Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Untuk berbuka semalam, aku masak ayam kukus . Try google. Jumpa resepi di myresepi.com. Aku...

Rezeki Berbuka Hari Ke-3

/
0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Untuk berbuka semalam, aku masak ayam kukus. Try google. Jumpa resepi di myresepi.com. Aku ubah sikit ramuannya. Bagi simple. Tapi... Cuma sayuran dan asam jawa je pun aku tak letak. Lainnya lebih kurang sama je. Namun... Tetap sodap! Licin weii... Hubby kata 'nyaman'. Hehe...


Selain tu jugak, rezeki kami berdua... Kawan bagi nasi lemak daun pisang. Huhu... Aroma daun pisang best giler makan. Lama dah tak makan beralas daun pisang. Memang best. Alhamdulillah. Nikmat bulan ramadhan.

ABC jugak sempat aku buat. Ais batu aku blend je guna blender. Hebat kan! Nak buat macam mana... Jauh dari bandar kenalah kreatif. Haha... 

Dan... Sahur pagi ni aku goreng je bergedel Ayam dah aku buat dan simpan dalam freezer semalam. Harini punya resepi untuk berbuka tak tau lagi. Nak buat apa ek?




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: