Assalamu'alaikum, hai... Tengah check gallery. Kot-kot ada gambar tak cantik, nak delete kononnya. Terjumpa gambar yang ni... ...



Assalamu'alaikum, hai...
Tengah check gallery. Kot-kot ada gambar tak cantik, nak delete kononnya. Terjumpa gambar yang ni...


Haritu hubby beli buah durian. Sian tengok Alia. Try la bagi dia makan durian. Ingatkan dia tak suka makan... Sebab hubby kurang sikit bab durian... Kecuali aku... Raja durian. Mesti makan... Tak tolak punya kalau durian depan mata. Hurmmm... Rupanya Alia makan durian. 2 biji isi okeh... Habis dan nak lagi. Aku je takut nak bagi lagi... Durian kan panas... Lagipun Alia first time makan... Takutla jugak nak bagi.


Assalamu'alaikum, hai...  After publish entri mengenai petua lama agar minyak tidak mudah terpecik ... Aku online facebook. Tetib...



Assalamu'alaikum, hai... 
After publish entri mengenai petua lama agar minyak tidak mudah terpecik... Aku online facebook. Tetiba ada followers update status pasal smart spoon... Aku cukup tertarik. Even... Alia dah tak sesuai dah nak guna... Tapi nak jugak share mengenainya... Kerana aku kira amat membantu ketika proses memberi bayi berumur 6 bulan makan puri. If ada peluang dan rezeki dapat second baby. InsyaAllah... Nak jugak beli smart spoon ni. Hehe...


Kalau menurut info yang disertakan... Cara gunanya teramatlah mudah... Just picit dan suap. Sangat-sangat praktikal pada pandangan aku... Peluang makanan jatuh pun kurang... Senang kerja si ibu. Tak payah guna mangkuk atau pinggan pun. Menarik kan?


Assalamu'alaikum, hai... Seawal jam 6:52 pagi email notification berbunyi di handphone aku... Email dari siapakah bentak hatiku. ...



Assalamu'alaikum, hai...
Seawal jam 6:52 pagi email notification berbunyi di handphone aku... Email dari siapakah bentak hatiku. Kerja ke apa ke!... Kalau hubby tak mungkin. Jangan harapla nak email kecuali ada benda penting. Hehe...

cashout nuffnang dengan cepat,

Rupanya dari HSBC pasal Nuffnang. Actually aku dah tak ingat dah yang aku pernah cashout 29 Oktober haritu. Dasar tangan gatalkan nak tekan cashout sangat. Alhamdulillah... Rezeki Alia. Rezeki hari Jumaat... Hehe... 


Assalamu'alaikum, hai... Kalau entri pagi tadi berkisar tentang cara berkongsi line internet ... Cerita kali ni pulak mengenai......



Assalamu'alaikum, hai...
Kalau entri pagi tadi berkisar tentang cara berkongsi line internet... Cerita kali ni pulak mengenai... Masa aku masak kat dapur tadi time tengah goreng ayam... Tetiba minyak terpecik di lengan aku... Dan tetiba otak boleh pulak flasback beberapa tahun yang lalu. 

Zaman... Mula-mula baru masuk alam remaja, masa tu masih terkial-kial belajar memasak dengan arwah nenek... Siap pakai tudung salji tu buat perisai time mengoreng ikan atau something. Kononnya takut kena percik dek minyak. Bila diingatkan balik. Tersenyum kambing dibuatnya. Hehe... Malu!!!!

Namun... Itu hanyalah sementara bila nenek bagi petua elak pecikan minyak. Bila minyak dah panas masukkan sikit garam je pun... Dah settle. Takdela minyak nak terpecik sangat. Alhamdulillah... Sampai sekarang still guna petua itu terutamanya bila goreng sotong bertepung. Confirm!!!! Tak boleh tidak. Tak sanggup aku weii bila masak sotong goreng yang meletup-letup dalam kuali. Serius...




Assalamu’alaikum, hai… Kalau semalam cerita aku berkisar tentang bahaya memanaskan makanan berulang kali ... Kali ni pulak berkaitan ...



Assalamu’alaikum, hai…
Kalau semalam cerita aku berkisar tentang bahaya memanaskan makanan berulang kali... Kali ni pulak berkaitan dengan wifi handphone android.

Dah setahun jadi pengguna Samsung Galaxy Note dan guna bill untuk line internet… Tapi tak pernah terfikir untuk kongsikan line internet handphone dengan laptop. Lately… Note aku macam cepat low battery. Bila google… Kenapa battery Samsung Galaxy Note cepat habis? Rata-rata info yang aku dapat mengatakan ia disebabkan oleh terlalu banyak perisian dan penggunaan. Maybe ada betulnya. Hehe… Sebab 24 hours internet aku onn. Huhu…

Berbalik kepada cerita asal aku. Jadinya… Terfikir nak online guna laptop. Dah lama tak update blog guna laptop tau. Rasa rindu pulak nak ketang ketuk menaip guna laptop. Haha… Boleh pulak gitu yer.

Setelah aku google dan try… Akhirnya aku dapat kongsikan line internet handphone dan laptop dengan jayanya… Bolehla lepas ni tukar-tukar kan… Dan berikut adalah steps untuk setup setting android yang aku maksudkan.

Masuk ke Menu [Setting]
Klik [More Setting] maka akan muncul Menu “Wireless and Networks”
Klik [Tethering and Portable Hotspot]


Di Menu “Tethering and Portable Hotspot”, Klik [Configure]
Masukan Nama yang diinginkan ke dalam kotak “Network SSID”
Pilih “Security” dengan [WPA2 PSK]
Masukan Password yang diinginkan. 
Klik [Save]


Rupanya senang je nak tukarkan settingnya. Hehe… Sekarang dah boleh guna :)



Assalamu'alaikum, hai... Semalam tak update pun blog. Biasalah hujung bulan dapat gaji... Pergi berjoli. Haha... Berjolilah sanga...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam tak update pun blog. Biasalah hujung bulan dapat gaji... Pergi berjoli. Haha... Berjolilah sangat. Dah ada anak takde maknanya nak berjoli. Kang kalau berjoli, anak pulak entah ke mana.

Tapi serius... Semalam dapat gaji... Terus petang tu hubby bawak shopping barang dapur bersama mak dan ayahku. Namun... Sayang. Kejap je pun. Hujan lebat sampai kami berlima ambik kesempatan lepak makan ayam di KFC. Haha... Before tu singgah di kedai alatan menulis. Nak beli surat khabar kononnya. Alih-alih rembat 2 jenis majalah sekali gus... Majalah wanita dan majalah iSIHAT.


Majalah wanita tak sentuh pun lagi. Kena habiskan majalah iSIHAT dulu. Tapi... Disebabkan tak penyabar orangnya nak share info baru. Akhirnya aku stop baca... Sebab nak share satu info mengenai risiko panaskan makanan berulang kali. Haha... Kadang-kadang aku pun ada jugak panaskan lauk. Masak tengahari sekali harung untuk petang. Dasar pemalas kan...

Tapi... Ni pasal makanan bersantan. Menurut info yang dinyatakan di dalam Majalah iSIHAT, halaman 15... Makanan bersantan yang dipanaskan berulang kali akan membentuk aseton. Sejenis radikal bebas yang dikatakan akan menempel pada pembuluh darah yang akan menyebabkan ia menjadi sempit dan tersumbat. Huhu...

Na'uzubillah... Takut pulak bila dapat tahu. Apa-apa pun... Ia sekadar info baru yang ingin aku kongsikan. Sejauh mana kebenarannya. Wallahu'alam...


Assalamu'alakum, hai... Pagi-pagi dah bagun. Layan BBTV... Terus menari. Haha... Tarian kaku dari Alia. Pak yak dia pun ken...



Assalamu'alakum, hai...

video

Pagi-pagi dah bagun. Layan BBTV... Terus menari. Haha... Tarian kaku dari Alia. Pak yak dia pun kena jugaklah layan dia :)

Suka betul Alia tengok BBTV.




Assalamu'alaikum, hai... Sekarang ni macam malas pulak rasanya nak update blog. Lagipun... Kalau dah kat kampung, walaupun tak si...



Assalamu'alaikum, hai...
Sekarang ni macam malas pulak rasanya nak update blog. Lagipun... Kalau dah kat kampung, walaupun tak sibuk. Mood nak update blog memang ke laut. Kenapa ek?

Biasanya kalau dah namanya kat kampung. Idea nak karang cerita pun kurang even banyak sebenarnya cerita yang boleh dikongsikan. Betul tak?

Contohnya pagi tadi... Sedang mak aku dok sibuk cari scarf biru dia. Si Alia pulak... Awal-awal dah rembat letak kat kepala sekali dengan cermin mata. Bergaya tak? Haha... Gambar ni... Anjang dia yang snap. Menyempat jugak!!! 


Lagi satu... Sebelum terlupa. Nak share jugak pasal buah dabai. Before ni pernah sebut dalam entri aku bertajuk Mahal atau Murah?


Ni lah dia buah dabai. Buah eksotik di Sarawak... Yang aku kira antara buah paling sedap yang terkenal di Sarawak. Buah lemak berkrim ni bermusim tau. Dan... Sekarang kebetulan musim dabai di Sarawak. Alhamdulillah... Semalam tertunai jugak hajat nak merasa. Walaupun segelas RM5. Tetap jugak nak beli. Yang penting... Dapat merasa. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Di kampung... Mak aku pelihara 8 ekor ikan puyu dalam aquarium... Alia cukup takut untuk mendekatinya. E...



Assalamu'alaikum, hai...
Di kampung... Mak aku pelihara 8 ekor ikan puyu dalam aquarium... Alia cukup takut untuk mendekatinya. Entah! Tak tahu kenapa.


Mak aku pelihara ikan puyu bukan sebab boleh jaga rumah atau apa. Saja nak pelihara. Bila bosan... Boleh layan puyu katanya. Tapi kan... Kata mak aku. Ada orang percaya ikan puyu boleh ingatkan kita bila ada orang nak mencuri tau. Katanya... Bila orang masuk nak mencuri. Puyu akan berkocak dalam air. Tapi tak taula betul ke tidak. Lagipun tak pernah lagi benda macam tu berlaku... 

Biasalah orang dulu-dulu... Mana ada alat canggih seperti alat penggera kat. So dorang guna alternatif lain. Walaupun begitu... Sejauh mana kebenaran dan keberkesanannya... Wallahu'alam.


Assalamu'alaikum, hai... Tak terasa dah seminggu berada di kampung. Bila di kampung, kemain lagi Alia. Suka sangat punggah barang...



Assalamu'alaikum, hai...
Tak terasa dah seminggu berada di kampung. Bila di kampung, kemain lagi Alia. Suka sangat punggah barang. Yelah... Rumah nenek dia seluas padang bola. Apalagi... Peluang dan ruang dia bebas nak kacau barang. Tadi... Sempat jugak ambik video Alia susun cd. Kemain khusyuk lagi. Aku cakap pun dah tak dihiraukannya. Maybe teruja kot... First time pegang cd. Dalam kereta. No chance la dia nak main cd. Hubby tak bagi pun...

video

Biasalah budak. Dapat main... Kemain suka lagi. Kalau part makan... Kemain susah. Sabo jelah...


Assalamu'alaikum, hai... Alia bukan takat suka kacau bapa saudara dia. Malah... Macam-macam ragam ada... Bukan senang bi...



Assalamu'alaikum, hai...
Alia bukan takat suka kacau bapa saudara dia. Malah... Macam-macam ragam ada...


Bukan senang bila ada anak kecik. 24 hours kena pantau. Baik buruk bukannya tahu pun nak bezakan. Yang dia tahu... Nak selongkar dan bermain. Rumah tok sah cerita... Seperti tongkang pecah dibuatnya...


Kekadang tu... Almari terpaksa ikat dengan tali. Bukan apa... Kang habis perhiasan kaca diselongkar. Kalau pecah takpe... Jangan pulak dia yang cedera.


Nak marah... Memang tak masuk akal. Budak tu. Nak tak nak... Pot pet... Pit pet jelah explain... Apa yang patut.


Bila penat... Jam 12. Time untuk aku masak. Sebagai penghibur. Aku bagi handphone kat Alia. Senang keja aku. Layan 94 video kat dalamnya. Haha... Actually, aku download educational video untuk baby je. Tengok pun ikut masa tertentu. Aku tak naklah dia leka 24 hours pegang handphone. Kang tak boleh berengang dengan handphone... Naya aku. Part cari video kat gallery. Tok sah cerita. Alia dah expert cari sendiri. Sabo jelah...

Kekadang tu... Kalau malam. Bila tengok upin ipin. Alia boleh tertidur tu tanpa di dodoi. Macam-macam kan karenah anak kecik.


Assalamu'alaikum, hai... Pada korang... 6 biji durian. RM20.00... Murah ke mahal? Walaupun merekah... Tapi isinya tip top......



Assalamu'alaikum, hai...
Pada korang... 6 biji durian. RM20.00... Murah ke mahal?

Walaupun merekah... Tapi isinya tip top...

Biasalah... Kalau dah balik kampung. Kebetulan musim buah. Confirm! Tak lepaskan peluang untuk memborong. Petang tadi hubby beli buah durian 6 biji, RM20. Alhamdulillah... Cantik-cantik belaka isinya. Selain buah durian... Hubby ada jugak beli buah mangga yang dah masak. Sebijik seinggit. Beli 3 bijik... Pun elok isinya. Manis pulak tu... Tak rugi beli. Tapi... Sayang tak beli banyak. Bukan apa... Takut pulak tak manis. Tu yang beli sikit je. Dasar tak nak rugi kan... Haha...

Durian dah merasa... Tinggal lagi buah dabai. Huhu...


Assalamu'alaikum, hai... Kalau Love you mr. Arrogant dulu... Suka nak hadap tv. Sekarang... Bila turn cerita cinta playboy itu su...



Assalamu'alaikum, hai...
Kalau Love you mr. Arrogant dulu... Suka nak hadap tv. Sekarang... Bila turn cerita cinta playboy itu suami aku. Malas dah nak layan. First tengok episod 1 dan episod 2... Boleh lagi layan. Bila dah tengok episod seterusnya. Rasa boringlah pulak. 

Entah...

Tak suka tengok watak Fattah Amin yang poyo giler dalam cerita ni. Pastu... Watak Chacha Maembong yang gedik tak bertempat tu... Dahla tu jalan cerita macam tak best. Tapi itu pendapat aku.

Lain orang lain pendapatnya. Jangan marah yer peminat cerita playboy itu suami aku. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Bila Alia dok sibuk kacau pak yaknya... Aku pulak apalagi... Laju-laju update blog :) Sejak akhir-a...



Assalamu'alaikum, hai...
Bila Alia dok sibuk kacau pak yaknya... Aku pulak apalagi... Laju-laju update blog :)

Sejak akhir-akhir ni... Aku suka cari koleksi resepi untuk disimpan dan insyaAllah... Andai ada masa. Aku akan cuba buat resepi tersebut. 

kad imbasan untuk kanak-kanak, kad imbasan termurah,

Before balik kampung hari Ahad. Hubby belikan majalah infiniti. Dalam hati aku... Takde ke bahan bacaan untuk aku... Sebab... Aku tengok... Untuk Alia dia belikan kad imbasan anggota badan. Sangat comel...

majalah rasa terbaru, majalah rasa november, resepi dari majalah rasa,

Rupanya... Hubby belikan majalah masakan rasa untuk aku. Horeyyy!!! Macam tau-tau je minat baru aku. First time beli majalah rasa tau. Jakun betul.

Ada resepi kek yang amat menarik di dalamnya tau. Nanti nak try buat. If menjadi... InsyaAllah! Aku share. Hehe...

Bye... Nanti sambung story lagi ok. Hujan... Nak angkat kain sat...


Assalamu'alaikum, hai... Di kampung... Alia kurang berkepit dengan aku. Dia bebas bergerak . Rumah kat kampung besar dan luas. Ap...



Assalamu'alaikum, hai...
Di kampung... Alia kurang berkepit dengan aku. Dia bebas bergerak. Rumah kat kampung besar dan luas. Apalagi dia... Teramat suka. Lagipun dua orang adik aku suka melayan. Jadinya... Banyak peluang aku untuk berehat. Hehe...


Adik aku sorang ni guru tadika di kampung. Jadi takdelah mak dan ayah aku sunyi sangat... Bila yang lain takde. Alia suka berkepit dengan dia. Suka tengok pak yak dia main candy crush. Sekali sekala Alia kacau pak yak dia main. Cuba nak seret candy jugak. Apalagi... Geramla pak yak dia layan karenah dia. Nasibla kan... Haha.


Assalamu'alaikum, hai... 1 family layan bola. Malam ni Malaysia lawan Qatar. Setakat ni separuh masa pertama takde gol lagi . Tap...



Assalamu'alaikum, hai...
1 family layan bola. Malam ni Malaysia lawan Qatar. Setakat ni separuh masa pertama takde gol lagi. Tapi... Harap-harap Malaysia menang malam ni.


Hubby... Tengok bola... Sempat lagi baca majalah infiniti keluaran November. Alia pulak... Layan handphone... Sambil gelak sorang-sorang. Sekali-sekala... Disebabkan geram punya pasal... Sempat lagi neneknya gigit sayang tangan Alia. Haha...

Best... Tengok bola ramai-ramai... Sambil minum teh bertemankan kuaci dan kacang. Wallah!!!


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Sekarang dah di kampung. Tetiba... Bila Alia tidur. Tak tahu nak buat apa. Terfikir pul...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Sekarang dah di kampung. Tetiba... Bila Alia tidur. Tak tahu nak buat apa. Terfikir pulak nak share isi kandungan majalah infiniti terbaru keluaran November 2013. Biasalah hubby... Majalah infiniti wajib beli. 


Berbalik pada tajuk... Keluaran bulan ni mengupas beberapa tajuk yang aku kira sangat menarik untuk dibaca. Antaranya, ialah :-
  • Rahsia tebusan Giethoorn
  • Rahsia di Solo Per Due
  • Misteri bulatan Namib
  • Tragedi 14 Februari 1929
  • Gadis pencari mayat 
  • Pesta cabut kepala angsa dan
  • Sains dan hadis, rahsia kemunculan sangkakala dan beberapa tajuk lain yang aku kira sangat menarik

Paling aku suka baca ialah mengenai sebuah restoran yang terkecil di dunia diberi nama restoran solo per due... Mean restoran untuk 2 orang je boleh masuk dan keutamaan diberi kepada pasangan bercinta tak kira as a wife and husband atau kekasih. 


Nak makan kat restoran ni... Harus tempah dahulu. Kalau tak... Kempunanlah jawabnya. Tu antara info menarik yang terkandung dalam majalah infiniti keluaran bulan ni.


Assalamu'alaikum, hai... Jam 8 tadi tengok berita. Tertarik dengan cerita pasal 23 orang budak hilang di Villa Nabila. Tapi... So...



Assalamu'alaikum, hai...
Jam 8 tadi tengok berita. Tertarik dengan cerita pasal 23 orang budak hilang di Villa Nabila. Tapi... Sorang je sebenarnya.

Mula-mula dengar Villa Nabila. Aku terus capai note dan terus google. Oh! Rupanya... Villa Nabilla sebuah Villa usang hampir 50 tahun tak berpenghuni. Macam-macam version cerita seram di Villa Nabila yang aku baca sumber dari internet.  Adakah semua itu benar? Wallahu'alam... 

Apa-apa pun... Semoga adik yang hilang cepat dijumpai. Ibu mana yang tak risau...


Assalamu'alaikum, hai... Tak padan penat... Still jugak nak layan AF. Memang dah di jangka Faizul juara AF 2013 pun. Hehe... Tahn...



Assalamu'alaikum, hai...
Tak padan penat... Still jugak nak layan AF. Memang dah di jangka Faizul juara AF 2013 pun. Hehe... Tahniah! Buat Faizul.

Oh! Ya... Keputusan penuh AF 2013 adalah seperti berikut :-
  • Juara : Faizul
  • Naib Juara : Azhael
  • Ketiga : Amira
  • Keempat : Indah
  • Kelima : Nabilah dan
  • Keenam : Aisyah
Manakala... Pemenang kategori buzz di mana peserta yang paling banyak followers di FB, Twitters dan Instagram dimenangi oleh Azheal. Tahniah! Buat semua.

Tamatlah sudah AF 2013. Hehe... 


Assalamu'alaikum, hai... Bila di hotel... Free Wifi laju giler. Apalagi... Gunakanlah peluang sebaik mungkin. Semalam... Keja nak...



Assalamu'alaikum, hai...
Bila di hotel... Free Wifi laju giler. Apalagi... Gunakanlah peluang sebaik mungkin. Semalam... Keja nak blogwalking sambil layan cerekarama sarah dan hajar. Sekali... Tertidur. Before tu aku sempat download software android... Bitstrips. Software untuk buat komik. Sangat-sangat menarik. Memang mudah nak buat komik. Aku  try buat satu... Dan ini hasilnya.


Nak buat senang je. Siap ada function tukar-tukar dia punya watak. Just click je edit avatar... 


Then... Nak tukar stail rambut, blusher atau sebagainya... Just click mana-mana function yang tertera di bawah avatar. Sangat senang!!!


Oh! Ya... Sorang blogger yang buat entri pasal buat komik guna Bitsrips ni. Tu... Yang aku kemaruk nak try. Hehe... Thanks ros_reeza.



Assalamu'alaikum, hai... Tadi tengok promo cerekarama Sarah dan Hajar tv3. Malam ni ditayangkan jam 10 malam. Macam best... Darip...



Assalamu'alaikum, hai...
Tadi tengok promo cerekarama Sarah dan Hajar tv3. Malam ni ditayangkan jam 10 malam. Macam best... Daripada apa yang aku google. Sinopsis cerekarama Sarah dan hajar mengisahkan tentang Hajar terpaksa menjual butik pengantin setelah dia disahkan menghidap kanser saraf tahap empat. Berbekalkan baki hayat yang tinggal dua tahun itu, dia bertekad untuk terus hidup dengan bahagia, tanpa air mata. Hajar mula menulis nota yang terkandung perkara yang perlu dilakukan sebelum meninggal dunia. Sifat ceria Hajar di wad radiologi telah menyebabkannya menjalin hubungan baik dengan doktor Sarah. Antara yang menarik Sarah adalah nota Hajar yang ingin bernikah dengan mana-mana lelaki hanya dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Cerita Sarah dan Hajar ini dibintangi oleh Umie Aida, Amyza Aznan, Azhan Rani, Azma Aizal Yusoof, Tunku Hanis, Fikhree Bakar dan Noryati Taib di bawah arahan Azma Aizal Yusof. Dengan teraju yang hebat-hebat cerita kali ini dilihat menarik dengan jalan cerita yang diberi kelainan tersendiri.

Cerekarama ini diterbitkan oleh Zizie Izette yang juga seorang pelakon. Apa-apa pun selamat menonton... Hehe.



Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Dah sampai hotel. Esok baru gerak balik kampung. Sedang rehat bertiga... Teringat pulak...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Dah sampai hotel. Esok baru gerak balik kampung. Sedang rehat bertiga... Teringat pulak nak share video budak setahun 8 bulan ni menari masa kemas rumah semalam.

So... Abaikan barang berterabur yer. Quarters dah macam tongkang pecah Alia buatkan.

video

Tengok jelah video Alia menari. Sesuka hati dia je nak menari yer...


Assalamu'alaikum, hai... Macam manalah Alia jumpa atuk dan nenek dia. Adakah masih takut atau tak? Selepas update blog pa...



Assalamu'alaikum, hai...

Macam manalah Alia jumpa atuk dan nenek dia. Adakah masih takut atau tak?

Selepas update blog pagi tadi seawal jam 1 pagi dengan entri bertajuk playboy itu suami aku episod 2 [ LINK ]. Mata aku tak berapa nak lelap. Jasad je kat sini... Tapi... Hati dah kat kampung dah.

Today... Sekolah dah start cuti. Mesti dah plan cantik punya kan untuk isi masa cuti sekolah anak-anak. Esok kami 3 beranak balik kampung. Yesss... Cuti panjang. Tak sabar nak tunggu esok. Raya je hari tu balik. Tu yang tak sabar tu. Tapi... Esok dari sekolah ke bandar Bintulu dulu. Transit di hotel. Nak direct ke kampung boleh je... Tapi ambik masa 12 jam arr dari sekolah... 

Apa-apa pun... Semoga perjalanan kami 3 beranak selamat pergi dan balik. Pada yang bercuti... Selamat bercuti jugak yer :)


Dua hari dah berlalu... Episod 2 Playboy itu suami aku tak review lagi. Hehe... Sambungan episod 1 okeh! Dalam dok Fina nak se...



Dua hari dah berlalu... Episod 2 Playboy itu suami aku tak review lagi. Hehe...


Dalam dok Fina nak serang Raja Adrian... Tetiba Fina hampir nak terjatuh. Nasib baik Raja Andrian sempat sambut. Saling pandang memandang berlaku di situ. Apalagi Fina... Teruja dengan ketampanan Raja Andrian.

Cerita tak habis situ lagi okeh. Bila Fina balik rumah pulak. Ayah dan ibunya dok sibuk nak sambut birthday Fisya dan Fina bersama. Namun... Fisya tak setuju. Apalagi... Fina. Redha dan membiarkan birthday party tu diadakan untuk Fisya sahaja. Bagi tidak mengecewakan Fina... Ayah dan ibunya sambut birthday Fina dengan mengajaknya keluar dinner berempat. Tapi... Fisya tak ikut pun.

Pada hari sambutan harijadi Fisya. Raja Andrian datang dan mengetuk pintu. Fina yang bukak pintu... Sekali lagi Fina teruja dengan ketampanan Raja Andrian. Apalagi... Raja Andrian. Hampir-hampir mencium Fina. Namun... Sayang beribu kali sayang. Fina sempat hadiahkan penampar singgah di pipi Andrian. Then... Fina kena marah dengan Fisya... Sebagai tanda minta maaf. Fisya sanggup keluar dengan Raja Andrian...

Episod 2 stop kat sini... Nanti sambung lagi ceritanya ye :)




Assalamu'alaikum, hai... Semalam... Tengok tak playboy itu suami aku, episod 1? Not bad'lah ceritanya. Entah... Boleh ke ...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam... Tengok tak playboy itu suami aku, episod 1?

Not bad'lah ceritanya. Entah... Boleh ke tidak kalahkan hits tontonan love you mr. Arrogant yang dengar khabarnya mencecah 4.6 juta.

Episod 1 semalam intro je... Babak-babak conflik di antara adik beradik kembar tak seiras antara Fisya ( Chacha Maembong )... Dan Afina ( Nur Risteena ). Dalam cerita ni... Fisya digambarkan sebagai seorang kakak yang tak menyukai adiknya, Afina. Suka bersosial dan tak nak cari kerja. Manakala... Afina pulak digambarkan sebagai budak baik berkaca mata besar. Tak suka bersosial dan habis je belajar terus kerja di sebuah kedai bunga. 

Hurmmm... Realitinya. Ada ke twin yang tak suka antara sesama dorang? Setahu aku... Biasanya twin selalu sehati sejiwa. 

Ok! Lupakan bab tu... Drama bermula apabila Afina menunggu bas. Lalu sebuah kereta mewah milik king... Rempuh lopak air... Dan akhirnya menyebabkan Afina basah. Sian... Dahla nak kena cepat pegi keja. Dah tu... Si empunya kereta mewah pulak selamba badak tak minta maaf pun. Afina sangat marah... Dan dia tak tahu si empunya kereta mewah tu adalah raja Adrian. Anak orang berada. Tapi sayang. Kaki perempuan atau dalam bahasa omputihnya... Playboy!!!

Sampai di kedai pulak. Afina perasan kereta yang rempuh lopak dan menyebabkan dia basah... Parking depan kedai. Tapi... Dia tak tahu pun siapa punya. Sampai di kedai pulak jumpa sorang mamat tempah kemain banyak lagi bunga. Afina terpesona dengan ketampanannya... Masa jejaka tu nak balik dan masuk kereta. Afina perasan terus marahkan king...

Dah abis... Apa jadi lepas tu. Kenalah tonton episod 2 playboy itu suami aku malam ni. Insya ALLAH... If ada kesempatan nak jugak tengok second episod malam ni.

Hehe....

Kalau best boleh layan. Kalau tak... Layan cerita lain ler jawabnya.


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Pagi ni sempat jugak aku buat nasi lemak dan Donat untuk breakfast kami bertiga anak b...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Pagi ni sempat jugak aku buat nasi lemak dan Donat untuk breakfast kami bertiga anak beranak. Hubby siap kata nak bawak bekal lagi ke sekolah. Hehe... Al-maklumla kat sini perkampungan non-muslim. So... Susah sikitla bab-bab makanan ni. Harap fahamlah yer. Kalau ada pun sebuah je kedai muslim. Tapi... Menu kat kedai tu... Tak berapa nak kena dengan anak tekak aku ( orang cerewet. Beginilah lagaknya. Padahal... Sendiri tak reti nak masak ). Nak tak nak... Rajin atau tidak. Kenalah masak jugak...


Berbalik pada tajuk. Before ni... Aku pernah share... Cerita aku buat donat lilit gara-gara takde acuan. Kali ni... Dah beli acuan... Boleh tayang donat yang gebu pada korang. Oppps!!! Bukan nak riak atau berlagak ok. Jauh sekali perasaan itu dari sudut hati... Yang ada... Hanyalah sekadar niat untuk berkongsi.

Last week tak silap ada baca entri Puan Kutu pasal Resepi Donat lembut dia. Rasa lebih kurang sama dengan resepi aku. Cuma sikit je lain. Resepi aku pulak untuk dapatkan donat yang lembut adalah seperti berikut:-

Bahan :-
2 gelas tepung
1/2 gelas air
2 sudu teh yis mauripan
1 biji telur
2 sudu minyak
2 sudu marjerin
Sedikit garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk penaik
Gula halus 

Cara membuat :-
Gaulkan 1/2 gelas air dengan 1 sudu teh gula dan 2 sudu teh yis mauripan. Biarkan 15 minit atau sehingga berbuih.

Bila dah berbuih... Masukkan ke semua bahan dan uli sehingga dapat doh yang lembut. Kemudian biarkan 15 minit agar doh kembang sekali ganda.

Setelah 15 minit. Tumbuk doh tadi untuk membuang angin dan bolehlah diacuankan sekali gus di goreng. Then... Salut dengan gula halus. 


Dah siap... Untuk dimakan.

Ke... Korang ada lagi resepi terbaik untuk donat agar lebih lembut? Kalau ada... Jom Share :)


Assalamu'alaikum, hai... Suka tak?... Kalau ada sedara atau teman kita bermegah-megah... Cakap besar depan kita. Kalau kat Sarawa...



Assalamu'alaikum, hai...
Suka tak?... Kalau ada sedara atau teman kita bermegah-megah... Cakap besar depan kita. Kalau kat Sarawak... Bercakap besar disebut 'lawa'.Sebagai contohla ek! Si Fulan ni kemain lagi... Bangga yang anak dia belajar di oversea. Hari-hari dok memuji anak dia depan si Bedah. Kata ambik PhD la... Bijak la... Membanggakan mak bapak la. Pendek kata menggunung tinggila pujian dia... Sampai bingit telinga dengar. Tu aku yang cakap... Reaksi si Bedah tak tahu lagi.

Kalau korang... Berdepan dengan orang macam ni. Apa korang buat?

Adakah korang berdiam diri atau marah balik pada si Fulan? Cer jawab sikit... Hehe...

Aku sukala nak share pendapat Ustaz Kasim Elias... Dalam kalau dah Jodoh... Mengenai cara menghadapi orang yang suka bercakap besar. Ni... Aku dapat pagi tadi... Tengok siaran ulangan ustaz Kasim Elias bersama Abby Yus dan Shuib

First... Menurut Ustaz Kasim. Cuba mendiamkan diri... Sebaik mendengar rakan atau sedara bercakap besar.

tu cara pertama bagaimana nak hadap orang yang 'lawa'. Tapi... Kalau aku... Memang tak boleh diam diri. Sapa suka dengar orang asyik bercakap besar... Hari-hari dok ulang perkara yang sama... Macam kita ni pelupa tak ingat... Boring weh!!!

Dan cara kedua... Balas balik dengan cara berhemah... Biaq sedar sikit. Macam mana tu... Cara ni aku suka. Bila si Fulan bercakap besar. Kita balas balik dengan bercakap besar jugak... Lagi besar dari dia. Baru tahu... Siapa besar!!!... Kasi sedar sikitla kan. Tapi... Biarlah dengan cara berhemah... Jangan sampai bergaduh sudah!!! Lain jadinya nanti.

Pada aku. Hidup ini... Biarlah besederhana. Tak perlu nak bermegah. Mungkin... Kita hanya hebat di mata manusia... Tapi... Pada Allah... Takde siapa yang tahu. Wallahu'alam....


Assalamu'alaikum, hai... Saban hari kita disajikan dengan berita terkini mengenai taufan Haiyan yang membadai negara jiran kita,...



Assalamu'alaikum, hai...
Saban hari kita disajikan dengan berita terkini mengenai taufan Haiyan yang membadai negara jiran kita, Vietnam. Bukan saja banyak nyawa yang terkorban. Malah harta benda juga turut musnah dilanda taufan. Sungguh menyayat hati. 

Namun... Itu ujian yang Allah berikan pada umatnya bernama manusia. Bila atau bagaimana... Hanya Allah Maha Berkuasa. If google pun... Banyak gambar-gambar dan video taufan Haiyan dikongsikan. Sungguh ngeri!!! Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun... Kita seharusnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Agar lebih bersedia dan berusaha untuk memperbaiki diri dan ibadat. Aku suka mengingatkan diriku sendiri... Entah!... Bila dan bagaimana ajal kita dijemput... Semuanya Allah yang tentukan... 

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum, hai... Malam Jumaat before aku layan movie Agent Vinod . aku ada jugak tengok TGI AF 2013 di Astro Ria. Tengo...



Assalamu'alaikum, hai...
Malam Jumaat before aku layan movie Agent Vinod. aku ada jugak tengok TGI AF 2013 di Astro Ria. Tengok Hanis Zalikha, Zizan dan tetamu jemputan mereka... Pengarah dan jugak selebriti yang menyertai MasterChef Selebriti Musim ke-2. Sapa tak kenal Micheal Eng kan... Kan!

Menurut dorang... Minggu separuh akhir AF 2013 ni iaitu pada 10 November, malam ni... Para peserta AF ditugaskan bawak lagu bertemakan rock gitu... Macam manalah... Si Amira dan Nabilah yang bertudung tu bawak lagu rock yer? Entah menjadi ke tidak? Korang rasa bagaimana?

Menurut pendapat Micheal Eng... Siapa yang mara ke final AF 2013... Beliau sokong Faizul dan Hazael... Yeeeyyy! Aku pun sokong Faizul. Tapi... Kalau peserta perempuan... Yang mara ke final... Aku rasa Amira, Indah dan Aisyah kot... 

Korang rasa... Siapa yang tersingkir minggu ke-9 AF 2013? Aku rasa Indah atau Nabilah... Tersingkir minggu separuh akhir AF 2013.

Tapi... Apa-apa pun... Itu hanya ramalan aku?. Betul atau tidak... If berkesempatan bolehlah tonton AF 2013 malam ni, 10 November di Astro Ria.

Siapa minat AF 2013, korang sokong siapa?


Assalamu'alaikum, hai... Korang buat apa semalam? Mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan cari makan kan... Lain pulak kami ti...



Assalamu'alaikum, hai...
Korang buat apa semalam? Mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan cari makan kan... Lain pulak kami tiga beranak. Every weekend... Confirm! Terperuk di rumah. Takde tempat untuk dikunjungi. Namun... Tak kisah pun. Nak buat macam mana... Demi tugas. Cuma... Kekadang. Perasaan boring tu pasti bertamu di hati... Bohongla... Kalau tak boring asyik terperuk je kat rumah kan... 


Nak dijadikan cerita... Semalam sambil layan movie hindi Dil Se tv3, aku dan hubby lekatkan stickers untuk medal, hadiah nilam untuk hari Khamis ni. Biasalah... Hujung tahun. Confirm! Ada majlis penyampaian hadiah kan...

Sedang aku dan hubby dok sibuk lekat stickers. Datangla si Alia mendekati kami berdua. Ingatkan dia terus hanyut melayan mainan dia... Rupanya tidak. Siap! Kalau dia dah datang... Mesti nak tolong jugak... Tolong kacau je pun... Hehe!

Korang tahu... Mana dia lekatkan stickers tu?

Di dinding...

melekat stickers,

Sabo jelah... Dah tu... Lekat pun sebarang je. Tapi... Tu lah hasil tangan Alia... Yang dok kalut melekat sambil mulut membebel dok sebut lekat... Lekat.

Haha...


Assalamu'alaikum, hai... Cinta itu hadir,  Bukan untuk didusta, Hadirnya untuk memberi dan menerima... Hangatnya mendamai...



Assalamu'alaikum, hai...

Cinta itu hadir, 
Bukan untuk didusta,
Hadirnya untuk memberi dan menerima...
Hangatnya mendamaikan...
Dinginnya melemaskan...
Itulah cinta...

Apa perasaan... Bila orang yang kita sayang... Membohongi kita?

Assalamu'alaikum, hai... Sambil minum Low Acid Coffee ... Bersama pau kukus . Aku dan hubby layan Selamat Pagi Malaysia TV1. Seme...



Assalamu'alaikum, hai...
Sambil minum Low Acid Coffee... Bersama pau kukus. Aku dan hubby layan Selamat Pagi Malaysia TV1. Semenjak ada Astro ni... Jarang pulak tengok tv1.


Isu mereka bincang... Mengenai taufan Haiyan... Yang tengah melanda negara jiran kita, Vietnam.  Nama taufan Haiyan rupanya diberi oleh negara China. Ingatkan negara vietnam sendiri yang cipta. Malah... Setiap negara termasuk Malaysia rupanya berpeluang memberi nama taufan... Itulah yang diterangkan oleh panel yang mereka jemput.

Dijangka... Taufan Haiyan berterusan sehingga 12 atau 13 November. Dikatakan Malaysia juga tempias Kena taufan Haiyan... Di mana hujan di beberapa negeri. Patutla asyik hujan je 2 minggu ni. Banyak weii baju tak kering...

Tempat korang hujan memanjang tak?



Assalamu'alaikum, hai... Rezeki minum petang kami 3 beranak... Lepas lunch aku terus uli doh karipap sekali terus buat. Aku buatk...



Assalamu'alaikum, hai...
Rezeki minum petang kami 3 beranak... Lepas lunch aku terus uli doh karipap sekali terus buat. Aku buatkan karipap berinti sardin. Tapi... Ada gak orang panggil karipap inti sardin epok-epok sardin.


Dah banyak dah resepi aku try. Guna air aislah. Guna minyak, letak telur ada jugak. Tapi... Tak berapa nak rangup. Semua info aku cedok dari internet. Tak tau ler... Samada aku tak faham resepi atau aku salah buat. Hehe... 

Jadinya... Aku tukar guna marjerin. Aku terbaca dari resepi majalah wanita. Memang rangup. Resepinya... Cuma dua gelas tepung, segelas marjerin yang dicairkan, sedikit garam dan air untuk uli doh sampai boleh diacuankan. 

Sekarang dah tahu... Siap tulis dalam buku resepi lagi. Sabo jelah yer baca entri aku. Asyik-asyik cerita pasal resepi makanan. Biasalah... Mood tengah rajin belajar buat kuih. Tapi kan... Cakap pasal karipap. Dah banyak kali buat... Banyak kali jugak dapat komen yang tak berapa nak best dari hubby... Haha. Ambikmu. Tapi... Kali ni punya karipap. Memang tip top. Hubby pun kata 'ini baru karipap'... Boleh pulak gitu yer. Wo...Seh!!!


Assalamu'alaikum, hai... Selamat pagi semua. Hari ni dah Jumaat... Dan seawal pagi aku blogwalking. Singgah di blog tetamu istime...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat pagi semua. Hari ni dah Jumaat... Dan seawal pagi aku blogwalking. Singgah di blog tetamu istimewa. Seorang guru... Yang pandai bermadah puitis. Nama pun cikgu kan... 

Menurut entri beliau... Next week... Hari Khamis... Tanggal 14 November... Keputusan UPSR 2013 akan diumumkan. Hurmmm... Biasanya... Pada tarikh tu, selepas jam 10 pagi... Bolehlah adik-adik semak keputusan UPSR 2013 mereka secara online ataupun ambik sendiri di sekolah.

Bagi aku... Seelok-eloknya. Biarlah ambik ke putusan di sekolah. Tu lah hari-hari terakhir di sekolah rendah... Zaman kanak-kanak rebina akan beralih arah... Rugi tau. Boleh jumpa kawan-kawan dan guru. Feel pun lain tau... Semangat!!! Nak tahu result kawan-kawan. 

Apa-apa pun keputusan yang kita dapat. Cemerlang atau tidak... Belajar tetap diteruskan. 

Semoga berjaya buat adik-adik yang bakal dapat result UPSR 2013 next week :)


Hidup ini... Terlalu kompleks untuk dibicarakan Seperti... Kompleksnya cinta... Yang namanya buta. Namun... Andai ada 3K ( ...



Hidup ini...
Terlalu kompleks untuk dibicarakan
Seperti...
Kompleksnya cinta... Yang namanya buta.

Namun...
Andai ada 3K ( kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan ) dalam bercinta

Nescaya...
Ke akhir hayatlah
Agungnya cinta!!!

Assalamu'alaikum, hai...
Haha... Tetiba kata-kata itu menerewang ligat di dalam otak aku.

Puitis tak?


Assalamu'alaikum, hai... Di Facebook aku... Ramai yang update status pasal love you mr. Arrogant. Aku tak minat sangat nak tengok...



Assalamu'alaikum, hai...
Di Facebook aku... Ramai yang update status pasal love you mr. Arrogant. Aku tak minat sangat nak tengok... Tengok pun macam chipsmore... Kejap ada, kejap takde!!! Tak minat sangat heronya...

Apa-apa pun... Pada yang minat giler love you mr. Arrogant. Mesti tertunggu-tunggu nak tengok episod akhir malam ni kan.

Bila dah namanya episod akhir. Confirm! Ada slot akasia terbaru... Gantikan love you mr. Arrogant. Dah tengok dah promo slot akasia terbaru tv3 yang start 11 November 2013... Berjudul Playboy itu suamiku.

Playboy Itu Suami Aku adalah slot Akasia terbaru yang akan menggantikan Love You Mr. Arrogant. Drama ini diapdatasikan dari novel  karya Suri Ryana. Drama 28 episod, terbitan Temenggung Pictures. 

