Assalamu'alaikum ♥, Aku tak solat tarawih. Hubby pulak pergi solat tarawih. Selesai solat. Nak dijadikan cerita. Bawak Alia ronda...

Malam 7 likur

/
0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Aku tak solat tarawih. Hubby pulak pergi solat tarawih. Selesai solat. Nak dijadikan cerita. Bawak Alia ronda-ronda kampung. First time bawak Alia ronda kampung malam tujuh likur. Last year... Tak bawak. Alia masih kecik lagi. Takut pulak dia takut dengar bunyi mercun berdentam-dentum sana-sini.

Konon nak tengok suasana kampung. Kalau zaman tok kadok era 80-an 90-an... Kampung kelihatan sungguh berseri dan meriah bermandikan cahaya pelita dan lilin. Tapi kan... Sekarang disebabkan kat tempat aku harga 'minyak gas' (minyak tanah) mahal... Sebotol  RM8. Jadinya... Orang lebih suka pasang lampu  berwarna-warni. Hurmmm... Seperti hilang seri je aku tengok. 

Tapi... Satu je aku kurang suka. Dari dulu sampai sekarang. Permainan mercun masih gah di hati kanak-kanak dan orang dewasa di kampung aku.

Bila menjelang tujuh likur... Aku mesti teringat dengan sorang budak lelaki bernama Mad (nama samaran). Satu kelas dengan aku masa form one. Habis jari jemari sebelah kanan dia tak silap aku putus gara-gara main mercun buatan sendiri. Lama dah tak tengok dia. Sejak haritu dah tak jumpa. Tak tau dia di mana sekarang. Dengar cerita dah kawin. Semoga bahagia hendaknya :)

Kisah malam tujuh likur yang baru sekarang aku baru sibuk nak update.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: