Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta ^_^. B...

Guna Telefon Pintar Latih Anak Bercakap

/
2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta ^_^.

Baca tajuk. Macam pelik. Bagaimana handphone pintar boleh latih anak bercakap?. Caranya amat mudah. Kebiasaannya. Bila ada waktu lapang. Aku akan download seberapa banyak video lagu untuk baby. Lagu A B C, Nombor, video bunyi binatang dan sebagainya termasuklah kartun upin ipin dan Boboboy. Nak download video mudah. Aku guna application TubeMate... Yang boleh di download dari Play Store untuk pengguna android.

Budak... Kalau dah umur setahun. Confirm! Dah reti tiru gaya atau perbuatan orang dewasa. So... Nak asah lagi skill tersebut agar anak berlatih untuk bercakap. Aku guna gadget untuk membantu. Tapi... Nak kena ingat. Gadget jugak boleh merosakan anak if kita biarkan je mereka bermain dengan gadget dari pagi ke malam tanpa ada sebarang pengisian.

Kalau Alia... Ada masa tertentu je boleh pegang Note aku. Belah petang. Around jam 3. Lebih kurang setengah jam... Then... Malam before tidur. If aku atau ayah penat tak sempat nak bacakan buku untuk dia. Layankan je dia dengan cerita upin ipin. Kata kat dia "mak ayah penat, malam ni takde baca buku. Tapi tengok video" dan begitu jugak sebaliknya. Bila turn baca buku dan tak tengok video. Walaupun budak lagi. Tapi kita kena explain seperti orang dewasa. So... Bila dah disiplinkan masa-masa tertentu. Takdelah Alia merengek nak mintak. 

Dari kecik nilah kita nak kena disiplinkan mereka. Tapi bukan dengan cara kekerasan sebaliknya kelembutan. Nak anak dengar kata... Aku selalu amalkan Selawat 7 kali hembus di ubun-ubun anak dan doakan agar anak mendengar kata ketika tidur malam. Kiranya time anak baru 5 minit pejamkan mata... Masih lagi separa sedar kiranya.

Alhamdulillah... Cerita upin ipin pun banyak membantu. Banyak jugak perkataan yang Alia mampu sebut dah. Walaupun still masih pelat... Good job dear! 




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Samalah..sy pun byk ajar anak anak dr note dan lappy..upin n ipin memg feveret diorg

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. walaupun telefon sekarang ni dh canggih, para ibubapa kena manfaatkan sebaik mngkin.

    ReplyDelete