Back to Top

31 August 2013

Guna Telefon Pintar Latih Anak Bercakap

9:10:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta ^_^.

Baca tajuk. Macam pelik. Bagaimana handphone pintar boleh latih anak bercakap?. Caranya amat mudah. Kebiasaannya. Bila ada waktu lapang. Aku akan download seberapa banyak video lagu untuk baby. Lagu A B C, Nombor, video bunyi binatang dan sebagainya termasuklah kartun upin ipin dan Boboboy. Nak download video mudah. Aku guna application TubeMate... Yang boleh di download dari Play Store untuk pengguna android.

Budak... Kalau dah umur setahun. Confirm! Dah reti tiru gaya atau perbuatan orang dewasa. So... Nak asah lagi skill tersebut agar anak berlatih untuk bercakap. Aku guna gadget untuk membantu. Tapi... Nak kena ingat. Gadget jugak boleh merosakan anak if kita biarkan je mereka bermain dengan gadget dari pagi ke malam tanpa ada sebarang pengisian.

Kalau Alia... Ada masa tertentu je boleh pegang Note aku. Belah petang. Around jam 3. Lebih kurang setengah jam... Then... Malam before tidur. If aku atau ayah penat tak sempat nak bacakan buku untuk dia. Layankan je dia dengan cerita upin ipin. Kata kat dia "mak ayah penat, malam ni takde baca buku. Tapi tengok video" dan begitu jugak sebaliknya. Bila turn baca buku dan tak tengok video. Walaupun budak lagi. Tapi kita kena explain seperti orang dewasa. So... Bila dah disiplinkan masa-masa tertentu. Takdelah Alia merengek nak mintak. 

Dari kecik nilah kita nak kena disiplinkan mereka. Tapi bukan dengan cara kekerasan sebaliknya kelembutan. Nak anak dengar kata... Aku selalu amalkan Selawat 7 kali hembus di ubun-ubun anak dan doakan agar anak mendengar kata ketika tidur malam. Kiranya time anak baru 5 minit pejamkan mata... Masih lagi separa sedar kiranya.

Alhamdulillah... Cerita upin ipin pun banyak membantu. Banyak jugak perkataan yang Alia mampu sebut dah. Walaupun still masih pelat... Good job dear! 


30 August 2013

Bawak Geng Naik Kereta

8:55:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Semalam punya cerita. Tengah layan slot Azalea Derhaka seorang madu. Menyempat snap gambar Alia dok sibuk bawak kitty, yaya dan si ted naik kereta murah dia tu.


Si yaya jatuh dari kereta. "Doh... Doh... Doh". Keluar dari mulut Alia bila tengok si yaya jatuh. Kemain becok lagi mulut dia. Alia memang... If kepala dia terhantuk ke. Pandai dah mengaduh... Sabo jelah. 


29 August 2013

Kenapa Bertukar Syampu?

8:49:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Mesti ada sebab kenapa bertukar syampu kan... Kalau tak tak kan nak tukar. Kali ni nak share masalah Alia.

Alhamdulillah. Akhirnya... Dapat jugak atasi masalah Alia yang mengalami kegatalan pada kulit kepala... Setelah menggunakan baby shampoo drypers. Terbaik! Dah sebulan guna... 


Semuanya bermula lebih kurang 3 bulan lepas. Start dari lahir until lebih kurang setahun 5 bulan. Alia guna syampu johnson's baby color oren. Ok je. Terbaik! Tapi... Lebih kurang 3 bulan lepas. Alia asyik menggaru kepala. Then... Macam berkelemumur pulak tu. Risau pulak aku tengok.

Apalagi... Aku yang dok resah tengok Alia menggaru tawakal try tukar syampu. Kuasa bau yang sangat-sangat wangi pada drypers mampu menarik kuasa membeli aku. First time tukar syampu. Tak sangka pulak ok. Nasib baik. Padahal main belasah je beli. Cium wangi terus rembat. Sila jangan ikut okeh! Tu... Kesan setelah sebulan guna. Jadinya... Sekarang Alia guna baby shampoo drypers tu jelah. Tak tau sampai bila. Selagi ok. Selagi tulah guna kan...

Huhu... Aku jugak yang tak pernah bertukar syampu. Ada hajat nak tukar. Tapi... Sampai sekarang tak tukar-tukar.


Kenapa Bayi Besar Dalam Kandungan Ek?

7:43:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku ada untuk aku terus berkongsi cerita. Since bergelar ibu. Aku kini lebih banyak mencari info tentang mengandung, anak, mendidik anak dan tak kurang jugak tentang ilmu keibubapaan.

Bercakap pasal mengandung. One of info yang perlu kita as a wife perlu tahu ialah "kenapa baby besar dalam kandungan". Satu antara sejuta persoalan yang penting maybe ligat bermain di fikiran kita semasa mengandung.

For your information... Berat bayi yang melebihi 4.5kg dianggap sebagai besar dan purata saiz bayi normal ialah 3.4kg. Kalau Alia dulu... Sepatutnya keluar 3.1kg. Tapi... Disebabkan terlalu lama tunggu masa bersalin. Keluar... Cuma 2.7kg je. Kenapa ia berlaku? Baca entri : pengalaman kena induce okeh!

Aku pernah baca dari Majalah Pa&Ma keluaran November 2012... Di mana antara punca baby besar dalam kandungan menurut kupasan doktor ialah first... Faktor genetik. If masa kita lahir dulu bersaiz besar. Anak juga berisiko bersaiz besar. Selain tu... Diabetes di mana tahap gula dalam darah tak terkawal before pregnant or dapat time hamil juga menjadi punca kenapa bayi besar dalam kandungan.

Then... Menurut doktor... Jantina juga memainkan peranan penting. Di mana baby boy lebih berisiko tinggi bersaiz besar jika nak dibandingkan dengan baby girl.

Apa yang menjadi masalah... Bila kandungan besar. Ibu dan anak berkemungkinan berisiko tinggi semasa proses kelahiran seperti pendarahan, perineum koyak, patah bahu dan sebagainya.

Oleh itu... Pada aku. Aoa-apa pun. Yang penting sentiasa mendapatkan nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan rutin kehamilan untuk mengetahui perkembangan bayi.

Lagi... Apa-apa pun yang berlaku. Pada aku. Itu semua ketentuan Allah. Setiap insan telah Allah tentukan untung nasibnya. Hakikatnya. Apa yang perlu kita lakukan. Banyakkan berdoa dan selebihnya bertawakal. Mensyukuri segala nikmat dari Allah itulah yang lebih afdal.

Wallahu'alam!


28 August 2013

Mengajar Anak Mengenali Objek Dengan Seronok

8:09:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Memandangkan aku banyak sangat-sangat masa terluang. Baik buat keja berfaedah. Tu pun... Kalau Alia ada mood. Biasa budak... Mood pasang surut macam air di laut. 

Ok! Biasanya untuk mengajar budak usia setahun 6 bulan seperti Alia, untuk mengenali objek. Bukannya mudah. Perlukan kesabaran yang menggunung tinggi. Setinggi gunung everest. Tak sabar... Tak kan berjaya punya. Aku percaya...


So... Biasanya aku akan kumpulkan beberapa objek yang ada di sekeliling Alia. Limit 5 objeklah satu hari. Then... Masukkan dalam box.  Seterusnya. Main soal dan jawab. Aku akan tanya. Contohlah ek. "Mana bola sayang?", "Mana jam Alia?" dan sebagainya. Dan mintak dia ambikkan. If salah... Perbetulkan dengan kadar segera. 

Aku jugak banyak main sorok dan cari. Sorok bola sebagai contohnya... Dan Alia akan cari. Seronok tengok Alia terkial-kial mencari. Hikhik... Bukan takat time free je aku buat gitu .Time mandi pun sempat main sorok dan cari. Contohnya... Carik shower dan syampu. Right now... Alia dah tau dah mana satu botol shower... Dan mana satu botol syampu. Alhamdulillah! 

Betul la kata bijak pandai... Ilmu untuk kita belajar sangat-sangat luas dan tiada sekatan. Cuma kita saje suka sangat mencari alasan dan tak nak mempelbagaikannya cara mengajar anak agar lebih seronok. Namun... Masih banyak lagi ilmu yang perlu aku tuntut untuk mendidik Alia. Semoga aku mampu mendidik Alia menjadi anak yang solehah lagi bijak. InsyaAllah!

Nota : Alhamdulillah! Dalam usia setahun 6 bulan. Banyak objek telah Alia kenali dengan tahap yang memuaskan.


27 August 2013

Cara Senang Cegah Uban

11:01:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Nak cegah uban pun ada caranya. Siapa nak... Nampak tua kan. Macam aku. Tapi. Kalau umur dah kata tua. Nak buat macam mana.

Namun... Tak salah kita mencuba. Menurut info yang aku baca dari majalah iSIHAT. Berikut adalah amalan yang disarankan.


Bagaimana? Cuma amalkan ambik vitamin B je dah boleh bantu cegah uban. Tak nak makan vitamin. Try amalkan makanan yang mengandungi vitamin B seperti beras merah, kacang hijau, bayam, pisang, betik, buncis, biji bunga matahari, dan semua biji-bijian. Selain itu juga daging, ikan, telur, susu, udang dan lain-lain.

Sangat mudah... Diharap info ni memberi manfaat kepada kita semua. Okeh! ^_^.


Terbaru Artis Melecur?

7:25:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Terbaca di kosmo.com.my....
KUALA LUMPUR - Penyanyi popular 80-an, Noorshila Amin melecur di muka, lengan dan kaki akibat disambar api daripada tong gas yang bocor ketika memasak di rumah anaknya di Kepong pada Sabtu lalu.
Menurut Noorshila, 49, kejadian berlaku pada pukul 2 petang dan ketika itu dia memasak di rumah anak sulungnya, Nurul Admiena Norrizan sempena majlis rumah terbuka yang diadakan oleh anaknya itu.
"Ketika memasak tiba-tiba api menyambar sebelah kiri badan saya menyebabkan muka, lengan dan kaki saya di bahagian itu melecur," kata Noorshila yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Selayang.
**************************************
Tu lah.... Malang tak berbau. Baru last week tak silap tengok Noorshila Amin dalam MHI. This week. Keluar pulak cerita sebegini. Kekadang perkara sebegini takleh nak dijangkakan!
Semoga Noorshila cepat sembuh hendaknya.



26 August 2013

BE/CPUV Lagi Dari Nuffnang

2:36:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Alhamdulillah... Kalau last week. Nuffnang bagi CPUV Twisties dan CPUV Mortal Instrument. This week... CPUV Syampu Dove pulak. Mesti ada info terbaru kan dari Dove. Nak tau rajin-rajin ler klik iklan Dove andai ada yang tertengok iklan tersebut tengah menari di blog ni. Hikhik...

Alhamdulillah... Rezeki orang nak bagi. Big thanks to pihak Nuffnang kerana terus memberi CPUV Campaign kepada blog picisan seperti blog aku. Blog tak glamer pun...

Pada yang sudi singgah. Terima kasih jua aku ucapkan. Apa-apa pun teruskan dengan semangat berblogging okeh. 

Happy blogging ^_^.


Bes Minuman Buah Yang Sedap!

7:23:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Selain Peel Fresh, hubby jugak suka beli Ribena. Tapi perasa blackcurrant dan Epal. Hikhik... Suka buat koleksi bes dalam peti sejuk. Nak minum rembat je yang mana berkenan. Senang...


Aku suka buat Ribena plus susu cair Blanded. Sedap! Hubby kata. Rasa macam aiskrim. Lagi sedap tabur epal yang dipotong cube. Wallah! Tip top punya ais blanded. Sedap makan time cuaca panas. Huhu... Lama tak buat. Bulan puasa je hari tu buat. Tetiba pulak teringat. Heee...

Bulan ni pulak dah plan nak beli sirap merah jenama Sun Valley. Tetiba berangan. Mengidam nak minum sirap bandung. Mhuaha... Mengalahkan orang pregnant! Padahal boleh je order minum kat kedai. Tapi tak sama... Kalau ada bahan kat rumah. Bila-bila masa je boleh buat. Boleh add-on macam-macam. Kaw... Kaw punya. Betul tak?


Alia Rajin Bukak Buku

12:46:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Walaupun tak reti baca lagi. Alia dah kenal beberapa bentuk, nombor, huruf, buah, bahagian tubuh badan dan beberapa yang lain... If kita tanya. Pasti dia rajin tunjukkan. Mak bangga dengan Alia.

Setiap malam before tido. Confirm! Dia akan ambik buku dalam box. Alia rajin bukak buku. Harap-harap sikap itu akan berterusan ke tua. Siang pun... Sama. Sangat-sangat suka akan buku. Mungkin mewarisi sikap ayahnya kot... Yang begitu cintakan buku. Cuma aku... Aku je yang malas nak membaca. Tapi... Bila ada anak. Kenalah merajinkan diri. Tunjukkan sikap rajin membaca. Kalau nak anak rajin membaca. Right! InsyaAllah ^_^.


25 August 2013

Tuaian Pertama Tauge Tanam Sendiri

10:48:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Alhamdulillah... Setelah 2 hari berlalu. Tu lah hasil tauge tanam sendiri untuk tuaian pertama. Ada jugak yang rosak. Maybe... Kerap sangat disiram kot. 


First time buat kan. Biasalah... Pasti ada kekurangan.Tapi... Tuaian pertama. Seawal pagi aku ambik. Nak buai campur dalam mee goreng. Hikhik...

Di sini susah nak dapat tauge. Tu yang try nak buat sendiri. Lepas ni... Bolehla buat lagi ^_^.


24 August 2013

Kalaulah Ada Robot Arpo

6:41:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Kisah pagi tadi... Dok temankan Alia nonton kartun robot arpo. Seronok jugak sekali-sekala layan kartun dengan anak. Lagi cerita robot arpo.

Sumber gambar adalah daripada whoweird.net

Kalau ada robot macam arpo di alam nyata. Confirm! Semua keja umah dan jaga anak dia yang handle. Tapi... Tak mustahilkan satu hari nanti wujud robot macam arpo. Yelah! Tuntutan kehidupan manusia sekarang yang terlalu sibuk. Sampai rumah... Terus tebongkang dek kerana kepenatan. Tak mustahil nanti ada manusia yang cipta robot sebegitu. Yang boleh bancuh susu. Buat keja umah. Lipat kain. Pendek kata boleh buat banyak keja dalam satu masa. 

Hurmmm... Idea bagus tu. Bayangkan kalau robot jaga baby. Macam Arpo jaga Daniel. Perfect! 

Haha... Aku pulak berangan lebih nak ada robot macam Arpo. Boleh apa... Tak mustahilkan. Zaman sekarang. Hikhik...


Tonton Akademi Fantasia 2013

6:01:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Tak lama lagi AF akan bersiaran di Astro. Tak silap bulan September ni. Hai... Melanda lagilah demam AF. Percaya tak. Before ni... Rumah kitorang takde Astro waima di rumah kami di kampung. Dulu time kami masih belajar. Mak lansung totally out. Tak boleh ada Astro. Konon nanti lalai. Tapi... Sekarang cuma tinggal sorang lagi adik masih belaja di 'U', mak bagi chance pasang Astro. Hikhik... Bukan kata kami yang syokkkk... Mak pulak dah selalu dok tanya bila 'kilauan emas' bersiaran. Tu dia... Betapa berpengaruhnya tv kan!. Bukan takat orang muda aje terpengaruh. Orang tua pun...

Nampak tak... Memang ketinggalan sungguh. Orang dah ke bulan. Aku masih ketinggalan. 

Nak dijadikan cerita... Tak pernahlah tengok AF before ni. Kenal diorang Mawi, Hafiz pun melalui media massa lain. Jakun tak. Tumpang dengar jelah orang dok sibuk Afundi di handphone.

Tahun ni punya AF... Tak tau lagi. Walaupun ada Astro, Dapat ke tidak menonton AF. Ye la... Kekadang tu. Kalau dah penat... Jam baru pukul 9. Dah tebongkang tido. Macam mana nak tengok. 

Dengar cerita tahun ni punya AF orang lain jadi hos. Ada yang kata Zizan akan jadi hos AF. Betul atau tidak. Tunggu jelah kan... Tak yah kecoh-kecoh. Hikhik...

Minat ke dengan Zizan?


23 August 2013

Delio 4 Rasa

11:28:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Sesungguhnya... Suatu ketika dulu. Masa masih bergelar anak gadis. Aku cukup gemar dengan makanan segera. Lagi... Masa kat 'U'. Stok mesti ada buat berjaga. Kononnya study. Tapi... Melantak lebih. Hikhik... Rindunya dengan zaman study dulu. Masing-masing punyai kisah tersendiri kan... Aku percaya. Ia masih terpahat indah di memori masing-masing.

Tetiba teringat bila makan si Delio ni haa...


Satu-satunya jenis wafer yang aku suka. Ada 4 pilihan rasa. Coklat, susu, strawberi dan orange. Paling aku suka... Perisa coklat dan orange. Tip top punya rasa. Walaupun manis... Sekali-sekala, layan... Sedap jugak. Lagi pekena dengan teh panas. Layan tranformers tv2. Huhu... Wallah!


Cara Mudah Tanam Tauge Sendiri

12:26:00 PM 4 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Actually... Kami 3 beranak penggemar sayur tauge. Lagi-lagi ayahnya. Suka sangat makan sayur tauge. Dulu-dulu masa aku kecik-kecik... Mak tanam sendiri sayur tauge dalam rumah untuk dijual. Satu hari sampai 30 hinggit mak dapat.

Nak dijadikan cerita. Masa balik cuti raya sempat jugak aku menuntut ilmu cara untuk menanam tauge paling mudah. Tak susah rupanya ^_^.

So... Semalam bermulalah misi aku menanam tauge sendiri. Misilah sangat... Hikhik. First thing yang kita kena buat. Cuci kacang hijau seberapa banyak yang kita nak. Then... Rendam selama 12 jam. Kira setengah harilah. Nampak! Dah start nak bercambah.


Kemudian... Tabur di atas towel basah ( pastikan towel baru okeh! ) di dalam bekas. Tutup atas dengan plastik color hitam. Bagi ruang sikit... Dan letakkan di tempat yang gelap. Renjis dengan air setiap 6 jam.


Taraa... Ni dia half day hari pertama. Mula menunjukkan progress yang cantik. Harap-harap menjadilah yer... 


Nanti aku update... Progress untuk second day. Sekurang-kurangnya 3 hari baru boleh dituai. Hikhik...


Anak Mabuk Kereta?

9:08:00 AM 1 Comments



Assalamu'alaikum ♥,


Kalau Alia... Dalam kereta. Dia buat macam rumah. Dah ler tak nak duduk guna kerusi khas untuk budak. Jenuh nak bawak dia. Lengan... Tok sah citer. Memang lenguh giler. Nak-nak perjalanan jauh dari Spaoh ke Bintulu ambik masa sampai 9 jam. Tu masa orang macam kami. Selalu berhenti. Hikhik...

Tapi satu... Alia tak pernah lagi mabuk kereta. Apa yang aku amalkan. First... Tak bagi Alia makan kenyang sangat. Takut loya... Selain tu gak... Aku biasakan Alia tengok luar sambil bercerita. Nak elak dia tengok upin ipin di handphone sebenarnya. Yelah... Tengok handphone lama-lama dalam keta pun boleh undang pening kepala. Betul tak?

Tapi... Memang penatla layan kerenah dia dalam kereta. Nak berdirilah. Kejap nak pegi sebelah lah. Tunggu sikit hari lagi. Confirm! Dia pulak drive. Haha... Aktif sangat. Sabo jelah layan. Jangan nangis sudah.

Walaupun aktif. Bila nak tido. Dia takde nak carik buai. Senang. Bagi susu. Terus tido. Macam-macam ragam kan bila anak dalam keta?


22 August 2013

Main Sorang-Sorang

3:36:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Sian Alia main sorang-sorang. Tapi... Main sorang-sorang pun macam main dengan ramai budak. Habis semua mainan dan bukunya disepahkan. Selagi tak tido. Selagi tu kita tak boleh nak kemaskan. Sabo jelah!

Kalau jenis ibu yang panas baran. Confirm! Alia kena tibai selalu. Nasib baik aku ni jenis penyabar. Penyabarlah sangat. Biasalah budak kan... Tau sepahkan barang je. Nak kemaskan balik. Jangan harap ler... 

Kalau Alia. Dah reti gak kemaskan mainan kalau kita suruh. Tapi... Tak sampai 10 minit. Dah... Bersepah balik.


Pasport UPSR

7:37:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Selamat pagi semua ^_^. Alhamdulillah... Sekali lagi aku berkesempatan untuk berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta.

Tak lama lagi musim exam UPSR akan bermula. Mesti adik-adik dah serius study time ni. Mesti dah concentrate buat latihan dah. Hari-hari kena pegi kelas tambahan. Sabtu ahad pulak dengan tuisyennya. Budak sekarang senangkan. Kekadang boleh je study secara online. Tinggal rajin atau tidak je...


Bercakap pasal latihan. Entri kali ni aku nak review sebuah buku latihan UPSR. Semalam haaa... Ikut hubby ke Pusat Sumber Sekolah... Tolong susun buku rujukan. Tengok pulak satu buku. Macam kulit pasport.  Menariknya. Terus tertarik. Hikhik...

Harga... Murah je. Setimpal dengan ilustrasi dan kualiti bukunya. Semenanjung... RM16.90 dan di Sabah dan Sarawak. Harganya RM18.90.


Buku cetakan info-didik ini mempunyai ilustrasi berwarna biru not black and white. Pasti budak suka. Lepas tu. Set jawapan juga disediakan bagi memudahkan budak menyemak jawapan. Memang terbaikla buku latihan ni. Confirm! Budak suka nak study ^_^.


21 August 2013

Perkembangan Terkini Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

8:42:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Salam takziah buat mangsa dan keluarga mangsa bas jatuh gaung di Genting dan berikut adalah petikan berita terkini mengenainya daripada bharian.com.my :-

bas jatuh gaung genting, gambar bas jatuh gaung di genting,

BENTONG: Anggota bomba dan penyelamat mengesahkan 33 orang mati manakala 16 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas terhumban di Genting Highlands pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Nahas berlaku ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan berkenaan.


Bila Kubis Bunga Berulat

12:01:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Bila kubis bunga berulat. Apa korang buat?. Adakah dumppp.... Campak terus sayur kubis tersebut ke dalam tong sampah sebaik saja melihat ulat? Atau ada petua mudah nak buang ulat kubis bunga.

Aku bukanlah hebat sangat pasal buang-buang ulat. Malah aku cukup geli dengan ulat walaupun ulat tu tak besar mana pun. Tapi... Aku nak share'lah petua yang selalu aku amalkan untuk membuang ulat pada kubis bunga. Petua paling simple okeh!

petua buang ulat kubis bunga, kaedah buang ulat kubis bunga, cara buang ulat kubis bunga,

Caranya mudah... Cuma perlu rendamkan kubis bunga dalam bekas berisi air. Then... Masukkan satu sudu garam ke dalamnya dan 'tandah' ( biarkan dalam bahasa Sarawak ) selama 10 minit. Confirm! Ulat-ulat tu terapung. Senang tak? Ke korang ada petua lain... Yang lagi senang. 

Apa-apa pun selamat mencuba ^_^.


BE/CPUV Twisties Traxxobeat

8:45:00 AM 5 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Alhamdulillah... Second entry for today. Semalam login akaun Nuffnang. Tengok ada 1 BE, Nuffnang bagi... Yang peliknya bertarikh 30 Julai. Aikk! Kenapa baru muncul? Sedangkan BE Q3 Prepaid Roaming 5 Ogos dah lama muncul. Maybe Nuffnang ada problem kot. Dah send ticket tanya. Tapi tak check lagi... Ada tak feedback dari Nuffnang.

Walaubagaimana pun... Jutaan terima kasih buat pihak Nuffnang kerana berterusan memberi BE kepada blog picisan seperti aku.

Buat mereka yang sudi singgah jugak. Jutaan terima kasih buat kalian.

Happy blogging ^_^.


Sedap Ke Korek Hidung?

8:18:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Lately... Alia suka korek hidung. Macam orang tua aku tengok. Dah ler tu. Sempat gelak bagai sambil korek hidung. Entah mana dia belajar pun aku tak tau. Haha...

Yo... Lah! Mesti belajar dari ayah dan mak kan... Kan. ^_<. Bertambah-tambah skill yer...


20 August 2013

Rempeyek Nampak Simple Tapi Sedap

3:56:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Mengimbau second day raya. Ayah, abang, kakak ipar, bapa saudara dan adik aku pegi ke Kampung Belawai belah Sarikei... Untuk ziarah sepupu sepapat belah ayah. Dapatla tempeyek sedara bagi.


Raya ke-4 baru dapat aku merasa. First tengok. Alah simple. Sedap ke. Tapi... Bila rasa. Seriously, memang sedap. Tu la first time aku rasa tempeyek sedap jika nak dibandingkan dengan tempeyek yang pernah aku rasa sebelum... Sebelum ni. Aku memang peminat tempeyek. Tengok tempeyek. If menarik perhatian aku. Confirm! Akan dirembat...

Kitorang dah siap pakat... Lain kali import tempeyek dari Belawai je. Takmo yang lain. Haha... Sabo jelah. Eh! If ada yang nak try... Bagitau ek! ( Siap promote lagi ).

Tapi... Memang sedap weiii. Nipis. Rangup. Nak-nak kacang dan 'pusuk'nya di kisar. Tip top punya tempeyek. 


Bila Anak Kena Cucuk

9:18:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Semalam Alia kena cucuk setahun 6 bulan. 1 di lengan... 1 di peha. Nurse dah pesan. If anak demam... Just bagi sirup demam dan pantau suhu... Dan jangan letak apa-apa di bahagian injection ... Kalau lebam. Tuam je dengan ais. Seperti biasa. Itulah yang aku amalkan. Biasanya kalau anak full BF jarang nak demam. Tapi... Rasanya. Bergantung gaklah semua tu. Demam adalah perkara normal pada anak yang kena injection. Tak perlu risau. 

Alhamdulillah... Badan Alia panas sikit je. Tak merengek pun. Apa yang aku buat... Hanya bagi Alia makan ubat. Then, letak cool fever. Pagi ni dah normal balik. 


Aktif sangat ini budak lo...


19 August 2013

Checkup Setahun 6 Bulan

4:32:00 PM 4 Comments


Assalamu'alaikum ♥,

Tangkap gambar dulu... Before pergi klinik. Hikhik...

Alhamdulillah... Settle bawak Alia checkup setahun 6 bulan. Berat naik lagi. 9.900kg. Sikit lagiii nak 10kg. Still under normal ^_^.

Checkup kali ni... Alia dapat 2 cucuk. 1 di lengan dan 1 di peha. Aku ingatkan Alia melalak bila kena cucuk. Rupanya tidak. Hebat!... Maybe ada benarnya petua mak aku. Kanak-kanak perlu kena pesan before nak buat sesuatu. Kerap dah aku try. Menjadik. 2 hari before checkup... Aku dan hubby selalu ulang-ulang pesan kat Alia yang dia akan kena cucuk. Dan pesan supaya jangan nangis. Tak sangka pulak... Dia mendengar kata. Harap-harap sampai ke besarlah perangai dia sebegitu.

Balik dari klinik... Pergi pasar sungai asap pulak carik ubat batuk hubby. 2 hari dah batuk. Dah pegi hospital... Still batuk. 

Musim batuk ke sekarang? Ke banyak sangat minum air bikarbonat time raya. Huhu...


Buta Akibat Letupan Mercun

8:21:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,

Sumber info adalah daripada utusan.com.my

Sian pulak aku baca kisah adik Aleya ni. Tu lah... Dah namanya benda yang meletup walaupun bersaiz kecil. Still mendatangkan bahaya. Sebab tu dalam family kami... Bukan nak kata apa... Memang mercun diharamkan. Budak-budak memang tak dibenarkan main mercun. 

Kalau cousin aku... Dia anggap main mercun seperti bakar duit. Baik simpan duit daripada beli mercun. Lagi baik.

Apa-apa pun... Semoga adik Aleya tabah menghadapi dugaan dan cepat sembuh.




18 August 2013

Mee Goreng Basah Mudah

2:57:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Dah tengahari... Baru ada masa nak update blog. Cerita pun pasal breakfast pagi tadi. Penat punya pasal... Plus rasa malas yang tak dapat dibendung. Hanya mee goreng basah simple dan milo panas saja mampu aku buat. 

mee goreng basah simple, mee goreng basah mudah,

Mee goreng basah... Rasanya mudah nak buat... Sediakan bawang merah dan bawang putih. Tumbuk sampai halus. Then... Aku letak telur, fish sandwich dan tauge. Kemudian... Letak sos dan kicap. Aku suka guna kicap manis dan masin brand adabi.suka rasanya yang sedap. Nak kasi basah pulak... Letak minyak dan sedikit air. Banyak kali dah buat... Hubby kata sedap. Tu yang rajin nak buat. Hikhik... 

Biasalah... Manusiakan suka dipuji. Jadi pujilah selalu pasangan anda. Confirm! Dapat kasih sayang lebih... Mhuaha...


Setahun 6 Bulan

12:13:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,

perkembangan anak setahun 6 bulan, anak setahun 6 bulan,

Saban hari usia semakin meningkat. Budak kecik ni pun... Hari ni genap setahun 6 bulan. Makin cerdik dan Alhamdulillah! Sekarang dalam proses belajar bercakap. Dah reti ucap terima kasih walaupun still di hujung bibir... 'Seh... Seh' tu yang dok dikatakannya bila kita bagikan sesuatu kepadanya.

Murah dengan senyuman. Dah semakin tinggi daya pemikiran... Pantang tengok kerusi atau kotak. Confirm! Akan panjat. Sebab tu nak kena pantau selalu. Tau jelah budak baya Alia ni... Semua benda dia nak main. Tak pedulilah bahaya atau tidak.

Esok checkup di Klinik Kerajaan Sungai Koyan. Kena cucuk esok. Melalak atau tidak... Tak taulah... Berapalah berat Alia setahun 6 bulan ek! Selalu tak banyak naik... 100-200 gram je.

Alahai! Cenonetnya anak aku ^_^.


Peel Fresh Minuman Wajib Ada

2:18:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Sampai jugak ke sekolah setelah dua hari perjalanan. Sampai Bintulu semalam... Shopping barang dapur sikit untuk two weeks before gaji. Dapat gaji 22hb... Tapi keluar Bintulu 30hb. Penat tak hilang lagi... Alasan hubby tak nak keluar hujung minggu depan. Hikhik... 


Berbalik kepada shopping... Seperti biasa marigold peel fresh wajib ada. Hubby suka minum. Aku suka jugak. Cuma manis sangat. Tapi... Rasanya memang umpphh... Pekat rasa buah. Minum sikit je... Dah sejuk anak tekak. Haha... 


17 August 2013

Beli Kereta Dengan Duit Raya

7:40:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Masih lagi dalam mood raya. Tapi still ada masa untuk berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta. Tengok tajuk entri... Kemain. Boleh beli kereta dengan duit raya. Mustahil!... Tapi. Boleh apa. Kalau anak orang ternama atau kaya. Confirm! Dapat duit raya banyak.


Tapi... Alia. Beli kereta mainan jelah. Mhuaha... Alhamdulillah! Rezeki Alia raya tahun ni murah. Dapat duit raya RM100+. Actually... Lama dah hubby mengidam nak belikan Alia kereta mainan. Akhirnya tercapai jugak. Duit raya Alia tahun ni tak payah tabung. Bagi chance beli mainan untuk Alia. Lagipun... Tabung Alia dah nak penuh plus... Alia dah ada SSPN-i. So... Tak payahla tabung. Hikhik... Pandailah...

Kereta ni... Murah je. RM65... Manual. Bukan automatik... Jalan sendiri okeh!. Jadilah. Kenangan untuk duit raya tahun 2013. 

Korang pulak... Beli apa dengan duit raya? Ke... Buat menabung. 


16 August 2013

'Modes' Lebresse

7:56:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Berfikiran terbuka bila baca entri aku ok ^_^. Actually... Nak share tentang pad libresse. Kalau kat tempat aku panggil 'modes'. Cerita orang pompuan. Allah sayang lebih... Bak kata kak ros upin ipin... So. Tiap-tiap bulan confirm! Cuti umum. Faham-faham lah yer...


Mula-mula... First time period. Tak fikir pasal keselesaan pemakaian pad tau. Main tibai je... Beli yang jenama entah! Yang harga RM1.20 sebungkus tu. Sekarang pun masih ada aku tengok. Selesa atau tidak... Main redah je.

Tapi... Kebelakangan ni. Aku dah melekat guna pad jenama libresse. Bagi aku... Ia amat-amat selesa dan nipis. Kering je sepanjang masa. Tak rasa melekit. Pendek kata memang selesa guna. Tak rugi beli walaupun mahal sikit daripada yang biasa. Yang penting selesa dan puas hati.

Bukan nak bodek atau promote yer... Tapi just pendapat aku mengenai pad Lebresse setelah lama menggunakannya...  


Episod 1 Cinta Jannah

7:35:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,

Sumber gambar www.tv3.com.my


Permulaan kisah cinta jannah episod 1 yang menarik bagi aku :). Jannah sungguh baik orangnya. Tapi sayang... Selalu kena dengan kakaknya Balqis. Jannah juga turut ingin dikahwinkan ayahnya dengan seorang lelaki pilihan ayahnya bernama Suffian. Sian Jannah.

Selamat menonton ^_^.





15 August 2013

Ronda Kampung Naik Motosikal

6:00:00 PM 4 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Lately... Bila balik kampung. Hari-hari hubby bawak Alia pegi ronda kampung naik motosikal honda bapak. Hikhik... 


Bila petang je. Mesti Alia tarik tangan hubby sambil sebut ' bah... Bah' mean nak ajak jalan bawah. Dahlah tu... Naik je moto... Tangan dia automatik pegang besi cermin moto. Kalau tak bawak... Melalaklah jawabnya.

Tak lama pun... 15 minit je. Dah balik. Balik mesti tersenyum. Sukalah tu. Mhuaha... 

Esok dah balik Bintulu. Takde ronda-ronda dah. Hadoii... Malasssnya. Barang tak packing lagi ^_<.


Main Kereta Control

1:07:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Ni kisah before balik umah mak aku. Raya ke-4. Merajuk punya pasal... Usu bagi Alia chance main kereta control. Bila dapat... Kemain lagi dia main. Pandu kereta tanpa lesen dan etika. Hikhik... Asyik langgar dinding je keja Alia. Tau pulak dia nak pegang dan tekan remote control kereta tu. Budak kan... Pemerhatian memang tajam. Sekejap je dah reti main.


Kalau real punya kehidupan. Confirm! Kena saman. Main langgar je. Nak-nak traffik light.

Teringat aku... Raya ke-4. Perjalanan balik ke umah mak aku. Mak aii... Memang ramai pemandu pecut walaupun bukan tempat untuk pecut. Sepanjang perjalanan 5 jam... 2 buah kereta 'berlantak'. Nasib baik takde yang maut. Kereta bercium sikit je.

Hubby pulak... Memang tak berani bawak laju. Paling laju pun 120. Mana taknya... Laju sikit. Confirm! Kena sound dengan aku. Part memandu... Memang aku cerewet habis. Memang tak tido belakang... Hubby ngantuk. Confirm! Aku paksa berhenti. Rest kejap. Hikhik... Kuasa kuku besi. Siapa nak lawan ^_^.


Best Ke Rancangan TV Raya Tahun Ni?

6:13:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Entahla... Raya tahun ni. Bagi aku... Orang lain aku tak tau arr... Rancangan tv sangat-sangat membosankan. Lagi-lagi tayangan movie cerita hantu. Aisehhh... Takde cerita lain ke.

Ada tu... Filem yang ditayangkan secara berulang kali bagi tempoh yang berbeza di stesen televisyen berlainan. Sebagai contohlah ek!, Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan di TV3 pada Hari Raya pertama pukul 2 petang. Filem yang sama turut ditayangkan di Astro Ria pada 15 Ogos pukul 9 malam. Takde rancangan lain ke...

Dahle... Sepanjangan bulan puasa. Rancangan tv padat dengan rancangan masakan. Tak kan raya padat pulak dengan cerita hantu. Siapa nak nengok?... Kalau orang macam aku. Penakut kemain lagi. Jangan haraplah nak tengok cerita hantu malam-malam. Baik tidur... Lagi banyak faedahnya.

Boring betul la rancangan tv raya tahun ni ~_~. 


14 August 2013

Betul Ke Dia Nak Adik?

5:36:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Tengok!


Lately... Alia selalu buat perangai macam tu. Dah ramai dah yang tegur... Kata " kalau budak buat macam tu... Tandanya nak adik ". Semalam pun... Tetiba Alia buat macam tu depan mak. Sekali... Mak pun dok kata benda yang sama. 

Bila aku tanya apa kaitannya buat macam tu dengan nak adik. Mak pun tak tau... Katanya... Tu firasat atau pendapat orang dulu-dulu.

Apa relevannya ek! Pernah tak alami?


13 August 2013

Suka Kacau!

3:30:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Hari ni dah raya ke-6. 2 hari dah balik umah mak aku. Dah sunyi dah kat kampung. Ramai yang dah start keja. Cuma cikgu je belum... Untung kan jadi cikgu ^_^.


Sekali lagi... Aku nak jugak share kisah gelagat Alia sepanjang beraya rumah mak mertua aku. Huhu... Amat memenatkan aku tau. Nasib baik anak sendiri. Sabar jelah. Bila celik je mata... Dah! Start nak huru-hara kan rumah terutamanya ruang tamu... Habis bekas kuih dan biskut dibukanya. Lepas tu... Ambik 1 masukkan dalam bekas lain. Kan dah bercampur. Bila kita ambik... Marah!.

Pastu pulak... Tak reti nak duduk diam. Keliling rumah je keja dia. Buka almarilah. Sampai satu ketika tu... Malang tak berbau. Tersepak cermin almari. Berderai!. Pecah... Nasib baik tak luka.

Banyak lagi cerita sebenarnya. Penat nak karang. Nanti aku sambung okeh!


Nak Tonton Slot Akasia Terbaru Cinta Jannah

1:02:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Esok. 13 Ogos.. Demi Dia akan berakhir dan akan digantikan dengan cinta Jannah. Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang.
Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.
Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Apa berlaku seterusnya... Kenalah tengok. Panjang tu je sinopsis dia.
Daripada sinopsis cinta jannah yang aku petik dari mstar.com.my ni... Jalan ceritanya macam best. Harap-harap ceritanya tak menghampakan ^_^.


12 August 2013

Bertengkar Pasal Nak Raya Di Mana

1:29:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Haha... Perkara biasa berlaku bila menjelang raya. Takde tolak ansur... Jadilah perkara seperti artikel berikut :-

Sumber daripada berita harian

Memanglah... Isteri kena dengar cakap suami. Tapi... Suami kenalah tolak ansur jugak. Tak kan tiap kali raya mesti balik rumah suami. Belah isteri macam mana?. 

Cara Buang Gambar Auto Backup Di Gallery Android

7:22:00 AM 15 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Semalam punya cerita... Tetiba cemas tengok gallery di handphone aku penuh dengan gambar auto backup dari blog... Facebook. Pendek kata apa saja gambar pernah aku update di internet confirm auto backup di gallery. Kenapa yer?... Adoi. Mesti banyak space guna. Tu yang bermain kat otak aku.


Apalagi... Try google. Dapatlah selesaikan. Rupanya senang je nak hidekan gambar auto backup tu. Just pergi setting handphone. Then... Klik accounts and sync. Kat situ pulak... Jangan klik pada picasa album. Kalau klik confirm gambar akan auto backup tiap kali update gambar di internet.

Alhamdulillah! Settle satu problem. Hikhik...


Berita Terkini Mengenai BR1M

6:46:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Sejak beraya... Lansung tak baca news. Tadi sedang dok online. Baca berita di utusan.com.my... Macam-macam cerita ado. Termasuklah pasai BR1M.

Suka aku nak petik sedikit keratan akhbarnya di mana...

" IPOH 10 Ogos - Kerajaan akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan dan perkara itu akan diusulkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kenaikan itu sejajar dengan janji kerajaan meningkatkan bantuan tersebut kepada kadar maksimum sehingga RM1,200 dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. "

Tu dia... Kalaulah benar bagaikan di kata. Mesti ramai dah yang tersenyum bila baca. Nak-nak bagi yang pernah terima BR1M 2.0. Mesti dapat balik kan... Rezeki kerajaan nak bagi. Alhamdulillah!


10 August 2013

Laksa Sarawak Senang Nak Buat

9:45:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Pepagi lagi dah teringin nak makan laksa Sarawak sebenarnya. Tapi... Belah petang baru berkesempatan buat. Almaklumlah... Tetamu ramai yang datang. 


Laksa Sarawak koboi je aku buat. Beli perencah segera dari kedai then... Masukkan perencah dalam air. Rebus dan tapis. Kemudian... Setelah ditapis. Campurkan sedikit santan, susu cair dan sedikit kicap cair. Kemudian... Tunggu sehingga masak. Kalau tak masin. Pandai-pandai ler tambah garam ikut selera sendiri. Dah siap untuk kuah.

Mee pulak... Terpulang. Aku guna bihun. Tambahan lain seperti udang, ayam pun boleh. Dah namanya koboi. Dasar malas. Aku letak tauge celur dan telur rebus je. Lagi satu... Limau wajib ado ^_<. Kalau tak... Tak ummmppph!. Pandailah... Ingat chef nak kasi peringatan bagai. Haha...

Siap... 7 orang makan. 1 bungkus bihun je aku buat. Licinnnn....

Alhamdulillah... Rezeki juadah makan malam kami untuk hari raya ke-3.




Kisah Duit Raya

2:30:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... 2 hari raya. Duit raya Alia pun bertambah. Rezeki tu. Tapi... Aku tak kisah sebenarnya. Orang bagi ke tak. Yang penting nawaitu nak menziarahi sanak saudara. Tu je... Hikhik...

Dulu pun... Time aku kecik-kecik mana pernah merasa duit raya orang bagi. Takdelah! Jangan harap. Bukan macam budak sekarang. Zaman dah berubah...

Zaman sekarang... Budak-budak memang bertuah dan mewah. Tapi... Ada jugak yang tak reti nak bersyukur tau.

Raya 2 tahun lepas. Ada sorang budak ni. Datang rumah mak aku. Kononnya nak berjalan raya. Bukan kenal pun. Entah! Anak siapa entah. Disebabkan dah habis duit kertas RM1. Mak tak bagilah...

Sekali... Lepas bersalam. Di luar rumah budak tu membebel. Kata mak kedekut. Harap rumah cantik. Tapi... Tak bagi duit. Mak sendiri dengar tau. Then cerita dengan kita orang adik- beradik. Ewah! Lasernya mulut. Mulut takde insuran sungguh.

Tulah dia... Sekarang. Jadi macam trend budak-budak datang rumah sekadar nak duit raya. Dapat duit terus balik. Singgah pulak rumah lain. Senangnya mereka nak kumpul duit raya.

Sabo jelah ^_<.


Merajuk Konon!

2:33:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Lagi kisah pasal raya. Tak terasa... Dah raya ke-2. Tengok!


Alia pandang je kereta control lalu depan mata. Merajuk konon. Pada mulanya kemain seronok kejar kereta tu... Bila usu (adik bongsu hubby) main. Maybe dia kejar kereta tu nak ambik kot. 


Sekali tak dapat. Mula tunjuk muka masam. Hikhik...


Bila tengok reaksi Alia macam tu. Hubby pulak try pujuk kasi kereta tu betul-betul depan dia. Konon... Nak suruh Alia pegang. Haha... Alia lansung tak heran. Merajuklah tu ^_<.


09 August 2013

Bila Kanak-Kanak Penat!

6:58:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Tengok! Alia tidur bertemankan Yaya.


Semalam balik dari berziarah. Lepas mandi, makan... Alia terus tidur. Penat kot. Seharian berjalan. Lepas tu... Sampai pagi tak menyusu. Jam 4 baru terjaga. Menyusu.

Alahai... Siannya dia. Penat ek! Takpe. Hari ni duk rumah tunggu tetamu. Apakah yang berlaku. Best ke tak best. Nanti aku update. Hikhik...


Photoshoot First Day Raya Alia

6:26:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
First day raya semalam aku lupakan kejap pasal blog. Hikhik... Tapi sempat snap gambar Alia.

Biasanya... Untuk first day raya umah mak mertua. Pagi lepas solat aidilfitri. Tak pergi mana-mana... Tradisi tunggu 'Pak Udak' dan anak-anaknya datang dari Kampung Meranek. Keluarga mereka jarang balik kampung. Tu yang tunggu mereka. Lagi pun. Lepas solat. Confirm! Mereka akan terus ke rumah.



Si Alia pulak... Bila tengok orang dah ramai. Tau takut... Senyaplah dia duduk dalam pangkuan. Tapi... Bila orang dah balik. Siap! Sasaran utama benda yang dia nak kacau... Bekas biskut atas meja. Sabar jelah ^_<.

Lepas zuhur... Barulah kami gerak berziarah ke rumah keluarga belah mak mertua di Kampung Pinang. Jalan UITM, Kota Samarahan. 5 buah rumah je kami naik. Hujan memanjang... Tu yang payahnya bawak budak kecik. Tapi... Lewat gak balik. Around jam 8 baru sampai rumah.

Alhamdulillah... Rezeki! Duit raya Alia dah mencecah RM100+... Suka lah tu. Hikhik...

Sekian. Kisah untuk first day raya kami.

Second day punya cerita. InsyaAllah. Nanti aku update. Bye! ...



07 August 2013

Nak Tonton Setia Hujung Nyawa Raya

1:09:00 PM 0 Comments



Assalamu'alaikum ♥,
Malam ni boleh layan setia hujung nyawa raya jam 9 di tv3. Tak sabar nak tengok. Hikhik...


setia hujung nyawa raya, sinopsis setia hujung nyawa raya,


Tengok promo setia hujung nyawa raya macam best. Zain siap buat gwiyomi lagi untuk pujuk El Selina. Cute je aku tengok. Daripada sinopsis yang aku baca... 

Setia Hujung Nyawa Raya mengisahkan pasangan muda yang baru berkahwin, Ersalina dan Zain. Ersalina atau El yang sedang hamil cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Sementara itu, ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan umrah.

Oleh itu, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang beraya ke kampung Zain bersama neneknya. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah apabila bekas kekasih Zain iaitu Maisara muncul dalam kehidupan mereka.

Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi. Pelbagai perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung.

Harap-harap ceritanya best ^_^.



Sampul Duit Raya Dari AmBank Group

12:05:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,


Alhamdulillah... Rezeki! Hari tu hubby bayar kereta di AmBank Group. Dapatlah sampul duit raya free 8 pack. Dalam satu pack ada 10 keping. Mean... Raya ni tak payahla beli sampul duit raya banyak sangat. Hikhik... Dasar kedekut sungguh.

Nampaknya tema sampul raya tahun ni color hijau.


Beraya Di Rumah Mak Mertua

2:54:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Semalam adalah hari kepenatan untuk kami 3 beranak. Misi balik bandar Kuching. Beraya di rumah mak mertua di Samarahan. Tahun ni giliran rumah mak mertua.

Jam 12:30 tengahari baru gerak dari rumah mak aku di kampung Spaoh, Betong. Nasib baik tak panas sangat. Mendung je sepanjang jalan. Tapi jalan mulai sesak. Orang kota balik kampung. Haha... Kami bertiga pulak balik bandar. Apa kes? Apa boleh buat siapa suruh gatal bersuamikan orang bandar... Terima jelah hakikatnya ye :).

Sekitar jam 5:40 petang sampailah ke bandar Kuching. Tak balik rumah dulu... Terus pergi shopping. Singgah di Kuching Sentral. Hubby ajak beli baju aku. Sebab takut tak sempat nanti... Dapat baju terus balik. Konon nak berbuka di rumah. Sekali jalan sesak. Berbuka dalam kereta jelah...

Tengok!


Muka budak kecik mengalahkan orang berbuka dia makan. Pantang tengok makanan. Mesti mulut becok mintak makanan. Sepanjang jalan makan je keja dia haa...

Sampai rumah... Nanti aku update. Hikhik...