Assalamu'alaikum, hai... Di Facebook aku... Ramai yang update status pasal love you mr. Arrogant. Aku tak minat sangat nak tengok...

Tonton Playboy Itu Suami Aku!!!

/
2 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Di Facebook aku... Ramai yang update status pasal love you mr. Arrogant. Aku tak minat sangat nak tengok... Tengok pun macam chipsmore... Kejap ada, kejap takde!!! Tak minat sangat heronya...

Apa-apa pun... Pada yang minat giler love you mr. Arrogant. Mesti tertunggu-tunggu nak tengok episod akhir malam ni kan.

Bila dah namanya episod akhir. Confirm! Ada slot akasia terbaru... Gantikan love you mr. Arrogant. Dah tengok dah promo slot akasia terbaru tv3 yang start 11 November 2013... Berjudul Playboy itu suamiku.

Playboy Itu Suami Aku adalah slot Akasia terbaru yang akan menggantikan Love You Mr. Arrogant. Drama ini diapdatasikan dari novel  karya Suri Ryana. Drama 28 episod, terbitan Temenggung Pictures. 

PELAKON

Nur Risteena
Fatah Amin


SINOPSIS


“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”


Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina Aulia tidak pernah aman semenjak mengenal playboy itu. Playboy yang sering buat dia panas hati. Raja Andrian Benjamin aka King of Crocodile - gelaran yang diberi Afina. King sering menguji tahap kesabaran gadis nerd seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida ibu kepada Raja Andrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis cucu Puan Sri melontarkan gadis ini ke lembah mencabar. Puan sri sangat berkenan nak jadikan Afina sebagai menantu. Afina buntu,lantaran adik kembarnya yang seksi bergaya adalah teman wanita Raja Andrian. Puan Sri ini bekenan pada Afina sebab dia terdengar Afina berdoa sesuatu yang menyentuh jiwanya. Afina dan Andrian menentang habis-habisan untuk disatukan. Namun, keduanya setuju kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Afina terpaksa bersabar dengan kerenah King.

5 bulan kemudian,

Afina terlibat dengan kemalangan dan hilang ingatan sementara@amnesia. Lebih malang dia tidak mengenali suaminya sendiri Raja Andrian. Dia ingat mama, kawan-kawannya tapi memori kahwin dengan King langsung tiada. Terkejut gila bila dia mengetahui dia dah kahwin. Dengan playboy pulak tu. Jenuh la mama dan mummy pujuk dia agar terus layan King dengan baik.

Afina kini tidak sama dengan Afina yang dulu. Afina yang baru lebih kasar dan tidak mudah dibuli seperti dahulu. Hari-hari Afina dan King bertekak. Namun, ia tetap memutikan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Dan bermula sesi bulan madu di rumah sendiri-sweet sangat. Namun, Afina terpaksa meninggalkan lelaki itu disebabkan Afina diugut agar tinggalkan suaminya jika tidak suaminya akan dibunuh. Fisya pula mula jadi orang ketiga antara mereka. Pura-pura baik konon.

Macam best... Tapi. Pelakonnya? Dah tengok baru boleh komen. Biasanya... Kalau first episod best... Confirm! Seterusnya gempak...

Sumber sinopsis playboy itu suami aku :http://kepalabergetar.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-akasia-tv3-2013.html?m=1




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Terfikir dalam hati... nak lepak depan tv lagi ker lepas Mr Arro tu? hehehe

    ReplyDelete
  2. tak tengok pun Mr. Arrogant tu...jadi trend skang kan...drama2 di adaptasikan dari novel2..

    ReplyDelete