25 September 2013

Nasi Impit Kuah Kacang Versi Sarawak



Assalamu'alaikum, hai...
Bila petang je... Mesti terfikir nak buat apa untuk juadah minum petang. Lepas lunch dengan hubby dan Alia semalam. Tetiba terfikir nak buat nasi impit dan kuah kacang. Biasa... Nasi impit aku buat sendiri... Tak beli pun yang ready made kat pasar. Cara nak buat nasi impit sendiri senang seperti aku. Rendam beras mengikut kemahuan dalam masa setengah jam. Then, bubuh dalam plastik lutsinar... Kepitkan agar beras tak keluar. Buat lubang di plastik guna jarum. Pastu boleh rebus selama sejam atau sampai masak.

Kuah kacang pulak. Aku rasa kuah kacang paling senang adalah kuah kacang buatan aku. Why?... Sebabnya bahan yang aku guna untuk buat kuah kacang ni paling sikit. Cuma... minyak, 250gram kacang yang dah digoreng dan siap diblender, bawang merah 3 ulas, bawang putih 3 ulas, 4 sudu besar pes laksa Sarawak, air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri. 

Why aku guna pes laksa Sarawak... Aku suka akan kandungan yang dah cukup pakej untuk buat kuah kacang... Di mana dalam tu dah ada rasa cili yang pedas, lengkuas dan serai... Sebab tu aku bagi tittle nasi impit kuah kacang versi Sarawak. Hikhik... Sama je rasanya dengan yang biasa kita buat. Cuma bahannya je lain.


Dah siap kuah kacang nasi impit aku. Jam 5:30 petang baru dapat merasa. Huhu... Dinner semalam skip. Hubby punya suggestion... Dia tengah on diet sekarang. Kenyang katanya. 

Alhamdulillah... Merasa jugak nasi impit kuah kacang ^_^.


No comments:

Post a Comment