Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera♥, Kalau malam Isnin... Peluang hubby tengok bola. Malaysia lawan Myanmar . Aku pun tumpang s...

Bila Suami Isteri Menonton TV

/
4 Comments


Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera♥,
Kalau malam Isnin... Peluang hubby tengok bola. Malaysia lawan Myanmar. Aku pun tumpang sekaki... Seronok jugak tengok bola... Siap hampir-hampir bergaduh wooo pasukan Malaysia dengan Myanmar... Di minit-minit akhir. Nasib baik boleh control... Tapi... Tetap bangga. Malaysia menang 2-1. Chaiyokkk... Malaysia boleh!

Semalam pulak... Hubby bagi chance kat aku tengok Lestary. Kisah Diandra... Nak tau sinopsis kisah Diandra. Try google. Confirm! Ada... Last week tengok... Macam best. Tu yang berminat nak tengok this week. Episod ke berapa entah aku pun tak tau. Yang pasti episod terbaru Diandra semalam... Part paling best En. Adam kena penampar dengan Diandra sekali kena tolak dalam kolam. Dian tak tahan dengar cacian dia tu... Siap kata dia tak pernah ada hati dan tak kan jatuh cinta dengan Dian. Kata Dian macam lelaki lah. Pendek kata... Kata-kata dia sungguh menyakitkan hati. 

Bila jatuh kolam... En. Adam tak tau berenang. Nama je anak jantan. Alih-alih Dian lagi yang kena tolong. Haha... En. Adam lemas. Akhirnya Diandra panik dan bawak En. Adam pegi hospital... Dah habis... Lepas habis tengok Diandra. Sambung pulak tengok Asmara Luna. Macam tak best. Masuk bilik... Layan pulak Alia nak tidur. Alih-alih aku pulak yang tertido. Ambik kau...

Hurmmm... Untuk hari Rabu malam Khamis... Yakni malam ni. Sekali lagi aku akan temankan hubby tengok pesta bola merdeka 2013 di mana Malaysia akan lawan Thailand. Siap dah plan dah... Petang nanti nak beli kuaci... Buat hidangan time menghadap bola katanya hubby. Lama haishhh tak layan makan kuaci. Hikhik...

Rasa-rasa Malaysia menang tak lawan Thailand. Kalau tanya aku berapa target Malaysia dapat... 2-0. Haha. Harap-harap lah yer menjadi kenyataan. Kalau dekat tempat perlawanan. Confirm! Hubby tengok live. Lagi semalam ada pengumuman tiket masuk perlawanan Malaysia-Thailand ada discount... Seronok tu...

Haha... Sabo jelah yer dengan cerita aku pasal menonton tv memanjang. Apa yang pasti as a wife kita kena tahu minat suami dan try untuk meminati apa yang suami minat... Baru best menonton. Dulu... Memang tak minat sangat tengok bola. Bila dah kawin ni. Jadinya... Dah terbiasa join sekaki. Kalau game bestlah... Haha... Boleh pulak begitu yer!




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. tak semestinya ot minat suami kena jadi minat kita..muni tak minat bola.haha..

    adam lemas takde sape nk tolong.haha ntah apa2 punya cerita

    asmara luna best apa.best lg dr diandra tu..diandra poyo sgt...cite luna tu byk konflik pasal keluarga..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza hormati pendapat Muni. Tapi pada fiza tak salah untuk cuba meminati apa yang suami minat. Sian... Suami layan bola sorang2. Nak2 bertiga je kat rumah. At least ada jugak bahan untuk dikongsikan untuk berkongsi cerita. Give and take. Apa yang kita minat pun... Nanti dia gak akan try untuk ambik tahu. Kan best tu. Sekadar pendapat fiza je muni.

      Pasal citer Diandra dan Asmara Luna tu memasing ada pandangan sendiri. Maybe semalam first time tengok asmara luna kot tu yang mcm tak best.

      Fiza suka tengok pelakon diandra tu. Tu yang berminat jugak nak tengok. Hikhik...

      Delete
  2. setuju dengan kak fiza..
    sy pon dulu xminat bola..layan ngan hubby jadi minat pulak.hehe..same la layan diandra . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa nama : kan... Bila kita try sama2 layan tengok. Best kan :)

      Delete