Assalamu'alaikum ♥, Semalam bukak puasa dan sahur... Berjuadahkan ikan kukus sebagai menu utama. Lama dah tak masak ikan kukus. ...

Resepi Ikan Kukus Ringkas Turun-Temurun

/
2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Semalam bukak puasa dan sahur... Berjuadahkan ikan kukus sebagai menu utama. Lama dah tak masak ikan kukus. Fuh! Berselera makan weii... Nak-nak cicah dengan kicap yang digaul dengan cili, bawang putih, halia dan sedikit cuka yang dikisar. Memang tip top rasanya (***Confirm! Puji  sendiri masak kan...)


Ikan kukus yang aku buat. Guna ikan kembung. Cili, bawang putih, halia, asam jawa dan sedikit garam dikisar. Lepas tu sedikit minyak.

Lepas siap dikisar... Gaulkan minyak dan semua bahan lainnya dengan ikan yang hendak dikukus. Lepas tu letak sebatang serai untuk mewangikan ikan. Haa... Petua tu untuk hilangkan bau hanyir ikan. Then... Kukus selama sejam. Confirm! Masak dengan cantik.

Itulah resepi ikan kukus arwah nenek aku yang sehingga sekarang mendapat tempat pertama dihati aku. Sampai sekarang kalau nak masak ikan kembung kukus. Memang tak guna atau google resepi. Guna je resepi arwah nenek. Hehe... Hubby pun kata. Memang sedap. Tip top... 




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. emmmm, sedapnya..mmg kalau bln puasa ni masakan mcm ni boleh buka selera...

    ReplyDelete
  2. waa..bagusnya..dh kawin nti blh la try..hik3.. mlas nk menerai sekarang..

    ReplyDelete