Alia dah berpusing ke bawah.

Part berurut bagi pusing kepala bayi, doktor dah pesan awal-awal kepada aku, supaya jangan berurut. Risikonya tinggi if bidan yang kita ambik tak expert. Takut pulak aku dengar. Mak pun... Melarang aku untuk berurut sebab masa dia melahirkan adik bongsu aku dulu. Ada sorang ibu nak bersalin jugak. Sekali... Before deliver, doktor scan... Sebab before tu kepala anak dia di atas. Kemudian... Doktor kata anak dia patah. Mak kata... Satu bilik tu dengar doktor marah-marah kata tu la tak dengar nasihat doktor supaya jangan berurut. So... Tanggung la sendiri risiko anak cacat.

Huhu... Tu la yang aku takutkan dulu. Namun, alhamdulillah... Berkat doa. Akhirnya semua berjalan dengan lancar.


Assalamu'alaikum, hai... Selepas up entri bertajuk ' BE/CPUV THOR 2 GSC PARTNERSHIP ' dan ' Buat Cashout perta...



Assalamu'alaikum, hai...


Selepas up entri bertajuk 'BE/CPUV THOR 2 GSC PARTNERSHIP' dan 'Buat Cashout pertama'... Lama dah tak update pasal BE. Top-top ada 7 BE aku dapat selepas cashout haritu... Dan ada yang dah credited. Terbaru... Aku dapat BE/CPUV Pusat pungutan zakat. Alhamdulillah... Rezeki Alia. Dah boleh cashout untuk kali ke-2 dah. Tapi... Nak kumpul dulu... If boleh, kalau tangan tak gatal nak tekan butang cashoutla kan... Hehe.

Oh! Ya... Nak tahu bagaimana dapat BE tanpa henti... Jemputla baca entri aku bertajuk 'Bagaimana untuk dapatkan CPUV dari Nuffnang'...


Assalamu'alaikum, hai... Semalam kami 1 family menonton slot zehra terbaru di tv3 yang berjudul "Menjinak Ombak"...



Assalamu'alaikum, hai...


Semalam kami 1 family menonton slot zehra terbaru di tv3 yang berjudul "Menjinak Ombak". Biasalah weekends plus cuti sekolah. Mesti best duduk ramai-ramai depan tv. Bila dah ramai-ramai depan tv. Confirm! Ada yang emosional tengok tv. Pasti ada yang jadi sang pengulas cerita. Haha...

Untuk episod 1 Menjinak ombak semalam. Pada aku... Oklah. Kisah episod 1 bermula dengan seorang ustaz iaitu ustaz Fattah kononnya. Lakonan Fezrul Khan tinggal di rumah Sakinah sebagai anak angkat kepada ibubapa Sakinah ( Nur Risteena ). Ayah Sakinah cukup dikenali di kampungnya sebagai imam. Imam Ismail nama diberi.

Sakinah jugak digambarkan sebagai seorang gadis yang begitu rapat dengan Asyraf ( Talha Harith ). Yelah... Sejak ayah Asyraf meninggal. Keluarga Sakinah banyak membantu Asyraf dan ibunya. Oleh yang demikian, sejak dari kecik mereka dah seperti adik-beradik.

Namun, dalam diam ustaz Fattah menyukai Sakinah. Sampai satu tahap, dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan Sakinah kepada Imam Ismail. Akhirnya mereka bertunang dengan persetujuan Sakinah sendiri. Tapi... Lain pulak ceritanya si Asyraf. Rupanya... Dalam diam, Asyraf juga menyukai Sakinah.

Walaupun Sakinah sudah bergelar tunangan orang. Tapi dia still rapat dengan Asyraf. Situasi tersebut telah mengundang rasa cemburu di hati ustaz Fattah. Oleh itu, ustaz Fattah pun memberitahu Imam Ismail agar menasihati Sakinah. Sampaila satu tahap, Asyraf cuba menjauhkan diri agar tidak di salahertikan. 

Namun, apa yang berlaku mengundang rasa tidak puas hati kepada Sakinah. Akhirnya untuk sinopsis episod 1 menjinak ombak... Sakinah minta putus pertunangan daripada ustaz Fattah. Nak tahu apakah yang berlaku seterusnya... Kenalah tonton episod 2 menjinak ombak next week.

Untuk kali ni... Menjinak ombak hanyalah 13 episod. If menarik... InsyaAllah, nak jugak terus tengok. Hehe... Tak dapat tengok live, boleh je tonton online. Ye tak?




Assalamu'alaikum, hai... First things, ada ke jenis manusia yang begitu rigit untuk menyesuaikan pakaian mengikut hari ?. First q...



Assalamu'alaikum, hai...
First things, ada ke jenis manusia yang begitu rigit untuk menyesuaikan pakaian mengikut hari?. First question terlontar di ruang legar fikiranku sebaik sahaja mata terpaku melihat tajuk artikel 'PILIH WARNA PAKAIAN IKUT HARI' pada halaman 50, Majalah Wanita keluaran minggu ini. 


Sumber gambar dari blog hazanis.blogspot.com

Tapi tidak mustahil, kerana pada zaman sekarang, ramai wanita yang mementingkan fesyen dan penyesuaian warna dalam berpakaian. Betul tak?. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin tampak anggun lagi bergaya. Siapa tak nak kan...

Alang-alang dah baca, teringin jugak nak berkongsi info mengenai pemilihan warna pakaian mengikut hari di mana, menurut artikel tersebut ialah seperti berikut :-
  • Pakaian Berwarna Putih adalah dikatakan sesuai untuk dipakai pada hari pertama bekerja, yakni hari Isnin kerana Isnin merupakan hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah. Malah, mengenakan pakaian putih pada hari Isnin juga dikatakan mampu membantu si pemakai menjadi lebih bersemangat dan bersedia hadapi cabaran dengan tenang.
  • Pakaian Merah Jambu atau Unggu pula dikatakan sesuai dipakai pada hari Selasa. Ia dikatakan mampu membantu seseorang untuk meluahkan perasaan sayang pada pasangan.
  • Manakala untuk hari Rabu, warna pakaian yang dikatakan sesuai adalah pakaian bewarna Biru. Ini kerana ia akan memberi pengaruh terhadap kemahiran berkomunikasi dan menjadikan diri lebih berani menyuarakan pendapat.
  • Hari Khamis pula, pakaian yang dikatakan sesuai adalah pakaian yang bewarna kuning atau oren. Kenapa? Menurut artikel tersebut lagi. Warna oren atau kuning dikatakan mampu memantulkan tenaga dan menjana IQ yang lebih kreatif. Selain itu, warna oren juga dikatakan mampu meransang sistem kesuburan si pemakai. Sampai macam tu sekali tau.
  • Then, Jumaat pulak  warna pakaian yang dikatakan sesuai adalah warna hijau. Hijau dikatakan mampu memberi pengisian untuk diri.
  • Hari Sabtu pula, warna pakaian yang sesuai adalah Merah. Secara psikologi warna merah dikatakan mampu membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah.
  • Lastly, untuk hari Ahad warna pakaian yang dikatakan sesuai adalah pakaian bewarna hitam. Warna hitam dikatakan mampu membuatkan si pemakai berasa berada dalam zon selesa.
So, tu antara 7 jenis warna pakaian yang sesuai untuk 7 hari dalam seminggu. Lepas ni bolehla praktikan. Namun, untuk wanita muslimah pasti bukan sahaja pakaian dititikberatkan malah tatarias wajah dan tudung juga turut diambilkira. Nak kelihatan anggun bergaya dengan tudung. Jemputlah baca entri sebelum ni yang bertajuk 'Rahsia cantik dengan pemilihan tudung yang betul'. Selain itu, bagi penggemar gincu berwarna coklat, nak tahu cara memilihnya. Jemputlah baca entri 'Bagaimana memilih gincu bewarna coklat mengikut warna kulit'.

Bagaimana? Entri kali ini lebih kepada kecantikan. Biasalah... Wanita dan kecantikan mana mungkin dapat dipisahkan... Kan. Pada yang sudi baca entri aku, terima kasih tak terhingga aku ucapkan. If ada masa, singgahla banyak kali. Hehehe...



Assalamu'alaikum, hai... Biasalah... Sudah menjadi kemestian. Bila cuti sekolah. Mesti ramai yang ambik kesempatan bawa anak pegi...



Assalamu'alaikum, hai...
Biasalah... Sudah menjadi kemestian. Bila cuti sekolah. Mesti ramai yang ambik kesempatan bawa anak pegi bercuti mahupun balik kampung.

Cakap pasal balik. Kalau dah ramai-ramai balik. Mesti ada agenda makan-makan. Time nilah macam-macam resepi baru keluar. Al-maklumla duduk tempat orang. Hehe...


Nak dijadikan cerita. Last week, adik aku dan 2 orang anaknya balik bercuti kat kampung. Tryla buat cekodok letak Eno original untuk merangupkan cekodok. Bila tanya siapa ajar... Dia kata staff sama kerja dengan dia. First time rasa memang sedap dan rangup. Actually, cekodok jagung ikan bilis je pun.  500gram tepung dengan 1 bungkus eno original yang kecik je. Dah... Cukup untuk hidangan  8 orang. Hehe...

Selamat mencuba. Happy blogging ok!


Assalamu'alaikum, hai... Budak sorang ni... Bila dah pegang pensil atau pen. Laju-laju nak kena cari buku atau kertas. Kala...



Assalamu'alaikum, hai...


Budak sorang ni... Bila dah pegang pensil atau pen. Laju-laju nak kena cari buku atau kertas. Kalau tak... Adalah tu dia baling. 


Dah tu... Menulis pulak belah kiri. Sah... Gen aku kuat di situ. Huhu... Bila aku alih pensil belah kanan. Tak sampai seminit... Dah dia pegang guna belah kiri. Nampak gayanya... Alia punyai kebarangkalian untuk kidal. Hurmmm....


Assalamu'alaikum, hai... Dah lama rasanya tak review hots keyword yang orang selalu google. Berdasarkan akaun nuffnang aku....



Assalamu'alaikum, hai...


Dah lama rasanya tak review hots keyword yang orang selalu google. Berdasarkan akaun nuffnang aku. Untuk minggu lepas, ramai yang cari resepi mudah untuk sardin tin dan jugak harga oat BG22. 

Untuk cara masak sardin tu... Biasalah. Mesti ramai yang nak tahu cara untuk mempelbagaikan masakan sardin tinla kan. Aku google pun... Ada jugak macam-macam resepi sardin tin sebenarnya. Masak lemak cili padi sardin tin pun ada. Yang tu biasalah... Siapa rajin. Confirm! Ada resepi terbaru mereka buat. Macam blog Mat Gebu... Macam-macam resepi ada.

Pasal Oat BG22 tu... Produk baru yang ada di pasaran. Biasalah... Benda baru yang baik untuk kesihatan. Confirm! Orang nak cari untuk mengetahui harganya... Hampir setiap hari dua keywords ni tersenarai di akaun Nuffnang aku. Alhamdulillah...


Assalamu'alakum, hai... Apa khabar?... Selepas berkongsi info mengenai gigit kuku IQ rendah . Blog aku sunyi tanpa cerita. Ad...



Assalamu'alakum, hai...
Apa khabar?... Selepas berkongsi info mengenai gigit kuku IQ rendah. Blog aku sunyi tanpa cerita.

Ada idea... Tapi penyakit 'M' menyerang. Lagipun... Bila dah adik-beradik balik semua, tu yang berterusan malas nak update. Tapi... Belah petang nanti nak bawak Alia pergi klinik. Checkup setahun 9 bulan. Entah! Berapalah nanti berat Alia...

Before keluar. Nak jugak up entri satu. Kali ni kisah hubby hadiahkan powerbank buat aku. Semalam... Dia belikan powerbank murah je, jenama lepow. Kebetulan ada promosi. Harga biasa RM90. Dia beli RM50. 6000mAh. Kalau note aku jumlah tenaga yang digunakan 2500mAh. So... Bolehla charge sampai 2 kali. 


Hadiah ni... Kononnya nak kasi semangat aku berblog. Haha... Yelah tu :)

First... Hubby letak atas meja. Aku ingatkan compact powder. Comel je bentuknya. Ada aksesori bekas untuk tempat letak pulak tu. Serius! Sangat comel.


Assalamu'alaikum, hai... Selamat pagi... Hari Ahad confirm ramai yang ambik peluang pergi jalan-jalan kan... Tapi, berlainan deng...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat pagi... Hari Ahad confirm ramai yang ambik peluang pergi jalan-jalan kan... Tapi, berlainan dengan aku dan Alia. Terpaksa duduk rumah. Hubby ke Kuching ada urusan. Nak tak nak... Sabo jelah. Berikutan kes pagi tadi kisah Alia yang tak pernah-pernah tu... Aku terus tak boleh nak lelapkan mata. 

Jadinya... Capailah majalah iSIHAT untuk dibaca. Kata orang membaca boleh membantu untuk memudahkan kita tidur. Tak kisahlah... Lagipun dah nak subuh.

Bacalah majalah. Tertarik pulak dengan satu info ni... Pada halaman 12 yang mengatakan mengenai keburukan tabiat mengigit kuku. Di mana penelitian di Rusia mendapati kanak-kanak yang gemar mengigit kuku boleh menyebabkan IQ turun secara drastik. Kononnya berpunca daripada kotoran yang melekat pada kuku mereka ketika bermain. Hurmm... Ada logiknya jugak tu.

Sumber info daripada Majalah iSIHAT Keluaran November 2013

Teringat pulak aku someone ni... Sama belajar dengan aku dulu. Dari sekolah rendah sampailah menengah. Suka sangat gigit kuku. 

Hari-hari tengok dia gigit kuku. Tapi sekarang dah bergelar seorang pendidik. See... 

Wallahu'alam. Lama jugak tak tengok dia ek! Even sama kampung. Tapi... Tak kisahla... Sekarang zaman canggih. Boleh je berbual melalui facebook. Ye tak?


Assalamu'alaikum, hai... Kalau semalam dok bercerita pasal Alia first time makam durian . Kali ni... Lain pulak ceritanya... ...



Assalamu'alaikum, hai...
Kalau semalam dok bercerita pasal Alia first time makam durian. Kali ni... Lain pulak ceritanya...

Ni kisah before subuh tadi... Around jam 3. Alia himpit aku entah seperti orang tak selesa. Biasalah... Aku. Kalau Alia dah himpit. Automatikla aku terbangun. Aku alihkanlah dia... First tu ok lagi... Untuk kali kedua aku alih... Mata pejam lagi tu... Alia tarik baju aku. Eh! Kenapa budak ni... Bentak hatiku. Tetiba terhidu satu bau yang tak berapa nak sedap. Busuk!!!


Rupanya Alia berak dalam tidur. MasyaALLAH... Tak pernah-pernah. Even dia memang bangun pagi terus berak macam ayah dia. Tapi... Takdelah awal sangat macam kali ni. Huhu... Sabo jelah.

Sekali dalam bilik air... Walaupun sejuk. Alia tak membebellah pulak. Biasa... Kalau dah kena sejuk. Confirm! Mulut dia seperti burung murai. Tapi tidak kali ni. Lepas cuci... Alia sambung balik tidur... Sabar jelah... Sudahnya aku jugak yang tak boleh nak sambung tidur balik.