Assalamu'alaikum,hai...



Assalamu'alaikum,hai...


Assalamu'alaikum, hai... Rasanya dua hari dah tak update blog . Rasa rindu pulak nak menaip. Lagipun... Baru ada masa lapang siki...



Assalamu'alaikum, hai...
Rasanya dua hari dah tak update blog. Rasa rindu pulak nak menaip. Lagipun... Baru ada masa lapang sikit. Tu yang baru muncul... Plus sibuk sikit layan order kerepek popia crispy daripada cikgu. Nak tak nak... Kena lupakan blog seketika. Sikit je pun... Order. Sibuk je yang lebih. Hikhik... 

Lagi satu... Idea lansung takde. Lagi parah nak update. Ni pun saja nak tayang first time buat onde-onde sendiri. Menjadi!!!...


Before mengarang ayat untuk update blog petang semalam. Aku sempat buat onde-onde buat minum petang. Hubby ha... Minum petang mesti ada. Sebab malam tak makan. Makan buah je. Tu yang kekadang kena ada juadah minum petang. Lagipun... Dah terbiasa. Family belah aku. Terutama mak ayah aku. Petang-petang duduk laman rumah. Kumpul ramai-ramai... Sambil minum petang. Layan teh dan kuih. Tu jadi kebiasaan tu. 

Tetiba rasa happy dalam hati... Dapat buat onde-onde hasil air tangan sendiri. Siap dapat pujian lagi dari hubby. Hahaha...

Sekian... Celoteh aku. Insya ALLAH... Perlahan-lahan aku akan blogwalking. Rindu nak baca entri blogger di bloglist aku. ^_^..


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Bajet 2014 pun dah dibentang. But takde komen untuk itu ok. Biarlah orang yang arif men...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Bajet 2014 pun dah dibentang. But takde komen untuk itu ok. Biarlah orang yang arif mengenainya berbicara dan berdebat. Malas nak fikir.


Tapi... Semalam Nuffnang bagi lagi Buffered Earning (BE) untuk blog aku selepas BE/CPUV Sunsilk Samson S. Rezeki Alia. Nampaknya tak jadi lagi nak cashout bulan ni. Nak kumpul dulu nampak gayanya. Ingat nak cashout Isnin ni. Tapi... Dapat BE lagi. Biarkan dululah. Lagipun... Aku tak google lagi cara terbaik untuk cashout Nuffnang. Sebelum ni pernah terbaca di blog seseorang. Entah tak ingat blog siapa. Tapi... Dia ada terangkan cara mudah untuk cashout Nuffnang agar dibayar tanpa sebarang masalah atau terlalu lama sampai 2 bulan. Nanti nak jejak balik before cashout.

Alhamdulillah...

Apa-apa pun... Terima kasih pihak Nuffnang dan jugak ribuan terima kasih buat yang sudi singgah di blog aku. Tanpa korang... Sunyilah blog aku.

Nota kaki : Tak dapat nak printscreen iklan Thor 2 Gsc Partnership sebab tak berkesempatan tengok iklan tu muncul... ^_<.




Assalamu'alaikum,hai... Hari penting buat rakyat Malaysia. Yang half day kerja... Confirm! Dah siap-siap depan tv. Mesti tengok  ...



Assalamu'alaikum,hai...
Hari penting buat rakyat Malaysia. Yang half day kerja... Confirm! Dah siap-siap depan tv. Mesti tengok belanjawan 2014. Aku dan hubby pun tak nak ketinggalan. Hehe... Biasalah hubby. Mana mungkin boleh ketinggalan. Seawal jam 3 dah terpacak depan tv... Untuk tengok pembentangan bajet 2014 sambil layan milo panas dan kerepek popia crispy. Lagi... Lagi kat luar hujan. Memang sesuai sangat nak hadap tv ^_<.

Macam-macam andaian dibuat pasal bajet 2014 yer... Tapi tetap sabar menunggu jam 4 petang di mana PM akan membentangkan bajet 2014. Huhu... Color oren... Baju PM untuk bentangkan bajet... Itu pun Syed Munawar take note. Haha... Macam-macamlah tv1 ni.

Bila PM mula berbicara... Perkara penting yang aku sempat take note berkaitan kandungan bajet 2014 adalah seperti berikut :-
  1. Memperteguhkan ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan janji... Itulah tema pembentangan bajet 2014.
  2. Peruntukan bajet 2014 adalah sebanyak 264.2 Billion.
  3. 5 teras utama bajet 2014 ialah Pertama merancak aktiviti ekonomi, di mana menggalakkan industri penerbanganpromosi sektor pelancongan, Meluaskan aset internet, (high speed broadband akan dilancarkan dan 1000 menara pemancar jalur lebar akan dibangunkan) dan mengukuhkan pasaran kewangan dan... Banyak lagi penerangannya mengenai merancakan aktiviti ekonomi. Nanti... Hubby download. Tak sempat nak taip. Yang pasti banyak sektor mendapat manfaat daripada bajet 2014 termasuklah para petani... Juga tidak dilupakan. 1Met juga diperkenalkan. Itu mengenai teras pertama bajet 2014.
  4. Teras kedua bajet 2014 ialah mengukuhkan pengurusan fiskal. Ini berkaitan penjawat awam. Kerajaan akan menubuhkan unit sekuriti di setiap sektor kementerian. Penambahbaikan pengurusan belanjawan juga turut diperkatakan. Mengutamakan pembangunan projek berimpak tinggi dan banyak lagi termasuklah berkaitan rasionalnya subsidi. GST diwujudkan akhirnya... GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dan kadar Gst ditetapkan adalah 6%. Merupakan kadar terendah. GST tidak dikenakan kepada barang asas seperti beras, tepung, minyak dan sebagainya. Perkhidmatan bas, perumahan dikecualikan daripada GST. Oleh itu struktur cukai akan disusun semula dan akan dilaksanakan pada tahun 2015. 
  5. Kemudian... Teras ketiga bajet 2014 ialah Mengunggul modal insan. Yang ni berkaitan pendidikan. Teras yang hubby tunggu-tunggukan. Hehe... Antara yang PM turut perkatakan mengenai pendidikan ialah dengan Melaksanakan proses pemantapan profesion perguruan. Membina 33 buah sekolah baru. Meningkatkan akses internet di sekolah luar bandar. Penerbitan jurnal ilmiah peringkat antarabangsa juga turut diperkatakan dengan mewujudkan sebuah tempat untuk menghasilkan jurnal ilmiah. Huhu... Banyak tu. Sampai aku tak sempat nak tangkap.... Tapi bantuan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah sebanyak RM100 akan diteruskanBaucer buku 1 Malaysia juga diteruskan dengan nilai sebanyak RM200 kepada pra universiti dan pelajar universiti.
  6. Teras keempat bajet 2014 ialah mempergiatkan pembangunan bandar dan luar bandar.
  7. Teras kelima bajet 2014 ialah mensejahterakan kehidupan rakyat. Keselamatan rakyat akan diutamakan dengan menyediakan sejumlah peruntukan kepada ATM, PDRM dan TLDM. Jururawat akan ditambah. Mean... Banyaklah kekosongan jawatan jururawat lepas ni ^_^. Subsidi gula dimansuhkan. Wang saku kanak-kanak di kebajikan dinaikkan termasuk wang saku warga emas. BR1M 3.0 diteruskan ditambah menjadi RM650 dan untuk yang bujang mendapat RM350. Bonus setengah bulan gaji akan dibayar pada Januari 2015.

Tu antara yang sempat aku take note. Semoga Intipati bajet 2014 memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia setelah beberapa bulan menunggu yer.

So, apakah pendapat korang mengenai bajet 2014?

Assalamu'alaikum,hai... Selalunya kalau korang isi minyak kereta. Korang suka di mana? Petronas atau Shell?... Dan kenapa? Ka...



Assalamu'alaikum,hai...
Selalunya kalau korang isi minyak kereta. Korang suka di mana? Petronas atau Shell?... Dan kenapa?

Kalau aku dan hubby bergantung kepada tempat. Kalau di Bintulu ni... Since kami pindah... Until now, Shell adalah destinasi pilihan kami untuk isi minyak kereta. Why?...

Bukan sebab minyak di Shell lebih bagus atau murah dan atau minyak di Shell ada discount ke apa. No...

Tapi... Sebab infrastrukturnya di mana kawasannya yang sangat-sangat lapang dan sungguh menyelesakan. Tak sesak... Space banyak untuk parking. Tak perlu nak berebut bagai. Lagi satu... Sesetengah tempat malah di Bintulu pun, kekadang mereka tolong isikan minyak. Tu yang syoknya.

Tapi... Aku ada sorang kawan tau. Dia tak isi minyak di Shell namun memilih untuk isi minyak kereta di Petronas. Kononnya... Minyak di Petronas lebih bagus daripada minyak di Shell.

Betul ke?


Assalamu'alaikum, hai... Dah lama simpan angan-angan nak beli philips Viva Airfryer ni. Asyik tertangguh je. Apa taknya... Duit ...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah lama simpan angan-angan nak beli philips Viva Airfryer ni. Asyik tertangguh je. Apa taknya... Duit asyik keluar masuk. Alih-alih tertangguh. Setakat ni... Yang nilah yang aku berkenan... Even harga sekitar RM1,199. Ada tak yang lebih murah dan ok jugak function'nya ek?


Daripada survey yang aku buat philips Viva Airfryer ni adalah salah satu cara memasak yang mampu kurangkan lemak sehingga 80 peratus... Sebab masak tak guna minyak. Boleh je goreng ayam atau kentang dalam tu. Sihat kan?

Tapi... Kalau ada yang lebih murah dan bagus. Pun ok jugak. Hurmmm... Nanti nak survey lagi kalau-kalau ada yang lebih murah. 

Alahai... Bilalah aku dapat beli ek!... 


Assalamu'alaikum, hai... Kebiasaan bila petang. Mesti fikir juadah apa untuk minum petang... Tak tau nak buat apa. As a perempuan...



Assalamu'alaikum, hai...
Kebiasaan bila petang. Mesti fikir juadah apa untuk minum petang... Tak tau nak buat apa. As a perempuan mesti fikir nak masak sesuatu.

Rajin tetiba datang. Aku buat kerepek popia semalam. Resepi rahsia mak aku. Kalau kat kampung... Memang laris mak jual. Alhamdulillah... Kalau aku. If ada yang order je aku buat. 1 balang RM10... 

kerepek popia, resepi terkini,

Alia suka makan. Untuk sendiri... Aku buat tak berapa nak pedas. Kalau pedas. Alia tak mau nak makan. Nak tak nak... Ada anak. Kenalah ikut selera anak tekak dia. Tambahan... Hubby pun tak suka pedas sangat... 

Bila dah siap... Tak sampai sejam. Dah habis 1 balang... Hubby dan Alia kerjakan...

Pepagi dah tayang makanan yer... Sabo jelah.



Assalamu'alaikum, hai... Siapa suka makan tempe? ... Aku makan if ada. Tapi... Kalau takde pun tak kisah. Kiranya tak minat sanga...



Assalamu'alaikum, hai...
Siapa suka makan tempe?... Aku makan if ada. Tapi... Kalau takde pun tak kisah. Kiranya tak minat sangatla dengan tempe. Kalau encik suami. Tempe is makanan favourate dia. Nampak... Confirm! Beli ^_^. Tapi... Kalau kobis jeruk goreng telur. Itu memang favourate aku. Seminggu sekali... Mesti buat!

Baru-baru ni aku ada terbaca satu info mengenai makanan yang diperam di Majalah iSIHAT keluaran September 2013. Di mana... Terdapat 7 makanan yang diperam bagus untuk dimakan. Antaranya ialah Kombucha atau teh yang difermentasi, Sauerkraut atau kobis peram, jeruk sayur atau buah, yogurt kelapa, Miso iaitu kacang soya yang diperam, kimchi dan tempe.

Dipetik daripada Majalah iSIHAT keluaran September 2013

Ia dikatakan kaya dengan sumber probiotik yang meningkatkan bakteria baik dalam perut yang menyembuhkan masalah perut bocor dan sindrom usus rengsa serta meningkatkan imuniti tubuh.

That it's...

Before ni... Aku bantai je makan kobis jeruk goreng dan tempe. Ingat takde kebaikan makanan yang diperam. Rupanya ada jugak. Tapi... Makan pun kena berpada-pada jugak. Macam kobis jeruk di Sarawak. Masin woo... Kena rendam dulu. Baru boleh masak.

Lepas ni... Dah tahu kesan makan makanan yang diperam... Tak perlulah risau. Ye tak?



Assalamu'alaikum, hai... Semenjak ditayangkan sampai sekarang... Upin dan Ipin memang gah di hati masyarakat... Sehinggakan banya...



Assalamu'alaikum, hai...
Semenjak ditayangkan sampai sekarang... Upin dan Ipin memang gah di hati masyarakat... Sehinggakan banyak produk di pasaran yang menjadikan Upin Ipin untuk muka depan pembungkusan produk. Dari baju sampailah ubat gigi. Tapi... Semuanya produk untuk budak-budak.

Apalagi... Budak-budak. Confirm! Suka. Macam anak sedara aku. Pantang bawak shopping. Nampak baju atau botol air Upin Ipin... Mesti mintak belikan. Kalau tak dibeli... Mahunya satu bangunan dengar dia melalak...

Hebat kan... Penangan Upin Ipin. Alia pun... Sekarang ni. Dok sebut Pin... Pin je bila tengok iklan animasi Upin Ipin di TV. Sikit hari nanti... Bila dah reti bercakap. Confirm! Mintak dibelikan jugak if ternampak something yang tertera Upin Ipin... Haha....


Assalamu'alaikum, hai... Terasa pelik pulak tajuk cerita aku. Kalau aku dah banyak kali makan aiskrim. Tapi... Nak cerita anak da...



Assalamu'alaikum, hai...
Terasa pelik pulak tajuk cerita aku. Kalau aku dah banyak kali makan aiskrim. Tapi... Nak cerita anak dara aku, si Alia. Semalam... Pergi pasar sungai Asap. Dah jadi kemestian hubby... Mesti beli aiskrim kon cornetto vanilla 1 kongsi berdua.

Then... Tetiba hubby beli satu mini cornetto dengan Alia. Sian katanya... Selalu... Dok mendonggak je Alia bila tengok hubby makan aiskrim. Tu yang beli. Kemain suka Alia dapat aiskrim. First time kan... Biasalah. Sikit... Sikit! Alia makan. Macam takut nak makan pun ada. Apa yang dia fikirkan ek! 


Mungkin. Dia rasa sejuk masuk kerongkong tu kot... Yang buat dia sedikit kejakunan. Haha...

Agak-agak aku dulu pun macam Alia jugak kot... Bila first time makan aiskrim ^_<.

Nota Kaki : Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat aiskrim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620an. Lepas tu wujud bermacam-macam perisa ais krim di dunia.


Assalamu'alaikum... Sumber gambar adalah daripada ILUVISLAM.CON Selamat hari raya buat semua. Pada rakan blogger yang bal...



Assalamu'alaikum...

Sumber gambar adalah daripada ILUVISLAM.CON

Selamat hari raya buat semua. Pada rakan blogger yang balik beraya... Hati-hati di jalan raya ok.

Bye!

Kejap lagi kami 3 beranak akan berangkat balik ke sekolah. Doakan moga perjalanan kami selamat yer :)


Assalamu'alaikum,hai... Nak cerita kisah semalam... Nak percaya atau tidak... Wallahu'alam. Masa dinner semalam, aku dan Alia...



Assalamu'alaikum,hai...
Nak cerita kisah semalam... Nak percaya atau tidak... Wallahu'alam. Masa dinner semalam, aku dan Alia tak keluar. Stay kat hotel je... Kepala aku haa... Tetiba pening. 

Hubby tanya nak makan apa. Disebabkan pening... Selamba badak... Jawab 'apa-apa jelah'. Hehe... Sempat hubby melawak... Ada ke menu apa-apa jelah?. Adus! Sekali lagi aku kena. Dah banyak kali dah kena dengan dia sebenarnya... Bukan semalam je. Dia tahu sebenarnya... Aku tak cerewet sangat. Yang penting sedap!

Bila dia dah keluar. Tetiba terfikir nak minum Marigold peel fresh. Nak call... Ah! Malas... Tak payah ler bentak hatiku.


Bila hubby balik... Eh! Eh!... Dia ada belikan Marigold peel fresh. Botol besar lagi. Ambik mu... So, aku cakap ler kat dia. Macam tau-tau je... Aku nak minum. Sambil tersenyum... Seraya menjawab... Biasalah... Instinct kuat. 

Amboi! Jawapan... 

Tapikan... Percaya tak dengan perkara sebegitu. Entahla... Yang penting. Semalam... Dinner kami bertiga kekenyangan walaupun menu simple je. KFC dan Marigold feel fresh... Alhamdulillah!


Assalamu'alaikum, hai... Isu semasa terhangat di media right now pasal majlis perkahwinan Aeril dan Wawa . Sana-sini dok bercer...




Assalamu'alaikum, hai...
Isu semasa terhangat di media right now pasal majlis perkahwinan Aeril dan Wawa. Sana-sini dok bercerita pasal mereka. 

Semalam... Aku baca section sensasi dalam Mingguan Malaysia. Terbacalah pasal pengakuan Aeril dan Wawa mengenai pernikahan mereka. Sikit info sempat aku snap...


Wallahu'alam... Kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Apa yang mampu aku kata. Semoga mereka bahagia hingga akhir hayat... Nak kecoh pun tak guna. Perkara dah berlaku. Biarlah berlalu...


Assalamu'alaikum, hai... Tengok tajuk... Macam nak bolot kata kunci dalam carian. Siap taip pau kukus mudah lagi. Haha... Act...



Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tajuk... Macam nak bolot kata kunci dalam carian. Siap taip pau kukus mudah lagi. Haha...

Actually, kisah semalam before berangkat ke Bintulu.

Bila weekend. Hubby ada sepanjang masa di rumah. Apalagi... Macam-macam request untuk habuan anak tekak. Biasa... Bubur kacang. Tapi... Kali ni. Aku pulak teringin nak makan 'roti kapit'. Memandangan di sini susah nak dapatkan roti... Aku pun buatlah pau kukus... Apit dengan aiskrim mat cool... Huhu. Sampai 3 biji pau aku habiskan. 


Alia pun layan... Sampai ha...bis muka 'monyeng' ( comot ). Sabo jelah. 

Kekenyangan... Sampaikan lunch pun tak makan... Kecuali budak kecik yang masih bernafsu nak makan walaupun sikit.


Assalamu'alaikum, hai... First thing... Selamat menyambut hari raya haji buat semua yang mengenali Fiza. Raya kali ni... Tak...



Assalamu'alaikum, hai...
First thing... Selamat menyambut hari raya haji buat semua yang mengenali Fiza.

Raya kali ni... Tak balik kampung. Kalau balik... Confirm! Cuti habis atas jalan. So... Kitorang 3 beranak beraya kat hotel Bintulu jelah... Semalam lagi dah berkampung di hotel. Esok petang baru balik ke sekolah...

Disebabkan mengenangkan nasib yang tak dapat nak balik kampung... Aku lansung tak boleh nak pejamkan mata. Nak tak nak buatla aktiviti apa yang patut... Sementara hubby dan Alia tidur tak ingat dunia di sebelah. Hikhik...

BE/CPUV BULAN OKTOBER, Sunsilk Samson S, iklan terbaru dari nuffnang,

Nak dijadikan cerita... Seperti biasa. Bila Isnin datang. Confirm! Login akaun Nuffnang. Alhamdulillah! Rezeki Alia. Dapat BE/CPUV Sunsilk Samson S. BE/CPUV ke-22 untuk tahun ni selepas BE/CPUV KL Sogo Trensetter online. Dah credited dah pun. Alhamdulillah... Dan merupakan CPUV pertama untuk bulan Oktober. Terima kasih Nuffnang kerana berterusan memberi kepercayaan kepada blog picisan seperti blog aku.

Buat mereka yang sudi datang jenguk blog aku. Also big thanks to all of you. Tanpa korang, sunyilah blog aku.

Terima kasih semuanya ^_<.


Assalamu'alaikum, hai... Beberapa hari lepas... Aku update survey akaun Nuffnang aku. Perasan pulak 1 rating iaitu star untuk sk...



Assalamu'alaikum, hai...
Beberapa hari lepas... Aku update survey akaun Nuffnang aku. Perasan pulak 1 rating iaitu star untuk skyscraper hilang. Aku try ler update balik html iklan skycraper di blog aku. Kot-kot blog aku yang problem. Then, sehari lepas tu. Still takde perubahan. 

Semalam seawal pagi aku check lagi... Hilang pulak semua star kat situ termasuk large rectangle dan leaderboard. Apalagi... Aku send ler tiket untuk tanyakan kenapa ia terjadi. Memang cepat perkhidmatan pihak Nuffnang... Hari yang sama aku dapat feedback seperti berikut.


Mereka kata tak bagi effect kepada earning dan jangan risau. So, tak payah ler nak risau... Maybe... Akaun Nuffnang sekarang ada teknikal problem. Tunggu jelah... If tak berubah. Hantar lagi tiket... Haha. Kalau rajin. 

Aku percaya... Bukan aku sorang hadapi masalah ini. Mesti ada blogger lain yang punyai masalah sama seperti aku...

Betul tak?


Assalamu'alaikum, hai... Pejam pelik, pejam pelik dah hari Jumaat. Entri pun sekadar renungan bersama buat kita semua. Sumbe...



Assalamu'alaikum, hai...
Pejam pelik, pejam pelik dah hari Jumaat. Entri pun sekadar renungan bersama buat kita semua.

Sumber gambar diambil dari Majalah Solusi 2011

Bila tengok dialog di atas... Antara sorang ayah dan anak. Apakah yang kita fikirkan... Adakah Aman akan menurut kata ayahnya untuk menunaikan solat? atau adakah Aman menangguhkan solatnya jugak seperti ayahnya?

Pada aku... Ibu bapa ialah guru pertama untuk si anak. Jelas lagi nyata... Itulah realiti sebenarnya yang harus kita akur untuk menghadapinya. Baik yang kita tanam, baik jugak hasilnya yang kita dapat...

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum, hai... Korang suka tak makan sotong? ... Haha... Pepagi lagi dah publish entri pasal makanan yer ^_<. Ka...



Assalamu'alaikum, hai...
Korang suka tak makan sotong?... Haha... Pepagi lagi dah publish entri pasal makanan yer ^_<.

Kalau aku... Memang menjadi kecintaan hati. Begitu jugak dengan hubby. Wajib ada setiap kali beli barang dapur. Top ten dalam list tau... Haha. Sampai macam tu sekali... 

Paling best... Selain sotong bakar, aku lebih gemar buat tom yam. Boleh habis sepinggan aku belasah. Hebat tak hebat....

Tapi... Satu je yang aku tak suka pasal sotong... Bila part nak bersihkan sotong. Me...mang malas giler. Ambik masa nak buat... Dah tu, kekadang boleh muntah dibuat bau hanyirnya yang kuat.

Ada tak ek! Petua untuk bersihkan sotong dengan cepat?... Terutamanya bahagian kulit hitam. Kalau belah dalam... No problemo.  Senang nak bersihkan. Belah dua je... Dah boleh bersih.

Ada gak orang yang tak buang kulit hitam sotong. Potong terus... Bersihkan dan terus dimasak. Lain orang, lain caranya... Aku hormati hak itu. Tapi... Aku seriously! Memang tak boleh. Kena buang jugak kulit hitam sotong tu. Wajib!!!.

Kalau mak saudara aku, dia guna air beras. Senang je... Di mana sotong akan direndamkan selama lebih kurang 15 minit dalam air beras. Then, kulitnya akan lekang dan senang untuk dibersihkan. Bau hanyir sotong pun kurang.

Setakat ni... Petua tu jelah aku guna untuk bersihkan sotong. Senang je... Tapi... Tak tau lah kot-kot ada lagi petua lagi cepat dan mudah.

Ada ke? 


Assalamu'alaikum, hai... Bila ada anak... Kita seharusnya punyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapi karenah si kecil yang se...



Assalamu'alaikum, hai...
Bila ada anak... Kita seharusnya punyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapi karenah si kecil yang sedang membesar. Kekadang geram jugak dibuatnya. Tapi... Bila dia tunjuk muka seposen... Tak jadi nak marah. Kesian lagi ada.

Lately... Alia bukan je suka nak ke bilik air. Tapi jugak sangat suka menconteng. Pantang tengok pen atau pensil. Kalau kita mintak. Dia laju-laju cuba sorokkan... Dah tu, macam apa je quaters guru ni dibuatnya. Bukan tu je... Sekali dengan badannya sendiri pun diconteng. Hurmmm... Menduga iman betul.


Tapi... Sekarang Alia dah tak menconteng dinding atau badan... Tapi papan putih berkarbon. Murah je pun... RM4.50 je. Siap boleh ajar Alia tekap benda lagi. Selesai masalah menconteng. Macam-macam ragam nak kena hadap... Huhu. Baru sorang.... Belum lagi berdozen.




Assalamu'alaikum, hai... Dah lumrah hidup... Tak mungkin semuanya indah dan baik right! Pasti ada kelebihan dan kekurangan.  ...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah lumrah hidup... Tak mungkin semuanya indah dan baik right! Pasti ada kelebihan dan kekurangan. 

Di sini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku. Mungkin... Bila baca entri ini dan berada di posisi aku. Pasti... Ada yang akan berbuat perkara yang sama seperti aku... Atau mungkin lebih dashyat lagi kot... Ye tak?

Kami 3 beranak ni... Bila balik kampung. Transit kat hotel sampai 2 buah... Baru sampai rumah. Adalah tu... 2 tiga kali gak bermalam di satu hotel ni. Tak payah ler nak mention hotel mana. Then... Perasan. Tiap kali kami bermalam kat situ. Tiap kali tu jugak sorang minah ni jaga counter. Muka dia... Seriously! Memang cantik. Putih gebu... Kalau nak dibandingkan dengan aku... 10 kali ganda aku kalah. Memang... Cantik. Tapi sayang... Tak reti nak senyum. Muka 'menjus' (masam) je. Tak kisah ler... Tapi yang tak tahan tu... Tak reti nak sapa kita. Cakap pun semacam. Macam nak tak nak je layan... Takpe. Disebabkan dia... Sampai sekarang kami bertiga dah tak bermalam kat hotel tu. Tak pasal-pasal hilang pelanggan. Tapi... Tak rugi pun dorang. Cuma tu la... Just nak berkongsi dan take note... Ingat muka cantik, perangai buruk orang suka. Menyampah lagi ada...

Teringat aku dengan pesanan arwah nenek aku... Biar tak cantik, tapi penuh dengan budi pekerti yang tinggi. Dan... Semakin tinggi kita belajar... Waima sampai PhD sekalipun... Ikutlah resmi padi... Semakin berisi, semakin tunduk. Tak guna menyombong diri. Bukannya dapat pahala pun... Dosa adalah.

Tak rugi pun kita senyum kat orang... Tak luak pun. Sebaliknya kita akan disukai orang sekeliling. Insya ALLAH. Mata pun sedap memandang. Betul tak?

Note : Entri sekadar untuk peringatan buat diri sendiri.


Assalamu'alaikum, hai... Seperti minggu yang lepas. Hari Ahad, malam Isnin mesti tengok Akademi Fantasia 2013  if takde agenda te...



Assalamu'alaikum, hai...
Seperti minggu yang lepas. Hari Ahad, malam Isnin mesti tengok Akademi Fantasia 2013 if takde agenda tersendiri.

Malam ni... Persembahan mereka secara live di Johor Bahru. Aku agak sikit terkejutla bila Nona tersingkir. Macam indak percaya pun ada bah. Pada aku... Suara Nona antara suara yang sedap di dengar. Tapi... Itu pendapat aku yang takde basic pasal muzik. 

Apa boleh buat... Takde rezeki buat Nona. Huhu... Minggu depan siapa pulak tersingkir... Jangan-jangan indah. Yalah... Asyik yang suara ok je terkeluar.


Assalamu'alaikum, hai... Tak silap 2 tahun lepas BR1M 0.1 dibagi kan... Tahun ni pulak ura-ura BR1M 0.3 pulak. Bila BR1M 0.3 died...



Assalamu'alaikum, hai...
Tak silap 2 tahun lepas BR1M 0.1 dibagi kan... Tahun ni pulak ura-ura BR1M 0.3 pulak. Bila BR1M 0.3 diedarkan... Entahla. 

Bila sebut pasal BR1M ni... Teringat aku time dapat BR1M 0.1! dulu... Masa tu aku kat kampung lagi. Kecoh jugak pasal nak dapat BR1M. Duit free, sapa tak nak kan.

Ada yang dapat. Confirm! Gembira. Yang tak dapat pulak tak puas hati... Sanggup berbaris panjang untuk check balik nama dapat ke tidak. Hari-hari jiran sebelah menyebelah dok bercakap pasai BR1M. Rumah dekat-dekat... So, boleh dengarla apa dorang cerita. Haha... Macam-macam.

Mak ayah aku pulak. Jenis tak suka berebut. So, dah dekat pukul 5:00 petang... Barulah turun ke Pejabat Daerah ambik. Kejap je pun. Tak sampai 15 minit. Alhamdulillah... Mak ayah aku pun dapat RM500. Oh! Ya... Di tempat aku. Takde berhimpun dan berucap bagai untuk ambik BR1M. Datang-datang berbaris terus ambik. Tu pun... Ada yang bising. Kata lama sangat menunggu. 


Assalamu'alaikum, hai... Habis penghujung bulan Oktober. Dua minggu lepas tu... Budak akan cuti sekolah. Biasanya... Kalau cuti p...



Assalamu'alaikum, hai...
Habis penghujung bulan Oktober. Dua minggu lepas tu... Budak akan cuti sekolah. Biasanya... Kalau cuti panjang anak-anak buat apa?

Tetiba aku teringat zaman sekolah rendah aku dulu. Cuti panjang memang ditunggu. Biasanya cuti panjang... Jangan harap ler aku nak hadap buku. Hadap tv nombor satu. Kalau tak tengok tv... Mesti main masak-masak dengan kawan-kawan sebaya. Siaplah tin bekas sardin jadi periuk untuk memasak. Dan lagi bahaya... Siap curi-curi ambik mancis kat dapur... Yang dimasak pulak rumput kononnya sayur. Tanah pulak kononnya buat kuih. Hikhik... Best kan masa tu. Even main masak-masak tak macam budak sekarang... Siap beli one set memasak patung Barbie untuk main masak-masak.

Kalau tak main masak-masak. Main belakang rumah. Carik buluh untuk buat layang-layang. Dulu... Masa kecik-kecik suka sangat bermain dengan budak lelaki. Akrab habis.

Jemu main layang-layang. Main guli pulak. Habis main guli... Beli gelang getah... Buat lastik. Sian... Burung hinggap di dahan... Confirm! Jadi mangsa.

Bila nak main tembak menembak. Buat pulak pistol guna lalang. Peluru nak cekau dari mana... Hehe. Bijak sungguh masa tu ek. Siap rendam kertas lagi. Bila kembang. Gentelkan jadi bulat... Dah siap jadi peluru. Aku tak taula pulak nama permainan ni.

Bila lawan. Kawan kena tembak, dah kalah. Selalunya akulah jadi mangsa kena tembak sebab tak kuat berlari. Haha... Seronoknya zaman kanak-kanak. Tak fikir pun masalah negara. Sebaliknya main memanjang.

Tak macam budak sekarang. Dah macam anti sosial dah aku tengok bila gajet tumbuh melata. Asyik melekat dengan game di handphone.

Sekarang bila balik kampung susahla nak tengok budak main layang-layang, guli mahupun lastik. Adakah mereka lupa akannya? Atau tak menarik minat?

Memang pun tak menarik... Aku pun... Kalau berada di zaman sekarang. Entah- entah sama macam budak sekarang. Pegang handphone memanjang. Haha... Tak boleh jugak kita nak salahkan... Kan! 

Lagipun... Zaman dah berubah.


Assalamu'alaikum, hai... Tengok! Budak bijak ... Actually... Alia suka tengok channel ceria . Semalam... Sedang aku tenga...



Assalamu'alaikum, hai...
Tengok! Budak bijak...


Actually... Alia suka tengok channel ceria. Semalam... Sedang aku tengah layan berita. Tetiba Alia bawak remote. Duduk depan tv... Halakan remote ke tv sambil sebut "toi..toi...toi". Seperti ada sifu ajar... Hurmm... Nak tengok Upin Ipin ler tu. Kalau dok berkata gitu. Kalau bagi aku... Sure tak layan permintaan dia. Confirm! Remote tu aku sembunyikan. 

Tapi... Satu aku suka kat Alia. Bila kita terus terang bagitau Upin Ipin takde masa tu. Dia tak melalak pun. Tapi... Kalau kita sengaja tarik remote terus. Sure melalak. Dia sekarang dah pandai beremosi... Huhu.

Macam-macam feel dia sekarang ni. Sabo jelah ^_<.


Assalamu'alaikum, hai... Pejam pelik, pejam pelik... Harini dah masuk bulan Oktober . Kalau diikutkan pengumuman PM kita sebelum ...



Assalamu'alaikum, hai...
Pejam pelik, pejam pelik... Harini dah masuk bulan Oktober. Kalau diikutkan pengumuman PM kita sebelum ni... Tarikh pembentangan bajet 2014 akan dibuat pada tanggal 25 oktober ni. Mean... Ada 24 hari lagi kan. 

Semenjak PM mengumumkan bila pembentangan bajet 2014 haritu. Ramai yang cari keywords yang berkaitan. Contohnya statistiks keywords Nuffnang aku untuk bulan September dan harini. Rata-rata ada yang search mengenai bila tarikh bajet 2014, pembentangan bajet 2014 dan tak kurang jugak keywords mengenai tarikh bajet 2014.


Pada aku... Itu adalah normal. Antara perkara penting yang rakyat nanti-nantikan. Mesti nak tahu kan... Apa intipati bajet 2014. Malah... Kandungan bajet 2014 amat penting bagi yang sedang dalam mencari pekerjaan. Confirm! Ada soalan mengenainya akan diajukan semasa temuduga. Nak tak nak kena alert dan carik di mana url untuk download intipati bajet 2014. Cer google nanti lepas pembentangan bajet 2014. Confirm! Banyak laman yang sediakan link untuk muat turun bajet 2014.

Kalau aku. Memang tak download... Sebabnya. Pasti nanti hubby akan download. Hikhik...