Assalamu'alaikum,hai... Hari penting buat rakyat Malaysia. Yang half day kerja... Confirm! Dah siap-siap depan tv. Mesti tengok  ...

Apakah Intipati Bajet 2014?

/
2 Comments


Assalamu'alaikum,hai...
Hari penting buat rakyat Malaysia. Yang half day kerja... Confirm! Dah siap-siap depan tv. Mesti tengok belanjawan 2014. Aku dan hubby pun tak nak ketinggalan. Hehe... Biasalah hubby. Mana mungkin boleh ketinggalan. Seawal jam 3 dah terpacak depan tv... Untuk tengok pembentangan bajet 2014 sambil layan milo panas dan kerepek popia crispy. Lagi... Lagi kat luar hujan. Memang sesuai sangat nak hadap tv ^_<.

Macam-macam andaian dibuat pasal bajet 2014 yer... Tapi tetap sabar menunggu jam 4 petang di mana PM akan membentangkan bajet 2014. Huhu... Color oren... Baju PM untuk bentangkan bajet... Itu pun Syed Munawar take note. Haha... Macam-macamlah tv1 ni.

Bila PM mula berbicara... Perkara penting yang aku sempat take note berkaitan kandungan bajet 2014 adalah seperti berikut :-
  1. Memperteguhkan ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan janji... Itulah tema pembentangan bajet 2014.
  2. Peruntukan bajet 2014 adalah sebanyak 264.2 Billion.
  3. 5 teras utama bajet 2014 ialah Pertama merancak aktiviti ekonomi, di mana menggalakkan industri penerbanganpromosi sektor pelancongan, Meluaskan aset internet, (high speed broadband akan dilancarkan dan 1000 menara pemancar jalur lebar akan dibangunkan) dan mengukuhkan pasaran kewangan dan... Banyak lagi penerangannya mengenai merancakan aktiviti ekonomi. Nanti... Hubby download. Tak sempat nak taip. Yang pasti banyak sektor mendapat manfaat daripada bajet 2014 termasuklah para petani... Juga tidak dilupakan. 1Met juga diperkenalkan. Itu mengenai teras pertama bajet 2014.
  4. Teras kedua bajet 2014 ialah mengukuhkan pengurusan fiskal. Ini berkaitan penjawat awam. Kerajaan akan menubuhkan unit sekuriti di setiap sektor kementerian. Penambahbaikan pengurusan belanjawan juga turut diperkatakan. Mengutamakan pembangunan projek berimpak tinggi dan banyak lagi termasuklah berkaitan rasionalnya subsidi. GST diwujudkan akhirnya... GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dan kadar Gst ditetapkan adalah 6%. Merupakan kadar terendah. GST tidak dikenakan kepada barang asas seperti beras, tepung, minyak dan sebagainya. Perkhidmatan bas, perumahan dikecualikan daripada GST. Oleh itu struktur cukai akan disusun semula dan akan dilaksanakan pada tahun 2015. 
  5. Kemudian... Teras ketiga bajet 2014 ialah Mengunggul modal insan. Yang ni berkaitan pendidikan. Teras yang hubby tunggu-tunggukan. Hehe... Antara yang PM turut perkatakan mengenai pendidikan ialah dengan Melaksanakan proses pemantapan profesion perguruan. Membina 33 buah sekolah baru. Meningkatkan akses internet di sekolah luar bandar. Penerbitan jurnal ilmiah peringkat antarabangsa juga turut diperkatakan dengan mewujudkan sebuah tempat untuk menghasilkan jurnal ilmiah. Huhu... Banyak tu. Sampai aku tak sempat nak tangkap.... Tapi bantuan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah sebanyak RM100 akan diteruskanBaucer buku 1 Malaysia juga diteruskan dengan nilai sebanyak RM200 kepada pra universiti dan pelajar universiti.
  6. Teras keempat bajet 2014 ialah mempergiatkan pembangunan bandar dan luar bandar.
  7. Teras kelima bajet 2014 ialah mensejahterakan kehidupan rakyat. Keselamatan rakyat akan diutamakan dengan menyediakan sejumlah peruntukan kepada ATM, PDRM dan TLDM. Jururawat akan ditambah. Mean... Banyaklah kekosongan jawatan jururawat lepas ni ^_^. Subsidi gula dimansuhkan. Wang saku kanak-kanak di kebajikan dinaikkan termasuk wang saku warga emas. BR1M 3.0 diteruskan ditambah menjadi RM650 dan untuk yang bujang mendapat RM350. Bonus setengah bulan gaji akan dibayar pada Januari 2015.

Tu antara yang sempat aku take note. Semoga Intipati bajet 2014 memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia setelah beberapa bulan menunggu yer.

So, apakah pendapat korang mengenai bajet 2014?



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. entah. no komen. tp tak ada yang menarik lah. haihh

    ReplyDelete
  2. entah ekk,budget ni selalunya pnjawat awam macam muni tggu umum bonus je la.haha

    ReplyDelete