PELAKON

Nur Risteena
Fatah Amin


SINOPSIS


“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”


Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina Aulia tidak pernah aman semenjak mengenal playboy itu. Playboy yang sering buat dia panas hati. Raja Andrian Benjamin aka King of Crocodile - gelaran yang diberi Afina. King sering menguji tahap kesabaran gadis nerd seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida ibu kepada Raja Andrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis cucu Puan Sri melontarkan gadis ini ke lembah mencabar. Puan sri sangat berkenan nak jadikan Afina sebagai menantu. Afina buntu,lantaran adik kembarnya yang seksi bergaya adalah teman wanita Raja Andrian. Puan Sri ini bekenan pada Afina sebab dia terdengar Afina berdoa sesuatu yang menyentuh jiwanya. Afina dan Andrian menentang habis-habisan untuk disatukan. Namun, keduanya setuju kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Afina terpaksa bersabar dengan kerenah King.

5 bulan kemudian,

Afina terlibat dengan kemalangan dan hilang ingatan sementara@amnesia. Lebih malang dia tidak mengenali suaminya sendiri Raja Andrian. Dia ingat mama, kawan-kawannya tapi memori kahwin dengan King langsung tiada. Terkejut gila bila dia mengetahui dia dah kahwin. Dengan playboy pulak tu. Jenuh la mama dan mummy pujuk dia agar terus layan King dengan baik.

Afina kini tidak sama dengan Afina yang dulu. Afina yang baru lebih kasar dan tidak mudah dibuli seperti dahulu. Hari-hari Afina dan King bertekak. Namun, ia tetap memutikan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Dan bermula sesi bulan madu di rumah sendiri-sweet sangat. Namun, Afina terpaksa meninggalkan lelaki itu disebabkan Afina diugut agar tinggalkan suaminya jika tidak suaminya akan dibunuh. Fisya pula mula jadi orang ketiga antara mereka. Pura-pura baik konon.

Macam best... Tapi. Pelakonnya? Dah tengok baru boleh komen. Biasanya... Kalau first episod best... Confirm! Seterusnya gempak...

Sumber sinopsis playboy itu suami aku :http://kepalabergetar.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku-akasia-tv3-2013.html?m=1


Assalamu'alaikum, hai... Selamat kembali bertugas kepada yang bekerja hari ini. Pada yang masih dalam mood cuti... Selamat berlib...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat kembali bertugas kepada yang bekerja hari ini. Pada yang masih dalam mood cuti... Selamat berlibur ya... Hehe.

Ok... Actually aku bukanlah super duper mami yang hebat untuk mengulas mengenai bagaimana cara paling baik untuk mendidik anak ke apa. Semestinya... Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Lagipun... Anak baru sorang. Mana mungkin banyak pengalaman dalam mendidik anaklah kan.

Ni bukan baby lagi dah... Tapi budak besar yang dah reti gelak guling-guling ^_<.

Namun... Berdasarkan tajuk entri aku hari ini. Aku suka untuk berkongsi sedikit info hasil pembacaanku daripada sebuah buku berjudul "Soal Jawab Bayi & Kanak-Kanak" oleh Dr. Carol Cooper di mana... Beliau ada mengatakan bahawa bercakap dengan bayi since sehari dilahirkan adalah penting kerana bunyi memainkan peranan yang besar untuk si ibu menjalinkan kasih sayang dengan si anak. Kemudian... Lama-kelamaan, bayi akan bersedia untuk "berbual"... Mean. Ada masa dan ketika... Bayi akan cuba untuk menyahut.

Teringat pulak masa Alia berumur 3 bulan. Mulut dia... Dah start macam mulut itik je... Muncung!!! Bila aku panggil je nama dia... Reaksinya spontan seperti hendak menyahut. Rindu pulak aku dengan kenangan masa tu.

Then... Menurut Dr. Carol Cooper dalam bukunya lagi. Senyuman juga memainkan peranan penting kerana andai dipraktikkan... Nescaya dalam jangka masa pendek... Confirm! Baby boleh balas senyuman kita. Masa tu... Mesti rasa nak cubit je kan pipi baby yang tengah senyum kat kita. Penat pun hilang bila tengok baby senyum kan... Betul tak?


Assalamu'alaikum, hai... Sumber gambar adalah dari blog babat87.blogspot.com First thing... Selamat menyambut maal hijrah...



Assalamu'alaikum, hai...

Sumber gambar adalah dari blog babat87.blogspot.com

First thing... Selamat menyambut maal hijrah buat semua rakan blogger dan juga seluruh umat Islam di dunia. Tahun ni tema maal hijrah 2013 adalah "Wasatiyyah tunggak kesatuan ummah".

Semoga penghijrahan yang kita semua lakukan akan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Wallahu'alam...

Hari ini holiday. Apa korang buat?


Assalamu'alaikum, hai... Cerita semalam yang tak sempat aku nak publish. Ceritanya tentang popia. Hubby ha... Request buat kerepe...



Assalamu'alaikum, hai...
Cerita semalam yang tak sempat aku nak publish. Ceritanya tentang popia. Hubby ha... Request buat kerepek popia. Katanya... Buat makan tengok bola watson piala Malaysia. Biasalah kalau dah tengok bola. Mesti ada kudapan buat teman. Tak sah... Paling-paling pun biskut kering cicah kopi kaw-kaw... Kan!!!!

macam-macam resepi popia, popia paling senang dan jimat, popia goreng mudah,

Jadinya tetiba idea datang nak buat popia nestum. Tak pernah rasa lagi even ia antara resepi paling popular blogger selalu buat. Pernah jugak tengok blogger buat entri pasal resepi popia nestum paling mudah... Antara keyword selalu orang cari... Tu yang terfikir nak try. Haha... Kot-kot ada yang cari kat blog aku jugak nanti. Siapa tahukan... Yolah! Perasan lebih.  


Resepi popia nestum aku senang je. Aku guna 2 paket 3 in 1 nesvita nestum nestle yang dikisar halus dan ditambah 1 sudu gula... Yang jugak dikisar. Then... Bila popia dah digoreng. Ayak dan tabur jelah... Serius... Guna 3 in 1 nestum memang sedap. Berbaloi buat. Tak caya... Try buat. Confirm! Suka... 


Assalamu'alaikum, hai... Tahniah! Buat pasukan Pahang... Berjaya merangkul piala Malaysia Watson 2013 ... Dengan goal 1:0 oleh Ma...



Assalamu'alaikum, hai...
Tahniah! Buat pasukan Pahang... Berjaya merangkul piala Malaysia Watson 2013... Dengan goal 1:0 oleh Matias Conti pada minit 59. Hehe... Berbaloi aku temankan hubby tengok ok!

Actually... Hubby tak nak sokong Pahang. Kononnya alasan dia... Pahang telah kalahkan Sarawak sebelum ni... Sekaligus mematahkan peluang Sarawak untuk ke final. Tapi... Aku dalam diam menyokong Pahang... Sebab suka tengok Alex bermain. 

Apa-apa pun... Tahniah sekali lagi buat Pahang. Akhirnya... Pahang menjadi juara Watson Piala Malaysia 2013.


Assalamu'alaikum, hai... Semalam hubby nak tengok bola di astro arena. Aku pulak nak tengok Akademi Fantasia di astro Ria . Untuk...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam hubby nak tengok bola di astro arena. Aku pulak nak tengok Akademi Fantasia di astro Ria. Untuk berlaku adil. Tengok AF dulu... Iklan je... Tukar channel... Haha. Sampai begitu sekali nafsu kami berdua nak tengok tv. Alia jugak yang still cool layan educational song di handphone. Hehe... Sabo jelah!

Bila sampai part siapa yang tersingkir?... Mula-mula Dato' Siti announce Amira terkeluar. Oh! Rasa macam tak percaya yang Amira terkeluar di minggu ke-8 AF. Sebabnya... Bagi aku... Best apa suara Amira nyanyi. Unik!!!

Tapi... Hampeh! Baru Amira nak melangkah keluar tarik bagasi... Tetiba Amira disekat. Rupa-rupanya tiada penyingkiran. Ambikmu. Gimik je tu... Astro dah aturkan kot perjalanan AF. Apa pendapat korang?

This weekend. Kami 3 beranak tak ke mana-mana. Duduk rumah je pun. Tu yang banyak sangat masa untuk tengok tv bersama. Nak keluar pun... Rasa malas. Nak-nak sekarang ni. Kat luar macam dah tak selamat dah. Sana-sini kita dengar kes tembak-menembak. Kes ragut, kes bunuh. Jadinya... Ada sedikit ketakutan nak keluar rumah...


Assalamu'alaikum, hai... Lama jugak tak up entri pasal Alia. Last entri pasal dia... Aku tayang gambar Alia tiru gaya ayah dia se...



Assalamu'alaikum, hai...
Lama jugak tak up entri pasal Alia. Last entri pasal dia... Aku tayang gambar Alia tiru gaya ayah dia sembahyang. Bila ada anak kecik. Terpaksalah gilir-gilir sembahyang. Alia... Kalau bagi sejadah. Memang tak kacau pun kita sembahyang. 

Niat nak sembahyang berjemaah tu ada. Tapi... Tak confident. Kang... Tengah kita sembahyang. Dia pulak merayau ke tempat lain. Lagi... Sekarang dah super duper hebat memanjat. Bila dia tidur je... Boleh!

Khusyuk main beach car. Sampai tak perasan pun aku ambik gambar ^_<.

Now... Fizikal Alia meninggi je ada. Berat cuma ada sikit penambahan. Tak kisahla... Janji graf berat dalam kad kesihatan dia sentiasa menaik even sikit. Jangan pulak menurun sudah. Tak sanggup aku wei... Nak dengar leteran nurse macam sorang ibu time aku bawak Alia checkup hari tu... Sian! Kena marah. Nurse siap kata ibu tu tak bagi anak makan. Boleh pulak gitu!

Pada aku... Mana ada ibu yang tak bagi anak dia makan. Cuma tu lah... Pasti ada problem!. Anak memilih makanan lah. Lebih kuat bermain dari makan. Dan macam-macam karenah nak kena hadap. Tapi... Bila anak tak nak makan. Jangan pulak 'ditandah' ( dibiarkan dalam bahasa Sarawak ). Cubalah cari alternatif lain.

Tapi... Nurse pun tak bolehlah nak salahkan ibu tu jugak. Sebagai seorang penjawat awam. Kenalah berhemah bila bercakap. Janganlah sesedap mulut nak bantaila kan.


Assalamu'alaikum, hai... Semalam tengok Halaqah TV9 ... Sebab hubby nak tengok. Best jugak isu yang diperkatakan. ... Mengenai ma...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam tengok Halaqah TV9... Sebab hubby nak tengok. Best jugak isu yang diperkatakan. ... Mengenai manusia zaman sekarang jarang ke masjid... Kenapa boleh jadi macam tu... Itulah yang mereka kupaskan...

Masa iklan... Aku tukar channel kejap. Biasalah aku. Tak suka sangat tunggu iklan. Then... Tengok channel TV3. Eh! Boleh pulak ada rancangan Debaran Anugerah Skrin Ke-5. Awal Asha'ari pulak tu... Pengacaranya. Dulu ada ek! Before ASK... Ada up intro debaran bagai. Ke... Aku yang tak perasan.  

Kiranya debaran ASK tu untuk memperkenalkan senarai pencalonan penerima anugerah ASK 2013 yang bakal berlansung 29 Nobember ni... Siapalah ek! Pemenang anugerah Yasmin Ahmad 2013. Kalau before ni... Tak silap aku... Pierre Andre. Ah!... Lantak ler siapa pemenang. Kalau ada masa tengok ler nanti. Tak berminat sangat pun nak tengok. 

Lekat kat ASK kejap... Alia pulak tak sudah layan Ipin Upin sebelah... Join kuak lentang atas toto dengan aku. Biasalah... Kami 3 beranak. Bila malam je... Tengok TV mana pernah tak menonton dalam keadaan baring... Mesti wo. Apa yang best'nya aku pun tak tau... Alih-alih... Tengok Alia dah tidur. Semalam... Lewat giler dia tidur. 11.45 malam baru tidur... Siap aku boleh layan movie hindi Raavan lagi lepas tengok Halaqah... Sambil berblog. Ada Note... Boleh memudahkan kerja aku. Tapi... Serius!!! Boring giler jalan ceritanya. Kisah asyawara rai... Hish! Susah aku nak sebut nama artis sorang ni tau. Berbelit lidah aku... Yang kena tangkap dengan musuh suaminya. Dalam 14 hari bersama musuh suaminya. Boleh pulak dia jatuh cinta dengan musuh suaminya. 

Huhu... Kalau tengok tv. 24 jam pun tak habis. Banyak sangat pilihan. Lagi... Sekarang ni ada add-on kemudahan seperti tonton online dan jugak youtube. Lagilah... Tak risau pun tak tengok.

Semalam pun... Final Super Spontan berlansung di Astro Warna. Tu pun... Aku tengok para blogger yang up'kan entri pasalnya. Aku kenal rancangan Super Spontan pun masa free channel hari tu. Tetiba pulak terpikat. Asal ada masa je... Confirm! Aku tonton online. Hehe... Biasalah bukan pelanggan channel astro warna katakan. Dengar cerita... Tu pun baca kat blog orang... Jep yang jadi pemenang Super Spontan 2013. Betul ke?... Nanti nak tengok ler. InsyALLAH... 

Huhu... Bila ada masa layan tv. Semua rancangan boleh ulas. Sabo jelah. Tapi... Bukan selalu pun kan... Kan?


Assalamu'alaikum, hai... Pada yang perasan aku tak update blog. Mungkin berasa hairan. Atau... Aku yang syok sendiri je kot ingat...



Assalamu'alaikum, hai...
Pada yang perasan aku tak update blog. Mungkin berasa hairan. Atau... Aku yang syok sendiri je kot ingatkan korang perasan aku tak update blog. Hehe... Takpelah! 

Actually... Lebih seminggu dah aku start jual kerepek popia crispy. Alhamdulillah... Sambutan yang sungguh tak dijangka. Setiap hari mesti habis dijual. Malah ada yang call buat order. Namun... Aku jual kecil-kecilan je pun setakat ni. Jual pun dalam pasaran kelompok cikgu je. Bagi aku bisnes jual makanan memang mudah. Tapi tula... Kena rajin dan sabar buat. Huhu... 


Nak jual secara online... Setakat ni tak terfikir lagi even si Zaza ada cadangkan. Tapi... Bukan Zaza je yang cadangkan. Malah ada dua tiga orang jugak yang cadangkan. Hurmmm... Nantilah aku fikirkan. Kalau dah rezeki. Tak ke mana kan? 

Alhamdulillah... Rezeki Alia. Oh! Ya... Pada blog yang belum aku terjah. Minta maaf yer. InsyaALLAH... Slow-slow akan aku terjah jugak nanti.

Apa-apa pun... Terima kasih pada yang sudi berkunjung. Tanpa korang... Sunyilah blog aku. Hehe...