Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita. Lagi bebe...

Terbaru Tips Memilih Kasut Yang Efektif

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita. Lagi beberapa hari... Kita umat Islam akan menjalani ibadah puasa

Tapi... Fenomena sekarang. Puasa tak start lagi... Namun, shopping untuk raya dah terasa bahangnya. Betul tak?... Termasuklah aku. Bukan apa. Nanti dah nak dekat raya. Mak aii bersesak-sesak gedung tempat membeli-belah. Tu yang malas nak hadap. Lagi... Aku jenis yang cepat pening kalau di tempat sesak. Nak tak nak... Kena beli awal.

Bercakap pasal shopping. Kasut adalah antara barangan utama dalam membeli. Pilih kasut pun ada caranya. Dan bukan main tibai je. Kalau main tibai je... Tu kadang-kadang timbul kasut tak selesa pakai. Sudahnya... Letak tepi buat khazanah lama. 

Entri kali ni... Aku nak share lah sikit tip dalam memilih kasut yang aku amalkan. Alhamdulillah! Setakat ni memang puas hatilah dengan kasut pilihan... So, berikut adalah tip pilih kasut yang aku maksudkan :-

  • First... Beli kasut pada waktu petang atau malam. Yang ni ramai yang sarankan. Sebabnya... Menurut kajian. Seluruh otot kaki akan mengembang time ni kesan daripada aktiviti harian.
  • Pilih kasut yang berkusyen dan diperbuat daripada bahan ringan bagi mengurangkan risiko kecederaan. 
  • Jangan pilih kasut yang ketat sangat. Walaupun ada yang berpendapat. Nanti dah terbiasa mesti longgar punya. Tetapi... Hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.
  • Try sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki dan bukannya sebelah saja. Kemudian pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba berjalan untuk beroleh keselesaan.
  • Last... Jangan terpedaya dengan jualan murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yang diingini.

Diharap tip yang aku share memberi manfaat kepada semua. Info ni aku perolehi daripada beberapa artikel suatu ketika dulu. Dan... Part yang aku rasa efektif. Aku ambik dijadikan sebagai panduan membeli kasut. That it's. 




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: