Assalamu'alaikum, hai... Lagi kisah si Alia... Quarters guru yang kami bertiga duduk . Entah macam apa entah. Semua hubby...



Assalamu'alaikum, hai...
Lagi kisah si Alia...


Quarters guru yang kami bertiga duduk. Entah macam apa entah. Semua hubby buat pagar... Pintu dapur mahupun pintu bilik air dan termasuk pintu utama. Pendek kata...Semuanya berpagar. Sabo jelah...

Alia suka sangat ke bilik air. Nak main air. Aktif sangat. Dah tu panjang pulak akalnya nak panjat pagar. Nasib... Tak berjaya. Bila dah berpagar ni... Lapang rasa dada... Kalau tak asyik risau je... Kot-kot time kita masak dan terlepas pandang... Dia pulak ke bilik air. Naya dibuatnya.

Bukan senangkan nak jaga anak. Kena ada iman dan kesabaran yang kuat. 


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku sendiri cipta... Untuk aku terus berkongsi cerita.  ...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku sendiri cipta... Untuk aku terus berkongsi cerita. 

Firstly... Ada tak tengok iklan pasal Oat BG22 di tv?... Semalam. Nak dijadikan cerita hubby tetiba beli. Sekali... Aku tanyalah berapa harga Biogrow Oat BG22? tu. Mak aii... Satu tin yang 480g je tu, harganya mencecah RM65.90... Tu kalau beli satu tin. Kalau beli 3 tin, harganya around RM170+. Nak cuba... Jadinya hubby belilah satu tin.


Sedap tak Biogrow Oat BG22?
Isi kandungannya macam tepung aku tengok. Rasa... Aku tak tau. Tak minum pun. Tapi... Hubby kata. Rasanya seperti beras yang di kisar halus. Takde rasa manis. Masin pun tak. Hurmmm... Tu yang hubby kata. Bila dengar... Macam susah nak describe tentang rasanya. Aku yang dengar hubby kata macam tu... Lagilah... Terus terbantut keinginan nak merasa. Sabo jelah! Biasalah aku... Benda tawar. Confirm! Tolak tepi. Lansung tak ambik peduli.

Namun... Apa yang pasti. Oat BG22 mengandungi kurang 20% protien, kaya dengan serat, magnesium, zat besi dan zink. Kandungan natrium pun sangat rendah. Membantu untuk kurangkan kolestrol.

Oat BG22 sesuai untuk golongan vegetarian dan jugak individu yang intoleransi laktosa... Tu... Antara info yang tertera di tin Oat BG22. Maksimum minum 3 kali sehari. 

Kalau hubby... Rasanya tak susah nak minum jika dibandingkan dengan aku. Tawar pun still dia boleh minum. Hikhik.  


Assalamu'alaikum, hai... Meniti kehidupan saban hari sebagai seorang ibu... Pasti perlukan kesabaran yang tinggi . Tingginya haru...



Assalamu'alaikum, hai...
Meniti kehidupan saban hari sebagai seorang ibu... Pasti perlukan kesabaran yang tinggi. Tingginya haruslah infiniti. Namun... Kesabaran jugak ada batasnya. Tapi... Batas itu haruslah disemai dengan iman yang kuat dan kukuh. Kalau tidak... Jadinya kes dera dan bunuh. Nau'zubillah...

Dalam meniti perkembangan usia yang kian bertambah. Alia kian membesar dengan akal dan emosi yang makin bercambah. Bercakap tentang emosi...

Kini... Alia semakin pandai dah nak merajuk. Nak pujuk?... Kenalah dengan caranya. Kalau tak! Habis sekampung mendengar jeritan batinnya. Susu dan mainan itulah tiketnya. Senang je!

Cuma... Kekadang ada time susah nak pujuk. Fed up jugak dibuatnya. Tapi... Bila dah berjaya pujuk. Fuh! Lega seperti lepas dari sembelit. Tu baru part merajuk... Belum lagi part nak suruh tidur. Kalau tanya mama-mama kat luar. Pasti geleng kepala bila cerita nak hadap karenah anak.

Namun... Anak adalah penyeri rumah tangga. Takde dorang, pasti sunyi... Takde benda kita nak buat.



Assalamu'alaikum, hai... Kisah hari Khamis time minum petang... Hubby gelak tengok donut aku seraya berkata " nantilah kita ...



Assalamu'alaikum, hai...
Kisah hari Khamis time minum petang... Hubby gelak tengok donut aku seraya berkata "nantilah kita beli acuan donat sayang oi...".

Tengok! Donat aku. Kreatif tak? Haha...


Nafsu nak makan donut. Tapi takde acuan. Jadinya... Aku tibai buat lilit. Ambik mu. Habis jugak makan masuk mulut. 

Lately... Tengah rajin belajar buat kuih. Hehe... Sabo jelah dengan entri aku yang asyik tayang kuih yang tak cantik tu yer. 

Dulu tak ambik port pun bila mak buat something terutamanya buat kuih. Lansung tak terfikir pasal acuan bagai. Tak kisah lansung... Lagi kepala otak set fikir nak senang je. Tak reti buat. Beli je... Janji ada duit.

Tapi... Bila berjauhan dengan mak ayah. Duduk pulak bawah ketiak hubby... Jauh nun di pedalaman. Susah nak dapat bekalan makanan. Nak tak nak kena masak sendiri. No beli-beli.

Tapi kan... Syok! Jugak buat sendiri. Kepuasan tu yang penting. Dapat bagi anak dan suami merasa air tangan sendiri. Alhamdulillah... Cerita rezeki minum petang kami berlabuh di sini.


Assalamu'alaikum, hai... Hujung bulan... Satu kewajiban dan kebiasaan kami tiga beranak akan ke luar ke Bandar Bintulu. Bermalam ...



Assalamu'alaikum, hai...
Hujung bulan... Satu kewajiban dan kebiasaan kami tiga beranak akan ke luar ke Bandar Bintulu. Bermalam di hotel. Then... Balik ke sekolah hari Ahad. Shopping barang dapur sikit untuk stok sebulan. Biasalah... Hidup jauh dari bandar kenalah beli untuk stok. Habis kelas tadi terus hubby ajak bertolak.


Si Alia bila bawak jalan. Memang suka. Dalam kereta dia macam budak besar. Dah tak nak dah duduk dalam kerusi baby. Tapi... Bila bagi handphone... Bukak cerita Upin Ipin... No hal. Boleh je layan tanpa meragam pun. Senang sikit keja aku. Kalau tak... Memanjang je nak kena tahan dia. Hikhik...


Assalamu'alaikum, hai... Part tips untuk dapatkan BE/CPUV dari Nuffnang. Aku bukanlah expert sangat. Masih banyak lagi yang perlu...



Assalamu'alaikum, hai...
Part tips untuk dapatkan BE/CPUV dari Nuffnang. Aku bukanlah expert sangat. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Namun... Entri kali ini sekadar untuk memenuhi permintaan adik manis kita... Si Anis. Susulan daripada entri aku yang bertajuk hari-hari BE/CPUV masuk.


Bagi aku... Apa yang dah aku buat untuk dapatkan BE/CPUV, SETIAP HARI ISNIN... SETIAP MINGGU... JAM 8:30 PAGI (Hehe... Detail sungguh!). Aku akan :-

1. Update Biodata Blogger
2. Update Survey
3. Hantar tiket

Aku tak update pun setiap jam atau setiap hari. Sekali seminggu je. Untuk tiket... Aku akan tanya soalan pasal iklan atau sebarang kemusykilan. If takde soalan. Aku just hantar kata-kata PENGHARGAAN ucapan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana bagi BE/CPUV. Hikhik... Bukan tiket untuk membodek tau. Dah adat... Orang memberi, seharusnya kita berterima kasih.

Tu jelah antara yang aku buat untuk dapatkan BE/CPUV. Selebihnya... Kena update blog selalu if ada masa.

Okeh!


Assalamu'alaikum, hai... Hari tu hubby beli kacang suruh buat pau goreng . Sekali... Aku pulak teringin nak makan nasi impit kuah...



Assalamu'alaikum, hai...
Hari tu hubby beli kacang suruh buat pau goreng. Sekali... Aku pulak teringin nak makan nasi impit kuah kacang. So... Tertangguh pulak nak buat pau gorengnya...


Tapi... Harini tertunai jugak hajat si encik suami nak makan pau goreng buatan isteri. Terlebih rajin... Akhirnya siap jugak pau goreng permintaan suami juadah buat minum petang kami 3 beranak. Tip top punya resepi. Resepi asli dari mak sendiri. Alhamdulillah...


Assalamu'alaikum, hai... Entah! Pagi tadi after sediakan breakfast dan memandangkan Alia still tidur. Aku check ler akaun Nuffnan...



Assalamu'alaikum, hai...
Entah! Pagi tadi after sediakan breakfast dan memandangkan Alia still tidur. Aku check ler akaun Nuffnang aku. Nak check apa keywords yang orang cari bulan september ni. Sekali harung dengan check earning. Terkejut tengok BE/CPUV bertambah satu lagi.


Mak ai... Hari-hari ada BE/CPUV. Kalau Rabu dapat BE/CPUV SENHENG/SEN Q-Plan A. Hari ni dapat pulak KL Sogo Trensetter Online. Alhamdulillah... Ni BE/CPUV Ke-21 aku. Syukur alhamdulillah... Tak sangka pulak bulan ni 5 BE tengah running. Harap-harap melekat lama yer.

Pada yang nak tahu info mengenai KL Sogo Trensetter Online tu. Rajin-rajin ler klik yer. Tapi... Aku tak berkesempatan lagi tengok rupa iklannya running. So... Tak dapat ler nak printscreen.

Segala jasa baik korang... Ribuan terima kasih aku ucapkan.  Tanpa korang. Sunyilah blog aku.

Terima Kasih Nuffnang! Kerana terus memberi BE/CPUV dan memberi kepercayaan kepada blog picisan seperti aku. 

Terima kasih semuanya ^_^.


Assalamu'alaikum, hai... Bila petang je... Mesti terfikir nak buat apa untuk juadah minum petang . Lepas lunch dengan hubby dan A...



Assalamu'alaikum, hai...
Bila petang je... Mesti terfikir nak buat apa untuk juadah minum petang. Lepas lunch dengan hubby dan Alia semalam. Tetiba terfikir nak buat nasi impit dan kuah kacang. Biasa... Nasi impit aku buat sendiri... Tak beli pun yang ready made kat pasar. Cara nak buat nasi impit sendiri senang seperti aku. Rendam beras mengikut kemahuan dalam masa setengah jam. Then, bubuh dalam plastik lutsinar... Kepitkan agar beras tak keluar. Buat lubang di plastik guna jarum. Pastu boleh rebus selama sejam atau sampai masak.

Kuah kacang pulak. Aku rasa kuah kacang paling senang adalah kuah kacang buatan aku. Why?... Sebabnya bahan yang aku guna untuk buat kuah kacang ni paling sikit. Cuma... minyak, 250gram kacang yang dah digoreng dan siap diblender, bawang merah 3 ulas, bawang putih 3 ulas, 4 sudu besar pes laksa Sarawak, air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri. 

Why aku guna pes laksa Sarawak... Aku suka akan kandungan yang dah cukup pakej untuk buat kuah kacang... Di mana dalam tu dah ada rasa cili yang pedas, lengkuas dan serai... Sebab tu aku bagi tittle nasi impit kuah kacang versi Sarawak. Hikhik... Sama je rasanya dengan yang biasa kita buat. Cuma bahannya je lain.


Dah siap kuah kacang nasi impit aku. Jam 5:30 petang baru dapat merasa. Huhu... Dinner semalam skip. Hubby punya suggestion... Dia tengah on diet sekarang. Kenyang katanya. 

Alhamdulillah... Merasa jugak nasi impit kuah kacang ^_^.


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Rezeki Alia. Kalau dua hari lepas, pihak Nuffnang bagi BE/CPUV Olay JAS Bundle dan B...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Rezeki Alia. Kalau dua hari lepas, pihak Nuffnang bagi BE/CPUV Olay JAS Bundle dan Bristish Council. Semalam pulak dorang bagi satu lagi BE/CPUV terbaru iaitu SENHENG/SEN Q-Plan A... 


Alhamdulillah... 4 BE ongoing sekarang dan harap-harap BE/CPUV ni melekat lama. Pada yang nak tahu lebih lanjut info mengenai SENHENG/SEN Q-Plan A... Tu sudi-sudilah klik.

Pada yang singgah di blog aku. Ribuan terima kasih jugak aku ucapkan. Tanpa korang... Sunyilah blog aku ^_^.


Assalamu'alaikum, hai... " Rajinnya Alia tolong mak ", kata-kata hubby bila tengok Alia bawak bulu tali tu. Satu ...



Assalamu'alaikum, hai...


"Rajinnya Alia tolong mak", kata-kata hubby bila tengok Alia bawak bulu tali tu. Satu tepukan pasti ada... Sebagai reward untuk Alia. Ahad... Aku ngan hubby gotong-royong kemas rumah. Aku kemas dapur. Hubby pulak kat ruang depan... Alia. Tak mahu kalah. Bila ayah tak tengok. Dah! Dia curi ambik bulu tali tu. Dibuatnya penyapu... Tengoklah gaya dia. Menyapu konon. Rajin kacau je lebih...


Biasalah budak... Apa kita buat, dia pun nak buat. Kebiasaannya aku akan biarkan Alia melakukannya sendiri sambil dipantau. Tujuannya... Biarlah dia belajar sesuatu agar pergerakannya motornya semakin cekap. Budak sedang membesar seharusnya aktiviti mereka tak terbatas. Cuma... Kita as a parents. Kenalah ambik perhatian lebih.

Tapi kan... Alia memang rajin. Bukan nak menunjuk atau apa. Tak terniat pun. Serius... Bila kita suruh ambik itu dan ini. Ringan je tangan dia nak tolong. Semoga Alia rajin senantiasa yer nak.. Dan lagi menjadi budak mendengar kata :).


Assalamu'alaikum, hai... Selasa ni... Dah episod akhir Cinta Jannah . Promo akasia terbaru gantikan Cerita cinta Jannah pun dah ...



Assalamu'alaikum, hai...
Selasa ni... Dah episod akhir Cinta Jannah. Promo akasia terbaru gantikan Cerita cinta Jannah pun dah diiklankan kat tv3. Sekali-sekala ada gak aku tengok selingannya... Tak silap tajuknya... Love You Mr. Arrogant. Arrogant mean sombong. Dengar cerita... Love You Mr. Arrogant pun adaptasi daripada sebuah novel. Biasa... Dah jadi trend drama tv sekarang aku tengok. Banyak yang adaptasi daripada novel. Dan... Selalunya jalan cerita tak mengecewakan. Best ke tidak Love You Mr. Arrogant... Kenalah tengok sendiri episod 1 ceritanya nanti.

Daripada survey yang aku buat di internet. Berdasarkan mereka-mereka yang dah baca novel Love You Mr. Arrogant. Rata-rata mereka berpendapat Jalan ceritanya best dan berikut adalah sinopsis love you Mr. Arrogant yang aku petik daripada blog kepalabergetar.blogspot.com.

slot akasia terbaru, sinopsis love you mr.arrogant,

Daripada sinopsis ni... Macam best. Harap-harap lagi best dari Cinta Jannah atau setia hujung nyawa. Hikhik...


Assalamu'alaikum, hai... Dah jadi lumrah manusia... Bila orang kata bagus je. Confirm! Nak jugak mencuba. Dek kerana tergoda deng...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah jadi lumrah manusia... Bila orang kata bagus je. Confirm! Nak jugak mencuba. Dek kerana tergoda dengan iklan kicap manis A B C kat tv. Kami  pun belilah satu botol yang kecik semalam di Pasar Sungai Asap. Sebelum ni kami memang setia dengan kicap manis dan masin brand adabi. Takpe la. Kalau tak cuba... Kita tak tahu.

sedap tak kicap manis A B C, kicap manis terbaru,

Tapi serius... Bagi aku lah ek! Aku kurang suka rasanya yang manis sangat. Tak sesuai dengan selera anak tekak aku. Hubby pun kata perkara yang sama. Tu sekadar pendapat aku. Mungkin bagi orang lain ianya sedaplah kan. Yelah! Rambut je sama hitam... Pendapat pasti lain-lain.

Sayang... Semalam buat daging masak kicap guna kicap A B C tu. Sekali tak habis. Padahal selalu. Licin... Lagi hubby penggemar daging masak kicap. Nampak sungguh kurang sedap bukannya tak sedap. Kurenggg... Ok! Hikhik...



Assalamu'alaikum, hai... Bila takde keja. Ketandusan idea... Pasti tangan gatal nak log in Nuffnang . Nak tengok kot-kot ada kemp...



Assalamu'alaikum, hai...
Bila takde keja. Ketandusan idea... Pasti tangan gatal nak log in Nuffnang. Nak tengok kot-kot ada kempen baru masuk. Suka sangat nak check kan... Earning bukan banyak mana pun. Hikhik...


Alhamdulillah... Tiga hari lepas Nuffnang bagi blog aku CPUV Olay JAS Bundle. Harini... Dapat pulak CPUV British Council. Alhamdulillah... Bertambah rezeki Alia. Semoga BE kali ni lebih lama menapak di blog aku.

Pada yang nak tau pasal promo British Council tu... Jangan malu. Jangan segan klik iklannya yer if nak tau info mengenainya.

Apa-apa pun ribuan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana terus-terusan memberi BE kepada blog tak glamor seperti aku. Ayat tak boleh blah. Haha...

Dan... Pada yang sudi baca entri merapu aku. Juga ribuan terima kasih buat korang. Tanpa korang... Pasti blog aku sunyi.

Okeh! Selamat malam... Eh! Pagi sudah.


Assalamu'alaikum, hai... Dua hari cuti bukak fb. Coverage tak kuat. Lagi... Penyakit 'M' tak habis-habis. Tetiba pagi tad...



Assalamu'alaikum, hai...
Dua hari cuti bukak fb. Coverage tak kuat. Lagi... Penyakit 'M' tak habis-habis. Tetiba pagi tadi terlebih rajin pulak nak bukak fb. Lagi... Line ok. Bengong! Hang ke apa line ni... Kejap ok, kejap tak ok. Macam takde beza pun guna postpaid atau tidak... Sama je aku tengok.

Nak dijadikan cerita baca status member kata " bulu matoku guguk a... Mesti ada orang rindu dengan aku" tu dalam Bahasa Sarawak... Yang berbunyi " bulu mata aku jatuh, mesti ada orang rindu kat aku". Korang percaya tak dengan andaian tersebut?

Tu... Pendapat orang dulu-dulu. Bila cakap pasal andaian orang dulu-dulu. Macam-macam ada. Ada tu... Kalau kita mimpi gigi tercabut sayang nak buang. Maksudnya... Ada sedara dekat meninggal dunia. Pernah tak dengar? Kalau kita buang pulak... Sedara jauh meninggal dunia.

Lepas tu... Ada yang kata. Rama-rama masuk rumah tanda ada tetamu nak datanglah... Mimpi dibelit ular... Nak kawinlah. 

Macam-macamkan andaian orang dulu-dulu kan. Korang percaya dengan semua tu tak?


Assalamu'alaikum, hai... Tiga hari lepas umur Alia dah masuk 19 bulan . Kalau dalam kiraan spesifiknya... Setahun 7 bulan . Lagi ...



Assalamu'alaikum, hai...
Tiga hari lepas umur Alia dah masuk 19 bulan. Kalau dalam kiraan spesifiknya... Setahun 7 bulan. Lagi 5 bulan... Umur Alia akan masuk 2 tahun

Lately... Perubahan ketara yang teramat sangat pada dia. Suka tidur lewat. Bangun pun lewat. Kekadang tu... Sampai pukul 12 baru tidur. Macam semalam... Sampai 3 buah cerita dongeng aku baca. Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu... Semua ada. Still gak tak nak tidur. Selalu tak macam tu. Tak sampai separuh jalan dengar cerita. Dah... Tidur.

Tengok!


Dah gosok-gosok mata pun still masih nak lawan mata tu... Tak nak tidur. Sekali ayah ajak di tonton channel Astro Arena. Boring kot... Akhirnya dia tertidur jugak depan tv sekali dengan aku. Sabo jelah!

Sekali... Bangun pagi ni. Tengok dalam bilik. Sapa angkat kami berdua?... Haha. Hubby selalu jadi hero kami berdua. Sayang sangat kat hubby. Teman... Suami... Lawan. Semua ada... Yang tak pernah jemu layan kerenah aku dan Alia.

Ya Allah... Berilah kesihatan yang baik buat suamiku dan lindungilah hubunganku dengan suamiku ya Allah.

Sian... Hari ni hubby ada kelas ganti di sekolah. Untuk cover Raya Haji. Tak lama lagi Raya Haji.

Huhu... Raya haji tahun ni... Sambut kat quaters sekolah jer.

Sabo jelah baca cerita aku yang lompat sana... Lompat sini ceritanya yer...




Assalamu'alaikum, hai... Tak... Aku tak test upt pun. Jangan ingat aku pregnant tau. Belum ada rezeki lagi. Entah bila tak ingat....



Assalamu'alaikum, hai...
Tak... Aku tak test upt pun. Jangan ingat aku pregnant tau. Belum ada rezeki lagi. Entah bila tak ingat... Terbaca kat status fb persatuan ibu-ibu mengandung. Ada sorang mom ni bertanya. Kiranya dilemalah pasal ujian upt dia. Test sendiri ceritanya. Dapat double line... Tapi samar. Dia nak tanya mengandung ke tidak. Hikhik... Macam-macam. Nak tau buatlah ujian kat klinik kan. Lagi accurate!

Tapi kan... Aku dulu pun buat upt sendiri jugak before ke klinik. Dapat double line samar. Lepas tu perasan pulak dengan perubahan diri yang sangat mendadak. Asyik pening... Period lansung tak kunjung tiba. Syak! Yang aku mengandung, namun tak nak mengharap. Tapi... Tak nak pening kepala pikir mengandung ke tak... Buat jiwa tak tenteram. Lepas buat upt. Terus hubby balik mengajar bawak aku pegi klinik

Bla...bla... Aku cerita dengan Doktor dan Nurse. Sekali lagi buat upt. Sah! Aku pregnant. Nurse ada kata... Nak upt tepat... Buat je kat klinik atau hospital... Sebab alatan mereka guna lagi nampak linenya.

Hehe... Kiranya cerita aku ni dah basi. Flasback je pun. Teringat pengalaman pertama mengandungkan Alia bila baca status fb kawan. Tu yang nak merapu lebih tu...

Sabo jelah yer baca entri basi aku.



Assalamu'alaikum dan hai... Hari ni dah Khamis. Esok pulak dah Jumaat. Cepatnya masa berlalu kan. Alhamdulillah... Rezeki untuk m...



Assalamu'alaikum dan hai...
Hari ni dah Khamis. Esok pulak dah Jumaat. Cepatnya masa berlalu kan. Alhamdulillah... Rezeki untuk minggu ni, pihak Nuffnang bagi satu lagi CPUV iaitu Olay JAS Bundle kat blog aku selepas Dove. Thanks Nuffnang. Harap-harap kempen ni lamalah yer menapak di blog aku.


Pada yang sudi singgah. Ribuan terima kasih jugak aku ucapkan.

Orait! Entri bukan nak riak. Tapi... Just nak berkongsi yang blog jugak boleh jana income. Hikhik...


Assalamu'alaikum... Hai, Dah berapa bulan Eva puzzle mats dalam bakul aku beli. Sekejap je layan.... Lepas tu terbiar . Tapi... ...



Assalamu'alaikum... Hai,
Dah berapa bulan Eva puzzle mats dalam bakul aku beli. Sekejap je layan.... Lepas tu terbiar. Tapi... Semenjak 2 menjak ni. Alia dah mula menunjukkan minat untuk susun Eva puzzle mats tu. Seronok tengok Alia gigih menyesuaikannya. Keep it up sayang...


Tapi... Bila dah tak berjaya dan ambik masa terlalu lama untuk susun dan padankan puzzle tu. Mulalah buat muka muncung. Nak menangis ler tu. 


Lagi... Bila dia try tarik tangan aku. Cuba perangkap nak mintak tolong. Jumpa pulak mak kaki buli. Buli sikit je pun... Aku cuba tak layan permintaan dia. Hikhik... Sekali hwuaaaa... Menangislah dia. Taktik kotor budak bila tak dapat apa yang dia mahu. Sabo jelah!

Kalau aku buat macam tu... Menangis kat hubby mintak gelang seketoi... Agak-agak dapat ke tak ek? Hikhik...


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Soalan tajuk... Aku percaya takde sorang pun perasan aku tak update blog. Cuma perasan send...



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Soalan tajuk... Aku percaya takde sorang pun perasan aku tak update blog. Cuma perasan sendiri tu je yang lebih.

Semalam sambutan hari Malaysia. Jangan ingat aku tak update blog... Kononnya turut serta menyaksikan sambutan hari Malaysia di padang merdeka, Kuching. Tengok kat umah jelah. Jauh haish... Tambahan, hujan turun sepanjang hari. Nak update blog pun malas. Mood kelaut... Lagi malang... Lansung takde coverage. Apalagi!!! Tengok tv jelah... Astro pun tengah full channel sejak Ahad. Tapi kan... Full channel pun... Bukan bernafsu sangat pun nak pulun tengok tv. 2 hari je pun free... Hubby bukak tv pagi ni dah back to normal. Mana ada benda free dalam dunia ni kan. Semua nak bayar.


Hujan-hujan... Perut pun asyik lapar. Sempat jugak buat pau kukus. Pau mudah je pun aku buat. 2 gelas tepung dapat ler 13 biji. Cukuplah buat kami 3 beranak minum petang. Dinner pulak. Sup ayam untuk Alia. Aku dan hubby layan makan laksa Sarawak koboi. Koboi pun koboilah, janji perut kenyang.

Alia tidur. Lepas sembahyang Isya' aku main candy crush. Happy dan lega woii lepas dari level 65. Lama jugak aku bertapa di level 65 baru lepas tau. Even hubby pun tolong selesaikan. Pun.... Sama tak lepas. Buat malu je.  Entah! 2 hari lepas aku berjaya keluar dari kepompong. Haha... Orang tak expert main kan. Begitulah gayanya. Corak permainan pun takde law. Main hentam kromo je. Tapi... Aku main time free je pun. Tak hari-hari. Kalau rajin main, kalau malas... Berminggu-minggu tak main nak-nak bila stuck kat satu-satu level. Minta maaflah kalau nak teruskan. 

Bila dah naik level. Sapa yang main. Mesti happy dan seronok kan?

Begitulah cerita sepanjang hari sambutan Hari Malaysia 2013 kami 3 beranak. Bersantai-santai di rumah je pun... Dah kecoh nak bercerita. Biasalah... Bila ada blog. Ikut sesuka hati je nak luah perasaan. Tak peduli pun dengan ayat tunggang langgang. Nasib ler sapa yang baca cerita aku yer.... Hikhik.


Assalamu'alaikum, Jam 11 malam kita menyaksikan Harimau Muda berjaya mengalahkan Myanmar 2-0 . Hadiah buat rakyat Malaysia. Juara...



Assalamu'alaikum,
Jam 11 malam kita menyaksikan Harimau Muda berjaya mengalahkan Myanmar 2-0. Hadiah buat rakyat Malaysia. Juara Pestabola Merdeka 2013 milik pasukan Malaysia. Tahniah! Buat mereka. Berbaloi 3 jam terpacak depan tv temankan hubby. 

Cuak gak tengok masa kedua permainan Malaysia vs Myanmar. Setiap minit dan saat... Asakan demi asakan bertali arus dari kedua-dua belah pihak demi untuk membolosi gawang pihak lawan. Memang sama hebat. Aku tengok pun kecut perut woii... Patutla lelaki suka tengok bola ek!

Apa-apa pun tahniah! Buat Harimau muda ^_^.


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Bila rajin nak buat kuih tetiba muncul. Terpikir pulak nak buat kuih lapis. Biasa... Antar...



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Bila rajin nak buat kuih tetiba muncul. Terpikir pulak nak buat kuih lapis. Biasa... Antara kuih paling mudah aku suka buat. Bahan pun sikit. Nak sediakan bancuhan pun sepantas 10 minit. Siap capture gambar fresh dari loyang lagi bila dah siap. Haha... Sabo jelah. Sedap punya resepi bak kata hubby. Suami wajib puji isteri ler kan ^_<. Habis 1 loyang kami 3 beranak hadap untuk minum malam sambil tengok tv semalam.


Oh! Ya... Resepi yang aku punya ni cukup untuk 4 orang. If tak banyak makan ler. Macam aku dengan hubby... 1 loyang ngam-ngam. Maklum ler jarang buat. Jadinya selera pun tak ketentuan hala.

If ada yang nak resepi. Right click je gambar resepi di bawah dan save image okeh!

resepi kuih lapis, kuih lapis simple, kuih lapis mudah, kuih lapis sikit bahan,

Satu lagi... Aku tukar guna warna 'gadong'. Color merah dah abis. Resepi pulak dah makeover cantik-cantik. Lantak ler... Color tak penting sangat. Boleh je ikut kecintaan hati memasing.

Maaflah yer... Sekadar menjamu mata. Hikhik...


Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera, Cutton Buds bahaya bila budak kecik tahu akan kegunaannya . Tengok jelah gelagat Alia.  ...



Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera,
Cutton Buds bahaya bila budak kecik tahu akan kegunaannya. Tengok jelah gelagat Alia. 

Kejadian pagi tadi. Aku perasan terus tangkap gambar. Hikhik

Lupa letak cutton buds di tempat yang tinggi confirm dia ambik. Sebab tu... First thing bila hubby pegi keja. Benda pertama yang aku check cutton buds. Dah letak tempat tinggi ke belum. Pasai apa... Dah jadi habit hubby pepagi after breakfast wajib korek telinga. Alia pulak... Kalau dah hari-hari tengok. Mesti pandai nak ikut buat. Sifu kan dah ajarkan... Hikhik.  Tapi... Takut haish kalau budak try korek telinga. Takut tertusuk ke dalam. Huhu... Nau'zubillah!

Susah... Bila ada anak kecik. Kesabaran kena tinggi untuk hadap karenah mereka. "Tak nak susah, Jangan beranak" Bak kata mak aku ^_^.



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Sumber gambar adalah daripada majalah iSIHAT Selamat pagi semua. Antara teh sejuk ata...



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

kebaikan teh, teh panas,teh sejuk,
Sumber gambar adalah daripada majalah iSIHAT
Selamat pagi semua. Antara teh sejuk atau panas. Yang mana satu korang suka?. Kalau aku... Aku lebih suka teh sejuk daripada panas. Tapi... Yang kita tak suka tulah yang baik.

Aku ada terbaca di majalah iSIHAT tau... Di mana berdasarkan kajian ke atas 49 jenama teh yang dibotolkan, kebanyakannya mempunyai antioksidan yang rendah atau hampir tiada. Take note okeh!

Apa yang ditemui hanya kandungan gula yang tinggi. Huhu... Manakala teh panas tinggi antioksidannya. Hurmmm... Tapi teh taruk ais sedap. Macam mana? Lagi-lagi green tea. Huhu... Tetiba teringin nak minum green tea lah pulak ^_<.


Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera♥, Kalau malam Isnin... Peluang hubby tengok bola. Malaysia lawan Myanmar . Aku pun tumpang s...



Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera♥,
Kalau malam Isnin... Peluang hubby tengok bola. Malaysia lawan Myanmar. Aku pun tumpang sekaki... Seronok jugak tengok bola... Siap hampir-hampir bergaduh wooo pasukan Malaysia dengan Myanmar... Di minit-minit akhir. Nasib baik boleh control... Tapi... Tetap bangga. Malaysia menang 2-1. Chaiyokkk... Malaysia boleh!

Semalam pulak... Hubby bagi chance kat aku tengok Lestary. Kisah Diandra... Nak tau sinopsis kisah Diandra. Try google. Confirm! Ada... Last week tengok... Macam best. Tu yang berminat nak tengok this week. Episod ke berapa entah aku pun tak tau. Yang pasti episod terbaru Diandra semalam... Part paling best En. Adam kena penampar dengan Diandra sekali kena tolak dalam kolam. Dian tak tahan dengar cacian dia tu... Siap kata dia tak pernah ada hati dan tak kan jatuh cinta dengan Dian. Kata Dian macam lelaki lah. Pendek kata... Kata-kata dia sungguh menyakitkan hati. 

Bila jatuh kolam... En. Adam tak tau berenang. Nama je anak jantan. Alih-alih Dian lagi yang kena tolong. Haha... En. Adam lemas. Akhirnya Diandra panik dan bawak En. Adam pegi hospital... Dah habis... Lepas habis tengok Diandra. Sambung pulak tengok Asmara Luna. Macam tak best. Masuk bilik... Layan pulak Alia nak tidur. Alih-alih aku pulak yang tertido. Ambik kau...

Hurmmm... Untuk hari Rabu malam Khamis... Yakni malam ni. Sekali lagi aku akan temankan hubby tengok pesta bola merdeka 2013 di mana Malaysia akan lawan Thailand. Siap dah plan dah... Petang nanti nak beli kuaci... Buat hidangan time menghadap bola katanya hubby. Lama haishhh tak layan makan kuaci. Hikhik...

Rasa-rasa Malaysia menang tak lawan Thailand. Kalau tanya aku berapa target Malaysia dapat... 2-0. Haha. Harap-harap lah yer menjadi kenyataan. Kalau dekat tempat perlawanan. Confirm! Hubby tengok live. Lagi semalam ada pengumuman tiket masuk perlawanan Malaysia-Thailand ada discount... Seronok tu...

Haha... Sabo jelah yer dengan cerita aku pasal menonton tv memanjang. Apa yang pasti as a wife kita kena tahu minat suami dan try untuk meminati apa yang suami minat... Baru best menonton. Dulu... Memang tak minat sangat tengok bola. Bila dah kawin ni. Jadinya... Dah terbiasa join sekaki. Kalau game bestlah... Haha... Boleh pulak begitu yer!


Assalamu'alaikum ♥, Pada yang menduduki UPSR harini... Selamat maju jaya aku ucapkan. First day ujian. Mesti berdebarkan? Kepala ...



Assalamu'alaikum ♥,
Pada yang menduduki UPSR harini... Selamat maju jaya aku ucapkan. First day ujian. Mesti berdebarkan? Kepala lutut... Bergetar semacam. Tangan kaki sejuk tak terkata... Itulah pengalaman aku menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah dulu. Kecot perut woiii... Lagi mak dan ayah yang mengharapkan keputusan yang cemerlang dari aku. 

Namun... Keputusan aku tak cantik mana. Ramai cikgu tak puas hati... Sebab masa tu aku antara best student tiap kali exam. Top2 dapat result tak gempak mana. Malu pun ado masa tu haishhh... Tapi. Mak dan ayah tak marah pun masa tu malah bagi sokongan untuk aku terus berusaha. 

Walaupun result tak berapa nak cantik. Moderate level je. Still boleh sambung ke form one. Aku ingat lagi pesan cikgu. Jangan hampa. Sebaliknya terus berusaha. Gagal sekali bukan tentu gagal selama-lamanya. Yang penting usaha dan tawakal. Hidup tak kan menjadi manis andai tiada liku dan ujian dari Allah. Aku percaya... Sesungguhnya ujian yang Allah berikan pasti untuk menguji sejauh mana keimanan hambaNYA.

Tetiba terkenang zaman ambik UPSR dulu-dulu.

Sekarang aku bersyukur... Akhirnya matlamat untuk memegang segulung ijazah telah pun tercapai. Alhamdulillah!


Assalamu'alaikum ♥, Kisah semalam... Baru sekarang teringat nak update. Nanti Alia boleh baca. Insya ALLAh. Semalam... Sambil...



Assalamu'alaikum ♥,
Kisah semalam... Baru sekarang teringat nak update. Nanti Alia boleh baca. Insya ALLAh.

Semalam... Sambil santai depan tv. Dok tengok Alia ambik box. Mesti carik buku bentak hatiku. Alia suka sangat dengan buku. Macam hubby jugak. Aku je yang tak... Then, Tak sampai 5 minit dibawaknya kad imbasan binatang dengan aku. Tu... Tak lain tak bukan. Nak kena sebut dan tunjuk satu-satulah tu kat dia. Mana nak lari... Dah tarik jari aku dah suruh tunjuk. 

Aku tunjuk dan sebutlah satu-satu. Terkebil-kebil mata dia dok tengok gambar sambil-sambil tengok mulut aku.


Tetiba...
Tengah aku sebut dan tunjuk nyamuk. Alia pulak ikut sebut... "Muknya". Berdekah-dekah hubby gelak. Siapa ajar terbalikkan words. Sungguh bijak! 

Alia... Alia... Macam-macam. Benar kata orang. Anak adalah anugerah terindah yang cukup menghiburkan hati di samping mengukuhkan lagi ikatan suami isteri.

Ayah dan mak sayang Alia sangat-sangat. Tak terkira tu... Infiniti! Hikhik.

Banyak jugak dah binatang yang Alia kenal. Malah dah reti sebut dengan betul tanpa ada pelat. Cuma Nyamuk je. Baru semalam first time dengar dia sebut. Sekali... Terbalik. Haha...


Assalamu'alaikum ♥, Rasanya dah seminggu dah harga minyak naik right. Pastinya... Dengan kenaikan harga minyak 20 sen. Menyebabka...



Assalamu'alaikum ♥,
Rasanya dah seminggu dah harga minyak naik right. Pastinya... Dengan kenaikan harga minyak 20 sen. Menyebabkan ramai yang mengeluh... Yelah! perbelanjaan semakin meningkat. So... Di kesempatan ini... Aku nak berkongsi tip cara mudah nak jimat minyak kereta. Info ni aku petik daripada beberapa artikel yang pernah aku baca dalam majalah wanita dan akhbar.

1. Fikir dolok mun nak pegi seni-seni mean berfikir dulu kalau hendak pergi mana-mana. Perlukah naik kereta ke tempat yang difikirkan. Sebagai contohlah ek! Katakan nak ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah. 15 minit pun tak sampai. Tak kan nak guna kereta jugak. Apa kata cari alternatif lain. Jalan kaki ke... Boleh gak bersenam.

2.  Try carik shortcut untuk ke sesuatu tempat juga membantu menjimatkan minyak kereta. Semakin kurang kilometer... Semakin banyak penjimatan mampu dilakukan. Yang ni... Kena expert pasal jalan. Hikhik... 

3. Rancang perjalanan sebaik mungkin... Itulah yang terbaik. Sebagai contohlah ek! Katakan harini ada 5 perkara nak dibuat dalam sehari seperti bayar bil, beli barang dapur, isi minyak kereta, bahurui lesen kereta dan hantar anak ke sekolah. Rancang perjalanan dengan melakukan perkara yang didahulukan mengikut jarak tempat. Kalau boleh try elak berpatah balik. Sebab... Semakin kurang kilometer... Semakin jimat minyak kereta kita kan.

4. Membuat pembelian secara online juga salah satu cara untuk jimatkan minyak... Sebabnya tak perlu nak ambik kunci... Start. Drive dan shopping bagai. Kekadang bukan satu tempat je pegi kalau nak pilih. Online senang... Berejam-rejam hadap gajet gara-gara nak buat pilihan. Still minyak jimat right.

5. Lastly... Jangan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama. Cukup sekadar tidak lebih daripada 30 saat.

Begitulah antara 5 tip bagaimana nak jimatkan minyak kereta. Diharap ia dapat membantu kita agar lebih berjimat memandangkan minyak keta dah naik kan.


Assalamu'alaikum ♥, Pada korang muka Alia milik siapa? Ramai yang kata seperti muka aku. Ye ke?. Tapi ada jugak yang kata...



Assalamu'alaikum ♥,
Pada korang muka Alia milik siapa?


Ramai yang kata seperti muka aku. Ye ke?. Tapi ada jugak yang kata... Copy paste muka ayahnya. Lagi dashyat bila ke Pasar Sungai Asap. Ada Amoi siap tegur "anak kamu ke cikgu"... Seperti tidak percaya. Kenapa? Menurut mereka muka Alia chinese look. Malah... Tiap kali ke Sungai Asap... Pasti ada tauke cina nak pegang Alia... Heran aku.

Hakikatnya... Perwatakan Alia banyak mewarisi hubby. Paling tak boleh blah... Kuku kaki Alia sebijik copy paste kuku hubby. Kontot! Tapi cute. Haha...


Assalamu'alaikum ♥, Kat luar mendung. Rasa malasss... Sangat nak sediakan breakfast. Tapi... Mana boleh. Dah ada suami... Kenalah r...



Assalamu'alaikum ♥,
Kat luar mendung. Rasa malasss... Sangat nak sediakan breakfast. Tapi... Mana boleh. Dah ada suami... Kenalah rajin. Huhu. Itulah cerita pagi tadi yang baru sekarang kecoh nak bercerita.

Breakfast aku buat mee goreng je... Lagi hubby kata tak payah buat benda lain. Just breakfast makan mee goreng dengan susu omega plus je dah cukup. Pucuk dicita, ulam mendatang. Apalagi aku... Sediakan ikut permintaan jelah.


Si kecik pun layan makan mee... Selalu dah suap sendiri makan. Tak nak sangat dah Alia kita suapkan. Cuma guna sudu... Alia masih kekok. Tapi... Guna tangan... Expert dah. Bila makan... Kiri dan kanan dia guna untuk suapkan. Sabo jelah!

Budak sedang membesar... Pasti nak mencuba sesuatu dengan sendiri kan... Yang penting kita kena pantau jelah apa dia buat. 

Settle breakfast.


Assalamu'alaikum ♥, Nak train budak kecik supaya berdisiplin bukannya mudah. Nak ajar Alia lap mulut lepas makan pun ambik masa b...



Assalamu'alaikum ♥,
Nak train budak kecik supaya berdisiplin bukannya mudah. Nak ajar Alia lap mulut lepas makan pun ambik masa berbulan-bulan lamanya. Sekejap ingat... Sekejap lupa. Itulah dia.

Muka budak mengada-ngada lap mulut ^_^.

Aku start latih Alia lap mulut lepas makan masa umur setahun lagi. Alhamdulillah! Sekarang tanpa di suruh. After makan... Bila bagi tisu. Sure dia tahu nak buat apa dengan tisu tu. Alhamdulillah...

Bukan senang kan nak didik anak. Bak kata mak aku "Tak nak susah, jangan beranak"... Haha. 



Assalamu'alaikum ♥, Bila hujan je... Mesti lapar. Sinonim sungguh! Semalam bukak resepi majalah wanita yang aku kumpul dari berge...



Assalamu'alaikum ♥,
Bila hujan je... Mesti lapar. Sinonim sungguh! Semalam bukak resepi majalah wanita yang aku kumpul dari bergelar anak dara. Bila dah jauh dari mak. Hidup berdikari di bawah ketiak suami. Bermulalah episod baruuu... Nak blaja memasak. Terlambat... Ada ke dalam kamus hidupku terlambat... Haha. Tak kisah ler... Janji kita mahu belajar dan baiki diri. 

Then... Tetiba mata terpana tengok resepi karipap paling mudah aku kira. Bahan... Cuma tepung, garam, minyak dan air. Itu untuk doh. Untuk inti... Seperti biasa aku buat sambal ikan bilis kesukaan hubby. Nak buat inti ayam plus kentang. Malas nak kuarkan ayam dalam frezer. Keras macam batu. Next time... Okeh!

Taraa...


