Back to Top

04 July 2013

Tidur Dalam Buai



Assalamu'alaikum...
Alia jenis fleksibel. Tidur mana-mana pun boleh. Di lantai atau buai. Boleh jer. Memang! Dari awal aku tak nak galakkan sangat Alia tidur dalam buai. Aku takut dia tak boleh tidur kalau takde buai.


Sebab... Banyak sangat dah tengok anak sedara atau kawan yang mana anak mereka tak boleh tidur kalau takde buai. Susah la kan kalau pergi mana-mana nak kena bawak buai.

Sedara aku adalah tanya bagaimana Alia boleh tidur tanpa buai. Actually... Pada aku. Bayi ibarat kain putih. Kita yang akan mencorakkannya. Cantik atau tidak corak yang kita buat. Semuanya bergantung kepada kita as a parents. Kalau kita dah aturkan cara mereka tidur sejak baby lagi. Pasti! Begitulah gaya mereka tidur.

Aku pasti ramai mommies berpengalaman tentang cara tidur anak mereka right! Aku bukanlah perfect mum... Masih banyak yang perlu aku pelajari... Apa yang aku kongsi... Semuanya berdasarkan pengalaman orang sekeliling mahupun daripada pembacaan.

Wallahu'alam. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri aku.



2 comments:

  1. baguslah alia jenis fleksibel..mg betul kita yg mencorakkan anak tp kadang2 tak dpt nak tolak influence dr org tua..serba salah klu tak ikut..huhu

    ReplyDelete
  2. org dolu2 diaorg suka pakaikan buai sbb senang diaorg nk buat keje...bila dalam buai lama sikit la tidur nya...sib baik la anak2 noe bukan jenis buai2 ni sangat...

    ReplyDelete