Assalamu'alaikum, hai... Lama jugak tak up entri pasal Alia. Last entri pasal dia... Aku tayang gambar Alia tiru gaya ayah dia se...

Berat Anak

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Lama jugak tak up entri pasal Alia. Last entri pasal dia... Aku tayang gambar Alia tiru gaya ayah dia sembahyang. Bila ada anak kecik. Terpaksalah gilir-gilir sembahyang. Alia... Kalau bagi sejadah. Memang tak kacau pun kita sembahyang. 

Niat nak sembahyang berjemaah tu ada. Tapi... Tak confident. Kang... Tengah kita sembahyang. Dia pulak merayau ke tempat lain. Lagi... Sekarang dah super duper hebat memanjat. Bila dia tidur je... Boleh!

Khusyuk main beach car. Sampai tak perasan pun aku ambik gambar ^_<.

Now... Fizikal Alia meninggi je ada. Berat cuma ada sikit penambahan. Tak kisahla... Janji graf berat dalam kad kesihatan dia sentiasa menaik even sikit. Jangan pulak menurun sudah. Tak sanggup aku wei... Nak dengar leteran nurse macam sorang ibu time aku bawak Alia checkup hari tu... Sian! Kena marah. Nurse siap kata ibu tu tak bagi anak makan. Boleh pulak gitu!

Pada aku... Mana ada ibu yang tak bagi anak dia makan. Cuma tu lah... Pasti ada problem!. Anak memilih makanan lah. Lebih kuat bermain dari makan. Dan macam-macam karenah nak kena hadap. Tapi... Bila anak tak nak makan. Jangan pulak 'ditandah' ( dibiarkan dalam bahasa Sarawak ). Cubalah cari alternatif lain.

Tapi... Nurse pun tak bolehlah nak salahkan ibu tu jugak. Sebagai seorang penjawat awam. Kenalah berhemah bila bercakap. Janganlah sesedap mulut nak bantaila kan.




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. amboi comeinya dia dok main lori

    ReplyDelete
  2. Ustaz ida cakap takpe...klu kita solat, jangan risaukan anak kita, malaikat akan jaga mereka. Kasi jer satu sejadah pada dia, inshaAllah.

    ReplyDelete
  3. colorful betul lori pasir alia :)

    ReplyDelete