Assalamu'alaikum ♥, Bila hujan je... Mesti lapar. Sinonim sungguh! Semalam bukak resepi majalah wanita yang aku kumpul dari berge...

Pertama Kali Buat Kuih Karipap

/
1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Bila hujan je... Mesti lapar. Sinonim sungguh! Semalam bukak resepi majalah wanita yang aku kumpul dari bergelar anak dara. Bila dah jauh dari mak. Hidup berdikari di bawah ketiak suami. Bermulalah episod baruuu... Nak blaja memasak. Terlambat... Ada ke dalam kamus hidupku terlambat... Haha. Tak kisah ler... Janji kita mahu belajar dan baiki diri. 

Then... Tetiba mata terpana tengok resepi karipap paling mudah aku kira. Bahan... Cuma tepung, garam, minyak dan air. Itu untuk doh. Untuk inti... Seperti biasa aku buat sambal ikan bilis kesukaan hubby. Nak buat inti ayam plus kentang. Malas nak kuarkan ayam dalam frezer. Keras macam batu. Next time... Okeh!

Taraa...


Dah siap. Perfect! Cuma tak sempat ambik gambar yang dah di goreng. Walaupun rupa tak cantik. Karipap aku still dapat pujian dari hubby. Cuma ada sedikit masalah... Kulit karipapnya tetap rangup tapi terlebih tebal sedikit. Noted! Nanti second time buat. Wajib aku kasi nipis. Hikhik...

Semalam... Aku ada simpan sikit dalam freezer untuk di goreng pagi ni atas permintaan hubby. Nilah dia rupanya dah digoreng.


Nampak macam tak cantikkan?... First time buat. Plus aku ni bab-bab kuih ada fail sikit. Haha...

Done! Misi cubaan membuat karipap. Syok jugak. Hikhik.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: