21 September 2013

Macam-Macam Andaian!!!



Assalamu'alaikum, hai...
Dua hari cuti bukak fb. Coverage tak kuat. Lagi... Penyakit 'M' tak habis-habis. Tetiba pagi tadi terlebih rajin pulak nak bukak fb. Lagi... Line ok. Bengong! Hang ke apa line ni... Kejap ok, kejap tak ok. Macam takde beza pun guna postpaid atau tidak... Sama je aku tengok.

Nak dijadikan cerita baca status member kata " bulu matoku guguk a... Mesti ada orang rindu dengan aku" tu dalam Bahasa Sarawak... Yang berbunyi " bulu mata aku jatuh, mesti ada orang rindu kat aku". Korang percaya tak dengan andaian tersebut?

Tu... Pendapat orang dulu-dulu. Bila cakap pasal andaian orang dulu-dulu. Macam-macam ada. Ada tu... Kalau kita mimpi gigi tercabut sayang nak buang. Maksudnya... Ada sedara dekat meninggal dunia. Pernah tak dengar? Kalau kita buang pulak... Sedara jauh meninggal dunia.

Lepas tu... Ada yang kata. Rama-rama masuk rumah tanda ada tetamu nak datanglah... Mimpi dibelit ular... Nak kawinlah. 

Macam-macamkan andaian orang dulu-dulu kan. Korang percaya dengan semua tu tak?


3 comments:

  1. serius muni tak percaya..munkin benda berlaku secara kebetulan,pastu org tua dulu2 terus buat kenyataan sedemikian rupa.hehe

    ReplyDelete
  2. Muni : setuju dgn Muni 100%. Kebetulan tu yg buatkan org dulu2 buat kenyataan.

    ReplyDelete
  3. org2 dulu susah utk berkomunikasi..x ada telefon..yg ada pun org2 kaya...andaian2 camni la yg diaorg guna..

    ReplyDelete