Assalamu'alaikum, hai...
Selamat kembali bertugas kepada yang bekerja hari ini. Pada yang masih dalam mood cuti... Selamat berlibur ya... Hehe.

Ok... Actually aku bukanlah super duper mami yang hebat untuk mengulas mengenai bagaimana cara paling baik untuk mendidik anak ke apa. Semestinya... Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Lagipun... Anak baru sorang. Mana mungkin banyak pengalaman dalam mendidik anaklah kan.

Ni bukan baby lagi dah... Tapi budak besar yang dah reti gelak guling-guling ^_<.

Namun... Berdasarkan tajuk entri aku hari ini. Aku suka untuk berkongsi sedikit info hasil pembacaanku daripada sebuah buku berjudul "Soal Jawab Bayi & Kanak-Kanak" oleh Dr. Carol Cooper di mana... Beliau ada mengatakan bahawa bercakap dengan bayi since sehari dilahirkan adalah penting kerana bunyi memainkan peranan yang besar untuk si ibu menjalinkan kasih sayang dengan si anak. Kemudian... Lama-kelamaan, bayi akan bersedia untuk "berbual"... Mean. Ada masa dan ketika... Bayi akan cuba untuk menyahut.

Teringat pulak masa Alia berumur 3 bulan. Mulut dia... Dah start macam mulut itik je... Muncung!!! Bila aku panggil je nama dia... Reaksinya spontan seperti hendak menyahut. Rindu pulak aku dengan kenangan masa tu.

Then... Menurut Dr. Carol Cooper dalam bukunya lagi. Senyuman juga memainkan peranan penting kerana andai dipraktikkan... Nescaya dalam jangka masa pendek... Confirm! Baby boleh balas senyuman kita. Masa tu... Mesti rasa nak cubit je kan pipi baby yang tengah senyum kat kita. Penat pun hilang bila tengok baby senyum kan... Betul tak?