Back to Top

02 August 2013

Kebiasaan Pada Bulan Puasa



Assalamu'alaikum ♥,
Nampak tak?


Last week punya event. Harini baru berkesempatan untuk update. Payah nak karang ayat. Hikhik...

Actually. Jumaat last week... Mak dengan ayah buat majlis berbuka. Sedekah bulan puasa katanya. Lauk pauk takdelah banyak sangat. Tapi cukup untuk berbuka. Menu simple je... Daging masak lomak, tempoyak, ikan kembung goreng, buah tembikai, buah kurma dan kek pisang import dari KL... Hehe. Adik ipar bawak. Sedap weii kek pisang dari KL.


Normally... Begitulah suasana bulan puasa di kampung aku. Setiap hari confirm! Ada jiran ajak berbuka. Bak kata mak aku. 'boleh dikira berapa kali ayah' berbuka di rumah... Selebihnya berbuka di rumah jiran. Hari-hari ada saja jemputan. Sebab tu kekadang mak masak sikit je.

Alhamdulillah... Licin habis lauk masa majlis ni. Takde pembaziran berlaku. Kalau ada pun sikit je... Tu pun mak sedekahkan balik pada tetamu yang datang. Hikhik... Kira 'tapau' lah gayanya.

Bestkan bulan puasa?


1 comment:

  1. dah lamanya tak datang sini. Sekarang baru berkesempatan..
    Bestnye tgk lauk gituu. banyak pahala bersedekah bulan puasa ni.

    ReplyDelete