Assalamu'alaikum ♥, Cerita dah basi. Tapi... Baru sekarang teringat nak kongsi. Kisah ni berlaku pada 25hb... Masa nak exam untuk k...

Pengalaman Guna GPS

/
4 Comments

Assalamu'alaikum ♥,
Cerita dah basi. Tapi... Baru sekarang teringat nak kongsi. Kisah ni berlaku pada 25hb... Masa nak exam untuk kemasukan pegawai teknologi maklumat gred F41.

Seperti pernah aku cerita. On the way balik kampung. Singgah di Sibu survey tempat exam. Kawan hubby memang penduduk tetap sibu dah siap bagi map hasil lukisannya untuk dijadikan panduan. Dipendekkan cerita... Gunalah map tersebut untuk carik bangunan Wisma Persekutuan Sibu. Aku mulanya tak setuju. Yelah... Dah moden. Guna jelah smartphone. Tapi... Pendam je dalam hati. Malas nak membantah. Bukan aku yang drive. Jahat punya isterikan... Tak!... Hormat pendapat suami Sebenarnya... Hehe.

Nak dijadikan cerita. Kami sesat.. Jalan penyelesaian. Aku try search guna GPS Smartphone. Apa itu GPS?

Tengok...

Sumber info dari laman www.al-ahkam.net

Tak sampai 5 minit... Dengan tepatnya. Kami dapat carik Wisma Persekutuan Sibu berpandukan handphone. Itulah detik pertama kali aku guna GPS. Sebelum tu. Tahu kewujudan GPS di handphone. Tapi malas nak guna. 


Hehe... Bila dah tahu tempat. Carik pulak Giant, Sibu. Shopping pulak barang Alia. Shoooooot. Aku belikan Alia legging polkadot satu. Nanti ada masa. Lain entri aku photoshoot Alia bergaya dengan legging baru. Hikhik...

Best kan guna GPS?




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments: