Assalamu'alaikum, hai... Korang buat apa semalam? Mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan cari makan kan... Lain pulak kami ti...

Seni Tangan Budak Setahun 8 Bulan

/
2 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Korang buat apa semalam? Mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan cari makan kan... Lain pulak kami tiga beranak. Every weekend... Confirm! Terperuk di rumah. Takde tempat untuk dikunjungi. Namun... Tak kisah pun. Nak buat macam mana... Demi tugas. Cuma... Kekadang. Perasaan boring tu pasti bertamu di hati... Bohongla... Kalau tak boring asyik terperuk je kat rumah kan... 


Nak dijadikan cerita... Semalam sambil layan movie hindi Dil Se tv3, aku dan hubby lekatkan stickers untuk medal, hadiah nilam untuk hari Khamis ni. Biasalah... Hujung tahun. Confirm! Ada majlis penyampaian hadiah kan...

Sedang aku dan hubby dok sibuk lekat stickers. Datangla si Alia mendekati kami berdua. Ingatkan dia terus hanyut melayan mainan dia... Rupanya tidak. Siap! Kalau dia dah datang... Mesti nak tolong jugak... Tolong kacau je pun... Hehe!

Korang tahu... Mana dia lekatkan stickers tu?

Di dinding...

melekat stickers,

Sabo jelah... Dah tu... Lekat pun sebarang je. Tapi... Tu lah hasil tangan Alia... Yang dok kalut melekat sambil mulut membebel dok sebut lekat... Lekat.

Haha...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Dekat tangan pun dilekat juga. Comel jaa.

    ReplyDelete
  2. sabar aje la kan.. hehe.. rajin betul lekat-lekat di dinding tu.. :D

    ReplyDelete