Assalamu'alaikum ♥, Hubby merupakan penggemar vitagen dan solivite . Kekadang sampai 4 peks dia beli sekaligus. Dulu... Aku meman...

Solivite atau Vitagen?

/
1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Hubby merupakan penggemar vitagen dan solivite. Kekadang sampai 4 peks dia beli sekaligus. Dulu... Aku memang tak suka minum. Senang cerita... Tak suka sikit dengan rasanya yang masam walaupun ada pilihan beli yang original tak berperisa.


Solivite atau vitagen... Pada aku. Ia 2 jenis minuman berkultur yang baik untuk badan. Sama je. Cuma beza brand. Rasa tetap sama.

Lately... Bila dengar hubby kata bagus. Hari-hari boleh 'membuang' di bilik termenung. Aku cuba untuk menyukainya. Alhamdulillah! So far so good. Sangat-sangat membantu. Hari-hari melabur 'emas'. Faham-faham la yer.

Cuma... Tu lah. Alia. Tak boleh nampak kita minum solivite atau vitagen. Comfirm mintak. Dah reti mintak. Siap kata 'tak' dan hulur tangan. Aku tak berapa suka bagi dia minum. MASAM. Pernah hubby terbagi banyak sangat. Alia cirit-birit dibuatnya. Bukan salah hubby pun. Anak dah mintak buat muka kesian. Bagi jelah. 

Sebab tu... Now, kami main sembunyi-sembunyi minum. Takut Alia mintak. Jahatkan. Takpe... Nanti Alia besar sikit. Bolehlah bagi kan.

Bicara Hati : Peks terbaru solivite sekarang ni ada free gift stickers Monsters University dan Penanda Buku juga Monsters University. Tak silap aku Monsters University salah sebuah filem animasi yang ditayangkan di pawagam baru-baru ni ^_^.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. anak² wina pun suka vitagen & solivite ni..dua² sedap!

    dh banyak kali beli semata² utk stickers tu heheee

    ReplyDelete