24 August 2013

Kalaulah Ada Robot Arpo



Assalamu'alaikum ♥,
Kisah pagi tadi... Dok temankan Alia nonton kartun robot arpo. Seronok jugak sekali-sekala layan kartun dengan anak. Lagi cerita robot arpo.

Sumber gambar adalah daripada whoweird.net

Kalau ada robot macam arpo di alam nyata. Confirm! Semua keja umah dan jaga anak dia yang handle. Tapi... Tak mustahilkan satu hari nanti wujud robot macam arpo. Yelah! Tuntutan kehidupan manusia sekarang yang terlalu sibuk. Sampai rumah... Terus tebongkang dek kerana kepenatan. Tak mustahil nanti ada manusia yang cipta robot sebegitu. Yang boleh bancuh susu. Buat keja umah. Lipat kain. Pendek kata boleh buat banyak keja dalam satu masa. 

Hurmmm... Idea bagus tu. Bayangkan kalau robot jaga baby. Macam Arpo jaga Daniel. Perfect! 

Haha... Aku pulak berangan lebih nak ada robot macam Arpo. Boleh apa... Tak mustahilkan. Zaman sekarang. Hikhik...


1 comment:

  1. tunggu masuk zaman 2020 la kak..mana tahu kan..heheek

    ReplyDelete