10 September 2013

Nyamuk VS Muknya



Assalamu'alaikum ♥,
Kisah semalam... Baru sekarang teringat nak update. Nanti Alia boleh baca. Insya ALLAh.

Semalam... Sambil santai depan tv. Dok tengok Alia ambik box. Mesti carik buku bentak hatiku. Alia suka sangat dengan buku. Macam hubby jugak. Aku je yang tak... Then, Tak sampai 5 minit dibawaknya kad imbasan binatang dengan aku. Tu... Tak lain tak bukan. Nak kena sebut dan tunjuk satu-satulah tu kat dia. Mana nak lari... Dah tarik jari aku dah suruh tunjuk. 

Aku tunjuk dan sebutlah satu-satu. Terkebil-kebil mata dia dok tengok gambar sambil-sambil tengok mulut aku.


Tetiba...
Tengah aku sebut dan tunjuk nyamuk. Alia pulak ikut sebut... "Muknya". Berdekah-dekah hubby gelak. Siapa ajar terbalikkan words. Sungguh bijak! 

Alia... Alia... Macam-macam. Benar kata orang. Anak adalah anugerah terindah yang cukup menghiburkan hati di samping mengukuhkan lagi ikatan suami isteri.

Ayah dan mak sayang Alia sangat-sangat. Tak terkira tu... Infiniti! Hikhik.

Banyak jugak dah binatang yang Alia kenal. Malah dah reti sebut dengan betul tanpa ada pelat. Cuma Nyamuk je. Baru semalam first time dengar dia sebut. Sekali... Terbalik. Haha...


1 comment:

  1. comelnye alia..

    ingatkan dia nak kata "gemuknya nyamuk" eheheheee

    ReplyDelete