08 October 2013

Anak Suka Menconteng, Apa Penyelesaiannya?



Assalamu'alaikum, hai...
Bila ada anak... Kita seharusnya punyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapi karenah si kecil yang sedang membesar. Kekadang geram jugak dibuatnya. Tapi... Bila dia tunjuk muka seposen... Tak jadi nak marah. Kesian lagi ada.

Lately... Alia bukan je suka nak ke bilik air. Tapi jugak sangat suka menconteng. Pantang tengok pen atau pensil. Kalau kita mintak. Dia laju-laju cuba sorokkan... Dah tu, macam apa je quaters guru ni dibuatnya. Bukan tu je... Sekali dengan badannya sendiri pun diconteng. Hurmmm... Menduga iman betul.


Tapi... Sekarang Alia dah tak menconteng dinding atau badan... Tapi papan putih berkarbon. Murah je pun... RM4.50 je. Siap boleh ajar Alia tekap benda lagi. Selesai masalah menconteng. Macam-macam ragam nak kena hadap... Huhu. Baru sorang.... Belum lagi berdozen.




9 comments:

  1. hehee anak² saya pun mcm tu dulu..habis dinding rumah penuh dengan 'karya' diaorang

    tapi dah besar nie dah faham la..tulis atas buku je

    ReplyDelete
  2. hihi.. teringat masa kecil dulu suka conteng dinding rumah, macam-macam nak lukis dan tulis.. senang dah ada papan putih tu kan.. boleh alia conteng sepuas-puasnya..

    ReplyDelete
  3. anak mama pun sama kak, apa nak buat lagi, biarkan jer lah... hihi, seronok tengok gelagat mereka ni, kreatif..

    ReplyDelete
  4. Dah jumpa jalan penyelesaiannya yer ☺

    ReplyDelete
  5. kalo anak2 zura sekejap jer dia main bendealah tuh.
    dinding jugak yang dia suka.. hari2 mamanye jadik tarzan. hahahaha

    ReplyDelete
  6. klu anak suka menconteng ni derang sebenarnya kreatif.tgok gaya pandai alia ni

    benda ni mmg wajib beli dekat anak,tp klu dh namanya suka menconteng,ada benda ni pun mesti dinding pun dia conteng.hehe

    ReplyDelete
  7. kalau budak budak suka conteng ni kreatif sebenarnya kan.. macam anak buah Ros yang perempuan, masa kecik-kecik memang suka conteng dinding rumah. hihi.. tapi, dia memang ada seni la.. memang pandai melukis. sekarang dah 8 tahun.. memangcantik lukisannya..

    ReplyDelete
  8. alisha pun ada bnda aah mni... tp tu la, dinding jugak yg dia suke...

    ReplyDelete