Dah siap. Perfect! Cuma tak sempat ambik gambar yang dah di goreng. Walaupun rupa tak cantik. Karipap aku still dapat pujian dari hubby. Cuma ada sedikit masalah... Kulit karipapnya tetap rangup tapi terlebih tebal sedikit. Noted! Nanti second time buat. Wajib aku kasi nipis. Hikhik...

Semalam... Aku ada simpan sikit dalam freezer untuk di goreng pagi ni atas permintaan hubby. Nilah dia rupanya dah digoreng.


Nampak macam tak cantikkan?... First time buat. Plus aku ni bab-bab kuih ada fail sikit. Haha...

Done! Misi cubaan membuat karipap. Syok jugak. Hikhik.


Assalamu'alaikum ♥,  Lama dah tak update pasal slot akasia Cinta Jannah. Aku tengok pun macam chipmores. Kejap tengok, kejap tak....



Assalamu'alaikum ♥, 
Lama dah tak update pasal slot akasia Cinta Jannah. Aku tengok pun macam chipmores. Kejap tengok, kejap tak. Hubby pulak. Hari-hari layan.Jiwang betoi. Bila aku masak kat dapur. Sempat dengar dia panggil aku suruh tengok part-part romantik Izaril dan Jannah. Sabo jelah... Kita orang pompuan banyak sangat tuntutan. Mana ada masa sangat nak hadap tv.

Semalam dah masuk episod 13. Sempat jugak aku tengok. Mean... 2 or 3 weeks lagi. Kita akan dapat tengok kesudahannya dalam episod terakhir cinta Jannah.

Part sempat aku tengok semalam. Izaril datang jemput Jannah di tadika. Teman sekerja Jannah siap puji kata Izaril kacak. Kecut perut Jannah... Takut-takut kalau Izaril mengaku suami. Tapi nasib baik tak bila salah seorang staf tanya... Macam-macam alasan dia bagi.

Then... Izaril dan Jannah balik kampung opah dan atuk Izaril sekali balik kampung Jannah. Izaril... Ada urusan jual beli tanah. Nak tengok... Cer google episod 13 Cinta Jannah. kalau tak pun cinta jannah episod 13. Confirm! Ada. Aku tak upload video bukan apa... Line internet ni haa... Lambat semacam je. Loading kemain lama lagi.

Malam ni cinta jannah dah episod 14 . Tak tau lagi macam mana dorang nak tidur bersama di rumah opah Izaril. Mesti lucu. Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Aku bukanlah insan yang sempurna . Namun... Untuk menuju ke arah kesempurnaan, tak salahkan kita sentiasa muh...



Assalamu'alaikum ♥,
Aku bukanlah insan yang sempurna. Namun... Untuk menuju ke arah kesempurnaan, tak salahkan kita sentiasa muhasabah diri dan berusaha ke arah untuk memperbaiki diri.

Aku juga bukanlah supermak yang super duper hebat. Masih banyak dan jauh lagi perjalanan jambatan ilmu yang perlu aku tuntut dan rangkak. Step by step... Bak kata orang tua-tua lah kan ^_^.

Lately... Alia semakin berakal aku tengok. So... Aku up'kan sikit level pembelajaran dia... Sesuai dengan umurnya. Namun... Dalam pada itu. Aku jugak turut amalkan doa penerang hati. Baca bersama-sama Alia tiap kali nak hadap buku. InsyaALLAH... Sampai ke tua nanti. Harap-harap dah tersemat di hati Alia untuk jadi pembuka utama semasa belajar nanti. 

cara mudah faham ketika belajar, cara nak faham dan hafal ketika study,

Nak anak mudah faham dan ingat... Kenalah amalkan doa selain jaga pemakanan anak. Bak kata Dr. Fazilah Kamsah... Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Sumber info adalah daripada kosmo.com.my ********************* Kat tempat korang berapa harga roti ...



Assalamu'alaikum ♥,

Sumber info adalah daripada kosmo.com.my

*********************
Kat tempat korang berapa harga roti canai? Aku rasa masih murah tu di Pulau Pinang RM1. Kat tempat aku. Sebelum ni RM1. Dah naik minyak... Tak tau ler...

Siapakah harus dipersalahkan? Kerajaan ke Penjual?

Siapa?
Tang tu aku tiada jawapan. Kalau dah semua naik disebabkan minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen semalam... Nampak gayanya nak kena kurang ler makan kat luar. Kena catu... Haha. Kena jimat. Malah nak kena duduk umah... Tak payah pergi mana-mana. Belajar hidup bersederhana... Bersederhanalah sangat.... Kalau orang zaman sekarang serba-serbi ada. Mana boleh susah wooo... 

Teringat aku zaman tok nenek dulu... Kemain susah lagi dorang nak pegi sawah. Naik perahu bagai... Sekarang ni kat kampung aku. Siap naik kereta tu pegi sawah. Nampak... Nampak! Betapa pentingnya minyak kereta kat situ.

Hai... Nampaknya lepas ni. Turun keja, balik keja jelah jawabnya pada yang bekerja. Fuh!!! Boleh gila dibuatnya kalau semua nak kena jimat. Mana kualiti hidupnya. 

Tapi kan... Bagi golongan berpendapatan rendah. Confirm! Terasa... Mana nak cekau duit? Kalau semua benda nak naik harga >_<.

Poning jugak dibuatnya... Huhu.


Assalamu'alaikum semua... Lately... Alia suka sangat tarik rambut aku atau hubby. Kekadang tu... Rasa macam nak nangis je bila ...



Assalamu'alaikum semua...

Lately... Alia suka sangat tarik rambut aku atau hubby. Kekadang tu... Rasa macam nak nangis je bila dia tarik.

Apa yang aku lakukan untuk atasi Alia yang suka tarik rambut ialah first... Aku akan katakan "tidak" dengan tegas tapi... Lembut. Terangkan kepada dia kenapa tak boleh tarik rambut. 

Selain tu... Aku juga turut jauhkan diri bila dia mula tunjukkan gaya comel dia nak tarik rambut dan alihkan perhatian dia dengan benda lain. Sekarang... Yaya selalu jadi mangsa Alia. Hikhik...


Then... If time dukung pulak dia buat karenah tarik-tarik rambut. Dengan kadar segera aku turunkan Alia. Tak peduli!. Explain... Why aku kena turunkan dia. Tak bolehlah nak marah kan... Walaupun dalam hati sebenarnya marah...

Yelah!... Budak baya Alia bukan tahu pun sakit.kan. Yang dia tahu nak berhibur dan meneroka. Yang jadi mangsanya kita. Apa-apa pun... Semuanya terletak di bahu kita untuk membantu dan membina tingkahlaku anak.

Huhu... Sabo jelah. Ingat senang nak didik anak. Bak kata mak aku... Kalau tak nak susah, jangan beranak. Setuju sangat!

Semoga bila besar nanti Alia jadi budak baik dan hormat dengan orang tua. Takmo tarik-tarik rambut. Tak baik!!!


Assalamu'alaikum ♥, Best giler harini... Seharian takde line internet. Actually... Aku pengguna Celcom tegar. Seingat aku. Time a...



Assalamu'alaikum ♥,
Best giler harini... Seharian takde line internet. Actually... Aku pengguna Celcom tegar. Seingat aku. Time aku pregnant dulu je pernah guna Maxis dalam beberapa bulan. Sebab tak berapa nak laju... Aku tukar. Kat sini... Coverage untuk Maxis macam tak berapa nak kuat.

Entah! Dua tiga harini line teruk. Maybe cuaca kot menyebabkannya. Paling teruk. Harini... Lansung takde coverage sejak subuh tadi. Boring giler. Lansung tak dapat nak update blog.

Nak draft entri... Idea tak menjadi. Apa aku buat. Layan Alia dan tidur jelah. Lagi cuaca sejuk. Apalagi... Memang syoklah tidur. Hikhik...

Tapi kan... Dalam line takde pun. Masih dok pikir blog tak ber'update... Apalah! Maybe dah biasa update setiap hari kot. Tu yang rasa pelik bila tak update... Walaupun cerita aku entah apa-apa kan... Dan tak sehebat blogger otai. Haha... Ada hati tu nak update setiap hari...

Sabo jelah yer ^_<.

Akhirnya... Jam 7++ malam baru ada coverage. Ambik kau! 


Assalamu'alaikum ♥, Sumber info daripada hmetro.com.my Bila duit adalah segalanya. Manusia sanggup buat apa sahaja. Termasu...



Assalamu'alaikum ♥,

Sumber info daripada hmetro.com.my
Bila duit adalah segalanya. Manusia sanggup buat apa sahaja. Termasuk sanggup sorok duit di dubur. Huhu... Bayangkan... Nak keluarkan balik guna berus tandas. Tak sanggup aku ^_<.

Macam-macam!

Sudahnya... Sendiri kena padah. Tak pasal-pasal masuk hospital. Semoga ia jadi pengajaran buat kita semua. Kita sentiasa ada pilihan. Yang baik atau buruk. Kita sendiri yang tentukan. Betul tak?


Assalamu'alaikum ♥, Sana-sini status facebook followers aku berkata pasal harga minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen selepas diumu...



Assalamu'alaikum ♥,
Sana-sini status facebook followers aku berkata pasal harga minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen selepas diumumkan oleh Perdana Menteri kita semalam. Ada yang kutuk, ada yang redha dan tak kurang jugak ada yang tak kisah lansung. Sebabnya... Takde kereta. Hurmmm... Biasalah kan.

Sumber gambar adalah daripada mstar.com.my

Tapi kan... Kalau aku ada di Kuching semalam. Confirm! Dapat tengok suasana sesak di stesen minyak sebelum menjelang 12 malam. Macam satu fenomena setiap kali minyak naik. Perasan tak?

Tapi... Selalunya hubby malas nak isi minyak time sebegitu. Confirm! Terpaksa queue lama. Haha... Boleh pulak gitu.


Assalamu'alaikum ♥, Dah beli L.A Coffee gara-gara tergoda . Teringin pulak nak merasa. Baru je lepas breakfast dengan Alia....



Assalamu'alaikum ♥,


Dah beli L.A Coffee gara-gara tergoda. Teringin pulak nak merasa. Baru je lepas breakfast dengan Alia. Minum L.A Coffee panas plus mee goreng.

Pada aku... Rasa L.A Coffee not bad la. Sedap! jugak. Tak pahit sangat macam sesetengah coffee yang ada di pasaran. Bau pun harum semerbak. Aku rasa... Lagi sedap kalau buat L.A Coffee plus ais. Hikhik... Nanti petang nak try pulak letak ais. 

Kemaruk sungguh!


Assalamu'alaikum ♥, Masa shopping hari Sabtu. Sempat rembat Kopiko Low Acid Coffee satu. RM11++... Tak ingat lebihnya berap...



Assalamu'alaikum ♥,


Masa shopping hari Sabtu. Sempat rembat Kopiko Low Acid Coffee satu. RM11++... Tak ingat lebihnya berapa. Malas nak carik kat senarai harga resit bayaran. Boleh?... Hikhik. Even takde dalam senarai shopping. Tapi... Nak jugak beli. Ni semua iklan punya pasal... Tengok Awal dan isterinya sycha minum dalam promo kat tv sungguh menarik hati. Apalagi... Aku tetiba pulak teringin nak rasa, lebih-lebih lagi nak rasa L.A Coffee plus ais... Fuh! Wallah... Lama haishh tak minum 3 in 1. Apa salahnya kan... Sekali sekala. Nak jugak rasa.

Tak try lagi rasanya. Nanti... Dah try. Aku update okeh!


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Dua hari lepas... Semakan keputusan peperiksaan pegawai teknologi maklumat gred 41 dah pun b...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Dua hari lepas... Semakan keputusan peperiksaan pegawai teknologi maklumat gred 41 dah pun boleh di semak di website : semakan result exam pegawai IT Gred 41


Pada yang berjaya... Tahniah! Aku ucapkan. Semoga berjaya dalam temuduga nanti ^_^.

Nota Kaki : aku punya result dukacita. Takde rezeki untuk kali ni. 


Assalamu'alaikum ♥, " Didiklah anak seawal mungkin. Even dia tak faham lagi dengan apa yang kita sampaikan "... Aku per...



Assalamu'alaikum ♥,
"Didiklah anak seawal mungkin. Even dia tak faham lagi dengan apa yang kita sampaikan"... Aku percaya dengan kata para bijak pandai. Hasilnya... Bila aku lihat sendiri sikap Alia yang dari seawal 4 bulan lagi aku dah didik dia untuk ucap "terima kasih" apabila menerima sesuatu. Motif aku buat gitu masa umur 4 bulan ialah Alia masa tu dah start reti senyum dan macam nak menyahut bila kita bercakap dengan dia. Bukan nak menunjuk atau sombong. Tapi... Just nak berkongsi pengalaman aku mendidik Alia.


Tiap kali ayah atau sesiapa bagi sesuatu. Apa yang aku buat... Aku ucapkan terima kasih wakil buat Alia. Then... Explain pada Alia... Kenapa perlu berterima kasih. Even... Matanya terkebil-kebil melihat aku bercakap.

Right now... Apa-apa je yang aku atau ayah dia hulurkan waima plastik tak berisi biskut munchy's pun. Automatik... Alia akan ucapkan 'Sih'... Biasa budak word hujung je dia sebut. Hikhik... Seronok tengok dia semakin hari semakin membesar dan berakal.

Mak bangga dengan Alia. Moga menjadi anak yang solehah lagi bijak ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Hari Jumaat, lepas waktu sekolah... Kami 3 beranak keluar ke Bandar Bintulu. Biasa... Keja hujung bulan. Bila...



Assalamu'alaikum ♥,
Hari Jumaat, lepas waktu sekolah... Kami 3 beranak keluar ke Bandar Bintulu. Biasa... Keja hujung bulan. Bila hari gaji je. Confirm! Pegi shopping barang dapur. Cuma... Bulan ni je lewat keluar... Sebabnya baru je lepas bercuti last 2 weeks kan.... Cuti raya. So... Malas nak keluar. Boleh? Hikhik...

Masa shopping. Dalam list belian... Akan beli softlan... Seperti biasa. Itu pewangi baju yang kami pilih. Entah! Kali ni tetiba nak try downy parfum collection. Entah wangi ke tidak?


Nak dijadikan cerita... Balik je rumah semalam terus cuci baju try masukkan downy perfume collection pada bilasan terakhir. Wah! Memang wangi tau... Serius! Lembut je bau. Walaupun 1 pek yang 900g tu harganya RM10.90. Tapi... Berbaloi beli. Wangi!!!... Lebih wangi daripada softlan. Bukan nak bodek. Tapi sekadar pendapat aku yang dah beli. First time beli pun dah kecoh kan...

Bukan tu je... Sempat jugak rembat Kopiko L.A Coffee. Even takde dalam senarai shopping. Hikhik...